Showing posts with label basic H. Show all posts
Showing posts with label basic H. Show all posts

Saturday, August 18, 2018

Tips Mengelakkan HFMD Untuk Panduan Ibu Bapa

HFMD outbreak di Malaysia telah bermula sejak bulan lepas. Beberapa minggu lepas kita digemparkan dengan berita kematian seorang kanak kanak disebabkan jangkitan organ dalaman akibat HFMD.

Jadi HFMD ni bukanlah sekadar sakit biasa biasa. Sangat mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal. Kita sebagai orang dewasa malah most of us adalah parents kepada anak anak yang sedang membesar sangat perlu ALERT dengan HFMD outbreak ini.

Say NO to HFMD!

Apa yang perlu kita buat agar terhindar dari jangkitan HFMD?

1. Pastikan amalkan kebersihan di dalam dan luar rumah

2. Elakkan membawa keluarga especially anak kecil dikawasan crowded dan terbuka dimana mungkin ada anak-anak yang berpenyakit ini ada disana 😅

3. Amalkan teknik mencuci tangan sampai bersih yang betul dan kerap. Bagi anak yang bersekolah, boleh juga bekalkan mereka dengan hand sanitizer.


4. Tingkatkan sistem imun tubuh ahli keluarga dengan beberapa produk vitamin seperti Mealshake, Multivitamin, Vitamin C,Vivix dan Garlic.

Nutrien penting untuk menguatkan sistem imun

5. Bersihkan dan disinfect dahulu permukaan/peralatan yang kita nak guna ketika berada diluar seperti troli pasaraya, babychair, bangku public dan sebagainya dengan mengelap menggunakan tisu basah yang boleh membasmi kuman seperti dettol atau spray basic H yang telah dilarutkan dalam air. Sentiasa bawanya bersama jika keluar.
Mudah dan murah je uols

6. Elakkan menyentuh muka dan anak anak dengan tangan yang tak dicuci bersih

7. Mandikan dengan gentle wash Shaklee baby, dan sapukan krim Herbal Blend 

Bahan pencuci tanpa kimia merbahaya . Bye bakteria dan virus




8. Pastikan baju dibasuh bersih dengan Get Clean Laundry Wash juga.

Semoga usaha kita dapat membantu mengelakkan ahli keluarga kita dan anak anak dari HFMD.

Namun sekiranya ada simptom dan disahkan sebagai HFMD, boleh berikan anak-anak dan ahli keluarga vitamin yang menguatkan sistem imun. Bila sistem imun kuat, virus cepat dapat dilawan.


Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat ya..

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut. 
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: fadh_yunus
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Thursday, September 15, 2016

Pencuci Serbaguna Yang Diyakini Mama

Mama dan ramai kawan-kawan dah sedia maklum yang Basic H ni pencuci organik tanpa bilas pelbagai guna. Setiap rumah wajib ada ni, terutamanya yang punyai anak-anak kecil.


pencuci organik
Pelbagai kegunaan basic H


So setiap hari memang takkan lepas dari menggunakan basic H . Ada je keperluan dari pagi sampai ke petang. Kerja-kerja mencuci jadi senang tau.

Bangun pagi, anak bocor kat tilam jangan susah hati. Bukak semua cadar, spray je tilam. Biarkan kering.

Bila bagi anak makan, nasi bersepah-sepah usah dimarah. Dia tengah belajar nak makan sendiri tu. Ambil kain , spray je basic H, lap. Siap.

Dapur yang berminyak pun senang sangat bila dicuci dengan basic H. Tak sempat berpeluh, bersih berkilat dah segala periuk dan dapur.

Bila nak cuci baju yang anak pakai pergi kenduri weekend lepas, geleng kepala tengok comotnya. Dengan kesan gris, daki & darah semuanya lengkap. Sapukan basic H, rendam sekejap. Nanti gosok2 sedikit baju dah bersih macam baru.

Tiba-tiba tengok lantai luar ade "hasil" yang ditinggalkan kucing jiran mana ntah. Titik je basic H dalam sebaldi air , jirus ke lantai dan berus je. Tak perlu bilas dah setel. Memang confirm takkan ada kesan sabun tertinggal pada tiles.

Eh, comot pulak handbag ni. Sejak beli tak pernah cuci 😂
Spray je dengan basic H, berus guna berus gigi lama. Senang je daki2 kotoran tu hilang.

Balik dari jalan2, anak makan dodol dalam kereta. Sedar tak sedar merata di calitnya dodol ke serata seat kereta. Kalau takde basic H ni, mungkin jari2 halus tu dah kena jentik. Cuci dengan basic H, senang sangat.. Dodol hilang, seat bersih balik macam baru beli kereta semalam. Hehe

Haa?! Ada lagi yang nak dicuci?


Basic H kan ada..

Boleh guna tanpa was-was sebab ianya tak ada bahan kimia mahupun toksik. Tuang kat pokok pun jadi baja ni. Semut pun tak datang tau.

Kalau nak tau kisah saya hilangkan bau petrol pada baju masa nak pergi kenduri , boleh baca kat sini.

Kalau dah tak sabar nak guna Basic H yang best ni, almaklumlah cuti sekolah dah nak habis ni macam-macam nak dibersihkan..
Cepat2 whatsapp saya , bukan saya tolong basuh rumah tapi saya ada basic H untuk anda 😁


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Saturday, May 30, 2015

Cara Paling Mudah Hilangkan Darah Kering Tanpa Peluntur

Bagi wanita, memang biasa kesan darah melekat pada seluar dalam bila datang haid. Bila tengah heavy, sampai bocor kat katil. Saya dulu siap lapik dengan kain batik, lipat tebal-tebal. Tidur pun tak boleh lasak sebab takut bocor kena cadar.

Adik saya dulu.. selalu sangat bocor. Hadoii..tiap kali period je bocor.. Tiap-tiap malam pulak tu... Sampai tilam tu kena dibuang. Mujur la tilam nipis je. Bila dah bocor, dia lapik je dengan kain pastu tidur je. Sila jangan ikut ye, itu sangat tidak hygienic.  Mak terkejut sangat bila tengok tilam bertompok-tompok.

Kalau darah terkena pada baju, mesti kena bersihkan cepat. Kalau lambat, memang susah sangat nak hilang. Ada pulak tu, jenis kain yang sampai dah basuh berpuluh kali pun ada jugak lagi tompokan darah tu.

Baru-baru ini, tiba-tiba hidung hanis berdarah. Bila jumpa doktor, tiada yang serius katanya.. darah tu sebab luka dia korek. Bila ada luka ni, hidung jadi lebih sensitif kan. Senang sangat nak terbersin. Paling risau kalau darah tu terpercik kat baju.

Kerisauan ku menjadi realiti.. Hanis ni bila bersin, dia akan menunduk. So darah tu tersembur tu direct kena baju.. hahahadoi. Masa tu pulak baru je masuk kereta selepas jumpa doktor. Dan baju yang dia pakai adalah baju sekolah. Terbaik.

Dah malam kot, baru la teringat nak ambil baju dia.. sekali dengan kain pelikat daddy Hanis yang kebetulan saya guna untuk lapik bantal dia.. sebab sarung bantalnya basuh, takde sarung bantal lain..

Kain pelikat tu..memang habis berdarah. Risau gak, boleh hilang ke tak.. Apa pun tawakal je, rendam je kain tu dengan baju hanis dalam sinki. Titik sikit Basic H2. Pastu biar semalaman.

Esoknya, lepas hantar hanis ke tadika, baru la ku bilas baju dan kain tu.. tengok memang dah takde kesan darah. Clean and clear. Tak macam pernah kena darah. Air dalam sinki tu ada bau darah. Baju dan kain tu terus ku masuk dalam mesin untuk basuh macam biasa.

Kain pelikat yang berlumuran darah
Maybe sebab ni jenis kain cotton, so senang sikit kesan darah tu nak hilang. Masa baju Hanna kena darah dulu, baju dia jenis kain dull satin.. yang tu kena gosok-gosok sikit dengan tangan baru hilang. Tak perlu guna peluntur, kain pun selamat..

Kesan darah kering mudah hilang selepas 1 rendaman sahaja

Nota: warna baju nampak lain sebab pencahayaan..

Memang terasa sangat, sejak gunakan Basic H2 ni, kalau setakat yang terbocor kat tilam tu, spray je dengan larutan Basic H2, berus sikit memang bersih terus.

Bila dah jadi ibu, lagi la berguna pencuci serbaguna ni. Untuk basuh kasut sekolah pon senang sangat tau.

So, saya sangat la rekemen pada setiap wanita terutamanya golongan ibu untuk menyimpan sebotol Basic H2 ni di rumah. Best giler lahhhh.. Semua kerja membersih jadi mudah sangat.

Ibu-ibu yang belum ada lagi Basic H2 ni, Whatsapp je saya di 0195537657. Nanti saya akan poskan dengan segera. Banyak sangat lagi cara penggunaaan Basic H2 yang saya nak kongsikan, memang awesome sangat terutamanya bagi golongan ibu.

Apa yang penting, sangat berkesan dan Jimattttt!~

Salam Sayang,

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Tuesday, February 3, 2015

Pakaian anda terkena PETROL??? Pengalaman saya menghilangkan bau petrol dengan MUDAH dan PANTAS

Ingat tak dalam cerita dodol di entry lepas saya ada cerita mengenai insiden semasa dalam perjalanan ke kenduri di Gerik?

Nak tau apa jadi?

Jom baca.. sampai habis tau!

Lokasi kejadian adalah di stesen Petron Gerik. ( mode CSI is ON) hehe~
Oleh kerana kereta banyak , jadi kami memilih pam di sebelah kiri kereta, padahal tangki minyak di sebelah kanan.

Hos minyak pulak tak boleh tarik jauh. Jadinya muncung hos tu masuk dari arah atas.menyongsang dari keadaan biasa mengisi minyak. Nak dijadikan cerita, minyak menyembur keluar sedikit dan terus terkena kain baju kurung dan sandal saya. Aduhaii.. Malu pun ada.

Bila hos tak cukup panjang.. hmm

Lagi best sebab saya tak bawak langsung baju atau seluar atau kain spare! Terbaikk! Memang kain yang terkena petrol tu cepat kering kerana ia meruap tetapi meninggalkan bau yang sangat kuat. Macam mana saya nak ke kenduri dengan baju bau petrol?? Stress sgt masa tu. Dalam kereta pun sure semua orang pening. Dah la ada Hanis & Hanna. Jika di basuh dengan air pun tak hilang bau, kain makin basah.

Spray sahaja, tak perlu bilas..


Masa tu la timbul idea nak cuba guna Basic H. Kebetulan baru beli pagi tu sebelum bertolak ke Gerik. Bubuh beberapa titik ke dalam botol spray dan saya ke bilik air untuk mengisi air. Dan kemudian saya spray ke kain dan sandal.
Ketika itu saya sendiri pun tak tau samada ia membantu atau tidak, tapi saya hanya menggunakan pilihan yang ada. Sebab saya tau, dengan Basic H tak perlu bilas pun takpe.

Bau petrol berkurangan dalam masa 10 minit


So selepas itu, saya pulak ambil giliran memandu hingga sampai ke rumah kenduri  yang mengambil masa tak sampai 10 minit rasanya. Sepanjang 10 minit itu, kami buka tingkap supaya tidak terkepung dengan bau petrol. Jangan buat main, memang boleh pengsan dan mengakibatkan maut jika menghidu bau petrol terlampau lama.

Bila sampai , saya tawakal je.. Cium sikit kain, masih bau. Hmm.. Tapi agak kurang berbanding awal-awal tadi. Mula-mula rasa macam tak nak turun dari kereta, tapi sebab dah sampai kan.. so turun la jugak. Mujur sepanjang di situ tiada yang menegur bau petrol. Hihi..
Selepas hampir sejam disitu, terus drive balik ke rumah opah di Sungai Siput. Dan kami tak perlu lagi bukak tingkap. Macam terlupa plak kain kena petrol.

Sebelum solat Maghrib, saya cuba hidu sedikit kain, ternyata dah takde bau petrol. Tapi rupa-rupanya saya tak perasan baju saya yang di bahagian bawah ada terkena sedikit petrol dan saya tak semburkan Basic H.

Hanya ketika itu barulah saya yakin yang Basic H membantu menyelesaikan  satu lagi masalah saya. Makin la saya suka dengan pencuci serbaguna yang super best ni. hihi.. saya tak sesuka hati nak puji kalau bukan dari pengalaman saya sendiri.

Oh, selepas itu baju tu saya cuci macam biasa je campur dengan baju-baju lain dalam mesin basuh. No problemo~

Kegunaan Lain Basic H


Basic H memang dikenali sebagai pencuci serbaguna tanpa bahan kimia merbahaya. 100% selamat untuk bumi. Kalau tuang basic H kat pokok bunga pun , bunga tu tak mati.  Haa.. punya la selamat kan? Kalau pokok pun tak mati, memang tak risau la kalau-kalau ada bahan kimia yang meresap melalui kulit atau bau yang dihidu dan sebagainya.

1 botol Basic H yang pekat ni boleh dibancuh dengan 48 gelen air dan kekal berkuasa menanggalkan segala kesan degil. Antara kegunaan Basic H yang saya sendiri lakukan adalah

  • Mengemop lantai ( tak perlu bilas)
  • Mencuci bilik air
  • Mencuci dapur yang berminyak
  • Menghilangkan kesan pen, marker, crayon di dinding dan lantai
  • Mengelap baby chair
  • Mengelap cermin
  • Menghilangkan kesan dodol pada seat kereta
  • Menghilangkan kesan coklat pada baju
  • Menghilangkan kesan minyak pada baju
  • Mengatasi masalah sinki tersumbat
  • Mencuci mainan anak-anak

Kelebihan Basic H berbanding pencuci lain


  • Nontoxic
  • Natural
  • Superconcentrated
  • Biodegradable surfectants 
  • No phosphates
  • Tiada bau bahan kimia yang tidak menyenangkan

Jom rasai sendiri pengalaman terbaik menggunakan Pencuci Serbaguna Basic H yang femes ini. Memang takkan kecewa. Paling penting, ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya. Lembut pada tangan namun berkuasa mencuci. Pilihan terbaik untuk setiap rumah.

Hanya beberapa titik basic H diperlukan untuk sebotol penyembur


Cara Membeli Basic H


Anda boleh membeli terus dengan Shaklee melalui eSell ataupun boleh juga dapatkannya melalui saya. Saya akan kongsikan puluhan lagi kegunaan Basic H di dalam kehidupan seharian kita.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=19ab7b42f4f3f219104411c349a983c7

Jika anda berminat mengetahui lanjut mengenai kegunaan Basic H ini, tak perlu malu atau segan untuk menghubungi saya.

SMS/Whatsapp ke 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Ampang & KLCC. Pengeposan ke seluruh Malaysia.

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi eksklusif. Hanya yang terbaik untuk anda.

Read More

Wednesday, November 26, 2014

6 TIPS Membakar Kalori Untuk Wanita Bekerja Dengan Usaha Minimum

Bagi wanita yang bekerja, tak mudah rasanya untuk kita pastikan pembakaran kalori setiap hari  lebih tinggi dari kalori di dalam makanan yang kita ambil. Nak join kelas aerobik seminggu sekali  waktu lunch break pun asyik terponteng je, apatah lagi nak ke gim selepas waktu kerja. Kalau lambat keluar dari pejabat nanti tersangkut dalam jammed pulak. Sudahnya langsung tak payah..

Dulu rasa badan macam ringan, sekarang nak melangkah pun rasa macam berat je.. Bila nak mula bersenam ni? Setiap hari kalau tak dapat kopi.. adoiii~ rasa macam lemah lesu je macam kakak manis ni..







Kalau anda masih tak tahu, sebenarnya ada cara yang mudah dan paling best tidak memakan masa yang banyak untuk membakar kita lebih kalori.

Nak tahu tak? Ada 6 Tips membakar kalori dengan mudah bagi wanita bekerja

1. Membeli Belah


Tiada wanita di dalam dunia ni yang tak suka membeli beli rasanya. Kalau yang dalam pantang pun sanggup membeli beli secara online sebab nak hilangkan gian. Semasa bershopping pun kita boleh membakar kalori sebenarnya. Paling efektif adalah semasa membeli barangan dapur bersama anak-anak di pasaraya.


Hanis yang selalunya duduk di celah-celah barang..
Aktiviti menarik dan menolak troli yang dipenuhi anak-anak dan barang dapur selama sejam boleh membakar 243 kalori ( berdasarkan berat individu 68kg). Itu belum lagi kalau tiba-tiba nak mengejar anak yang berlari ke sana ke mari. Haa! kan makin banyak kalori terbakar.

Kate pun pulangkan troli selepas guna.. hihi


Nak bakar lebih banyak? Jangan lupa hantarkan troli ke tempat asal setelah digunakan macam Kate Middleton.

2. Mengemas Rumah


Rutin Harian seperti mengemas rumah selama 26 minit boleh membakar 100 kalori. Menyapu lantai selama 30 minit boleh membakar 118 kalori, kalau mop sekali boleh bakar lebih sedikit iaitu 129 kalori. Bila dah bosan dengan susun atur perabot di ruang tamu, kerja-kerja menyusun atur tersebut boleh membakar 200 kalori. Banyak tu kan?

Buat ibu-ibu yang selalu mengeluh anak suka sepahkan mainan ( seperti saya ) , lepas ni anggaplah ianya aktiviti membakar lebih kalori. Ajak sekali anak-anak mengemas pun boleh. Banyak kalori terbakar tanpa perlu ke gim.

Jika ibu-ibu risaukan tentang bahan kimia di dalam pencuci lantai, cuba gunakan Basic H yang tidak mengandungi bahan kimia dan tak perlu bilas. Selamat untuk kanak-kanak dan bayi.

3. Menggunakan Tangga Selain Lif


Bagi kita yang tinggal di pangsapuri ataupun kondo, apa kata kita cuba untuk menggunakan tangga. Untuk permulaan, mungkin boleh keluar dari lif 1 atau 2 tingkat lebih rendah dan kemudian naik tangga. Selepas rasa agak selesa,  kurangkan lagi 1 atau 2 tingkat.

Untuk yang tinggal di rumah teres, boleh la gunakan taktik yang sama di pejabat ye. Setakat nak pergi hantar dokumen ke tingkat yang lain, lagi cepat rasanya jika menggunakan tangga. Opps! berhati-hati jika anda memakai high heels. Gunakan handrails sebagai langkah keselamatan.

Naik tangga sebagai aktiviti bersenam
Bila kita menaiki tangga dengan langkah sederhana, ia menggalakan otot di bahagian bawah badan untuk bekerja keras dan juga meningkatkan kadar degupan jantung.

Mana tau, jikalau terjadi lif rosak..anda tentu sahaja boleh naik ke tingkat sepuluh tanpa mengeluh.

Tak larat nak naik tangga sebab sakit lutut, mungkin ada boleh mencuba Set Sakit Lutut. Ramai yang dah kembali tersenyum dan boleh berlari tanpa rasa lutut longgar lagi

4. Menari Ketika Bersiap Ke Kerja




Sambil-sambil nak menggosok baju, mengeringkan rambut, melilit shawl dan sebagainya, apa kata kita pasangkan lagu-lagu kegemaran kita yang ada di dalam playlist iPod tu. Kalau ada lagu rancak, lagi syok rasanya untuk menari. Gerakkan badan ke kiri ke kanan, ikut irama.. nak nyanyi sekali pun boleh.Tapi jangan kuat sangat ye volume lagu tu, risau kena jerit dengan jiran pulak nanti. hehe~

5. Makan Sarapan Sebelum Memulakan Hari


Apabila kita mengambil sarapan, kita memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih kalori. Lebih baik sekiranya sarapan yang diambil adalah yang rendah lemak dan rendah kalori. Kalau bosan dengan sarapan yang sama setiap hari, cuba shake ESP yang dicampur susu segar dan buah strawberi. Bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan! Paling best, ia sesuai untuk sesiapa yang sedang berdiet kerana ia tidak mempunyai kolesterol dan rendah kalori.

So yummy~ rasa macam nak buat sekarang je..


6. Parking di Tempat Yang Jauh


Seboleh-bolehnya kita kita akan cari parking yang paling dekat dengan pintu pejabat kan? hihi.. Lepas ini cuba tukar. Cari tempat yang jauh sedikit dan agak redup ( jika open parking). Bila nak balik di petang hari, tidak lah kepanasan bila masuk dalam kereta.

Biasanya saya hanya memakai sandals atau kasut bertapak rendah untuk berjalan dari kereta ke pejabat. Di bawah meja saya ada 3-4 pasang kasut dan high heels untuk digunakan di pejabat. Bila nak keluar lunch pun saya akan pakai kasut yang bertapak rendah. Langkah pun boleh la laju sedikit.Ye la.. nak berjalan ke KLCC tu boleh tahan penat kalau pakai kasut  tumit tirus setinggi 2 inci.

Kalau kita berjaya amalkan 6 cara mudah ni, kurang lah sedikit rasa serba salah sebab tak sempat nak ke gim tu..

Jika anda sering mengalami sakit belakang ketika membongkok atau sakit punggung semasa duduk, anda mungkin mengalami masalah sama seperti Puan Ida.




Untuk mendapatkan hasil pembakaran kalori yang lebih efisyen, saya mengamalkan pengambilan Lecithin setiap hari. Ia terbukti meningkatkan metabolisma dan membakar lebih kalori. Memang berpeluh-peluh kalau ambil lecithin sebelum mengemas rumah.

Jom lah cuba dan kongsikan kepada rakan-rakan!

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Sunday, August 3, 2014

Seat kereta comot?! Tidak lagi dengan Basic H



Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan... Kesinambungan kisah dodol yg melekat di seat kereta. Kalau leather seat lagi haru rasanya.. Huhu~

Pagi tadi, selepas selesai bagi Hanis Hanna makan maka saya pun meneruskan misi membersihkan seat belakang yang comot dengan kesan dodol.



Huduh betul rupanya.. Hihi



Hanya 3 bahan yang diperlukan dan sedikit tenaga. 

1- Basic H
2- Berus basuh kain
3- tisu

Mula-mula saya semburkan bahagian yang berdodol kering dengan Basic H yang telah dicairkan.

Setelah beberapa ketika, saya berus sedikit  bagi menanggalkan kesan dodol yang telah lembut.

Dan langkah terakhir.. Saya lapkan bahagian basah yang disembur dengan Basic H tadi dengan tisu.



Siap.
Saya hanya perlu tunggu ia kering.

Haa??! tak perlu bilas ke?
NOPE.

Inilah keistimewaan Basic H. Tak perlu bilas. Dan tidak meninggalkan bau yang tidak menyenangkan. Mudah bukan?

Jadinya, takperlulah saya risau ia diserang lipas dan semut. Legaaaa~ 

Kalo bawak g kedai cuci kereta ni, mesti orang tu buat muka dan silap-silap dia caj berganda. Huh. Padahal senang je bila ada Basic H.

Best kan?  

Saya ditemani hanis & Hanna yang turut sama nk tolong spray dan berus. Hanis tolong spray, Hanna tolong tengok.Jika menggunakan pencuci yang mengandungi bahan kimia  memang saya takkan benarkan Hanis tolong. Tapi saya bersenang hati membiarkan dia tolong sambil saya bersembang dan bercerita apa yang saya sedang buat.

Selepas itu sibuk merata tempat di luar dia spray. Hihi. Mengulangi apa yang mama buat di dalam kereta.

Mana nak beli Basic H?

Hanya boleh didapati melalui Pengedar Shaklee yang Sah seperti saya.

Tunggu apa lagi???

Hubungi saya segera ya!
SMS / Whatsapp : 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe

Saya membuat penghantaran ke kawasan Pandan Perdana, Maluri, Tesco Ampang, KLCC dan sekitar. Pengeposan juga dibuat ke seluruh Malaysia.

Read More

Friday, August 1, 2014

Cara mudah hilangkan kesan makanan pada pakaian


Assalamualaikum wbt.

Saya percaya bukan hanya saya tetapi ramai  pembaca  lain yang pernah atau sedang mengalami masalah seperti ini.

Apatah lagi di musim perayaan ini, banyak rumah terbuka perlu dihadiri dalam satu hari. Keluar rumah di pagi hari, malam nanti baru balik. Bagi yang mempunyai anak kecil wajib membawa pakaian ganti lebih sebagai persediaan jika terjadinya insiden tak terjangka.

Semalam saya, Emak , adik dan hanis Hanna beraya ke Bagan Datoh. Sebelum pulang kami dibekalkan dengan sepeket buatan sendiri yang sangat lah lembut. Itu memang feveret saya! Hihi. Bukan main suka saya bila tau mak mertua adik nak kasik. 
Dalam kegembiraan dan keterujaan itu saya lupa untuk menggantungkan paket tersebut tetapi diletakkan di atas tempat duduk belakang. Kami bertolak balik kira-kira jam 7.15 malam sebelum hari gelap. Singgah sebentar di Petronas Simpang Empat dan terus ke Masjid Teluk Intan. Ketika itu, Hanis & Hanna tak turun dari kereta .Usai solat Isyak, kami berpusing2 di bandar teluk intan mencari kedai makan yang masih buka. Cadangnya nak  makan Mastan Ghani, sekali sume branches dia tutup daaaa. Okeh. Kecewa. Akhirnye kami ke Ghulam Rasul. Ketika itulah saya terkejut mendapati belakang baju hanis kotor. Mulanya saya sangkakan ianya krim coklat dari  roti, bila dipegang terasa melekit. Aduhh! Dodol!!!! Memang penuh di belakang baju hanis. Kat poket seluar pun ada. Saya suluh ke dalam kereta, dalam gelap tu boleh nampak kesan-kesan dodol melekat di tempat duduk belakang. Aduhai. 
Apa nak buat? Dah jadi.. Hmmm.
So hanis g makan kedai tu dengan baju comot. Oke, mama dh malas nak tukar baju hanis. Tapi sebab lepas makan tu dia boleh pulak 'yak' , Makanya kena la singgah lagi stesen minyak. Masa tu baru tukar baju hanis. 

Awalnya saya bingung, macam mana la nak cuci baju hanis ni, seat kereta lagi..
Tiba-tiba pagi tadi dapat ilham! Jeng jeng.. 

Sebelum shoot ke Gerik pagi tadi, singgah dulu Kat Shaklee Ipoh. Apa yang saya beli???  

Taraaa!

So bila sampai rumah malam ni tadi, saya terus spray Basic H yang dah dicairkan ni ke baju dan seluar hanis. Immediately menampakkan kesan. Dodol yang keras kat baju tu terus nampak lembut. Saya berus sikit di bawah aliran air di sinki, terus bersih! Kesan krim coklat yang setompok pun hilang dengan mudah!

Kalau takde Basic H ni jenuh jugak rasanya menyental ni, boleh rosak la baju raya.. Hukhuk. 

Oke, saya menyesal tak amek gamba. Lupaaaaa.. Bila dah siap basuh baru teringat.

Esok pagi saya nak cuci seat kereta plak. Nanti saya update apa hasilnya ye.. 

Dalam perjalanan ke Gerik siang tadi ada insiden lain jadi kat saya dan Basic H jadi penyelamat. Dah la takde baju spare.. Hmm.. Esok lusa saya cerita pulak ye.

Rasanya lepas ni harus saya simpan Basic H ni dalam kereta. Mana nak tau macam-macam hal boleh terjadi. 

1000 jenis kotoran dan kesan degil InsyaAllah boleh dibersihkan dengan Basic H.Semestinya tanpa bahan kimia. Selamat & Semulajadi.


Penggunaannya pun mudah. Sebotol Basic H ni boleh bertahan lama. Hanya beberapa titik diperlukan untuk 500ml air.
Pilihan bijak bagi anda yang suka berjimat.


Jika anda berminat untuk dapatkan Basic H yang powerful ni, boleh saya segera!

Walau dimana anda berada di Malaysia ni, usah risau.. Saya boleh pos kepada anda. 

Hubungi saya segera untuk mendapatkan Pencuci Serbaguna yang selamat dan semulajadi.

Salam Sayang,
Ilah.

SMS/ WA : 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe



Read More

Tuesday, June 10, 2014

Siapakah Roger Barnett

Assalamualaikum & Selamat membaca

Hujung minggu lalu saya berkesempatan menghadiri Anugerah Bintang Popular Shaklee atau nama sebenar 2013/2014 National Conference. Nape Ia digelar sebegitu? Sudah pastinya kerana ianya kerana ianya satu event utama yang dinanti-nantikan oleh ramai SID seluruh malaysia.

Pada tahun ini, ia lebih istimewa kerana kehadiran Pengerusi & CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett. Apa yang menarik perhatian saya adalah mengapa beliau membeli Shaklee pada tahun 2004. Keluarganya memiliki jenama & empayar perniagaan yang besar seperti  Burberry tetapi mengapa beliau memilih Shaklee? 

Nak tahu kenapa? Jom baca..

-----------------------------------------------------


For years, the Barnett family lived like most Americans. Then, in 2004, they got an unexpected wake-up call that changed the way they clean their home and treat the environment.

Sloan and Roger say they began to notice their son Spencer's health problems when he was just 3 years old. At first, Sloan says her son coughed continuously. One day his heart was racing, so she rushed him to the emergency room.

"I don't think we knew whether we were going to lose him or not," Roger says. "They told us that he had a respiratory issue. They thought he might be developing asthma."

Sloan says she began researching chemicals that can irritate the lungs and found them in a startling location…inside her home. According to a physician, some household products—like bathroom cleaners, disinfectants, floor cleaners and oven cleaners—contain toxic chemicals that can trigger an asthma attack.

As soon as the Barnetts learned that cleaning products can be hazardous to their health, Sloan says they cleaned out their cabinets and made their home a place where everyone could breathe easier. 

After throwing out common household cleaners, Roger discovered the Shaklee Corporation, a company that had been producing natural cleaning products for 50 years.

Sloan and Roger began using these eco-friendly cleaners inside their house. "We thought they worked terrifically," Roger says. "The great news is that Spencer has never had to go back to the hospital since we switched our products and that really speaks it all for us."

The Barnetts liked the products so much, they bought the company! Now, Sloan says she tries to live in a way that's responsible to the health of her children and to the health of the planet.

Shaklee products, which include everything from dryer sheets to stain removers, are made from pure ingredients and won't leave your house smelling like a lemon tree. "Clean, real clean, doesn't have a smell," Sloan says. "Real clean is good for our children, good for our families."

--------------------------------------------------------

Mungkin ramai yang tidak menyedari bahaya bahan kimia yang terdapat di dalam bahan pencuci memberi kesan buruk kepada kesihatan terutamanya bayi dan kanak-kanak. 

Roger Barnett yang sangat disenangi & merendah diri adalah graduan Harvard. Nak tahu serba sedikit mengenai beliau?



---------------------------------------------------------

Mr. Barnett began his career at the investment banking firm Lazard Freres & Co. He then organized an investment group to acquire control of Arcade, Inc., which he transformed into the largest sampling company in the world, expanding from a solely U.S. operation into a global business. He was also the founder and Chairman and CEO of Beauty.com, which continues to be one of the leading internet retailers in the cosmetics industry.
Mr. Barnett received his undergraduate degree from Yale College (Summa Cum Laude), his law degree from Yale Law School (Senior Editor, Yale Law Journal), and his MBA from Harvard Business School.
Mr. Barnett has been selected as a Global Leader for Tomorrow by the World Economic Forum (Davos). He has also been selected as a Young Leader Fellow of the National Committee on U.S.-China Relations and is a member of the Young President's Organization. Additionally, Mr. Barnett serves as a member of the Harvard and Yale Schools of Public Health Leadership Councils, the Yale University President's Council on International Activities, the Board of Directors of the Elie Wiesel Foundation for Humanity, the Advisory Board of 2004 Nobel Peace Laureate Wangari Maathai's The Green Belt Movement, the Board of Directors for Town School San Francisco, and the Board of Trustees of The Fine Arts Museums Foundation of San Francisco.

-----------------------------------------------------

Ok, saya kagum. 
Tak rugi bersusah payah ke NC last week.
Sekiranya anda juga kagum,jom join saya bersama Shaklee!


Read More

Monday, June 9, 2014

Basic H : Pencuci Serbaguna dari sumber semulajadi

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

 
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 
Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk 
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cermin
Campurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Lantai
Campurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air

Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi
Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 
Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

 Kandungan (473ml)  
http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_home.asp?prodcode=00015 

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau berminat mendapatkan Basic H, Hubungi saya segera .

~Ilah~
Shaklee Independent Distributor (889805)
SMS/Whatsapp :0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Friday, May 30, 2014

Tips memiliki kediaman yang sihat


Hubungi saya segera sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana mana produk ini.

SMS/WA 0195537657
Read More