Thursday, September 6, 2018

3H2M di Oakwood Hotel & Residence KL

Hujung minggu lepas saya telah memilih untuk menginap di Oakwood Hotel & Residence KL. Actually ini bukan la kali pertama, sebelum ni pernah menginap juga namun untuk 1 malam sahaja.

Is it a good choice?




Bezanya kali ni, saya booking bilik Deluxe Twin Room. Maknanya hanya bilik dengan 2 katil super single.

Deluxe Twin Room. abaikan sepah tu ye..




Dahulu, kami booking 1 bedroom apartment. Ada bilik tidur dengan katil king , bilik air dengan bath tub, ruang tamu, dan ruang makan.

Entah kenapa saya tersilap, dan terbooking bilik je.. Padahal beza harga untuk 2 malam tu hanyalah RM50.

Tapi actually ok je, walaupun agak sempit nak solat dan makan,  sekadar saya dan anak-anak tu kira ok lah. Bilik tu luasnya 30kaki persegi dan bilik airnya agak luas walaupun hanya ada shower. Ada bidet di tepi toilet tu pun dah sangat bagus berbanding kebanyakan hotel lain yang kita kena cebok guna cawan atau botol. hehe

Bilik air luas tau.. separate shower belah kanan. Gambar google..




Alhamdulillah cuaca pun ok je sepanjang 3 hari lepas, tengah hari hujan sekejap.. jadinya agak kesejukan bila berendam di swimming pool di petang hari..

Hanna dapat kawan Korea di Swimming Pool

Swimming pool dibuka dari pagi sehingga 9 malam.. so kalau yang nak berendam lepas maghrib pun ok.

Ada pool Dewasa dengan kedalaman 1.5meter, dan pool kanak-kanak dengan kedalaman 0.6meter. 

Wading pool




Petang hari pertama tu, disebabkan kami lunch koboi je hari tu.. so masa kat pool tu masing-masing kelaparan tengok orang makan kat tepi pool. Haha

Disebabkan cuma ada selit RM50 je kat belakang fon, so dapat la order Kuetiaw Goreng yang penuh dengan kerang, sotong & udang dan juga Mac & Cheese.. Licin pinggan. RM22 untuk kuetiaw, RM20 untuk Mac & Cheese.  Harga tu standard la untuk hotel. Masih berbaloi kalau rasanya sedap. Sekali sekala ok la.. jangan dibuat hari-hari ye.

Hanna and her new Korean friend




Si Hanna ni, dia la paling lambat nak keluar dari pool.. Hanis & Naufal dah menunggu kat tepi pun dia boleh lagi bergembira dengan kawan Korea dia. Kalau tak salah, namanya Hia Nu, tapi mula-mula disebut hanna sebagai Piano! 

Breakfast 


Hari Sabtu tu ada nasi lemak, mee sup, kuetiaw goreng, porridge , waffle, pastri, roti, salad, baked beans, hash brown, omelette, 4 jenis jus, cereal dan kopi serta teh.

Tak sempat pun nak rasa semua, so saya makan nasi lemak dengan omelette,  croissant, pastu habiskan roti bakar si Naufal. Minum pink guava juice & pineapple juice.

Hari ahad, sebabkan dah terlambat nak ke Potluck Gathering, so makan laju-laju je.. haha
Hanis makan sosej , Naufal taknak makan, Hanna makan croissant je, saya makan nasi minyak & ayam. Nasinya keras, ayam masak merah pulak tak berapa.. so saya habiskan omelette, dan roti bakar Naufal sekali lagi..

Itulah si Naufal, dia suka tengok kita masukkan roti kat toaster tu, tapi makannya taknak. Sudahnya mama jugak yang kena habiskan.

Oleh sebab saya menginap di situ selama 3 hari, staf pun sampai dah kenal.. siap masa nak mintak cop tiket parking di pagi ahad tu, staf di receptionist tu dah ingat nombor bilik saya. Staf di receptionist, Akak housekeeping, staff kat cafe,  pakcik housekeeping, brader maintenance, semuanya layan kita dengan baik. Takde la nampak masam muka, murah dengan senyuman, boleh sembang baik dengan kita.. so takde la rasa janggal.

Saya complaint kat receptionist sebaik keluar dari lif waktu pagi nak sarapan, lif tu ada bau rokok.. terus dia acknoledge dan minta maaf.

Tengah hari Sabtu tu saya nak pinjam cutter dari receptionist untuk potong tag pada shawl.. staf tu siap tolong potongkan.

Masa nak keluar dari pool, pintu tu tak boleh bukak.. laju je staf dari cafe sebelah tu datang tolong bukakan pintu.

Dan adalah bereberapa lagi situasi yang menyebabkan saya tak rasa terasing. Memang rasa nak datang lagi tau. Walaupun tak suka pool dewasa yang dalamnya cuma kurang 2 cm dari tinggi saya. I is tak cukup keberanian dan tak pandai lagi berenang. hahaha

Overall, memang puas hati.. parking pun free. No complain. Dengan RM412 yang dibayar untuk 2 malam tu, berbaloi la.

Pada saya ianya pilihan hotel yang agak reasonable dan berdekatan dengan KLCC.

Recommended!





Read More

Monday, September 3, 2018

Tips Pemilihan Soya Yang Bagus Dan Selamat

Soya adalah sumber alam yang sangat banyak khasiat. Ada yang berpendapat soya bagus untuk kesihatan malah ada juga yang menentang habis-habiskan amalan meminum soya. Penuh kontroversi kan?




Berikut adalah panduan mudah untuk memilih soya yang bagus dan selamat untuk diminum tanpa memberikan sebarang kesan sampingan yang tidak baik kepada kesihatan.




Pastikan ia soya NON GMO

Soya non gmo adalah soya original yang tidak diubah genetiknya. Kebanyakan pengeluar soya menggunakan biji soya GMO dengan tujuan untuk meningkatkan kadar penghasilan soya bagi memenuhi permintaan pasaran.

Ditanam Secara Organik 

Soya yang ditanam secara organik, bebas dari penggunaan baja dan racun kimia . Soya bukan organik akan mengalami kekurangan nutrien penting dan peningkatan Nitrat yang boleh menjadi punca kanser.

Mengandungi kesemua 9 jenis Asid Amino Penting

9 jenis asid amino perlu ada amat penting untuk fungsi asas tubuh manusia. Ia diperlukan bagi penghasilan hormon, enzim, antibodi, penghadaman dan lain-lain. Bukan semua soya di dunia ini mempunyai kualiti dan kandungan asid amino yang sama. Ianya berbeza disebabkan oleh keadaan tanah dan juga berubah mengikut teknik tuaian.

Diproses Dengan Suhu Yang Rendah


Kandungan protein dan asid amino di dalam soya akan menjadi rosak jika ianya diproses dalam suhu yang tinggi.

Oleh sebab itu, semasa penyediaan atau membancuh soya.. kita disarankan untuk menggunakan air suam sahaja. Campurkan dahulu air panas dan sejuk di dalam cawan, kemudian baru tambahkan protein soya. Dengan cara ini, segala khasiat penting dalam soya akan terpelihara.

Dibasuh Menggunakan Air, Bukan Alkohol


Kebanyakan pengilang memilih untuk membersihkan soya dengan menggunakan alkohol kerana ianya lebih mudah. Namun begitu, penggunaan alkohol boleh mengurangkan sehingga 88% kandungan isoflavon di dalam soya. Isoflavon adalah salah satu nutrien penting untuk kesihatan dan keseimbangan hormon.

Ditambah dengan KALSIUM


Semasa proses untuk menjadikan soya kepada serbuk, minyak akan dikeluarkan dan menyebabkan ianya menjadi lebih berasid. Oleh sebab itu, kalsium perlu ditambah untuk kembali meneutralkannya semula

Bahan Anti Tiroid / Anti Pertumbuhan Disingkirkan 


Ianya penting untuk disingkirkan bagi mengelakkan risiko kepada kesihatan, fungsi asas tubuh dan mengurangkan risiko kanser.



Saya tidak dapat pastikan cara pembuatan soya lain, namun kesemua ciri-ciri ini diguna-pakai dan terdapat pada Protein Soya ESP. ESP telah menjadi minuman wajib bagi saya sejak 6 tahun lalu.


Nak dapatkan Soya Organik terbaik,

Hubungi saya segera

http://Fadhyunus.wasap.my/

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe 


Read More