Berapa kerap perlu berak setiap hari? Haha . don't get me wrong.
Soalan ni wajib kita fikirkan. Berak setiap hari adalah wajib jika kita
nak kekalkan badan yang sihat. Just imagine..kita makan 5-6 kali sehari,
tapi takkan nak peram 2-3 hari baru buang. Makanan yang kita biar kat
meja pun akan basi dan busuk lepas 2 hari kan?
 |
Sembelit? Usah dibiarkan |
Apa berlaku jika kita tidak membuang setiap hari?
Bakteria
jahat akan mempunyai lebih masa untuk membiak. Sistem imunisasi
terpaksa bekerja keras untuk mengawal bakteria tersebut. Hati pula
menjadi lebih terbeban untuk detoks segala toksin yang dihasilkan oleh
bakteria-bakteria jahat tersebut. Tanpa kita sedari, badan kita akan
menjadi lemah dan cepat letih.
Bila
kita tidak membuang beberapa hari, perut rasa kembung dan sebu, sakit
pinggang dan mudah cramp. Paling tak tahan, bau badan dan kentutnya.
Kalau dia kentut dalam lif, memang rasa nak keluar time tu jugak
walaupun belum sampai tingkat yang kita nak pergi.
Jika
anda mengalami sembelit teruk sehingga tidak ke toilet sehingga 2
minggu, segeralah bertindak. Usah dibiarkan kerana ianya bukanlah
petanda yang baik.
Sama seperti jika kita membiarkan
sampah di dalam tong sampah selama beberapa hari, kesannya terpaksalah
kita membersihkan ulat-ulat yang merayap dan menggelikan tu. Baunya?
urghhh! memang boleh membuatkan semua orang lari.
Jika
berlarutan, tubuh kita akan mencari alternatif untuk mengeluarkan
toksin melalui organ detoks lain seperti kulit. Mungkin ramai yang tidak
sedar, namun itu adalah sebahagian besar punca jerawat yang tidak
surut-surut di muka dan badan.
Bagi kanak-kanak, mereka
mungkin akan mengalami trauma sehingga menyebabkan mereka tidak mahu
makan atau minum. Seperti mana pengalaman seorang ibu yang mempunyai
anak sembelit teruk.
Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek
Makanan yang membantu pelawasan dan juga mengelak sembelit bagi dewasa dan kanak-kanak
Bagi
mereka yang mengalami masalah sembelit, amat digalakkan untuk minum air
yang cukup dan mengambil makanan tinggi serat dan yang membantu
pelawasan. Semasa proses penghadaman, serat perlu bekerjasama dengan air
supaya dapat bergerak melalui sistem penghadaman dengan lancar.
Manakala
makanan seperti jagung, barli, epal, pear, buah beri dan sitrus tidak
dihadamkan namun berfungsi menolak dan membersihkan usus. Kerjanya
seolah2 jentolak yang membersihkan usus supaya tiada sisa yang
tertinggal.
Makanan yang tinggi serat terdiri daripada
kekacang dan beberapa jenis sayuran dan buah-buahan termasuklah lobak ,
timun dan zukini.
Bagi kanak-kanak yang sukar untuk
makan buah-buahan dan minum air masak, saya mencadangkan agar mereka
diberikan Mealshakes yang tinggi dengan serat. Saya sendiri memberikan
Hanis dan Hanna Mealshakes setiap hari bagi mengelakkan mereka mengalami
sembelit.
Dewasa yang sering sembelit, boleh cuba untuk mendapatkan suplemen yang dapat membantu pelawasan dan tidak mengganggu perut.
Detoks untuk kesihatan yang lebih baik
Jika kita
sering sembelit, badan rasa selalu penat dan lemah, mudah mendapat
jangkitan kuman, makan amat digalakkan untuk membersihkan usus, hati dan
darah dari segala toksin yang terkumpul.
Toksin yang terkumpul
sejak sekian lama tersebut jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan
pelbagai jenis penyakit yang boleh sepatutnya boleh dielakkan. Mencegah
lebih baik dari merawat kan?
Manfaat Detoks kepada lelaki dan wanita
Detoksifikasi
adalah salah satu cara untuk membuang semua toksin yang telah terkumpul
di dalam darah, hati dan usus. Ternyata detoks mempunyai banyak kebaikan
dan amat digalakkan untuk semua oleh sebab amalan pemakanan kita yang
tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan dan pencemaran udara di sekitar
kita.
Mencegah kanser..
Organ
seperti hati dan perut akan mula berfungsi dengan lebih baik. Apabila
selesai proses detoks, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Oleh
kerana detoks juga membuang segala radikal bebas, sistem pertahanan
badan akan menjadi lebih baik dan risiko untuk kita mendapat kanser akan
berkurangan. Lebih penting, detoks membuatkan proses peredaran darah
menjadi lebih lancar.
Detoks menjadikan kita lebih produktif
Toksin
dan radikal bebas yang terkumpul dia dalam badan sebenarnya memberi
kesan kepada fungsi otak. Sebelum detoks, kita mungkin menghadapi
masalah sukar tidur, keletihan melampau, dan tidak dapat fokus bila
membuat sesuatu kerja.
Selepas badan kita bebas dari
toksin dan radikal bebas, secara perlahan-lahan kesemua masalah tersebut
akan hilang. Kita akan mendapat tidur yang nyenyak dan boleh lebih
fokus dengan kerja atau belajar.
Gaya hidup lebih sihat..
Manfaat yang lebih besar namun jarang dapat dilihat oleh ramai orang adalah perubahan gaya hidup.
Sepanjang
proses detoks, kita boleh merasakan kesan positif pada fizikal dan
mental . Perkara inilah yang akan membuatkan kita lebih gembira dan
secara tidak langsung akan menyebabkan kita tidak suka kepada perkara
yang menyebabkan badan kita bertoksin.
Sebelum ini
mungkin kita kerap makan makanan segera, merokok, jarang bersenam. Namun
setelah kita merasa bestnya badan yang ringan selepas proses detoks,
mesti kita akan berfikir panjang sebelum memilih makanan dan mungkin
membuatkan kita mengambil keputusan untuk berhenti merokok.
Cara mudah untuk detoks
 |
Blend semua untuk dijadikan minuman detoks |
Kita
mungkin pernah pelbagai minuman detoks yang dicadangkan. Ada yang
dalam bentuh teh, campuran physilium husk dan bermacam lagi. Pernah ada
seorang fitness coach datang memberi ceramah tentang penjagaan berat
badan dan berkongsi resipi minuman detoks. Punya la rajin saya salin
tapi akhirnya tak buat pun sebab payah nak carik segala bahan tersebut.
hehe~
 |
Minuman untuk mengempiskan perut |
Alternatif lain yang lebih mudah dan spesifik adalah rangkaian produk di dalam
Set Detoks Shaklee.
Alfalfa
pilihan terbaik untuk membuang toksin di dalam darah, DTX Complex
menggalakan kesihatan hati, dan Herblax membersihkan usus dari segala
mendapan yang terkumpul sejak sekian lama.
Secara
peribadi, saya telah mencuba sendiri Alfalfa dan Herblax.Kesannya memang
hebat. Setelah beberapa bulan saya mengamalkan alfalfa, bau badan
hilang, masalah eczema juga berkurangan disamping manfaat lain yang saya
dapat kerana menyusukan Hanna.
Bagi Herblax, ia sangat
membantu saya lawas. Bertindak seolah-olah seperti julap lembut. Sangat
membantu pada hari yang saya sukar membuang sejak beberapa bulan
kebelakangan ini. Bagi orang yang sedang berdiet untuk kurus,
pengambilan herblax sangat membantu untuk perut yang kempis.
Bahaya perut buncit yang selalu diabaikan
 |
Buang segala toksin di dalam darah dengan Alfalfa |
 |
Untuk kesihatan hati yang lebih baik |
 |
Julap lembut yang membantu pelawasan |
 |
Bertindak sebagai pelembut najis bagi yang sembelit |
Masih
ragu-ragu untuk detoks? Ibu yang menyusukan anak juga boleh detoks.
Tiada istilah toksin akan keluar melalui susu kerana kelenjar susu bukan
organ detoks.
Rasakan sendiri perbezaan yang dialami
setelah anda detoks. Sembelit tiada, jerawat hilang, badan pun terasa
lebih ringan. Saya mahu kongsikan bermacam lagi tips untuk mengelak
sembelit bagi anak-anak, namun ianya istimewa untuk pelanggan saya
sahaja.
Nak beli Online?
Klik
di logo
Buy Now untuk membuat pembelian secara online. Dan hubungi saya untuk mendapatkan panduan pengambilan vitamin yang betul
ya.
Jika anda mahukan konsultasi eksklusif tentang masalah sembelit dan detoks , cepat-cepat hubungi saya hari ni ya!
Salam Sayang,
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan
saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan
berterima kasih kepada anda.