Showing posts with label cinch tea. Show all posts
Showing posts with label cinch tea. Show all posts

Saturday, November 4, 2017

Senaman Kempiskan Perut untuk Ibu Lepas Bersalin

Masalah perut buncit selepas bersalin di kalangan ibu agak biasa kita lihat. Bukan taknak dapatkan body anak dara yang selim, namun pelbagai cabaran dilalui semasa berpantang dan kadar metabolism badan yang makin menurun menyukarkan lagi untuk menghilangkan perut buncit.

Bila dah beranak kecil, nak ke gim atau sertai aktiviti senaman diluar mungkin agak sukar terutamanya bagi suri rumah yang 24jam tidak berpisah dengan anak.

So, apa kata cuba senaman ringkas untuk perut buncit yang sesuai dibuat dirumah tanpa perlu berjauhan dengan anak .

 


Senaman sebegini tidak perlukan masa yang lama dan pakaian sukan pun, pakai baju kita duduk di rumah pun ok.. tapi jangan la pakai baju kelawar pulak ye. Ada yang terkoyak pulak nanti .. hehe



Jika rasa sangat sibuk uruskan rumah, cuba ambil masa 5-10 minit selepas bangun pagi ataupun sebelum tidur. 

 


Ataupun, jika anda sukakan yang lebih thrills.. boleh juga ikut senaman atau aerobics di YouTube atau di TV. Ada banyak video senaman yang mudah diikuti .

 


Sebaiknya, senaman perlu dilakukan setiap hari atau sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Kurang dari tu? Maybe tak kan dapat la result yang kita impikan..

Jika konsisten, dalam masa 3 bulan pun dah boleh nampak dan rasa badan lebih fit dan perut yang lebih kempis.

Bantu Pembakaran Lemak dengan Lecithin

Untuk menggalakkan lagi pembakaran lemak, boleh juga mengambil Lecithin sebelum bersenam. Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak. Ia menguraikan lemak kepada molekul yang kecil agar mudah dibuang.

Kandungan kolina di dalam Lecithin adalah rahsia keberkesanan lecithin dalam menguraikan lemak dan membakar kalori secara efisyen.

Maka, bila ditambah Lecithin di dalam diet harian , usaha kita untuk mendapatkan perut yang kempis akan lebih cepat.

Keistimewaan Lecithin 
Shaklee Lecithin diperbuat menggunakan sumber semula jadi daripada kacang soya.

 


Tingkatkan Metabolism dengan Cinch Tea

Apabila usia kita menginjak ke 30an, kadar metabolisme badan kita semakin menurun. Penurunan kadar metabolisme bererti tenaga kita juga makin berkurang berbanding semasa usia kita 20 tahun. Ia juga bermaksud pembakaran kalori seharian kita semakin berkurang.

Oleh itu, bagi meningkatkan lagi metabolism tubuh yang semakin menurun dan bagi meningkatkan tenaga seharian, amat digalakkan untuk mengambil Cinch tea yang merupakan campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina  agar kita sentiasa segar dan cergas. 

Setiap jenis teh ini mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita selain ianya yang juga antioksidan yang baik.

 


Cinch Tea sangat sedap dinikmati pada bila-bila masa, panas atau sejuk.

 

Keistimewaan Cinch Tea
Mengandungi taurina, ia dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga.
Pek mudah untuk satu hidangan.
Bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.


Tips tambahan :
Ambil Lecithin sebelum anda memulakan aktiviti senaman atau sebelum melakukan aktiviti fizikal. Anda pasti akan bermandi peluh yang lebih banyak dari biasa. 

Jom! Mulakan rutin senaman untuk mendapatkan perut kempis seperti anak dara hari ini juga.

Dan segera dapatkan Lecithin dan Cinch Tea bagi membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat . Hubungi saya sekarang ye.

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Friday, May 19, 2017

5 Nutrien Yang Membuatkan Kita Lebih Positif

Macam-macam cara dah cuba nak fikir positif tapi tak berjaya jugak? Dah doa tapi nak doa pun tak reti nak kusyuk macamana?

Pemikiran negatif selalunya akan membawa banyak masalah, seterusnya boleh mengganggu kehidupan kita. Orang yang positif lebih mudah menangani segala masalah dan cabaran yang datang, namun orang yang negatif akan selalu merungut dan cuba lari dari masalah.

Tahu tak salah satu masalah tak boleh nak fikir positif ialah kerana badan kita kekurangan nutrien tertentu.

So apa nutrien yang diperlukan supaya kita mampu nak fikir positif?

1. OMEGA GUARD

Omegaguard mengandungi DHA, EPA & ALA yang berfungsi membantu sel otak kita untuk berhubung antara satu sama lain. Kekurangan Omega 3 ni boleh membuatkan seseorang menjadi depress, takde mood, asik down kerana ia mengganggu serotonin & dopamin.



2. GLA COMPLEX

Dah amik Omega 3, kena balance kan dgn Omega 6, dan kajian terbaru menunjukkan pengambilan kedua2 jenis Omega ni memberi kesan penyerapan lebih baik. Omega 6 mudah didapati di dalam diet seharian, namun boleh juga didapati dengan mengambil GLA Complex.

 

3. B COMPLEX

Vitamin B6 (salah satu komponen di dalam B complex) berfungsi menghasilkan neurotransmitter seperti serotonin & dopamim. Apabila kadar serotonin rendah, kita akan jadi depress dan tidak bersemangat.

4. ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP adalah protein yang rendah GI dan ia mengelakkan otak kita menerima terlalu banyak gula dlm satu masa yang memberi kesan kepada mood kita. Terlalu banyak gula boleh menyebabkan mood kita terganggu.

ESP juga mengandungi asid amino yang penting utk merangsang pengeluaran norepinephrine,  dopamine dan serotonin yang penting untuk fokus, clarity, alert , lebih bertenang dan menjadikan kita lebih produktif.


5. CINCH TEA

Cinch Tea mengadungi  L-theanine yang penting utk ketenangan dan fokus.

Bagi sesiapa yang asyik stress, amat dicadangkan untuk konsisten dgn 5 produk di atas bagi membantu untuk hidup lebih positif. Sekiranya  memang dah ambil setiap hari namun tiada kesan, cuba buat detox & amalkan semula produk-produk ni. Jangan skip walau sehari.

Insya-Allah bukan je akan bersemangat, malah hidup juga akan lebih baik.

Sumber rujukan : iReach

Nak dapatkan produk seperti yang disarankan? 

Klik link ini
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
www.wassap.my/60195537657

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Friday, September 16, 2016

Minuman Power Rendah Kafein Hilangkan Mengantuk Semasa Memandu

Buat kawan-kawan yang pulang ke rumah hari ni dan Esok ,

Berhati-hati di jalan raya.

Kalau mengantuk, berhenti rehat minum la cinch tea dulu okeh.

Untuk yang tak tahan banyak kafein, usah risau sebab kafein dalam Cinch tea cuma ada 9mg je berbanding secawan kopi yang ada 150mg kafein.

Sesuai bagi ibu Hamil, menyusu dan juga yang tak tahan pada kopi.

Rasa lebih ummpphh bila ditambah hirisan lemon

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Thursday, September 15, 2016

Ada Apa Dalam Beg Doremon Mama

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah petang tadi. So malam ni kena buat aktiviti memunggah & mengemas beg ni. Buang resit2, tisu2 yang terselit dan simpan syiling masuk tabung.

Bila namanya beg doremon mama, memang macam2 la ada kan.. Ini la handbag, ini juga la diaper beg.


Beg yang penuh dengan keperluan anak-anak


Beg ni best sebab banyak poket2 kat belah dalam .
Setiap poket tu tempat khas 1 barang. Diapers Naufal & Hanna, baju spare, topi, beg bedak&lipstick, wallet dan juga suplemen.

Ada jugak terselit tu pen untuk mama , getah rambut & sikat anak-anak dara ni 😁

Sebabkan abeg dah agak penuh, suplemen yang ringan diisi adalah Nutriferon dan Cinch Tea.

Cinch tea tu penyelamat bila mengantuk masa drive. Campur je dgn air sejuk @ panas @ lemon tea, segar la balik mata. Mak2 BF pun boleh minum tau sebab cuma ada 9mg kafein je dlm 1 sachet berbanding secawan kopi yang ada lebih kurang 150mg kafein.

Nutriferon plak langkah awal kalau2 sesiapa tetiba kena selesema ataupun demam. semalam encik husband sakit perut dok berulang ke toilet pun I bagi Nutriferon ni. Tengok lepas tu takde dah ulang alik ke toilet.

Ni la beg doremon mama.. 😁

Beg korang ada apa plak?
Read More

Friday, May 29, 2015

8 Perkara Yang Mempengaruhi Kadar Metabolisme Tubuh

Ramai yang selalu cakap yang metabolisme mereka rendah, sebab itu badan makin gemuk. Namun ramai juga yang tak tahu apa perkara yang menyebabkan kadar metabolisme menaik atau menurun.

Mungkin dulu kita aktif bersukan, sebab itu kadar metabolisme menjadi tinggi.. banyak tenaga yang yang digunakan. Sekarang kerjanya duduk di hadapan komputer dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadar metabolisme semestinya akan berkurang.



Bagi wanita yang tidak Hamil, kadar metabolisme ( Resting Metabolisme Rate) adalah di antara 1000-1400Kcal. Manakala bagi lelaki, kadar metabolisme yang normal adalah diantara 1500-2000Kcal. Lebih tinggi dan berat seseorang, maka lebih tinggi kadar metabolisme yang sepatutnya.

Jom tengok apa penyebab kadar metabolisme seseorang menjadi tinggi atau rendah..
  1. Orang yang lebih berotot mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi. Jika sekadar hilang lemak tapi otot tidak bertambah, ia tidak merubah apa2.
  2. Semakin meningkat usia seseorang, makin menurunlah kadar metabolisme beliau. Sebab itu ada orang yang walaupun tabiat pemakanan sama tidak berubah untuk tapi makin menggemuk.. hihi
  3. Kadar metabolisme boleh menurun disebabkan oleh faktor genetik.
  4. Tinggal di tempat yang bersuhu rendah meningkatkan kadar metabolisme. Berbanding dengan orang yang tinggal di tempat yang bercuaca panas seperti KL, mereka yang tinggal di London memerlukan lebih usaha untuk bergerak. Sebab itu kadar metabolisme mereka lebih tinggi.
  5. Tabiat makan dengan kerap dalam saiz hidangan yang kecil membantu meningkatkan metabolisme
  6. Ibu Hamil mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi disebabkan oleh hormon ibu hamil.
  7. Pengambilan suplemen boleh meningkatkan kadar metabolisme. Cuba Cinch Energy Tea untuk pilihan yang semulajadi. Sangat sesuai dijadikan hidangan minum petang.
  8. Crash diet atau diet mendadak boleh meningkatkan kadar metabolisme. Namun ianya hanya untuk sementara.  

Semoga bermanfaat! Jangan lupa share kepada rakan-rakan ye~

Salam sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Wednesday, March 4, 2015

Hilangkan Mengantuk Tanpa Kopi.. Boleh Ke?

Kopi memang sinonim dengan mengantuk, di pejabat ramai yang minum kopi sebab nak elak mengantuk dan mahu fokus dengan kerja yang menimbun. Hampir semua pejabat rasanyaada menyediakan mesin pembancuh kopi untuk staf. Memang kaw-kaw pekat kopinya.  Taknak bagi staf tidur kan..hihi

anda begini bila tiada kopi?

Dipejabat saya dulu, setiap tingkat ada pantry dan mesin kopi, namun ramai yang mencadangkan untuk membuka outlet Starbucks di tingkat bawah untuk mengurangkan masa berjalan ke outlet terdekat di Convention Centre. Rasanya staf EM lah customer tetap di outlet SB tersebut. Punya la ramai 'hantu' kopi ni kan?

Sejak bergelar siswi, saya yang sebelum tu bukan kaki kopi pun terjebak. Bila nak stay up je memang bancuh kopi, kadang kadang menjadi tapi bila badan terlalu penat lentok jugak kat buku.


atau tetap lentok walaupun dapat kopi?


Teringat ex-jiran saya ada bercerita, beliau akan bangun setiap hari jam 4 pagi dan membancuh secawan Cinch Tea supaya bertenaga nak membuat kerja dan bertahajud, walaupun selalunya hanya boleh tidur jam 12 malam kerana anak-anaknya jenis yang tidur lewat. Perkara baik harus diikut kan?

Cinch tea juga sesuai untuk mengandung yang mahu mengurangkan pengambilan kopi seperti yang dilakukan oleh Puan Maria yang cergas sokmo! Sebelum ini, beliau sukar fokus dengan kerja kerana sering mengantuk, namun ianya berubah setelah mengamalkan Cinch Tea.





Doa Menahan Mengantuk

Apabila kita berniat untuk bangun malam atau mahu menahan mengantuk semasa memandu, kita juga perlu berdoa kepada Allah. Suka untuk saya kongsikan doa yang disarankan oleh Hafiz Amri di dalam blognya iaitu sepotong Ayat Quran di dalam Ayat Qursi.


Potongan ayat tersebut berbunyi..




” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

(maknanya: “[DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)



Melalui pengalaman saya sendiri yang mempunyai gastrik, Cinch tea tidak menyebabkan perut saya berangin. Alhamdulillah. Saya pernah terpaksa memandu pulang dari Ipoh ke KL pada pukul 11.30malam setelah seharian berkenduri di rumah emak kerana mahu mengelakkan kesesakan trafik di PLUS setelah habis cuti raya cina. Badan memang penat, namun saya perlu memaksa diri untuk pulang kerana esoknya Hanis bersekolah. Jadi sebelum bertolak, saya minum segelas Cinch Tea sejuk dan berdoa Allah permudahkan perjalanan kami.

Alhamdulillah, walaupun trafik sesak di beberapa tempat sebelum R&R namun saya sampai di rumah pada Jam 2.30 pagi. Saya pemandu yang berhemah ye..hihi

Kelebihan Cinch Tea


Diperbuat daripada campuran 4 jenis teh:-
  • Matcha Green Tea :  Sebagai metabolisme booster, fat burner dan antioksidan yang tinggi
  • Red Tea : Mengandungi polifenol iaitu antioksidan yang kuat yang mampu mencegah kanser dan agen penghalang merebaknya tumor.
  • White Tea : Juga dikenali sebagai teh hijau bayi yang mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau
  • Rooibos Red Tea : Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Perbezaan Shaklee

  • Ditambah dengan taurina - bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik bagi menggantikan kopi, soda atau manisan untuk kekal cergas
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis
  • Zero Calorie
  • Kandungan kafein yang sangat rendah


Bagi anda yang merasa sukar untuk celik mata dan fokus tanpa kopi, anda kini mempunyai alternatif. Boleh la cuba Cinch Energy Tea Mix hari ini ye. Ia tidak mengganggu penyerapan kalsium kepada tulang. Takde la risau gigi patah atau tulang reput semasa muda ni.

Cinch Tea yang tidak mengandungi gula namun boleh membuatkan kita bertenaga dan fokus dengan kerja atau pemanduan. Memang best! Saya minum pagi tadi pukul 4 pagi, menyiapkan kerja, uruskan anak ke tadika, pos ESP 6 botol, lunch kat beli barang anak kat luar dan sehingga pukul 9 malam ni belum sempat lagi nak lelap dan rasa macam banyak energy lagi. hihi.

Bagaimana Nak Dapatkan Cinch Tea?


Mudah je..Whatsapp saya( Ilah) di 0195537657.  Jika anda berada di sekitar KL, InsyaAllah saya akan hantarkan kepada anda. Jika diluar KL, usah risau.. Poslaju kan ada.. Pos hari ini, esok sampai :)


Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Wednesday, October 15, 2014

Bahaya perut buncit yang selalu diabaikan

Bagaikan menjadi permandangan biasa bagi kita melihat ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai perut buncit. Malah kadang-kadang kita menjadikannya bahan jenaka tanpa kita ketahui ianya umpama bom jangka yang sedang berdetik.

Jom tengok dulu 2 video Apa kata para doktor?







Kita mungkin tidak menganggap ianya suatu bahaya kerana kita selalu melihat mereka yang berperut buncit masih sihat dan hidup dengan gembira. Namun kita sebenarnya berisiko tinggi mendapat penyakit Jantung, kencing manis, strok dan kegagalan fungsi organ lain.

Visceral Fat adalah lemak disekeliling organ

Cuba buat test mudah seperti gambar dibawah. Badan kita mungkin kurus, BMI pun tidak dalam kategori Obese tapi mungkin kita tak sedar yang lemak di sekeliling organ kita sangat banyak.

Ya. Saya pun dulu tak pernah kisah dan menganggap spare tyre adalah normal bagi ibu yang pernah mengandung. Rupanya saya salah. Saya mungkin tidak akan tahu perkara ini jika tidak ditegur oleh emak yang menyangka saya pregnant ( padahal muncit sbb baru lepas makan kenyang ) dan mendorong saya bertanya kepada Pakar Nutrisi.



Sebab utama Visceral fat yang tinggi


Gaya hidup yang tidak aktif. Itulah saya sekarang.. Kebanyakan masa hanya dipenuhi dengan menghadap laptop dan smartphone . Adalah masanya bermain sekejap dengan Hanis dan Hanna, membuat kerja-kerja rumah. Tapi sebenarnya masih tak cukup.
Sepanjang bekerja dahulu saya rajin menyertai kelas Aerobik dan skali skala agan ke gim. Ok saya rindukan aktiviti ini.

Makanan berlemak dan bergula tinggi. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ini adalah penyumbang utama. Mungkin agak sukar untuk kita menukar tabiat pemakanan sehinggalah kita disahkan mengidap penyakit berbahaya . Bukankah agak terlambat ketika itu? Lebih baik kita mengambil langkah pencegahan awal sebelum ianya menjadi kritikal.

Cara mengurangkan Visceral Fat

  • Senaman kardio

    • Ia adalah lebih efektif daripada melakukan sit up dan crunches kerana anda perlu tingkatkan pembakaran kalori. Contoh senaman kardio yang disarankan oleh Kevin Zahari adalah berenang. Anda juga boleh senaman kardio lain seperti, berjoging, menaiki tangga dan berbasikal.
  • Gaya hidup yang aktif

    •  Libatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar yang boleh membuatkan anda berpeluh seperti berkebun, membasuh kereta sendiri dan pelbagai aktiviti lain.
  • Pengambilan nutrisi lengkap dan seimbang

    • Kurangkan pengambilan makanan berlemak & bergula tinggi. 
    • Elakkan dari tabiat mengunyah makanan ringan
    • Makan malam sebelum jam 8 malam 
    • Pengambilan suplemen
Untuk membantu anda dengan lebih efektif, Pakar Nutrisi Shaklee mencadangkan pengambilan suplemen berikut untuk menghilangkan perut buncit dan mengurangkan risiko lain

Omegaguard , Phytocol  ===> untuk mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol

Cinch tea ===> meningkatkan metabolisme tubuh, lebih tenaga, lebih kalori dibakar

Vivix,CoQHealth ===> untuk memelihara kesihatan jantung. Penting bagi mengelakkan dari serangan jantung



Sekiranya anda di dalam kategori berat badan berlebihan, anda digalakkan untukkan mengambil suplemen di bawah bagi membantu anda kurus dengan cepat dan efektif

Herblax, Alfalfa ===> membantu proses detoks, membuang toksin berlebihan dan membantu pelawasan

Cinch Shake ===> Protein 24gm yang diperkaya dengan leusine. Membantu memelihara otot semasa proses pengurangan berat dan mengelakkan kurus secara "Yoyo"

Harus diingat bahawa perkara dalam menurunkan berat badan adalah, pembakaran kalori mestilah lebih tinggi dari pengambilan kalori.

Jika anda berminat untuk mendapatkan info lanjut tentang produk Shaklee di atas atau mempunyai sebarang persoalan, Whatsapp saya di 0195537657.

-Ilah- (SID : 889805)
 FB : Vitamagic Shoppe

#COD bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Pandan Indah, Tesco Ampang dan KLCC
#Penghantaran melalui Pos dibuat keseluruh Malaysia



Read More

Sunday, July 20, 2014

Energy Booster Terbaik Bagi Anda Yang Sering Kepenatan

Pernah tak anda merasa badan dah  lesu tak bermaya.. tetapi checklist kerja anda masih banyak yang belum bertanda.. Nak buat macam mana kan, semuanya perlu disiapkan sebelum anda pergi bercuti. Nak siapkan kertas kerja, meeting dengan klien, pergi bank, lepas lunch nanti ada presentation pulak. Ohhhh.. penatnya!

Ya, saya pernah merasa semua keadaan tersebut dan terasa macam nak pengsan. Terkejar-kejar menyiapkan semua tugasan.




Suatu hari saya diperkenalkan dengan Cinch Tea oleh seorang kawan. Katanya energy booster.. dia kesian melihat saya kepenatan. Saya beritahu yang saya breastfeed, boleh ke minum? Dia angguk.
Tanpa banyak soal, saya pun bancuh la 1 sachet.. mudah je pun, tuang dalam air sejuk.. kacau. dah boleh minum.. Saya pun takde la expect apa2 masa nak minum tu tetapi secara tak sedar tiba-tiba saya mendapat tenaga tambahan, macam kena cas! hihi . Alhamdulillah, lega bila rasa bertenaga dan boleh siapkan tugasan.

Sangat sedap diminum sejuk atau panas
Oh, bagi anda yang tertanya-tanya.. rasa cinch tea lebih kurang macam teh hijau.Bagi penggemar teh tentunya sukakan rasanya.

Ternyata Cinch Energy Tea Mix ni bukan sahaja bertindak sebagai energy booster malah membantu meningkatkan metabolisma. Apa kelebihan metabolisma yang tinggi? Jika anda sedang berusaha untuk kurus, metabolisma yang tinggi sangat diperlukan bagi membakar kalori. Jadinya mudah la untuk anda kurus dengan cepat.

Jom kita tengok ada apa dengan Cinch Tea ?

**************************

Cinch® Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 


•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan



Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


**************************



Amacam, best kan? Sejak saya jumpa Cinch Tea ni.. saya tak cari dah energy booster yang lain. Anda pun boleh dapatkan Cinch Tea yang sangat best ini!

Macam mana nak dapatkannya? Hubungi saya segera, bagi anda di kawasan Kuala Lumpur saya boleh hantarkan kepada anda.

Namun jika anda memilih untuk menerimanya melalui pos juga tiada masalah.

Hubungi saya segera untuk merasai kehebatan Cinch tea ini hari ini juga!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Assalamualaikum & Selamat Membaca

Cuaca panas terik mudah ataupun badan yang penat akan membuatkan kita mudah merasa mengantuk ketika memandu. Tambahan pula di musim perayaan nanti kita akan banyak memandu untuk pulang ke kampung dan beraya ke rumah saudara mara. Dan sesungguhnya memandu ketika mengantuk adalah suatu keadaaan yang amat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan, Walaubagaimanapun, sebagai pemandu kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga.



Jom saya kongsikan tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Rancang perjalanan anda
Sekiranya anda mudah mengantuk ketika memandu di waktu malam, cuba elakkan daripada memandu di waktu malam.Sekiranya anda terpaksa, cuba untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu. Saya sendiri lebih suka memandu ketika waktu pagi ketika badan masih segar dan bertenaga

Bawa rakan atau teman memandu
Bawalah seorang yang boleh meneman anda ketika memandu. Sekiranya anda mempunyai teman berborak dan bergelak ketawa, ia boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Rakan anda juga boleh tolong menghulurkan makanan atau minuman kepada anda. Oh,  pastikan anda tidak terganggu dengan perbualan hingga tidak fokus dengan pemanduan ye.

Pasang radio atau lagu dengan kuat
Jika saya memandu bersendirian, saya akan pastikan suasana di dalam kereta tidak sunyi kerana saya akan mudah terlena. Biasanya saya akan berkaraoke sendirian. Walaupun suara tak sesedap Siti Nurhaliza, tapi bukan ada orang lain yang mendengar kan? hihi. layankan saja lagu-lagu atau siaran yang anda suka.

Berehat sebentar jika perlu
Jika anda sudah terasa seperti memandu dalam keadaan khayal kerana mengantuk, lebih baik anda berhenti berehat di R&R. Pilih untu berhenti di tempat yang ramai orang. Jika pada waktu malam, berhenti di bawah lampu dan berhampiran dengan medan selera.Tidur selama 15-20 minit yang nyenyak mampu membuatkan anda lebih segar untuk meneruskan pemanduan.

Pilih kenderaan teman di jalan
Biasanya akan ada kereta lain yang mempunyai tahap kelajuan yang lebih kurang sama dengan kita kan?
Saya suka pilih 1 dan akan menjadikannya "teman". Jika kereta tersebut memotong, saya juga akan mencari peluang untuk memotong. Ianya akan membuatkan otak sedikit bergeliga dan alert. Tak semestinya anda perlu mengikut kereta tersebut hingga sampai ke destinasi. Sekiranya anda rasa sudah bosan atau kehilangan kereta tersebut, boleh pilih kereta lain pulak. hihi..

Bawa bekalan minuman dan makanan ringan 
Saya suka membawa bekal seperti kekacang,buah-buahan potong atau keropok yang mudah dimakan. Pastikan bekalan tersebut diletakkan ditempat yang mudah dicapai oleh anda.Walaupun anak-anak tidur, saya boleh mendapatkannya dengan mudah. Sebelum ini, jika diwaktu siang, saya suka membawa bekal air kopi tetapi jika di waktu malam, saya akan mencari alternatif lain kerana kesan kopi tersebut akan membuatkan saya tidak boleh tidur lena setelah sampai di destinasi.

Oleh kerana saya masih menyusukan, saya juga perlu mengurangkan minum kopi. Bulan lepas, saya telah mencuba 1 minuman energy booster yang mudah dan membuatkan mata saya buntang ketika memandu. Ianya adalah Cinch Energy Tea Mix. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke KL, belum sampai Tapah saya dah rasa agak khayal dan menguap beberapa kali. Saya tidak boleh berhenti tidur kerana perlu sampai ke KL dengan segera. Mujur saya teringatkan yang saya ada 1 sachet Cinch Tea.
Semasa berhenti rehat di R&R Tapah, saya tuangkan sachet teh tersebut ke dalam botol air mineral saya dan goncang. Alhamdulillah saya boleh teruskan pemanduan dan selamat sampai ke KL tanpa rasa mengantuk.

Dapat apa-apa tips berguna? Selamat mencuba! Jika anda juga mempunyai tips anda yang tersendiri, bolehlah tinggalkan komen dan berkongsi dengan pembaca lain.

Selamat memandu dengan selamat &  Berhati-hati di jalan raya.
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin


Love,
Mamamyras






Read More