Nak minum soya ke tak ni? |
Secara peribadi saya memang suka sangat minum soya. Tak kira la masa pregnant ataupun tidak. Especially soya yang baru dimasak yang dijual di pasar malam Taman Maluri. Lagi syok bila minum yang panas.. hehe
Sepanjang pregnant anak pertama dan kedua saya amalkan minum soya setiap hari. Namun keduanya soya yang berbeza. Ada beza ke soya ni? Bukan sama je ke? Berdasarkan pengalaman peribadi saya, ternyata memang berbeza.
Dalam entry kali ni, saya akan share amalan minum soya semasa hamil dan kesannya kepada bayi yang dilahirkan.
Amalan minum soya semasa hamil anak pertama
Setiap bulan, saya akan beli 1 karton soya seasons kotak kecil. Nak jimat la konon kan..hihi. Tiap-tiap hari confirm minum paling kurang 1 kotak. Kalau lunch pun akan beli air soya. Memang jadi hantu soya.
Tak banyak yang saya expect sebab anak first kan. Just makan macam biasa, makan semua vitamin yang hospital bekalkan without miss. Ada la kot sehari dua yang lupa, tapi biasanya memang berdisiplin la. Padahal sebelum-sebelum tu sebotol vitamin c pun berbulan-bulan baru habis sebab asyik lupa je nak makan.
Berat pun naik dengan gembira, masa kandungan dah 36 minggu berat saya dah cecah 63kg. Masa tu la jugak mula alami sakit sendi tangan. Bila tanya doktor, memang ada ibu hamil yang mendapat Carpal Tunnel Syndrome, mungkin disebabkan saya sendiri kerja mengadap laptop, menaip dan menekan keyboard sepanjang hari. Ok, carpal tunnel ni takde kaitan dengan soya..cumanya sebab banyak minum manis, berat naik dengan gembira sampai dapat sindrom ni. Tangan habis kebas-kebas dan lenguh. Details ni nanti saya buat entry lain la pulak.. hehe
Saya pun tak ingat sejak bila, tapi kaki memang membengkak dengan jayanya. Stretch marks mula muncul masa kandungan masuk 7 bulan , bermula dengan 1 garisan dan terus merebak dengan jayanya.huhuhu~
Kesan amalan minum soya terhadap anak pertama
Semasa lahir, biasa je..kulit cerah orang ingat bukan anak saya..hehe . ok sebab saya kuat berjemur. Fine. Lepas beberapa hari, Hanis mula mendapat rashes. Dari ruam susu , ke ruam peluh dan sampai la ke eczema. Macam tak pernah surut. Husband pun dah mula rasa tak syok. Segala macam krim sapu, ada la kering sekejap pastu nanti datang balik. Paling teruk masa umur Hanis 1 tahun 6 bulan, eczema dia berair dan berdarah. Segala celah pelipat lutut, celah peha, pinggang memang terkena.
Luka eczema dah agak kering selepas seminggu sapu ubat dari PCMC |
Kat bawah pelipat peha ni ambil masa nak baik |
Mula-mula ambil ubat klinik, elok je bagi dia antibiotik tu.. habis bengkak 1 badan. Terus saya buat appointment dengan dermatologist di PCMC. Rupanya Hanis allergic dengan penicillin. Lepas 2 minggu kot, barulah kering semua luka-luka eczema dia.
Kebetulan pula memang Hanis baru mula ambil Omega & Vitamin C, jadi sistem imun dia bertambah baik dan kurang sangat dah dia kena ruam dan eczema pun dah tak datang balik.
Amalan minum soya semasa hamil anak kedua
Sejak dari sebelum hamil, saya berkenalan dengan soya organik, non GMO kerana nak banyakkan susu gara-gara stok EBM penuh freezer semuanya hilang sekelip mata.Walaupun pada mulanya macam agak memaksa diri, sebab rasanya lain sikit.. kurang manis kot.. tapi demi nak banyakkan balik EBM jadi saya layankan je. So bila dah terbiasa, saya keep on minum je sampai la tetiba baru tau dah pregnant. Bila saya tanya pada kawan yang jualkan soya ni, dia kata pregnant pun elok minum. Saya tak banyak soal, minum je la..
Saya sebenarnya mempunyai gastrik teruk. Kalau masa pregnant anak pertama, asyik bergantung pada ubat gastrik warna pink tu. Walhal tak la membantu sangat pun bagi saya. Cumanya kali ni, setiap kali kena gastrik atau pedih ulu hati, saya akan cepat-cepat bancuh soya ni. Alhamdulillah, biasanya dalam 15 minit tu dah rasa lega.
Kebiasaanya saya akan bancuh soya ni, setiap pagi masa nak keluar ke ofis. Bancuh dalam tumbler dan bawak masuk kereta. Sementara menghadap jem tu, habis la sebekas tu. Perut yang berkeroncong pun rasa terisi dah. Dan biasanya dalam pukul 9 baru saya pergi breakfast pulak. Menu biasa saya adalah roti canai pisang dan teh tarik. huhuhu~ siapa yang pernah makan je tau betapa heaven kombinasi dua ni.
Waktu lunch biasanya saya akan minum jus epal, ntah kenapa suka yang masam-masam pulak..hehe. Tapi yang manis-manis tu tetap hantu jugak.. Kek, aiskrim, donut, starbucks tu rasanya hampir setiap hari. ish ish..korang sila jangan folo habit tak baik ni okeh.
Tiap kali checkup doctor akan warning supaya jaga berat sebab kali ni nak cuba untuk bersalin normal. Mujur la jugak, walaupun kuat makan manis, berat saya dan berat baby naik dalam kadar yang sihat. Masa saya bersalin di 40 minggu 3 hari tu, berat saya baru nak cecah 63kg dan Hanna lahir dengan berat 3.1kg.
Agak musykil sebenarnya.. so rupanya bila saya siasat.. soya yang saya minum ni special rupanya, ditambah pula dengan Vitamin C yang diambil setiap hari, dia membantu mengawal kadar gula di dalam darah dan mengelakkan Diabetes semasa hamil. Alhamdulillah.
Memang saya perasan pun, pregnant kali kedua ni kaki langsung tak membengkak. Perut je membulat. Stretch marks ade jugak cuma tak se horror yang dulu. Kalau orang tengok dari belakang, tak tahu yang saya ni pregnant.. hehe
Kesan amalan minum soya organik & non GMO terhadap anak kedua
Ternyata saya membuat pemilihan yang betul. Soya ini sangat jauh berbeza dengan soya biasa di pasaran. Masa Hanna lahir, gebunya la kulit dia. Kemerah-merahan sampai saya gelarkan dia Humaira'.Hanna Humaira' |
Alhamdulillah, Hanna langsung tak pernah kena ruam termasuklah ruam susu. Eczema jauh sekali. Yang ni la yang saya paling risaukan sebenarnya sebab agak serik nak ingat apa yang jadi pada hanis.
Nak kata hanna putih, rasanya ni dah masuk umur 2 tahun baru tetiba nampak cerah sangat muka dia berbanding dengan kakaknya Hanis.
Bila dah nampak perbezaan yang ketara ni, sudah pasti saya akan teruskan untuk minum susu soya ni sepanjang kehamilan ketiga pulak nanti. Semua orang sukakan kulit bayi yang gebu kan, dan semestinya rasa kesian bila tengok bayi ada ruam-ruam mahupun eczema.
Bagi ibu-ibu yang suka minum soya atau yang jenis sweet tooth macam saya ( suka sangat dengan segala makanan manis) , saya amat menggalakkan anda mengamalkan soya organik ni jugak. Tak sanggup kan nak kena cucuk dan minum air gula bila kena diabetes semasa hamil.
Mana nak dapat soya organik dan non-gmo ni?
Hubungi saya di 0195537657 untuk mendapatkannya segera. Walau dimana anda berada, saya boleh hantarkannya segera. Usah tunggu lagi ye~
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBeruntung anak kedua dapat khasiat ESP since dalam perut mommy lagi :)
ReplyDeleteSemoga membesar dengan sihat!
Ak punya la gigih bace..trick bisnes upernya..
ReplyDeleteHahaha kompiden je aq bca...last skali tu yg buat aq ketawa..jurujual rupanya..apapn tertarik dgn cara puan ..menarik minat sy utk mbeli kjp lg sy pm k..
ReplyDeleteJomlah cuba. memang hot stuff sekarang ni :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete