Showing posts with label herbal blend. Show all posts
Showing posts with label herbal blend. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Mom's First Aid

Sejak jadi mak ni, 2 benda ni wajib ada kat rumah dan dimana-mana sahaja.


Keperluan setiap ibu


👉🏻Herbalblend

Sangat-sangat membantu bila badan anak tiba-tiba panas atau naik ruam gatal.
Hanya dengan sapuan nipis , ruam jadi tak gatal.. Panas badan cepat je turun.
Kalau tangan mama melecur kena minyak panas, sapu je losyen ni, rasa sejuk je, takde mengelembung.
Kena gigit nyamuk? Sapu je hilang la gatal tu 😉

👉🏻 Nutriferon

Immune booster ni teman baik mama bila anak atau suami atau diri sendiri tiba-tiba rasa nak demam atau selesema.
Balik kampung atau pun travel, tak syok la kalau tetiba demam kan? InsyaAllah bila cepat2 up kan imuniti badan, demam tak singgah lama.
Juga sebagai langkah pencegahan dari virus2 yang mudah merebak.

Anda seorang ibu?

Apa yang ada dalam first aid kit anda?
Ce share.. 😊



Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Sunday, July 27, 2014

THIS is WAR! * dengan Nyamuk

Antara persediaan balik kampung sempena raya adalah sekotak ubat nyamuk Antimos. Sebelum ni memang pernah guna di rumah dan saya yakin ianya terbukti efektif. Kenapa saya pilih Antimos? Kerana saya memilih untuk bertukar untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan. Kiranya Go Green la!~

Antimos ni guna Serai Wangi yang memang diketahui sebagai penghalau nyamuk yang berkesan. Tetapi mesti diletakkan di tempat yang betul atau si nyamuk2 kelaparan akan menyerang!
Masa mula-mula buka penutup Antimos ni, saya letakkan di kepala katil. Oh! baunya sangat la kuat! So tak lama lepas tu saya letakkan di bawah katil. Ternyata tindakan tersebut adalah salah dan mengundang bala! 

Saya sangat TERKEJUT melihat 5 ekor nyamuk kekenyangan darah Hanis Hanna selepas sahur pagi tadi!Ohhh nak marah sangat-sangat. Ada juga yang dah terkorban dipenyek Hanis.



Makanya terus saya tukar strategi meletakkan Antimos di depan kipas. Supaya angin yang dibawa dpt menghalang nyamuk daripada terus bermaharajalela. Muahahaha! 


Ternyata selepas itu tiada lagi nyamuk berterbangan. Tetiba jadi mama yang bangga! 

Oleh kerana muka hanis Hanna dah berbintat-bintat dek gigitan nyamuk2 durjana, maka kena la amek langkah menyelamat untuk mengurangkan kegatalan.
Mujur saya bawa balik Herbal Blend. 
So saya calit-calitkan di muka, kaki dan tangan comel yang telah diserang nyamuk.


Abes dah kurang comel muka anak daraku. Sedih okeh!


Herbal Blend ni pun sekarang menjadi feveret saya sebab ianya Multi-Purpose dan telah terbukti mengurangkan gatal2.
Krimnya tak melekit atau berminyak. Pergi mana-mana pun wajib bawak krim ni. Satu lg sebab, ia boleh digunakan oleh semua ( baby --> org dewasa)dan bole jadi losyen tangan. Dan ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berkulit sensitif.

Oleh kerana losyen ini sangatttt HOT dan selalu kehabisan stok di branch Shaklee, maka saya memilih untuk menyimpan stok Herbal Blend di rumah.

Berharga hanya RM 27.50, ia adalah losyen wajib di setiap rumah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Herbal Blend , boleh lah Hubungi saya dengan segera di 0195537657.

COD bagi Pandan Perdana, Maluri, Pandan Jaya, Tesco Ampang, KLCC dan kawasan sekitar.

Penghantaran pos dibuat ke seluruh Malaysia.





 
 
Read More

Sunday, July 13, 2014

Herbal Blend Mengurangkan Gatal Ruam

Assalamualaikum wbt.

Anda pernah mencuba Herbal Blend? Krim pelbagai guna yang sangat laris seperti pisang panas.

Saya baru berkesempatan menggunakannya sendiri baru-baru ini. Bukan sengaja mahu lambat cuba tetapi baru ada sebab untuk menggunakannya.

Tidak tahu apa sebab dan bagaimana terjadi, tiba-tiba sahaja badan saya dipenuhi ruam yang amat gatal terutamanya jika berpeluh atau panas. Ia sudah berlarutan hingga beberapa hari dan makin banyak.

Saya agak keberatan pada mulanya untuk mencuba Herbal Blend kerana ianya bermentol. Saya memang tidak sukakan losyen atau krim yang bermentol. Tetapi akhirnya saya cuba juga, bukannya mahal pun. Untuk 1 tiub sebesar ubat gigi yang besar tu baru berharga RM27.50 bagi yang bukan ahli. Untuk ahli semestinya lebih murah.

Jadi saya pun mencuba, sapukan di bahagian badan yang ada ruam . Menakjubkan, saya langsung tidak berasa gatal lagi di tempat ruam tersebut. Jika tidak memang asyik bergaru saja. Bau mentolnya tidaklah kuat seperti yang saya bayangkan. Sangat sedikit dan tidak mengganggu bagi saya tak tidak gemarkannya.

Kemudian saya merasakan yang tangan saya sangat lembut. Terus saya sapukan di siku, lutut dan kaki yang terasa kering. Hasilnya? kulit terasa lembap dan lembut. Siapa tak suka kan?
Langsung saya sapukan juga di lutut, siku Hanna. Saya beri sedikit di tangannya untuk dia mencuba menyapu sendiri seperti mana saya lakukan. Hanis tidak terlepas, bahagian pelipat yang kering, leher yang selalu terkena ruam peluh saya sapukan Herbal Blend rata-rata. Ternyata ia cukup melembapkan.

Oh, anda tak perlu risau.. krim pelbagai guna ini selamat digunakan bagi bayi dan kanak kanak kerana ianya tanpa PARABEN. Apakah Paraben? Ianya sejenih bahan kimia yang merbahaya yang banyak digunakan bagi meningkatkan jangka hayat bahan seperti syampu dan losyen dan boleh menyebabkan kanser.

Jika anda berminat untuk mendapatkkannya, hubungi saya segera kerana STOK SANGAT TERHAD.

Anda boleh rujuk entri ini bagi mengetahui apa lagi kegunaan Herbal Blend. Sebenarnya banyak lagi kegunaan krim ini yang tidak disenaraikan. Daripada feedback rakan-rakan yang telah menggunakan, semuanya berpuas hati dan mereka menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit atau masalah kulit.

Anda tak perlu risau, krim pelbagai guna Herbal Blend selamat digunakan. Lebih menarik ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.. jadinya sesuai digunakan seisi keluarga.

Berminat?
Hubungi saya segera ya!


Saya adalah wakil Shaklee bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. Pilihan COD di kawasan Pandan Perdana , Maluri, KLCC, Ampang dan sekitar.




Read More

Tuesday, June 24, 2014

Herbal Blend : Multi purpose cream

Jumaat lalu saya dan ramai SID lain menerima SMS dari Shaklee yang amat menggembirakan dan telah lama dinanti-nantikan.

"RM0.00 SHAKLEE: We are pleased to inform Herbal Blend Multi-purpose Cream(39078) & Shaklee Shaker(O0062) will be available today at branch & online. Thank you"

Secepat mungkin saya terus online, klik klik.. Order. Alhamdulillah berjaya dapatkan.

Mujur saya cepat, kerana ianya habis utk dibeli secara Online dalam masa kurang 2 jam!

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa laaaaa krim yang HOT sangat ni?
Kan ke banyak lagi krim pelbagai guna lain di pasaran.


Nak tahu tak apa kelebihan Herbal Blend ni?


1 - PARABEN FREE
Penting ke nak kena Paraben Free ni? Jika Ada sikit2 tak boleh? 
Paraben adalah antara penyebab KANSER. Walaupun ada sedikit kandungannya tetapi dengan penggunaan berterusan, bukan kah jumlahnya berganda? 
Sekiranya anda mempunyai pilihan yang lebih selamat.. Kenapa berkompromi? 

2- Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

3- Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

4- Dingin, bermentol dan tidak berminyak.

5- Halal

6- Tanpa Steroid

7- Mudah digunakan dan mudah dibawa

8- Sesuai untuk semua golongan 

Apakah kegunaan  Herbal Blend?


Ianya terkenal dengan 1001 kegunaan antaranya...

  • Merawat ruam lampin, ruam susu yan biasa terjadi di kalangan bayi
  • Mengurangkan rasa gatal apabila disapu pada ruam demam campak
  • Membantu mengecutkan jerawat dengan cepat 
  • Merawat ekzema dan gatal-gatal gigitan serangga dan nyamuk
  • Melembapkan kulit dan melembutkan kulit lutut, siku dan tumit yang merekah
  • Boleh disapu di atas luka melecur, rasa dinginnya memberikan rasa yang menenangkan
  • Merawat nipple crack yang biasa terjadi dikalangan ibu menyusu 
  • Sesuai sebagai losyen harian

 1 tiub Herbal Blend berharga hanya RM27.50

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, hubungi saya segera di 0195537657

 ~Ilah~
Shaklee Independent Distributor ( 889805)

Call/SMS/Whatsapp : 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe






Read More