Sunday, March 29, 2015

Resepi cucur jagung yang sedap dan lembut

Lama dah teringin nak buat cucur jagung ni, tapi asyik tak berkenan je tengok jagung kat pasaraya. Mujur mak ku rajin angkut jagung 5 tongkol naik bas. so pagi semalam, dapat la sarapan cucur jagung. ni versi I sendiri ye..

Selain dari waktu sarapan, cucur jagung sesuai dijadikan menu minum petang bersama suami dan anak-anak.
 
Sangat sedap dimakan semasa masih panas suam








Resepinya mudah je, kalau first time nak buat pun confirm jadik!

Bahan-bahan untuk Cucur Jagung Lembut

2 tongkol Jagung saiz sederhana ( Dihiris dan blend sebab mak I takde gigi. hihi)
2 biji Kentang ( dipotong dadu)
1 biji Bawang Besar ( saya kehabisan bawang besar, so ganti dengan 2 biji bawang kecil)
1 biji telur 
2 cawan tepung
1 cawan air sejuk peti ais
Garam secukup rasa

bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat

Cara masak Cucur Jagung yang awesome

Masukkan hirisan Jagung, kentang, bawang, telur dan tepung di dalam mangkuk besar.
Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit. Gaul adunan supaya sebati. Tahap kecairan bancuhan tu tak perlu terlalu cair dan tidak terlalu cair.
Kalau pekat sangat nanti keras. kalau cair jadi lembik. Kalau dah tercair, tambah je tepung sedikit ye.
Tambah garam mengikut rasa yang disukai. Rasa je sikit adunan tu masin ke tak. hihi
Panaskan minyak.
Sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Api sederhana.  Kalau api kecik, nanti masuk minyak. cucur akan jadi terlalu berminyak.
Balik-balikkan cucur yang di dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.

Kalau menggoreng sambil ade sorang nak main air coway, sorang bukak peti ais memang colourful jadinya..hehe
Selamat mencuba!

Boleh la pekena dengan kopi atau teh o panas. Memang terangkat! haha



Masih tak kenyang? Pekena ESP la segelas. confirm kenyang sampai ke petang.



Salam hujung minggu~
Mamamyras




About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

4 comments: