Showing posts with label Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Gastrik. Show all posts

Tuesday, May 29, 2018

Suplemen Yang Dapat Membantu Masalah Gastrik

Dahulu saya memang selalu standby ubat gastrik di rumah dan di dalam beg untuk dibawa kemana sahaja. Sebagai penghidap gastrik sejak dari zaman sekolah, saya merasakan ianya suatu keajaiban apabila gastrik saya semakin jarang menyerang. Saya menjaga waktu makan dan tidak membiarkan perut kosong untuk masa yang lama.

Selain itu, saya perasan yang gastrik saya semakin jarang menyerang sejak saya mengamalkan suplemen. Pada permulaannya saya cuma mengambil suplemen untuk penyusuan, yang mana ia juga lebih kurang sama dengan suplemen untuk gastrik.

Dalam entry ini, saya akan berkongsi tentang suplemen yang saya ambil dan membantu mengatasi dan mencegah masalah gastrik terutamanya semasa berpuasa.

7 Suplemen Yang Membantu Masalah Gastrik




1. Vivix
Kandungan utama Vivix adalah Resveraterol dan poliphenol yang bertindak terus kepada sel badan kita. Bertindak dengan 4 mekanisma utama penuaan selular. Membantu membina sel-sel di dalam badan dan organ supaya kesihatan menjadi optimum.

Pengambilan Vivix boleh membantu menstabilkan semula penghasilan asid hidroklorik dan mukosa di dalam perut.

2. ESP
Perut orang yang gastrik adalah disebabkan oleh asid hidroklorik yang menghakis dinding-dinding perut, selalu juga ia memeritkan perut. Kandungan protein yang tinggi didalam ESP sangat-sangat membantu dalam membaiki sel-sel yang telah rosak pada dinding-dinding perut . Tiada lagi hakisan berlaku lantas ia akan memberi keselesaan pada perut anda.

Penghidap gastrik tidak digalakkan meminum susu terutamanya apabila gastrik terjadi. Walaubagaimanapun, kita memerlukan sumber makanan tambahan yang mudah hadam dan mengenyangkan serta dalam masa yang sama memberikan tenaga untuk berpuasa. ESP yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah membantu kita untuk kenyang lebih lama.

3. Ostematrix
Kandungan kalsium , magnesium dan vitamin D mampu meneutralkan asid yang terkandung didalam perut. Apabila perut sudah di neutralkan maka rasa pedih hulu hati akan hilang dan memberi keselesaan pada perut.

4. Peppermint-Ginger Plus
Membuang angin yang berada didalam badan secara berkesan disebabkan dengan kehadiran halia yang terkandung didalam peppermint complex shaklee ini. Ia akan memberi kelegaan pada badan. (Sekiranya anda mempunyai ulser di perut , boleh gantikan dengan Garlix Complex)

5. Bcomplex
Selalunya sel saraf pada perut akan alami ketegangan. Maka dengan pengambilan Bcomplex ia akan mengurangkan ketegangan saraf tersebut.

6. Omega Guard
Membantu mengelakkan saluran perut & usus daripada terkena ulser atau keradangan

7. Alfalfa complex
Mengurangkan kadar keasidan & inflamasi bagi mengelakkan rasa pedih perut.

Pasti anda tertanya-tanya, adakah kita wajib mengambil kesemua suplemen di atas?

Ianya bergantung kepada tahap keseriusan masalah gastrik yang dialami . Untuk permulaan, ia akan membantu meredakan gastrik, dan jika diambil untuk masa panjang, ia dapat membantu kita bebas dari masalah gastrik yang membelenggu.

Suatu hari nanti, kita takkan sedar bila kali terakhir kita terkena gastrik.







Sebab itu, saya amat menyarankan pengambilan suplemen yang telah membantu saya mengatasi masalah gastrik. Saya mula mengamalkan suplemen ini sejak 2012 dan masih terus mengamalkannya kerana ia juga mempunyai pelbagai manfaat lain.

Untuk lebih info, boleh hubungi saya pada bila-bila masa.

Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut.
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Wednesday, September 23, 2015

Susu Soya Untuk Ibu Hamil dan Kesannya Terhadap Bayi

Pernah dengar tak, kalau ibu hamil rajin minum soya anak jadi putih gebu? Korang rasa betul ke atau sebaliknya?

Nak minum soya ke tak ni?


Secara peribadi saya memang suka sangat minum soya. Tak kira la masa pregnant ataupun tidak. Especially soya yang baru dimasak yang dijual di pasar malam Taman Maluri. Lagi syok bila minum yang panas.. hehe

Sepanjang pregnant anak pertama dan kedua saya amalkan minum soya setiap hari. Namun keduanya soya yang berbeza. Ada beza ke soya ni? Bukan sama je ke? Berdasarkan pengalaman peribadi saya, ternyata memang berbeza.

Dalam entry kali ni, saya akan share amalan minum soya semasa hamil dan kesannya kepada bayi yang dilahirkan.

Amalan minum soya semasa hamil anak pertama


Setiap bulan, saya akan beli 1 karton soya seasons kotak kecil. Nak jimat la konon kan..hihi. Tiap-tiap hari confirm minum paling kurang 1 kotak. Kalau lunch pun akan beli air soya. Memang jadi hantu soya.

Tak banyak yang saya expect sebab anak first kan. Just makan macam biasa, makan semua vitamin yang hospital bekalkan without miss. Ada la kot sehari dua yang lupa, tapi biasanya memang berdisiplin la. Padahal sebelum-sebelum tu sebotol vitamin c pun berbulan-bulan baru habis sebab asyik lupa je nak makan.

Berat pun naik dengan gembira, masa kandungan dah 36 minggu berat saya dah cecah 63kg. Masa tu la jugak mula alami sakit sendi tangan. Bila tanya doktor, memang ada ibu hamil yang mendapat Carpal Tunnel Syndrome, mungkin disebabkan saya sendiri kerja mengadap laptop, menaip dan menekan keyboard sepanjang hari.  Ok, carpal tunnel  ni takde kaitan dengan soya..cumanya sebab banyak minum manis, berat naik dengan gembira sampai dapat sindrom ni. Tangan habis kebas-kebas dan lenguh. Details ni nanti saya buat entry lain la pulak.. hehe

Saya pun tak ingat sejak bila, tapi kaki memang membengkak dengan jayanya.  Stretch marks mula muncul masa kandungan masuk 7 bulan , bermula dengan 1 garisan dan terus merebak dengan jayanya.huhuhu~

Kesan amalan minum soya terhadap anak pertama


Semasa lahir, biasa je..kulit cerah orang ingat bukan anak saya..hehe . ok sebab saya kuat berjemur. Fine. Lepas beberapa hari, Hanis mula mendapat rashes. Dari ruam susu , ke ruam peluh dan sampai la ke eczema. Macam tak pernah surut. Husband pun dah mula rasa tak syok. Segala macam krim sapu, ada la kering sekejap pastu nanti datang balik. Paling teruk masa umur Hanis 1 tahun 6 bulan, eczema dia berair dan berdarah. Segala celah pelipat lutut, celah peha, pinggang memang terkena.

Luka eczema dah agak kering selepas seminggu sapu ubat dari PCMC



Kat bawah pelipat peha ni ambil masa nak baik


Mula-mula ambil ubat klinik, elok je bagi dia antibiotik tu.. habis bengkak 1 badan. Terus saya buat appointment dengan dermatologist di PCMC. Rupanya Hanis allergic dengan penicillin. Lepas 2 minggu kot, barulah kering semua luka-luka eczema dia.

Kebetulan pula memang Hanis baru mula ambil Omega & Vitamin C, jadi sistem imun dia bertambah baik dan kurang sangat dah dia kena ruam dan eczema pun dah tak datang balik.

Amalan minum soya semasa hamil anak kedua

Sejak dari sebelum hamil, saya berkenalan dengan soya organik, non GMO kerana nak banyakkan susu gara-gara stok EBM penuh freezer semuanya hilang sekelip mata.

Walaupun pada mulanya macam agak memaksa diri, sebab rasanya lain sikit.. kurang manis kot.. tapi demi nak banyakkan balik EBM jadi saya layankan je. So bila dah terbiasa, saya keep on minum je sampai la tetiba baru tau dah pregnant. Bila saya tanya pada kawan yang jualkan soya ni, dia kata pregnant pun elok minum. Saya tak banyak soal, minum je la..

Saya sebenarnya mempunyai gastrik teruk. Kalau masa pregnant anak pertama, asyik bergantung pada ubat gastrik warna pink tu. Walhal tak la membantu sangat pun bagi saya. Cumanya kali ni, setiap kali kena gastrik atau pedih ulu hati, saya akan cepat-cepat bancuh soya ni. Alhamdulillah, biasanya dalam 15 minit tu dah rasa lega.

Kebiasaanya saya akan bancuh soya ni, setiap pagi masa nak keluar ke ofis. Bancuh dalam tumbler dan bawak masuk kereta. Sementara menghadap jem tu, habis la sebekas tu. Perut yang berkeroncong pun rasa terisi dah. Dan biasanya dalam pukul 9 baru saya pergi breakfast pulak. Menu biasa saya adalah roti canai pisang dan teh tarik. huhuhu~ siapa yang pernah makan je tau betapa heaven kombinasi dua ni.

Waktu lunch biasanya saya akan minum jus epal, ntah kenapa suka yang masam-masam pulak..hehe. Tapi yang manis-manis tu tetap hantu jugak.. Kek, aiskrim, donut, starbucks tu rasanya hampir setiap hari. ish ish..korang sila jangan folo habit tak baik ni okeh.

Tiap kali checkup doctor akan warning supaya jaga berat sebab kali ni nak cuba untuk bersalin normal. Mujur la jugak, walaupun kuat makan manis, berat saya dan berat baby naik dalam kadar yang sihat. Masa saya bersalin di 40 minggu 3 hari tu, berat saya baru nak cecah 63kg dan Hanna lahir dengan berat 3.1kg.

Agak musykil sebenarnya.. so rupanya bila saya siasat.. soya yang saya minum ni special rupanya, ditambah pula dengan Vitamin C yang diambil setiap hari, dia membantu mengawal kadar gula di dalam darah dan mengelakkan Diabetes semasa hamil. Alhamdulillah.

Memang saya perasan pun, pregnant kali kedua ni kaki langsung tak membengkak. Perut je membulat. Stretch marks ade jugak cuma tak se horror yang dulu. Kalau orang tengok dari belakang, tak tahu yang saya ni pregnant.. hehe



Kesan amalan minum soya organik & non GMO terhadap anak kedua

Ternyata saya membuat pemilihan yang betul. Soya ini sangat jauh berbeza dengan soya biasa di pasaran. Masa Hanna lahir, gebunya la kulit dia. Kemerah-merahan sampai saya gelarkan dia Humaira'.

Hanna Humaira'


Alhamdulillah, Hanna langsung tak pernah kena ruam termasuklah ruam susu. Eczema jauh sekali. Yang ni la yang saya paling risaukan sebenarnya sebab agak serik nak ingat apa yang jadi pada hanis.

Nak kata hanna putih, rasanya ni dah masuk umur 2 tahun baru tetiba nampak cerah sangat muka dia berbanding dengan kakaknya Hanis.

Bila dah nampak perbezaan yang ketara ni, sudah pasti saya akan teruskan untuk minum susu soya ni sepanjang kehamilan ketiga pulak nanti. Semua orang sukakan kulit bayi yang gebu kan, dan semestinya rasa kesian bila tengok bayi ada ruam-ruam mahupun eczema.

Bagi ibu-ibu yang suka minum soya atau yang jenis sweet tooth macam saya ( suka sangat dengan segala makanan manis) , saya amat menggalakkan anda mengamalkan soya organik ni jugak. Tak sanggup kan nak kena cucuk dan minum air gula bila kena diabetes semasa hamil.

Mana nak dapat soya organik dan non-gmo ni?


Hubungi saya di 0195537657 untuk mendapatkannya segera. Walau dimana anda berada, saya boleh hantarkannya segera. Usah tunggu lagi ye~


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe







Read More

Friday, June 26, 2015

Adakah Gastrik Penghalang Anda Berpuasa? Ketahui cara menghilangkannya buat selama-lamanya

Biasanya bulan puasa ni ramai yang akan kena gastrik. Bagi penghidap gastrik, lagi la diorang ni risau dan susah hati sebab susah nak berpuasa. Sejak di Universiti, saya mula diserang gastrik sebab tak jaga makan. Kesannya memang terasa dan menggangu aktiviti harian bila ia menyerang.

Gastrik boleh diatasi ye..tak perlu menderita pun

Penyakit gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut ( Gastrik Akut) atau terjadi secara perlahan ( Gastrik Kronik). Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus asid perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

Gastrik boleh terjadi kepada semua peringkat usia tetapi risiko untuk menghidap penyakit gastrik akan bertambah apabila usia seseorang meningkat.

Punca Gastrik


Menurut Dr Rushdan Abd Aziz di dalam artikelnya di Majalah Rapi, ada beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami gastrik. Antaranya:
  • Jangkitan kuman (Helicobacter pylori)
  • Pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
  • Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan
  • Amalan pengambilan makanan secara tidak menentu
  • Peningkatan usia
  • Tekanan perasaan
Ini bermakna , jika kita tidak pernah  mendapat gastrik sebelum ini kita tetap berisiko mendapat serangan gastrik sebab semua orang melalui peningkatan usia dan selalu stress dengan kerja kan?

Simptom Gastrik


Bagi yang dah biasa atau selalu mendapat gastrik, simptom baru nak bermula je dah boleh tahu. Namun bagi yang tak pernah kena gastrik, biasanya akan rasa konfius bila kena tu..

Kenal pasti simptom awal  sebelum ia melarat


  • Sakit pada bahagian atas perut. Kesakitan ini mungkin bertambah atau berkurangan dengan pengambilan makanan. Biasa juga disebut pedih ulu hati.
  • Kembung perut , rasa macam nak burrppp je.. macam banyak angin
  • Loya dan muntah . kalau yang serius boleh muntah darah
  • Hilang selera makan
  • Najis berwarna hitam
Sebenarnya, penyakit gastrik yang tidak terkawal boleh menjejaskan ibadah puasa yang dilakukan dan berkemungkinan besar tidak dapat menunaikan ibadah berpuasa. Malah simptom gastrik pesakit akan bertambah teruk apabila seseorang meneruskan berpuasa. Walau bagaimanapun, sekiranya penyakit gastrik berjaya diatasi, seseorang itu boleh berpuasa dengan lengkap.

Namun, sekiranya pesakit meneruskan berpuasa, berkemungkinan besar penyakit gastrik akan menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan ulser perut.

Tips Mengelak serangan Gastrik


  1. Amalkan jadual pemakanan yang teratur . Berbuka dulu dengan makanan yang ringan seperti kurma dan buah-buahan segar. Solat maghrib dan lepas tu baru makan makanan yang berat. Balik moreh, makan la snek ringan. Kalau berat nanti ada potensi menggemuk pulakk.. haha. Dan paling penting mesti sahur dengan hidangan berat. Jika terlambat bangun sahur, minum protien shake seperti ESP yang mempunyai indeks glisemik rendah. Kalau minum protien, perut lebih kenyang. 
  2. Elakkan dari mengambil makanan proses yang mengandungi gula ringkas ( seperti gula dan tepung) dan juga makanan yang menggemukkan ( seperti kek, coklat, gula-gula, kerepek). Ini kerana makanan kumpulan ini melepaskan tenaga dengan cepat ( fast burning)
  3. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein seperti teh dan kopi yang merupakan minuman diuretik, sebab ia boleh menyebabkan kehilangan air yang cepat melalui kencing. Lagi la berisiko untuk dehydrated.
  4. Kurangkan penggunaan garam/kiub perasa/sos dan gantikan dengan rempah ratus semulajadi di dalam masakan. Masakan pun biasanya akan rasa lebih sedap. Cubalah! 
  5. Kurangkan pengambilan makanan yang pedas dan berempah walaupun memang menyelerakan kerana ia boleh menyebabkan perut menjadi luka.
Kesemua tips tu memang saya sendiri amalkan sejak 3 tahun lepas. Walaupun saya ni hantu kopi, dan segala makanan manis macam kek, coklat dan lain-lain tu, untuk bulan puasa saya cuba elakkan. Kalau teringin sangat , amek je la rasa sikit. Kalau tak nanti adi kempunan plak kan..

gastrik
bila gastrik tiada, nak berpuasa pun senang

Alhamdulillah, dapat juga saya melalui Ramadhan tanpa diserang gastrik dan tanpa ubat.  Bila takde gastrik, nak solat terawih, baca quran pun mudah dan tak terganggu. Setiap hari semasa bersahur, saya mesti mengambil ESP yang diperbuat daripada soya organik dan dicampur susu segar.

Sebagai backup jika terkena juga gastrik( naudzubillah) saya ada sentiasa simpan sebotol peppermint ginger yang sangat membantu membuang angin bila gastrik.. Atas bawah keluar angin..hehe

Puan Farahana menghidap gastrik kronik selama 10 tahun , bila kena gastrik nak makan pun muntah, nak jalan pun terbongkok-bongkok sebab sakit yang amat sangat, terpaksa pergi berurut dan jumpa doktor. Tapi selepas bersalin anak kedua, secara tak sengaja gastrik dah hilang walaupun kadang-kadang terlambat breakfast atau lunch. Nak tau tak macam mana gastrik beliau boleh hilang? Kena tonton video ni..





Jika anda nak merasai pengalaman berpuasa tanpa diganggu gastrik, cubalah bersahur dengan ESP seperti yang saya lakukan. Aktiviti harian tidak akan terganggu kerana gastrik, malah lebih bertenaga sehingga waktu berbuka.

Hubungi saya di 019 5537657 jika anda mahu pengalaman gastrik hilang seperti Puan Farahana . Setiap pembelian akan disertakan dengan cara pengambilan yang paling efektif bagi mengatasi gastrik. Variasi menu ESP pun saya akan kongsikan.

Salam Ramadhan , Salam Sayang,

Mamamyras


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe

Read More

Saturday, August 16, 2014

Pengalaman Sendiri Kesan Pengambilan ESP Secara Berterusan


Dah lama dah sebenarnya saya mengamalkan pengambilan ESP Shaklee ni. Saya percaya ramai juga yang telah mengamalkannya. Walaupun pernah mendengar dan membaca di FB dan banyak tempat lain tentang keburukan mengamalkan Soya.

Soya Organik pilihan terbaik


Sebelum saya bercerita lanjut, suka untuk saya jelaskan sedikit tentang perbezaan soya yang menjadi asas Energizing Soy Protein (ESP)  dan 96% soya lain di dunia. ESP adalah diperbuat daripada soya yang tidak diubah secara genetik ( Non-GMO Soy) yakni boleh juga disebut sebagai organik. Berbanding dengan soya yang lain yang diubah secara genetik kerana ingin mempercepatkan pengeluarannya atas bagi memenuhi permintaan yang tinggi dari pasaran.

Cuba bayangkan apabila keadaan asal sesuatu yang dijadikan Tuhan itu diubah, tidak mustahil ia boleh mendatangkan kemudaratan bagi sesiapa yang mengambilnya secara berlebihan. Walaupun Soya ESP adalah dari sumber organik, ada had pengambilan setiap hari yang disarankan. Bukannya boleh diminum sehingga 10 cawan sehari.

  Kesan Bagi Ibu Menyusukan

 



Saya mula mengamalkan Shaklee ESP sejak 2012 , iaitu sebahagian daripada Set Mighty 3 Gems yang amat disarankan sebagai persediaan bulan puasa bagi Ibu Menyusu. Alhamdulillah , saya serasi dengan ESP. Walaupun tidak dapat tingkatkan produksi susu ketika bulan puasa, tetapi ia tetap sama.. 4-6oz bagi setiap sesi mengepam di pejabat.

Selain dari bulan puasa saya tetap mengamalkan ESP sebagai sarapan yang pantas disediakan. Ada juga hari yang saya ponteng, kadang-kadang lupa, kadang kadang malas. huhu~
Tetapi apa yang perasan, jika saya tak minum ESP di pagi atau malam hari, susu yang dipam kelihatan cair. Bila konsisten minum ESP selama beberapa hari, EBM nampak lebih pekat. Di pejabat, kadang-kadang compare dengan susu lain dalam fridge di Mother's Room. Ada yang nampak pekat dan ada yang cair. Bila susu lebih pekat, semestinya baby lebih kenyang.

Kesan Bagi Ibu Hamil


Walaupun saya berhenti menyusukan Hanis ketika Hanis berusia 1 tahun 2 bulan kerana saya pregnant, saya masih meneruskan pengambilan ESP yang juga digalakkan semasa mengandung. Bukan sebagai suplemen utama tetapi ia bonus. Ternyata saya tidak menyesal.

Mengawal Tahap Gula Dalam Darah 

Alhamdulillah, walaupun hampir setiap hari sepanjang saya mengandung saya bersarapan dengan teh tarik dan roti canai pisang ( yang tinggi gula, kalori dan kolesterol) , tahap gula dalam darah saya tetap di paras normal. Saya tidak pernah kena ambil MGTT test yang selalu menjadi mimpi ngeri kebanyakan ibu mengandung.

Hanna dilahirkan secara SVD dan hampir sepenuhnya Natural birth , dan dengan saiz normal bagi kebanyakan bayi. Walaupun pada hakikatnya saya memang kuat makan dan minum minuman manis sepanjang mengandung.

Kenaikan Berat Optimum

Jumlah kenaikan berat saya sepanjang mengandungkan Hanna adalah kurang dari 10kilo. Banyak komen yang saya dapat mengatakan saya tak kelihatan seperti ibu mengandung jika dilihat dari belakang. Bila kenaikan tidak banyak, maka mudah la juga bagi saya untuk kembali kurus selepas bersalin, kan? Sejujurnya berat badan saya turun lebih banyak dari yang naik sepanjang mengandung. Maknanya apa?

Semasa pregnant --> naik 10 kilo
Selepas bersalin --> turun 15 kilo dan lagi 2 kilo

Okeh..tutup mulut yang terngaga tu! hihi

Tak, saya bukan jenis yang habis pantang je terus masuk gym. Dulu ye, saya rajin. Sekarang kasut Reebok yang cantik tu tersimpan kat mana pun saya tak ingat. Huh. membazir.

Stretch Mark makin pudar dan hilang

Tak perlu lagi malu dengan suami..
Sebenarnya saya hanya menyedarinya baru-baru ini. Itupun adik saya yang tegur.

"Stretch mark ko dah hilang eh?"

Terpinga-pinga jugak la saya bila dia tegur camtu.. Saya yang tengok hari-hari memang tak perasan perbezaannya. Dia yang baru bersalin 4 bulan lepas, masih jelas stretch mark nya.

Pernah la saya terbaca post dari seorang kawan mengenai perkara sama tapi masa tu saya tak percaya, sehinggalah ia terbukti pada diri saya sendiri.

Bagi ibu yang mempunyai kelebihan tiada sejalur pun kesan regangan di perut, mungkin tak berapa mengerti perasaan saya, tetapi bagi kami yang pernah terasa "huduh" melihat stretch mark sendiri dan belum sempat ia hilang dah mengandung lagi.. tuhan saja yang mengerti perasaan ini.... huuuu~ terasa emo sket.

Berapa lama ia hilang? Saya kira lebih kurang usia Hanna setahun. Seingat saya dulu masa baru- baru mengandungkan Hanna, stretch mark masa mengandungkan Hanis masih jelas.

Kesan - kesan lain

Gastrik terkawal

Sejak dari bila entah saya kena gastrik,tak boleh lewat atau salah makan, sure kena. Dulu.. G*viscon dan segala macam jenis ubat saya cuba tapi rasa macam tak membantu sangat.  Bila pregnant dan menyusukan.. lagi mudah kena gastrik.  Namun sejak ada ESP, Alhamdulillah jarang sangat kena gastrik atau pedih ulu hati. Jika terasa dah pedih ulu hati, cepat-cepat saya bancuh ESP. Alhamdulillah cepat lega. Bukan hanya saya, tapi mak saya juga mengakuinya setelah mencuba ESP.

Gastrik..jika dibiarkan akan menjadi kritikal

 Setakat ini, itu saja yang saya dapat ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri . Mungkin tak membawa makna pada orang lain tetapi bagi saya, ESP sangat membantu saya.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Energizing Soy Protien ini, hubungi saya segera! Harga 1 canister yang penuh khasiat ini hanyalah RM150 dan boleh dikongsi seisi keluarga. Jika anda mahukan harga yang lebih murah, jom mendaftar sebagai ahli.

Hubungi saya sekarang untuk kesihatan anda yang lebih baik.

Salam sayang,
Ilah.
Pengedar Sah Shaklee (SID: 889805)



 Penghantaran dan COD dibuat bagi kawasan Kuala Lumpur dan pengeposan dibuat ke seluruh Malaysia.










Read More

Sunday, August 3, 2014

GASTRIK?! KELEGAAN CEPAT DENGAN PEPPERMINT GINGER

Assalamualaikum wbt.

Salam Aidilfitri


Ini entry tak bergambar.

Alkisah serangan gastrik di musim raya. Hari memandu pulang ke KL


Hanya penghidap gastrik tahu bagaimana rasanya diserang gastrik



********

Pukul 9 pagi mkn nasi lemak

Pukul 12 minum white coffee

Pukul 4 mkn mee goreng + minum Nescafé  

Pukul 6 minum Oren


Pukul 6 setengah dah PEDIH PERUT

Mcm igt2 lupa dah rasa ni

Lama dah tak kena GASTRIK


Aduhhh. Salah timing sungguh 

Camne nak drive?

Teringat ade bekal Peppermint Ginger

Singgah hentian Behrang, beli burger & sandwich. 

Telan sebiji peppermint ginger

Baca selawat syifa sambil drive

Lps tu dok keluar angin atas dan bawah. Hihi


Pukul 8.30 singgah Jalan Ipoh.

Perut dah rasa lega.

Alhamdulillah 


Insyaallah petang nanti saya ceritakan lanjut apa dia Peppermint Ginger ni ye.


Salam sayang,

Ilah.



Read More