Kebetulan minggu lalu, saya ditugaskan untuk membuat presentation mengenai Alfalfa: The King of Herbs.
Banyak info baru yang saya jumpa dan betapa berkhasiatnya Alfalfa ni bagi seorang wanita, especially yang dah beranak. So, alang-alang dah buat nota.. saya share la jugak kepada pembaca lain.. dapat jugak info baru kan.
Didalam entry ini saya sharekan..
- Apa itu Alfalfa?
- Manfaat dan Kebaikan Alfalfa kepada Wanita
- Kebaikan Lain
- Cara Pengambilan Alfalfa
- Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee
- Harga Alfalfa Complex
Apa itu Alfalfa?
Sejenis tumbuhan yang mempunyai akar sepanjang 6 meter yang mampu menyerap mineral di dalam tanah yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan lain.
Ok, antara dua ni.. yang mana Alfalfa?
Kedua-duanya adalah Alfalfa, namun didalam tempoh kematangan berbeza. Yang macam taugeh tu, muda lagi..
Manakala dalam gambar kedua adalah Alfalfa yang matang . Yang ni baru boleh ada akar panjang.
Nak tahu apa kandungan dalam Alfalfa?
Alfalfa kaya dengan pelbagai vitamin A,B6,D,K, karbohidrat, fiber, calsium, phosphorus, zat besi,kalium, silikon magnesium,sodium dan lain-lain. Haa.. banyak kan zat yang terkandung dalam alfalfa ni?
Manfaat dan Kebaikan Alfalfa Kepada Wanita
Sebenarnya, jika nak disenaraikan..memang banyak.. namun saya akan kongsikan secara berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan saya..
Alfalfa sebagai milk booster
Saya terjebak dengan suplemen dan spesifiknya Shaklee adalah dengan set penyusuan yang terdiri dari ESP, Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Vitalea dan Ostematrix. Alfalfa secara sendirinya adalah penggalak susu atau juga disebut sebagai milk booster. Saya mula mengambil Set penyusuan sebelum bulan puasa kerana saya risau penghasilan susu akan drop bila berpuasa. Alhamdulillah, walaupun tidak dapat lebih banyak namun saya dapat kekal mendapat 10oz di dalam setiap sesi mengepam di pejabat.Mengetatkan Miss V
Bagi Puan Siti, pengalaman melahirkan anak kedua secara normal adalah suatu pengalaman yang manis. Namun begitu, beliau agak risau melihat bahagian alat sulit yang mengembang. Tambahan pula, Siti mengalami koyakan tahap kedua semasa melahirkan. Dahulu, beliau langsung tidak risau kerana anak sulungnya dilahirkan secara pembedahan.Oleh sebab Siti bercita-cita untuk menyusukan anaknya sehingga umur 2 tahun, jadi Siti tidak boleh mengambil sebarang jenis herba. Mujur dia mencuba Alfalfa, susu banyak, suami pun tersenyum je..
Menganjalkan payudara
Dulu pakai coli cup C, lepas beranak dan menyusukan anak 2 tahun terus jadi cup B? Suami pulak syok je perli.. Tak terasa ke?
Kalau dibiarkan, bukan takat jadi cup A, langsung ke melayut. Macam nenek la plak kan.
Nak bagi up balik? boleh cuba senaman yang saya ada ceritakan di dalam entri ini. Nak hasil lebih awesome sampai suami pandang tak lepas, harus dapatkan Alfalfa & Collagen Powder sekarang.
Menghilangkan Keputihan
Ramai yang menganggap keputihan bagi wanita adalah perkara biasa. Namun jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman di bahagian dalam alat sulit wanita. Pemakaian seluar dalam yang bersih, menukar panty liner dengan kerap adalah amalan kebersihan yang amat penting.
Jika keputihan yang dialami mengeluarkan bau, agak-agak suami sanggup tak nak bersama? Itu sebenarnya tanda anda mengalami masalah keputihan yang serius dan mesti dirawat segera.
Lagi Kebaikan Mengambil Alfalfa
Selain dari kebaikan alfalfa yang saya ceritakan di atas, Alfalfa juga mempunyai khasiat seperti berikut..
-Membantu masalah pencernaan dan detoks. Sangat disarankan bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit namun mempunyai masalah gastrik.
-Menurunkan keasidan tubuh. Apabila keasidan dalam tubuh tinggi, badan mudah mendapat pelbagai penyakit. Paling mudah untuk dikenali adalah jerawat yang sukar untuk hilang.
- Efektif menghilangkan retensi air dalam tubuh. Kebiasaanya ibu mengandung mempunyai masalah retensi air @ water retention yang menyebabkan badan kelihatan seolah-olah dipam. Pengambilan Alfalfa selepas bersalin juga membantu mengurangkan retensi air dengan cepat.
-Alfalfa mengurangkan eczema dan alahan. Oleh kerana sifatnya yang juga anti-histamine, ia sangat membantu bagi mengurangkan kerengsaan kulit yang disebabkan oleh eczema dan alahan.
-Mengurangkan gejala PMS dan menopause.
-Mengurangkan keradangan sendi dan otot
-Menghilangkan bau mulut dan bau badan
-Menurunkan asid urik di dalam darah
-Menurunkan kolesterol jahat LDL
Cara Pengambilan Alfalfa
Kita mempunyai beberapa pilihan untuk mengambil alfalfa1- ambil 10 biji sekaligus
2- 3 biji 3x sehari selepas makan. Alfalfa bersifat larut lemak, oleh itu ia akan menyerap lemak dari makanan yang kita makan.
3- Dilarutkan di dalam air panas sebagai teh. Boleh juga tambahkan peppermint ginger untuk rasa yang lebih enak.
Siapa yang TIDAK BOLEH ambil Alfalfa
- Pesakit SLE
- Pesakit Psiriosis
- Pesakit dan Ibu yang menyusukan bayi G6PD
- Ibu mengandung
Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee
1) Alfalfa Complex dibuat dari daun alfalfa matang yang bermutu tinggi yang ditanam di California, USA yag kaya dengan pelbagai jenis zat.
2) Ditanam tanpa pestisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.
3) Mempunyai akar tunjang 6meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat mineral daripada mendapan di dalam tanah.
4) Tiada silica gel (Perbezaan vitamin organik bukan sintetik/tiruan)
Harga Alfalfa Complex
Alfalfa Complex mempunyai 2 saiz dengan harga yang berbeza. Berikut adalah harga pasaran bagi Alfalfa.Saiz: 330 biji
Harga : RM53.75
Saiz: 700 biji
Harga: RM 97.50
Nak beli Alfalfa dengan harga lebih murah? Hubungi saya di 0195537657.
Demi kesejahteraan rumah tangga, semestinya setiap wanita nak berikan yang terbaik termasuklah untuk diri sendiri. Bertindak sekarang dan dapatkan Alfalfa hari ini juga. Anda pasti gembira setelah mencubanya sendiri.
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete