Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

4 Tips Atasi Sunburn Yang Mesti Anda Cuba

Saya jenis kulit yang mudah terbakar atau juga disebut sebagai sunburn. Tak payah berjemur lama-lama, keluar sekejap ke kenduri pun balik tu pun muka dah nampak hitam. Entry ni saya nak share tips yang saya buat untuk atasi masalah sunburn.

Sunburn ni sebenarnya terjadi disebabkan melanin di bawah kulit yang aktif. Melanin adalah pigmen yang berwarna coklat atau agak gelap. Biasanya orang yang berkulit cerah putih melepak tu mempunyai kurang melanin berbanding kita ni yang selalu dipanggil sawo matang.

Apapun, jangan sedih tau. Sebab kita lebih special!

Orang yang berkulit cerah lebih berisiko tinggi untuk mendapat jeragat, masalah kulit dan juga kanser kulit berbanding kita yang berkulit lebih gelap. Semuanya disebabkan melanin. So kita kena bersyukur tau sebab mempunyai melanin yang aktif. Ok, senyum sikit...

Apapun, oleh kerana Malaysia mempunyai cuaca panas sepanjang tahun tak seperti di London tu, maka kita mesti lindungi kulit dari selaran matahari atau sunburn.

Mudah je sebenarnya.. follow tips simple ni untuk atasi masalah sunburn

1. Gunakan krim  Broad Spectrum Sunscreen SPF50


Krim sunblock ni kita mesti pakai setiap pagi tak kira samada kita keluar rumah ataupun tidak. Walaupun kita berada di dalam rumah, sinaran UV tetap akan sampai dan memberi kesan kepada kulit kita. Termasuklah juga jika hari mendung, kena pakai sunblock.

Terdapat 2 jenis yang boleh beri kesan kepada kulit kita, iaitu UVA dan juga UVB. UVA merosakkan sel kulit kita dan menjadikannya berkedut. Kulit jadi kering , hilang seri dan menjadi semakin kusam, pigmentasi dan jeragat juga terbentuk.

UVB pula menyebabkan melanin menjadi aktif dah terjadilah sunburn.  Jika dibiarkan tanpa sebarang perlindungan, kita berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kulit termasuklah kanser kulit.

Oleh itu, kita mesti memilih krim sunblock jenis broad spectrum sunscreen atau perlindungan penuh .

Kesan UVA & UVB kepada kulit




Sunblock dengan SPF50 adalah pilihan yang paling sesuai bagi kita dia Malaysia kerana cuaca panas sepanjang tahun.

Bagi Muslim, kita mesti menyapu semula krim sunblock selepas solat zohor dan asar.

Saya memilih untuk menggunakan Youth Age Defense Moisturizer dengan SPF 50 yang juga mempunyai perlindungan Broad Spectrum.  UVA & UVB semua dia tapis.  

Kulit saya yang kering pun terasa lebih lembab bila menggunakan Moisturizer ni.

Sunblock SPF50
Sunblock & Moisturizer dengan SPF50






2. Kurangkan keradangan sunburn dengan Minyak Vitamin E


Apabila terjadinya sunburn, kulit akan terasa pijar dan kemerahan. Ianya boleh dikurangkan dengan menyapu minyak vitamin E. Boleh juga disapukan pada kulit yang mengelupas.

Selalunya saya akan membuat rutin sapuan vitamin E selama 3-7 hari bergantung kepada keseriusan sunburn. Rasa pijar dimuka hilang sebaik sahaja vitamin E disapu.

Tapi awas, jika anda mempunyai kulit berjerawat.. tips ini tidak sesuai untuk anda tau. Jerawat akan lebih masak nanti.

Dulu saya suka picit Vitamin E dan sapu di muka. Memang terasa sejuk sikit muka hilang pijar tu. 

Tapi sekarang dah tak buat camtu sebab dah ada pilihan yang  lebih mudah. hehe..

Saya cuma perlu sapukan Radiance C+ E yang mengandungi 20% Vitamin C ni sebelum tidur. Terus hilang jugak rasa bahang kat muka . Lagi best sebenarnya sebab muka  tak selemuih macam sapu Vitamin E dulu tu, pastu bila bangun pagi muka terasa lembut dan lembab je.. 

Radiance C&E
Untuk disapu setiap hari sebelum krim malam




Syok wooo~


The best remedy is by preventing it..

Sebaiknya jika kita tahu kita mempunyai kulit yang cepat sunburn, amat disarankan untuk elakkan dari berjemur. Tapi tu la kan, takkan nak jadi puteri lilin je.. so pakailah pakaian lengkap seluar panjang dan baju lengan panjang. Takpe kalau orang nak membawang pun, pakai je topi atau payung , dan tak dilupakan cermin mata hitam tu semua untuk diri kita. Kalau boleh berteduh, tak perlu berlama-lama di bawah sinaran matahari.

3. Ambil Vitamin yang melindungi dan membaiki sel kulit 

Vitamin C dan E diketahui amat membantu untuk mengatasi masalah sunburn. Ia jugak dapat mengurangkan kesan sunburn apabila diambil bersama. Kalau ambil salah satu sahaja, kesannya takkan sama. Mesti diambil bersama.

Ini kerana kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV menyebabkan radikal bebas di dalam badan kita. Radikal bebas akan merosakkan sel-sel di dalam badan kita termasuklah sel kulit. Antioksidan memainkan peranan penting untuk meneutralkan semula radikal bebas dari ia membuat lebih banyak kerosakan kepada sel.

Vitamin C & E adalah antioksidan yang sangat baik dan sangat sesuai diamalkan setiap hari untuk melindungi dan membaiki sel kulit. Barulah kulit jadi sihat dan berseri.

Bukan je kulit makin cerah, parut jerawat pun hilang


Vitamin C Organik
Vitamin C Organik dan Semulajadi


Banyak manfaat Vitamin E



4. Minum banyak air

Kalau kita kurang minum air, kulit akan jadi lebih kering. So  banyakkan minum air masak, untuk membantu melembabkan kulit sekaligus mempercepatkan proses self healing. Proses penggantian sel kulit mati dengan sel kulit yang sihat lebih mudah berlaku. 

Hilang segala kulit yang kusam dan gelap, kulit akan jadi lebih cerah dan glowing. 

Banyak mana nak minum? 
6-8 gelas sehari sudah memadai. Air masak tau, bukannya air manis. 

Senang je kan? Saya sendiri dah buat tips ni tau. Memang terbukti berkesan. Walaupun 3 jam berjemur masa sukan tadika anak baru-baru ni, sikit pun tak sunburn.. hihi

Cuba ye.. semoga kita tidak lagi dibelenggu kerisauan bila sunburn.

Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatssap saya di link berikut.
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe






Read More

Wednesday, December 17, 2014

Muka Bebas Jerawat dan Flawless Buat Semua Pandang Tak Berkelip

Tak kisah lelaki atau perempuan, pasti tak terlepas dari masalah jerawat. Macam mamat ni, dah lebih 100 kali cuba nak usha awek korea ni tapi asyik tak dapat walaupun muka putih kemerah-merahan. Bukan sebab flawless tapi jerawat tumbuh melata. Awek ni pulak babyface, comel je.. memang tak pandang mamat ni kan.. tak nampak dah hensem tu kat mana.

lelaki berjerawat
hilang hensem bila muka penuh jerawat

Sorry.. i tak pandang kalau muka penuh jerawat :p
 Entry ini saya nak kongsikan kisah benar, khas untuk pembaca yang selalu runsing muka penuh jerawat. Dah habis beribu ringgit tapi tak nampak lagi rupa kulit yang bebas jerawat. Parut lama pun penuh.. :(

Penantian 7 tahun kini berakhir

Kisah seorang akak ni, yang terpaksa menanggung malu muka penuh jerawat gara-gara penggunaan produk yang salah. Walaupun dah berhabis banyak, namun kesannya makin teruk.

Dengarkan pengakuan dari akak ni yang sekarang ni kulit dah cantik, licin dan gebu.. jerawat sebijik pun takde.




Bila muka dah flawless gitu, baru la confident nak jumpa orang kan?

Kisah benar dari seorang adik yang bakal berkahwin tahun depan. Sejak saya kenal beliau beberapa tahun lepas memang mukanya tak pernah bebas dari jerawat. Kebanyakan masa mukanya memang di tutup dengan foundation yang tebal kerana tuntutan kerja yang memerlukan beliau berjumpa client.

Selepas bertunang 2 bulan lepas, beliau menyatakan hasrat untuk membeli vitamin untuk muka. Katanya, dia nak cantik sebelum kahwin. Ye lahh, taknaklah nanti suami terkejut, segan pulak dengan keluarga mertua. Takkan sepanjang masa nak kena bermekap di dalam rumah.

Oleh itu, saya mencadangkan beliau mengambil Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa dan GLA kerana beliau juga mempunyai masalah hormon yang tidak stabil. Tak sampai sebulan beliau konsisten dengan 4 vitamin ni, saya dah dapat feedback yang sangat menggembirakan.

set cantik

 Parut pun makin hilang, jerawat baru pun dah tak tumbuh. InsyaAllah tak lama lagi beliau akan dapat muka yang bebas jerawat. Nak mekap untuk hari bahagia nanti pun jadi lebih senang kan?

Terujakan bila tengok aweks dahi licin. hihi.. bukan takat lelaki, perempuan lain pun pandang tak berkelip. hihi..

Macam Sarah ni, kulit cerah flawless pinkish.. eh, suka kan tengok dia. Kalau masa dia bagi talk, semua orang confirm bagi perhatian sepenuhnya. 

cantik semulajadi
Sarah, Nutritionist Shaklee

Nak tahu tak apa rahsia Sarah ? 

Tak jadi rahsia dah sekarang ni.. ni Sarah sendiri yang memberitahu kepada salah seorang SID apa yang dia amalkan untuk cantik cun melecun gini..
  • Vivix : Antioksidan dan anti penuaan terbaik. Hanya satu sudu kecil setiap hari
  • Vitamin C : Sustained release Vita C yang membekalkan badan dengan 100mg Vita C setiap jam selama 5 jam. Agar kulit lembut dan lembap. Juga merupakan agen anti-oksida
  • B Complex : Memberikan tenaga, mengurangkan stress.
  • Vitamin E :Mencerahkan kulit, memudarkan parut dengan cepat dan melindungi jantung. Setiap kapsul mengandungi 4000IU Vitamin E
  • Collagen: Menganjal dan menegangkan kulit serta membantu penghasilan sendi rawan
Katanya, yang paling penting adalah konsisten. Barulah awet muda gitu. Sekali pandang memang ingat student Uni mana la ni kan?

Namun, bagi yang rasa kurang komited untuk konsisten dengan vitamin yang banyak, boleh juga mengambil Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. 

Hilangkan Whiteheads


Macam mana pulak kalau muka dah cerah, jerawat takde tapi hidung penuh dengan whiteheads?
Hari-hari tenyeh hidung tapi tak jugak hilang. Bila pegang hidung terasa kasar-kasar kan?

Menurut kawan saya Siera, setelah 3 hari menggunakan pencuci muka yang baru ni  Whiteheads dah hilang!

PERUBAHAN yang dirasai ?

- kulit rasa tegang yang tak pedih
- kulit lembab moist2 je
- whitehead hilang abiss
- kulit makin gebus gebas

1 tiub pencuci muka ni tahan lama tau. Lebih dari 6 bulan. So memang jimat la..

Lebih meyakinkan, pencuci muka ni memang selamat digunakan sebabnya..

  •  Tiada bahan kimia. 100% bahan semulajadi
  • 16 botanical plant 
  • Dermatology tested
  • Not tested on animal
  • 3 years research
  • Clinically tested

Pencuci muka tanpa kimia
1 tiub untuk kegunaan 6 bulan lebih




Sebenarnya saya dah lama sangat dok usha pencuci muka ni.. tapi macam lama lagi je nak tunggu Enfuselle ni habis. huhu~ bersabarlah wahai hati. Btw, Nutriwhite ni lebih sesuai utk kulit normal yang tiada masalah berminyak, kering atau berjerawat ye. Sebagai alternatif, eloklah gunakan Enfuselle.


Sebarang persoalan atau kemusykilan yang memeningkan kepala anda salurkan segera kepada saya, nak call boleh, nak SMS @ Whatsapp ke 0195537657 pun boleh. Kalau sekadar nak tanya dulu tengok apa yang sesuai pun digalakkan. InsyaAllah saya sedia menjawab persoalan anda.

 Ohh, istimewa untuk pelanggan saya je.. saya akan kongsikan cara pengambilan vitamin paling efektif untuk supaya jerawat cepat kecut dan parut pun cepat hilang dan macam-macam tips lagi untuk dapatkan muka flawless .


Apa lagi? Hubungi saya sekarang ye~ saya tunggu ni..


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Saturday, July 12, 2014

RAHSIA Kekal Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Assalamualaikum & Selamat Membaca~

Kita selalu jumpa adik beradik yang kakaknya selalu disangka sebagai adik kerana kelihatan lebih muda bukan? Ataupun kita sukar sekali meneka umur sesetangah orang yang kita jumpa. Melihatnya pada gayanya mungkin seperti berusia 30 tahun tetapi rupanya seperti awal 20an.
Ada juga atuk dan nenek yang kelihatan bercucu cicit yang berusia 20an tetapi kelihatan masih kuat berjalan, dan kita tak dapat meneka berapa agaknya umur beliau.

Tentunya kita tersenyum simpul dan kagum melihat bagaimana mereka kelihatan seperti tidak dimamah usia. Ianya hanya didapati dengan usaha yang berterusan dan dalam jangka masa tertentu.
Anda tentu suka bila orang menyangka anda lebih muda, bukan? Terus senyum hingga ke telinga. :)

Jom saya kongsikan RAHSIA untuk kekal muda dan bertenaga~



Ransang Otak Anda

Jika anda mahu untuk hidup kehidupan yang panjang dan bertenaga, anda perlukan minda yang cergas dan tajam. Otak, seperti anggota badan yang lain, perlu  dilatih untuk mengelak daripada menjadi lembap dan juga penyakit terlantar. 

Kajian  mendapati bahawa wanita yang lebih berpendidikan kurang risiko mendapat penyakit Alzheimer. 

Otak perlu sentiasa diransang untuk mengekalkan laluan saraf terbuka. Belajar bahasa baru, membaca atau hanya mengamalkan kesedaran persekitaran anda: bau, bunyi, input visual. Pepatah lama mengatakan "gunakan ia atau anda akan kehilangannya" mempunyai kesahihan berkenaan otak kita.


Makan dengan baik


Nasihat  daripada kerajaan US ialah untuk mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dan tiga hidangan bijirin penuh setiap hari untuk vitamin dan mineral dan mikronutrien sihat lain dalam tumbuhan. Minum 5-8 8-oz. (227 mililiter) gelas air.

Dapatkan tidak lebih daripada kira-kira 30 hingga 35 peratus daripada kalori harian anda daripada lemak, dengan kira-kira satu perlima daripada yang dari lemak tak tepu (contohnya, 1 peratus susu, zaitun dan minyak canola); 15 peratus daripada protein; dan kalori baki daripada karbohidrat - yang boleh termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, dan harus mempunyai penekanan kepada karbohidrat kompleks seperti oat, roti gandum dan beras liar.


Bersenam 


Senaman aerobik yang kerap adalah satu kemestian untuk sesiapa sahaja komited untuk melambatkan proses penuaan. Beratus-ratus kajian menunjukkan bahawa senaman melawan kehilangan stamina, kekuatan otot, keseimbangan dan kepadatan tulang yang meningkat dengan usia.

Bersedia untuk bermula? Persatuan Jantung Amerika menasihati melakukan satu set lapan hingga 15 ulangan, dengan menggunakan lapan hingga 10 latihan, dua hingga tiga kali seminggu untuk program membina kekuatanyang menyeluruh. Selepas anda mendapatkan rutin, ia hanya mengambil kira-kira 10-minit.


Maksimumkan Pengambilan Antioksidan 

Kata Dr Jeffrey Blumberg dari Tufts University: Radikal bebas menyumbang kepada tercetusnya penyakit yang berkaitan dengan usia, dan antioksidan meneutralkan radikal bebas.

Setiap orang harus mengambil kombinasi antioksidan melalui diet dan suplemen, tegas beliau.  Untuk mendapatkan antioksidan yang tinggi, Blumberg menasihatkan makan sayur-sayuran berwarna gelap seperti tomato, lobak merah dan bayam untuk karotenoid dan beri biru dan ungu untuk flavonoid. Oleh kerana makanan mengandungi banyak kelas antioksidan yang bertindak secara sinergistik, mereka adalah sumber terbaik antioksidan, kata Blumberg.


Dapatkan Makanan Tambahan Yang Baik

 Jika anda mahu meningkatkan pengambilan antioksidan dalam diet anda, dan perlu mengambil sejumlah besar  salad bayam yang memerlukan lebih masa bagi pencernaan . Disitulah di mana makanan tambahan boleh membantu.

Oleh kerana kita tidak sentiasa makan seperti seharusnya, Dr Jeffrey Blumberg menyarankan pengambilan makanan tambahan harian  antioksidan
"klasik": 200 hingga 250 miligram vitamin C, 100 hingga 400 Unit Antarabangsa (IU) vitamin E, dan suplemen karotenoid campuran 6-10 miligram. 

Tidur

 Anda mungkin pernah mendengar orang berkata "Saya akan tidur apabila saya mati." Hakikatnya adalah, kekurangan tidur sebenarnya boleh mati yang lebih cepat. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tidur kurang daripada enam jam dalam 1 malam, anda berisiko tinggi mendapat serangan jantung atau mengalami strok [sumber: Roizen dan Oz]. Perkembangan minda anda juga boleh  merosot pada kadar yang lebih cepat.

Pada peringkat emosi, kekurangan tidur membuat anda kurang tenang dan lebih mudah untuk marah. Anda juga lebih mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan jangkitan virus sekiranya kurang rehat yang betul. Tidur lapan jam  setiap malam adalah penting untuk kesihatan fizikal anda, dan juga mood anda dan usia yang lebih panjang [sumber: Roizen dan Oz].



Bagaimana mendapatkan makanan tambahan terbaik ?

Shaklee mempunyai Set Antioksidan  "klasik" yang menepati saranan pengambilan maksimum.
Jom berkenalan dengan set ACE yang terdiri daripada Carotomax , Vitamin C & Vitamin E



***************************
 CAROTOMAX® Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

                                                   ****************************
 Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg  

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*



****************************

 Vita-E Complex™

 Vita-E complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.


Dapatkan SET ACE ini sekarang! Usah risau kerana ianya dijamin selamat dan pastinya HALAL.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=21afbd04647f0309f8f43e8ef6eb4f58


Pastikan anda menghubungi saya di 0195537657 bagi mendapatkan konsultasi eksklusif mengenai cara pengambilan Set ACE dan lain-lain info.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau mahu mendapatkan info lanjut, hubungi saya. Saya sedia membantu anda!












Read More

Thursday, May 22, 2014

LIMA LANGKAH MUDAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI

Setiap lelaki dan wanita pastinya mengimpikan wajah yang yang cantik berseri, kulit halus mulus, tona sekata dan yang paling penting.. bebas jerawat!



Ramai yang menganggap jerawat adalah perkara biasa dan akan hilang apabila tiba masanya.. persoalannya bilakah masa tersebut?
Tentu anda pernah berjumpa dewasa berusia lingkungan usia 30an, mempunyai anak 2 orang tetapi  masih  berjerawat di muka.
Ada juga yang muka bersih dari jerawat tetapi  penuh di belakang badan.

Lebih menyedihkan bila jerawat makin teruk disebabkan pengambilan produk yang salah macam akak ni. 7 tahun beliau terseksa dan malu... namun akhirnya..?




Percaya atau tidak antara faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat, hormon yang kurang stabil & stress. Antara sebab lain adalah faktor persekitaran yang terdedah kepada asap, bahan kimia dan udara yang tidak sihat serta  penggunaan alat kosmetik yang menutup liang minyak.


CARA MUDAH MERAWAT MASALAH JERAWAT


1- Cuci muka dengan air suam dan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2kali sehari. Sekiranya anda banyak terlibat dengan kerja luar eloklah mencuci muka pada waktu tengahari selepas pulang dari lunch. Gunakan krim pelindung yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak atau bahan mineral.

2 - Elakkan dari memicit jerawat dengan jari atau sebarang alat yang tajam. Ianya hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah dan berkemungkinan terkena jangkitan kuman. Jika tersalah cara, ia akan meninggalkan kesan parut yang dalam dan sukar untuk dihilangkan. Serahkan sahaja kepada beautician di pusat kecantikan sekiranya perlu.


3 - Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan dari makanan berminyak, berlemak dan kandungan gula seperti kek, coklat, aiskrim, air tin, makanan yang diproses, pizza, burger , kentang goreng dan sebagainya. Mengamalkan pemakanan yang sihat seperti salad, ulam-ulaman, ikan dan membantu mengatasi masalah ini. Anda juga digalakkan meminum air kosong yang banyak bagi tujuan membuang toksin berbahaya di dalam badan.

4 - Pakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas. Pakaian dari jenis kapas dapat menyerap peluh dan sekaligus memberi ruang kulit untuk "bernafas". Sebaiknya elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan melekat pada tubuh. Peluh yang keluar boleh memburukkan lagi masalah jerawat seandainya ia tidak diserap oleh pakaian yang dipakai.

5 - Pengambilan suplemen dan vitamin. Ini adalah salah satu cara merawat masalah jerawat dari dalam yang selalu diabaikan. Pengambilan suplemen dan vitamin dapat membantu proses pemulihan kulit dari masalah jerawat seterusnya menghilangkan parut dan cela di wajah dan badan akibat jerawat. Sekaligus memberikan anda wajah yang cantik berseri bebas dari jerawat.

Saya mencadangkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee yang terdiri daripada B-Complex, Energizing Soy Protein, Vita C dan Vita E Complex.


Ramai yang telah memperolehi semula keyakinan diri setelah bebas dari masalah jerawat sekaligus tampil yakin berseri setelah menggunakan set kecantikan Shaklee.

Pastinya anda juga mahukan kulit wajah yang cantik kan?

Anda masih belum terlambat, SMS / Whatsapp saya segera bagi konsultasi ekslusif dan percuma.
Saya akan segera membantu anda. InsyaAllah.

-Ilah -
Pengedar Sah Shaklee ( SID : 889805)

Read More