Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Thursday, September 4, 2014

Jom Hebat Utara 2014 : Event iReach Family

Assalamualaikum wbt

Ketika entry ini mula ditulis, saya di dalam kereta. Dalam perjalanan ke Penang semula.  Selesai JHU di Semeo Hall terus kami ke Perlis. Menyelesaikan urusan adik yang telah menjadi driver dari Ipoh. 

Mujur Hanna dah lena diriba, so jari pun menari di skrin comel.

Jom saya cerita sedikit mengenai hari saya yang hebat di Penang!

Apa dia Jom Hebat?


Jom Hebat Utara adalah antara program iReach di bawah PM Lyna Noh & Zainul Anuar.  Sebelum-sebelum ini dah diadakan Jom Hebat Mega di KL dan Jom Hebat Selatan di JB. Saya tak berpeluang untuk menyertai JHM kerana sepupu rapat saya berkahwin pada tarikh yang sama.  Sedih gak, tapi Family First!

Ada Apa dengan Jom Hebat Utara?


JHU bermula dengan pendaftaran dan sarapan seawal 8.00 pagi. Oleh kerana saya tersesat sedikit, so 8.45pagi baru sampai. 

Jam 9.15 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan Sharing dari Master to be Kep Hasliana. Beliau bercerita tentang bagaimana beliau menghadapi cabaran berada di Doha dan kebanyakan customer adalah di Malaysia. Very inspiring! Beliau juga sepatutnya sudah berada di KL bagi mengejar flight balik ke Doha , tetapi sanggup meluangkan masa di JHU berkongsi cerita dengan kami.

Perkongsian seterusnya adalah daripada Master Ita dan Farha Maskuriy. Ternyata tak mudah untuk ibu-ibu mencari pendapatan bersama Shaklee,namun ia TIDAK MUSTAHIL. Ramai yang dah berjaya bukti kan bahawa semua orang boleh berjaya dengan Shaklee. Mengubah kehidupan sendiri dan ramai orang lain. Diceritakan juga perbezaan bekerja makan gaji dan bekerja sendiri. Dari segi masa, kewangan dan disiplin. 

Slot selingan menyajikan peserta JHU dengan pelbagai tips hebat dari Leaders iReach. Priceless! 

Terasa lebih istimewa cerita panas dari delegasi Shaklee Malaysia ke Global Conference di Long Beach, California baru-baru ini. Master Zainul berkongsi pengalaman hebat mereka sepanjang menghadiri conference, lawatan ke Disneyland, lawatan ke HQ Shaklee, Black Tie Dinner dan segala cerita menarik yang membuatkan saya jeles! Siapa tak jeles tu, tak tau la kan. Setiap seorang yang menyertai trip tersebut adalah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Antara poin penting yang suka untuk saya kongsikan adalah bagaimana Shaklee komited untuk benar-benar menepati motto yang diselalu diwar-warkan iaitu Always Safe, Always Work, Always Green. Delegasi dari Malaysia telah berpeluang berjumpa barisan Saintis Shaklee yang tanpa letih menjalankan ribuan uji kaji bagi memastikan ia benar-benar selamat. Sejujurnya saya belum pernah jumpa mana-mana Syarikat Nutrisi di dunia ini yang sanggup membelanjakan wang sebanyak USD 250 Juta bagi tujuan ini.

Terlalu banyak jika mahu diceritakan tentang segala pesanan dan perkongsian dari setiap presenter. 
Ianya eksklusif bagi warga iReach. Walaupun jauh perjalanan yang saya tempuhi dari Kuala Lumpur ke Penang, bersama 2 anak-anak bijak yang sangat ligat, saya kuatkan semangat untuk hadir juga.
Rupa-rupanya ianya sangat berbaloi kerana ini adalah Jom Hebat yang terakhir! Ukhuwah dan perkongsian ilmu yang diperolehi memang tak akan dapat di mana-mana event lain.

SET CERGAS 200%


Sesi petang selepas rehat makan tengah hari dan solat zohor diisi dengan aktiviti perbincangan oleh semua peserta. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberi masa lebih kurang 30 minit untuk membentangkan Set Baru berdasarkan 1 produk yang diberi kepada setiap kumpulan. 

Kumpulan saya diberi AJHT sebagai produk asas. Kami telah mencipta 1 set baru iaitu Set Cergas 200% yang digabungkan bersama Collagen Powder & Zinc Complex. Set ini istimewa bagi pesakit Sendi dan tulang yang mahukan kesihatan yang lebih baik. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengambilan kolagen juga membantu meningkatkan kesihatan sendi kerana kolagen adalah suatu komponen penting dalam tubuh manusia.



Walaupun kami tidak berjaya merebut wrislet Coach sebagai hadiah kumpulan terbaik, tetapi presenter dari kumpulan kami mendapat handbag Coach sebagai hadiah Presenter Terbaik!
Best, tersangat best!





Bersama Shaklee, saya tidak perlu meninggalkan anak-anak, saya sesuaikan masa dan keperluan diri dan keluarga. Alhamdulillah, saya tidak salah memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya disamping membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih sihat.



Sebagai acara penutup bagi Jom Hebat Utara, ada surprise dari pihak penganjur!
Kek Ulangtahun Perkahwinan PM Lyna & Zainul dan juga kek Harijadi semua August Baby~

Terima kasih buat barisan penganjur JHU yang pastinya telah bertungkus lumus bagi memastikan JHU berlangsung dengan baik!

InsyaAllah kita bertemu lagi dalam majlis yang lain.




Read More

Wednesday, August 20, 2014

Rawat nipple crack dengan mudah. Panduan buat Ibu Menyusu

Ibu-ibu yang menyusukan anak biasa tak jadiputing luka? Hmm.. dulu masa Hanis macam tak selalu sangat, tapi sekarang ni macam kerap pulak luka. Si Hanna ni selalu membuatkan mama terjerit dan menangis kesakitan.



Banyak sebab sebenarnya puting boleh luka dan berdarah. Saya hampir trauma setelah hampir 3 minggu menahan sakit baru-baru ini. Dah terfikir nak kasik Hanna susu segar je. Hadoi!
Bukan senang-senang nak mengalah, tapi hampir putus asa sebab rasanya segala tips dah cuba.

  • Sapu purelan.  Dah
  • Basahkan puting dengan susu sebelum menyusu. Dah
  • Bagi Hanna latch betul-betul . Dah
  • Picit hidung . Dah, tu aku cuba buat bila rasa Hanna menggigit
Bila puting luka, waktu awal-awal tu yang paling sakit. Memang kadang-kadang sampai mengangis tahan sakit. Lebih menyakitkan bila bila tengah menyusu, dia boleh  toleh ke tempat lain tanpa bukak mulut. Arghhh!  Kalo masa tengah moody memang Hanna akan diletakkan di tepi, ku bangun pergi tempat lain.

Sampai la satu ketika, masa dok mengemas-ngemas dapur..  belek-belek la vitamin yang ada sebekas tu. Oh ada zinc! apa lagi.. terus telan. bukan sebijik tapi 2. hehe~ sakit punya pasal kan. Takde meletakkan harapan pun sebenarnya, tapi sekadar satu lagi ikhtiar untuk nak luka cepat baik.

Tak disangka-sangka, bila Hanna menyusu tengah hari tu.. tak rasa sakit. Dah bersedia dah sebenarnya nak menahan sakit, sekali tak sakit. Lepas dia menyusu, check tengok. Alhamdulillah luka dah baik. Senyum. tak perlu kata apa-apa.

Macam mana la selama ni boleh tak terfikir nak makan Zinc tu, padahal ada je lagi baki dari masa berpantang dulu. Masa rambut dok banyak gugur 2-3 bulan lepas pun pulun gak makan Zinc ni. Alhamdulillah cepat je ok dah.

Bagi yang tak tahu.. Zinc ni antara suplemen Shaklee yang murah tapi banyak khasiat..

 Luka cepat sembuh, 

Zinc sangat bagus bagi membantu proses penyembuhan luka. Tak kiralah samada luka bersalin secara czer atau normal atau sebarang jenis luka.

Mengurangkan rambut gugur 

Akar rambut yang kuat dapat dibentuk dengan zat yang diberikan oleh Zinc. Bila akar kuat, kuranglah rambut gugur.

Kesuburan lelaki
Zinc penting bagi menghasilkan sperma yang kuat dan banyak. Zat zink diperlukan bagi sperma berenang dengan kuat dan pantas

Mengawal selia fungsi imun 

Menurut Journal  Immunology Eropah, badan manusia memerlukan zink untuk mengaktifkan limfosit T (sel T).

Sel-sel T membantu badan dalam dua cara:
  • mengawal dan mengawal selia tindak balas imun  
  • menyerang sel-sel yang dijangkiti atau kanser.

Pembelajaran dan Memori 

Kajian yang dijalankan di Universiti Toronto dan diterbitkan dalam jurnal Neuron mendedahkan bahawa zink mempunyai peranan penting dalam mengawal selia bagaimana neuron berkomunikasi antara satu sama lain. Ia memberi kesan kepada bagaimana memori terbentuk dan bagaimana kita belajar.


Kandungan Zinc Complex Shaklee

Zinc Complex Shaklee mengandungi 120mg Kalsium dan 15mg Zink. Sangat mencukupi bagi keperluan setiap lelaki dan wanita dewasa.

Harga Zinc Complex Shaklee

Harga sebotol Zinc Complex yang mengandungi 120 biji adalah  RM 34.

Hubungi saya sekarang untuk Order!

SMS/Whatsapp : 0195537657

Eksklusif panduan cara makan Zinc Complex Shaklee hanya diberikan bagi pelanggan yang membeli dari saya.

Penghantaran dan COD bagi pelanggan di sekitar Pandan Perdana, Maluri, Tesco Ampang dan KLCC.
Pengeposan dengan cas minima dibuat ke seluruh Malaysia.

Pengedar Shaklee KL

Read More

Thursday, July 3, 2014

Set Berpantang Yang Membuatkan Ibu-Ibu Mahu Hamil Lagi Tahun Ini

Anda sedang menunggu masa untuk bersalin dan tercari-cari set berpantang yang lengkap dan mesra bayi? 
Atau anda mencari set berpantang yang mudah kerana anda akan berpantang sendiri?
Atau anda merasa trauma dengan pengalaman berpantang yang lepas sampai rasa tak sanggup nak hamil lagi..



Sebelum itu, jom kita tengok dulu kenapa ibu muda yang dulunya merasa trauma berpantang namun sekarang tidak lagi..





Saya amat mencadangkan Set Berpantang seperti di bawah. Ianya pilihan saya, adik saya, rakan dan ramai kenalan saya. Ternyata pilihan saya tepat apabila memilih set ini sebagai suplemen semasa berpantang anak kedua. 

Walaupun saya berpantang sendiri dan tidak sepenuhnya duduk dirumah kerana bersalin seminggu sebelum Raya, Alhamdulillah saya lebih sihat dan kurus lebih cepat berbanding semasa bersalin anak pertama. Saya cuma berkesempatan untuk berurut sekali dan selebihnya saya bertungku sendiri dan memakai bengkung dan girdle bagi mendapatkan semula bentuk badan yang cantik.

Bagi yang tidak mempunyai berpengalaman, tempoh berpantang dan menyusukan adalah masa terbaik untuk kembali langsing atau lebih langsing dari sebelum ini seperti Puan Salwa yang hilang 20kg!




Usah risau, setiap ibu mampu untuk mendapatkan berat badan ideal jika tahu caranya.. Ia mesti dimulakan dengan Set Berpantang yang betul.





Kelebihan setiap Vitamin dan bagaimana ia membantu anda berpantang

Vitamin C : Mengandungi Flavonoids yang penting untuk penyembuhan tisu serta membantu membanyakkan susu ibu. Memberikan tenaga kepada ibu.

Vita-Lea : Membekalkan keperluan Vitamin & Mineral terutamanya zat besi bagi ibu yang kehilangan darah semasa proses bersalin dan pemulihan. Memberikan tenaga kepada ibu yang baru bersalin

B-Complex : Membantukan menstabilkan hormon, mengurangkan stress & mengelakkan terjadinya meroyan. So kita takde la mudah nak terasa hati, stress dengan karenah anak dan orang sekeliling. Emosi ibu berpantang kan sensitif.

Zinc : Membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat dan mengelakkan jangkitan. Mengurangkan risiko rambut gugur

Alfalfa : Membantu untuk kurus, mengembalikan keintiman wanita, menggalakan penghasilan susu ibu. Mengelakkan sembelit.


Berpantang dengan gembira tanpa merasa trauma. Ibu gembira, anak sihat


Anda juga boleh Add On ESP yang bertindak sebagai milk booster bila diambil bersama Alfafa & Lecithin agar kurus dengan cepat.

membantu memekatkan susu dan pembentukan otot agar perut tak menggeleber
membakar lemak2 berlebihan.. dan mengelakkan bengkak susu

Baca kesan best pengambilan ESP yang membuatkan ramai jatuh cinta

Nota: Sekiranya bayi anda mendapat sakit kuning, anda dinasihatkan agar menunggu anak anda sihat sepenuhnya dan barulah boleh mula mengambil Alfalfa.

Berminat untuk mendapatkannya?

Mahukan pengalaman berpantang yang akan membuatkan anda mahu bersalin lagi dan lagi? Anda mesti merasai pengalaman berpantang dengan Set Berpantang Supermom. Dapatkannya hari ini dengan mengorder Set Berpantang melalui laman web Shaklee2u ataupun menghubungi  saya di 0195537657 untuk penghantaran segera ke seluruh Malaysia.


Salam Supermom,
Mamamyras





Read More