Showing posts with label berpuasa. Show all posts
Showing posts with label berpuasa. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Set Suplemen Yang Paling Saya Sayang

Kenapa saya sangat pada Mighty 3 Gems ? Jom baca bagaimana ia membantu saya ibu muda yang sedang gigih menyusukan anak.




Mighty 3 Gems yang best!


June 2012 , kira-kira sebulan lagi ketibaan Ramadhan berlaku insiden stok EBM penuh peti ais hilang sekelip mata. 😭😭😭

Layu, longlai, sedih, speechless mengenangkan anak yang masih breastfeed sepenuhnya. Kerisauan susu merudum bila berpuasa buatkan saya jadi susah hati.

Saya mula mencari alternatif samada memberikan susu formula, ataupun mendapatkan Ibu susuan untuk Hanis kerana 

mengikut plan asalnya saya perlu meninggalkan Hanis untuk tempoh 2 minggu kerana tuntutan kerja.

Maka, tempoh masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk kembali membuat stok EBM.
Antaranya adalah mencari milk booster. So masa tu saya beli trial pack untuk Breastfeeding bersama Mighty 3 Gems ni. Memang tak banyak soal, dah seller kata camtu, saya folo je.

3Gems ni terdiri dari Protien soya tanpa kolesterol dan rendah indeks glisemik . Bagi badan kita bertenaga & kenyang lebih lama.

Pastu ada Mealshakes yang membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan badan.

Dan tak lupa Performance Drink yang rasa macam Oren Tang. Minuman isotonik tanpa gula dan gas yang mengekalkan bendalir dalam badan supaya kita tak dehydrated.

First time minum ESP , mak aihh kembang tekak den. Tapi demi anak, ku telan jugak la. Macam2 variasi cuba. Setiap pagi wajib amek sebelum ke opis.

Ditakdirkan tuhan, business trip saya dibatalkan. Fuhh. Walaupun lagi payah dan mencabar nak buat secara remote, tapi dah bos kata gitu.. Ikut je la.

Dan sepanjang bulan puasa , memang inilah menu wajib saya. Tak pernah missed kecuali hari yang terbabas tak bangun sahur 😁

Tiap2 hari gigih pam. Waktu subuh wajib buat tandem nursing dan di opis pam 2x sehari. Balik dari opis, terus direct feeding.

Amazingly, dari zero kemudiannya saya berjaya memenuhkan semula peti ais dengan EBM. ☺️

Tu kisah masa BF anak sulung, dan sampai sekarang memang inilah juga menu wajib sahur saya. Cuma bezanya, sekarang ni direct feeding je.

Ohh.. Lagi pun pun 3Gems ni cepat je nak sediakan. 5 minit pun boleh setel sahur. Kalo dulu kembang tekak, sekarang ESP bancuh plain dengan air suam pulak yang jadi feveret ai 😘😘😘
Siap boleh buat overnight oat lagi tau 😁

Masa anak kedua, macam tak percaya je punya bertenaga, bole ke bazar ramadhan sambil carry dia dan pimpin kakaknya sendirian. Ntah mana datang energy.

Bukan Ibu BF je boleh minum 3Gems ni, Sesiapa yang rasa mahukan sahur yang express tapi dapat kekal bertenaga sepanjang hari memang inilah pilihan terbaik.

Sejujurnya rasa sejak tengok EBM dah penuh peti ais & boleh berpuasa tanpa rasa penat melampau, memang terus tangkap cintan dengan 3 Gems ni.

Bersungguh I cerita dengan uols ni.. Hehe 😁

Uols pun kena cuba tau.
Meh roger I kalau nak cuba ye.. Whatsapp je ke 0195537657.



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Friday, June 26, 2015

Adakah Gastrik Penghalang Anda Berpuasa? Ketahui cara menghilangkannya buat selama-lamanya

Biasanya bulan puasa ni ramai yang akan kena gastrik. Bagi penghidap gastrik, lagi la diorang ni risau dan susah hati sebab susah nak berpuasa. Sejak di Universiti, saya mula diserang gastrik sebab tak jaga makan. Kesannya memang terasa dan menggangu aktiviti harian bila ia menyerang.

Gastrik boleh diatasi ye..tak perlu menderita pun

Penyakit gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut ( Gastrik Akut) atau terjadi secara perlahan ( Gastrik Kronik). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus asid perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

Gastrik boleh terjadi kepada semua peringkat usia tetapi risiko untuk menghidap penyakit gastrik akan bertambah apabila usia seseorang meningkat.

Punca Gastrik


Menurut Dr Rushdan Abd Aziz di dalam artikelnya di Majalah Rapi, ada beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik. Antaranya:
  • Jangkitan kuman (Helicobacter pylori)
  • Pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan
  • Amalan pengambilan makanan secara tidak menentu
  • Peningkatan usia
  • Tekanan perasaan
Ini bermakna , jika kita tidak pernah  mendapat gastrik sebelum ini kita tetap berisiko mendapat serangan gastrik sebab semua orang melalui peningkatan usia dan selalu stress dengan kerja kan?

Simptom Gastrik


Bagi yang dah biasa atau selalu mendapat gastrik, simptom baru nak bermula je dah boleh tahu. Namun bagi yang tak pernah kena gastrik, biasanya akan rasa konfius bila kena tu..

Kenal pasti simptom awal  sebelum ia melarat


  • Sakit pada bahagian atas perut. Kesakitan ini mungkin bertambah atau berkurangan dengan pengambilan makanan. Biasa juga disebut pedih ulu hati.
  • Kembung perut , rasa macam nak burrppp je.. macam banyak angin
  • Loya dan muntah . kalau yang serius boleh muntah darah
  • Hilang selera makan
  • Najis berwarna hitam
Sebenarnya, penyakit gastrik yang tidak terkawal boleh menjejaskan ibadah puasa yang dilakukan dan berkemungkinan besar tidak dapat menunaikan ibadah berpuasa. Malah simptom gastrik pesakit akan bertambah teruk apabila seseorang meneruskan berpuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya penyakit gastrik berjaya diatasi, seseorang itu boleh berpuasa dengan lengkap.

Namun, sekiranya pesakit meneruskan berpuasa, berkemungkinan besar penyakit gastrik akan menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan ulser perut.

Tips Mengelak serangan Gastrik


  1. Amalkan jadual pemakanan yang teratur . Berbuka dulu dengan makanan yang ringan seperti kurma dan buah-buahan segar. Solat maghrib dan lepas tu baru makan makanan yang berat. Balik moreh, makan la snek ringan. Kalau berat nanti ada potensi menggemuk pulakk.. haha. Dan paling penting mesti sahur dengan hidangan berat. Jika terlambat bangun sahur, minum protien shake seperti ESP yang mempunyai indeks glisemik rendah. Kalau minum protien, perut lebih kenyang. 
  2. Elakkan dari mengambil makanan proses yang mengandungi gula ringkas ( seperti gula dan tepung) dan juga makanan yang menggemukkan ( seperti kek, coklat, gula-gula, kerepek). Ini kerana makanan kumpulan ini melepaskan tenaga dengan cepat ( fast burning)
  3. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein seperti teh dan kopi yang merupakan minuman diuretik, sebab ia boleh menyebabkan kehilangan air yang cepat melalui kencing. Lagi la berisiko untuk dehydrated.
  4. Kurangkan penggunaan garam/kiub perasa/sos dan gantikan dengan rempah ratus semulajadi di dalam masakan. Masakan pun biasanya akan rasa lebih sedap. Cubalah! 
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berempah walaupun memang menyelerakan kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi luka.
Kesemua tips tu memang saya sendiri amalkan sejak 3 tahun lepas. Walaupun saya ni hantu kopi, dan segala makanan manis macam kek, coklat dan lain-lain tu, untuk bulan puasa saya cuba elakkan. Kalau teringin sangat , amek je la rasa sikit. Kalau tak nanti adi kempunan plak kan..

gastrik
bila gastrik tiada, nak berpuasa pun senang

Alhamdulillah, dapat juga saya melalui Ramadhan tanpa diserang gastrik dan tanpa ubat.  Bila takde gastrik, nak solat terawih, baca quran pun mudah dan tak terganggu. Setiap hari semasa bersahur, saya mesti mengambil ESP yang diperbuat daripada soya organik dan dicampur susu segar.

Sebagai backup jika terkena juga gastrik( naudzubillah) saya ada sentiasa simpan sebotol peppermint ginger yang sangat membantu membuang angin bila gastrik.. Atas bawah keluar angin..hehe

Puan Farahana menghidap gastrik kronik selama 10 tahun , bila kena gastrik nak makan pun muntah, nak jalan pun terbongkok-bongkok sebab sakit yang amat sangat, terpaksa pergi berurut dan jumpa doktor. Tapi selepas bersalin anak kedua, secara tak sengaja gastrik dah hilang walaupun kadang-kadang terlambat breakfast atau lunch. Nak tau tak macam mana gastrik beliau boleh hilang? Kena tonton video ni..





Jika anda nak merasai pengalaman berpuasa tanpa diganggu gastrik, cubalah bersahur dengan ESP seperti yang saya lakukan. Aktiviti harian tidak akan terganggu kerana gastrik, malah lebih bertenaga sehingga waktu berbuka.

Hubungi saya di 019 5537657 jika anda mahu pengalaman gastrik hilang seperti Puan Farahana . Setiap pembelian akan disertakan dengan cara pengambilan yang paling efektif bagi mengatasi gastrik. Variasi menu ESP pun saya akan kongsikan.

Salam Ramadhan , Salam Sayang,

Mamamyras


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Thursday, June 25, 2015

Rahsia Ibu Menyusu Berpuasa di Bulan Ramadhan Namun Tetap Bertenaga


Jika anda merasakan bahawa Ibu Menyusu tidak boleh berpuasa, anda perlu membaca entry ini sehingga habis. Sebagai seorang ibu yang pastinya mempunyai kelaziman untuk mengandung dan menyusukan anak, ia adalah bonus dan tidak sepatutnya menjadi halangan untuk berpuasa.





Puan Salwa  pernah berkongsi pengalaman turun 20 kilo selepas bersalin dan kini beliau berkongsi rahsia dan pengalaman 7 tahun Ramadhan berpuasa semasa hamil, menyusukan atau kedua-duanya sekali.

Ada 4 Rahsia yang dikongsikan oleh Puan Salwa..

 Pastikan anda mendapat kesemuanya ya~




 Amacam, rasa-rasa boleh tak nak berpuasa. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja , pastu anak-anak terbiar, rumah tak terurus dan pergi kerja macam zombi.

Haaa.. bila kata berpuasa, semestinya dalam keadaan yang bertenaga dan masih dapat membekalkan susu yang mencukupi buat anak. Bila anak dapat cukup susu, dia takde la meragam kan? Mudahlah bagi kita untuk menjaganya.

Sekiranya anda mengalami keadaan seperti berikut, eloklah berbuka. Islam tidak menggalakkan kita berpuasa jika ia memudaratkan.

1. Dehydration @ Terhidrasi
Jika anda merasa dahaga yang amat sangat dan bibir pun dah kering sangat. Maka, bolehlah berbuka puasa.

2. Rasa hampir pitam
Bila kita terhidrasi, badan akan hilang imbangan. Tekanan darah akan naik dan boleh menyebabkan kita pitam.

3. Kekeringan susu untuk anak
Sekiranya ia berlaku, ibu yang berpuasa hendaklah segera berbuka.  Tambahan pula jika anak sudah meragam kerana tak dapat cukup susu terutamanya yang berusia dia bawah 6 bulan. Jika anak yang berusia melebihi 1 tahun, boleh cuba diberikan makanan dan minuman lain yang mengenyangkan.

Apapun ianya berbalik kepada pertimbangan si ibu. Kita tidak boleh sengaja tidak berpuasa semata-mata kerana perasaan takut akan terjadinya perkara seperti di atas, namun harus untuk berbuka jika memudaratkan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang di dalam hati kita.

Jika kita tekad untuk berpuasa, Allah akan berikan ilham untuk kita mendapatkan cara yang dapat membantu. Rukhsah yang diberikan tidak bererti kita boleh mengambil mudah soal berpuasa di bulan Ramadhan.

Testimoni berpuasa dengan Set Menyusu dan Triple Gem


"Saya mula mengambil set penyusuan dan triple Gem ( ESP, Mealshakes + Performance) kerana saya kehilangan hampir 500oz EBM sebulan sebelum Ramadhan 2012. Pada mulanya saya tidak yakin, namun tetap jugak ambil secara konsisten sepanjang berpuasa. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan hasil mengepam sebanyak 4-6oz pada setiap sesi dan ianya mencukupi untuk bekalan harian anak saya.

Lebih menarik, saya tidak berasa haus yang terlampau dan masih bertenaga apabila balik dari kerja. Selepas dari itu, tiap2 kali ramadhan saya akan pastikan saya mempunyai stok Set Penyusuan dan triple gem."

"Anak berusia satu tahun, demand untuk susu ibu masih tinggi. Puan Fahidayu berkerja luar namun hasil perahan susu tetap maintain lebih dari 10-12oz  sehari"
susu maintain lebih 10-12oz sehari walaupun bekerja luar


Beliau mula mengambil ESP semasa berpuasa kerana menyusukan anak. Kesannya, kulit makin cerah, rambut gugur kurang dan jerawat segan nak tumbuh

bonus: kulit makin cerah, rambut gugur kurang

Istimewa bagi setiap pembelian Set Penyusuan + Triple Gems, anda akan mendapat lifetime consultation beserta perkara seperti di bawah

  • Variasi resipi ESP , Performance Drink & Mealshakes yang membuatkan ramai jatuh cinta dengan Triple Gems
  • Jadual lengkap cara pengambilan vitamin di bulan puasa
  • Tips bagi memastikan penghasilan susu maintain di bulan puasa
Hubungi saya di nombor 0195537657 dengan segera bagi mendapatkan konsultasi eksklusif . Penghantaran segera ke seluruh Malaysia.

Nak dapatkan Vitalea Percuma?

Anda hanya perlu mendaftar keahlian seumur hidup dengan membayar sebanyak RM79 dan secara automatik layak mendapat sebotol Vitalea yang berharga RM88.75. Tawaran terhad ini sempena ulangtahun Vitalea yang ke 100 tahun tau, dan untuk masa terhad sahaja. Anda mesti merebut peluang ini. ( saya register dulu pun tak dapat... hehe)
Ibu menyusu amat disarankan mengambil Vitalea

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua walaupun perlu menyusukan anak. Ia adalah pengorbanan yang besar dan hanya mampu dibalas oleh Allah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa~

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Saturday, August 16, 2014

Pengalaman Sendiri Kesan Pengambilan ESP Secara Berterusan


Dah lama dah sebenarnya saya mengamalkan pengambilan ESP Shaklee ni. Saya percaya ramai juga yang telah mengamalkannya. Walaupun pernah mendengar dan membaca di FB dan banyak tempat lain tentang keburukan mengamalkan Soya.

Soya Organik pilihan terbaik


Sebelum saya bercerita lanjut, suka untuk saya jelaskan sedikit tentang perbezaan soya yang menjadi asas Energizing Soy Protein (ESP)  dan 96% soya lain di dunia. ESP adalah diperbuat daripada soya yang tidak diubah secara genetik ( Non-GMO Soy) yakni boleh juga disebut sebagai organik. Berbanding dengan soya yang lain yang diubah secara genetik kerana ingin mempercepatkan pengeluarannya atas bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari pasaran.

Cuba bayangkan apabila keadaan asal sesuatu yang dijadikan Tuhan itu diubah, tidak mustahil ia boleh mendatangkan kemudaratan bagi sesiapa yang mengambilnya secara berlebihan. Walaupun Soya ESP adalah dari sumber organik, ada had pengambilan setiap hari yang disarankan. Bukannya boleh diminum sehingga 10 cawan sehari.

  Kesan Bagi Ibu Menyusukan

 



Saya mula mengamalkan Shaklee ESP sejak 2012 , iaitu sebahagian daripada Set Mighty 3 Gems yang amat disarankan sebagai persediaan bulan puasa bagi Ibu Menyusu. Alhamdulillah , saya serasi dengan ESP. Walaupun tidak dapat tingkatkan produksi susu ketika bulan puasa, tetapi ia tetap sama.. 4-6oz bagi setiap sesi mengepam di pejabat.

Selain dari bulan puasa saya tetap mengamalkan ESP sebagai sarapan yang pantas disediakan. Ada juga hari yang saya ponteng, kadang-kadang lupa, kadang kadang malas. huhu~
Tetapi apa yang perasan, jika saya tak minum ESP di pagi atau malam hari, susu yang dipam kelihatan cair. Bila konsisten minum ESP selama beberapa hari, EBM nampak lebih pekat. Di pejabat, kadang-kadang compare dengan susu lain dalam fridge di Mother's Room. Ada yang nampak pekat dan ada yang cair. Bila susu lebih pekat, semestinya baby lebih kenyang.

Kesan Bagi Ibu Hamil


Walaupun saya berhenti menyusukan Hanis ketika Hanis berusia 1 tahun 2 bulan kerana saya pregnant, saya masih meneruskan pengambilan ESP yang juga digalakkan semasa mengandung. Bukan sebagai suplemen utama tetapi ia bonus. Ternyata saya tidak menyesal.

Mengawal Tahap Gula Dalam Darah 

Alhamdulillah, walaupun hampir setiap hari sepanjang saya mengandung saya bersarapan dengan teh tarik dan roti canai pisang ( yang tinggi gula, kalori dan kolesterol) , tahap gula dalam darah saya tetap di paras normal. Saya tidak pernah kena ambil MGTT test yang selalu menjadi mimpi ngeri kebanyakan ibu mengandung.

Hanna dilahirkan secara SVD dan hampir sepenuhnya Natural birth , dan dengan saiz normal bagi kebanyakan bayi. Walaupun pada hakikatnya saya memang kuat makan dan minum minuman manis sepanjang mengandung.

Kenaikan Berat Optimum

Jumlah kenaikan berat saya sepanjang mengandungkan Hanna adalah kurang dari 10kilo. Banyak komen yang saya dapat mengatakan saya tak kelihatan seperti ibu mengandung jika dilihat dari belakang. Bila kenaikan tidak banyak, maka mudah la juga bagi saya untuk kembali kurus selepas bersalin, kan? Sejujurnya berat badan saya turun lebih banyak dari yang naik sepanjang mengandung. Maknanya apa?

Semasa pregnant --> naik 10 kilo
Selepas bersalin --> turun 15 kilo dan lagi 2 kilo

Okeh..tutup mulut yang terngaga tu! hihi

Tak, saya bukan jenis yang habis pantang je terus masuk gym. Dulu ye, saya rajin. Sekarang kasut Reebok yang cantik tu tersimpan kat mana pun saya tak ingat. Huh. membazir.

Stretch Mark makin pudar dan hilang

Tak perlu lagi malu dengan suami..
Sebenarnya saya hanya menyedarinya baru-baru ini. Itupun adik saya yang tegur.

"Stretch mark ko dah hilang eh?"

Terpinga-pinga jugak la saya bila dia tegur camtu.. Saya yang tengok hari-hari memang tak perasan perbezaannya. Dia yang baru bersalin 4 bulan lepas, masih jelas stretch mark nya.

Pernah la saya terbaca post dari seorang kawan mengenai perkara sama tapi masa tu saya tak percaya, sehinggalah ia terbukti pada diri saya sendiri.

Bagi ibu yang mempunyai kelebihan tiada sejalur pun kesan regangan di perut, mungkin tak berapa mengerti perasaan saya, tetapi bagi kami yang pernah terasa "huduh" melihat stretch mark sendiri dan belum sempat ia hilang dah mengandung lagi.. tuhan saja yang mengerti perasaan ini.... huuuu~ terasa emo sket.

Berapa lama ia hilang? Saya kira lebih kurang usia Hanna setahun. Seingat saya dulu masa baru- baru mengandungkan Hanna, stretch mark masa mengandungkan Hanis masih jelas.

Kesan - kesan lain

Gastrik terkawal

Sejak dari bila entah saya kena gastrik,tak boleh lewat atau salah makan, sure kena. Dulu.. G*viscon dan segala macam jenis ubat saya cuba tapi rasa macam tak membantu sangat.  Bila pregnant dan menyusukan.. lagi mudah kena gastrik.  Namun sejak ada ESP, Alhamdulillah jarang sangat kena gastrik atau pedih ulu hati. Jika terasa dah pedih ulu hati, cepat-cepat saya bancuh ESP. Alhamdulillah cepat lega. Bukan hanya saya, tapi mak saya juga mengakuinya setelah mencuba ESP.

Gastrik..jika dibiarkan akan menjadi kritikal

 Setakat ini, itu saja yang saya dapat ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri . Mungkin tak membawa makna pada orang lain tetapi bagi saya, ESP sangat membantu saya.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Energizing Soy Protien ini, hubungi saya segera! Harga 1 canister yang penuh khasiat ini hanyalah RM150 dan boleh dikongsi seisi keluarga. Jika anda mahukan harga yang lebih murah, jom mendaftar sebagai ahli.

Hubungi saya sekarang untuk kesihatan anda yang lebih baik.

Salam sayang,
Ilah.
Pengedar Sah Shaklee (SID: 889805)



 Penghantaran dan COD dibuat bagi kawasan Kuala Lumpur dan pengeposan dibuat ke seluruh Malaysia.










Read More

Tuesday, July 1, 2014

Menu Sahur Ringkas Yang Buatkan Ibu Breastfeeding Kuat Sampai Petang



Alhamdulillah, sudah hari ketiga berpuasa. Masih lagi diberi kekuatan utk berpuasa dan menyusukan Hanna yg berusia 11 bulan hari ini.
Dan sahur saya bagi kedua-dua hari adalah amat ringkas. 1 Ramadhan saya kurang sihat tetapi memaksa diri utk bersahur. Semalam & hari ini saya hanya tersedar jam 5.25 pagi, dah tak sempat utk memanaskan nasi & lauk. makanya berESP la lagi..

Bagaimana saya sediakan hidangan sahur kurang dari 5 minit ?

Saya menggunakan 2 shaker.. 1 diisi dgn susu segar , ditambah dgn ESP dan meal shakes. Hanya goncangkan dan sediakan diminum.

1 lagi shaker diisi air sejuk dan ditambah Performance Drink. Goncang2 dan sedia diminum.. Rasa oren yang menyegarkan tekak. Feveret nihhhh.. hihi

Saya juga makan 3 biji kurma sebelum minum 2 minuman yang telah disediakan. 

Sebagai penutup sahur, saya minum segelas air kosong.

Mudah bukan?

Mengapa ESP (Energizing Soy Protien)
  •  Ia merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Keperluan penting bagi ibu menyusukan. Protien penting bagi menghasilkan susu yang pekat dan mengenyangkan.
  • Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.
  • ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu1 gram je. Memang tak risau la, takkan gemuk punye..
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Paling penting ia tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet,
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga


Penting untuk kita mengambil sahur yang rendah indeks glisemik (seperti ESP) kerana penyerapan glukosa dalam darah secara perlahan-lahan akan menstabilkan kandungan gula dalam darah, menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.  Berbeza dengan makanan yang berindeks glisemik tinggi, seperti nasi, coklat, gula pasir kerana glukos terserap masuk ke dalam darah dgn kadar yang cepat dan menurun juga dengan kadar yang cepat. Kandungan glukosa yg tinggi ini menjadikan kita sangat bertenaga, sangat teruja tetapi sebaik shj paras glukosa turun, kita menjadi sangat lemah, lapar, lesu tidak bermaya.

Ramai ibu-ibu memberi feedback, apabila bancuh ESP dan Susu Segar breast jadi membengkak dengan susu. Baby pun cepat kenyang dan kurang mengempeng.


Mengapa Performance Drink penting bagi Ibu Breastfeeding?


  • Ianya adalah minuman elektrolit yang lengkap dengan karbohidrat
  • Membantu mengawal keseimbangan air dalam sel badan supaya tidak terhidrasi dan menyebabkan penghasilan susu ibu merudum dan kita tidak cepat merasa dahaga.
  • Performance drink membantu menghasilkan impuls elektrik yang perlu digunakan oleh saraf-saraf dan otot badan agar kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

APA YANG MENARIK MENGENAI PERFORMANCE DRINK



 Mengapa perlu tambah Meal Shakes?


  • Hidangan bernutrisi lengkap, mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
  • Membekal nutrisi kepada Sel Tubuh - Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-Sel kulit,kuku,rambut, organ, darah, sistem imun dan lain-lain.
  • Rendah Kalori . Hanya 120 kalori bagi setiap hidangan
  • Rasa Vanila yang lazat - Minuman yang lazat untuk di ambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
  • Membantu memberi rasa kenyang yang lebih lama
Mealshakes juga sesuai dijadikan hidangan sahur bagi anak2 yang sedang belajar bersahur. Boleh juga dicampurkan dengan susu segar atau milo mengikut kegemaran anak anda.  

Kenapa perlu ESP dan Mealshakes?


ESP mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan ibu menyusukan , manakala Mealshakes mengandungi 24 vitamin dan mineral serta serat. Campuran kedua-duanya memberikan nutrisi lengkap buat ibu Breastfeeding semasa sahur.

Alhamdulillah, saya masih bertenaga dan mampu menguruskan 2 orang kanak-kanak bijak dan aktif sepanjang hari walaupun hanya dengan sahur yang ringkas.

Susu Badan Tidak Drop, Anak tidak meragam

Perkara yang amat saya risaukan semasa berpuasa adalah jika susu badan drop dan anak meragam. Hanna pulak jenis yang direct breastfeeding, takmo botol. Takmo FM. Alhamdulillah, dengan amalan sahur yang ringkas dan mengenyangkan ini saya kekal bertenaga sehingga berbuka. Kadang-kadang, bila tak berapa rajin nak masak.. saya akan bawa 2 orang anak ini ke Bazar. Seorang saya kendong di dalam carrier, seorang lagi saya pimpin. 

Saya juga mempunyai masalah gastrik yang serius sebelum ini hingga menyebabkan muntah-muntah dan cirit yang berlarutan hingga 4 hari. Tetapi apabila bersahur dengan 3 kombinasi hebat Mighty 3 Gems ini, Alhamdulillah saya mampu berpuasa dan beribadat dengan baik. Dan semestinya ibu-ibu lain juga!




Kekal bertenaga dan susu maintain banyak

Tips Tambahan supaya Ibu Breastfeeding Tidak Cepat Dahaga

Minum 1 cawan air kosong setiap jam sepanjang malam. Sekiranya terjaga semasa tidur, minur air. Ia mampu membekalkan air yang cukup untuk badan.

Tahukah anda Mighty 3 Gems adalah HoT ITEM Bulan Ramadhan? 
Ramai yang telah mencuba dan merasai kehebatannya. Belum cuba belum tahu!

Saya sedia mengeposkan kepada anda hari ini juga, esok dapat!
Atau saya boleh boleh membuat penghantaran sekitar KL, Cheras, Ampang dan sekitar.

Hubungi saya sekarang di 0195537657 mendapatkan panduan lengkap dan lebih tips hebat bagi mengelakkan diri dari stress yang tidak sepatutnya bila susu merudum dan badan penat sampai nak pengsan.



~Ilah~

Shaklee Independent Distributor ( SID : 889805)

SMS/Whatsapp : 0195537657

FB: Vitamagic Shoppe 

Read More