Thursday, March 12, 2015

Seronoknya bermain di Hello Kitty Town dan The Little Big Club sampai Hanis Hanna Taknak Balik

Budak-budak mana yang tak kenal Hello Kitty? Mak budak pun sukakan Hello Kitty yang comel tu kan. Terletak di Nusajaya, Johor Bahru, Hello Kitty Town merupakan salah satu tarikan terbaru yang mesti dikunjungi jika kita mempunyai anak-anak.

Bulan lepas semasa saya membawa Hanis Hanna berjumpa daddy di Pasir Gudang, kami sempat ke Hello Kitty Town yang  berdekatan dengan Puteri Harbour. Bagi orang luar Johor, sila gunakan Waze untuk ke sana ye kerana mengikut pemerhatian saya memang tak nampak signboard. Saya beruntung kerana adik ipar saya bekerja di JB dan pernah berjalan-jalan di kawasan tersebut, jadi agak mudah bagi kami sampai ke sana. Perjalanan dari Pasir Gudang ke Hello Kitty Town mengambil masa tak sampai sejam dengan kereta dengan adanya hiway baru.

Sampai Awal


Kami Sampai di Kota Iskandar lebih kurang jam 11 pagi. Actually masa tu pun dah agak panas terik dan parking hampir penuh namun kereta masih tak putus-putus masuk ke kawasan tersebut. Kalau lambat susah sikit la nak parking. Di luar bangunan tu memang besar2  ada banner Hello Kitty. So kalau nampak tu memang tak salah tempat la kan.

Semasa saya pergi bulan lepas, kawasan sekitar masih dalam construction, jadi agak berhabuk sedikit. Sejujurnya, kurang signboard di situ. Dah sampai pun agak terkapai2 nak cari mana satu pintu masuk. Tapi sebab nampak macam ada kaunter kat dalam tu, so masuk je dan terus beli tiket.


Harga Tiket Hello Kitty Town & The Little Big Club


Saya amat menyarankan agar pengunjung membeli tiket kombo yang berharga RM85 (pemegang mykad). Harga untuk dewasa dan kanak-kanak sama. Namun yang bawah 3 tahun, percuma. So hari tu saya bayar RM216.75 setelah ditolak diskaun 15% bagi pemegang kad Miles Petron.

Untuk maklumat promosi terkini, boleh rujuk ruangan promo di website rasmi sanrio hello kitty. Antara promosi yang menarik adalah bagi pemegang boarding pass Malindo Air, boleh dapat 30% diskaun. So kalau anda ke JB dengan menaiki flight, jangan lupa bawa boarding pass tersebut ye.

Semasa di kaunter, saya bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk mengunjungi kedua2 tempat tersebut, pekerja tersebut memberi tahu 3 jam. Tapi rupanya tak cukup 3 jam bila membawa kanak-kanak ke situ..huhu. kami keluar dari situ pukul 5 petang. 

Aktiviti di Hello Kitty Town & The Litte Big Club

Hello Kitty Town berada di tingkat 1, manakala The Little Big Club bersesuaian dengan namanya mengambil 2 tingkat di atasnya. So kiranya TLBC tu memang lagi luas dan lebih banyak aktiviti.  HKT lebih sesuai untuk gegirl je..kalau budak lelaki rasanya tak berkenan pun nak masuk.. mujur anakku gegirl je..

Di Hello Kitty Town..

Tea Cup Ride - Cawan yang berpusing2.. Hanis takut, nangis2 taknak naik pada mulanya..dan bila dah naik tu pun nak cepat2 turun..huhu

Dream Photo Garden - tempat bergambar dengan Hello Kitty dan Daniel dan lain2. Maskot2 ni keluar pada masa2 tertentu je. Dan dengan outfit berbeza2, so bila nampak hello kitty yang kat situ, cepat2 la pergi bergambar. Saya cadangkan ambil la gambar dengan camera sendiri..sebab kalau posing berpuluh kali dengan cameraman kat tempat tu, kita kena beli gambar tu dan harganya agak mahal.

the little big club
Sekeping gambar yang diprint berharga RM35 beserta frame.
Black Wonder - Misi Menyelamatkan Hello Kitty dan Daniel. Tempatnya agak gelap, hanis nanges2 nak keluar. hadoii~ si Hanna rilek je macam takde perasaan. Bila masuk kat tempat ni, akan diberi lampu minyak tanah untuk mendapatkan clue di 5 tempat. Bila dah dapat clue, last skali bagi password di kaunter untuk print report.

Kitty House - Macam masuk rumah hello kitty, dari ruang tamu, ke dapur ke bilik air, ke bilik tidur semuanya penuh dengan barangan hello kitty.  Memang membuatkan hanis teruja kat sini. Kat dalam ni pun ada cameraman. So posing la cantik2 ye..
hello kitty house
Koleksi beg dan aksesori Hello Kitty

Purrfect Stage - Pentas Hello Kitty buat show, jadual aktiviti boleh dirujuk pada jadual yang diberikan semasa membeli tiket. Fun show tapi tak pandai nak sing along sebab tak biasa dengar lagu2 Hello Kitty..hihi. apepun hanis hanna memang fokus betul la kat situ.
pastikan tak terlepas show ye..

Wishful Studio - Buat sendiri necklace untuk dibawa balik dan ada tempat untuk mengambil gambar menggunakan costume Hello Kitty. Actually ada satu lagi ruangan untuk buat cookies tapi lama sangat nak tunggu turn, hanis hanna dah lari..hahaha

Cinnamorol Cafe - Budak2 ni kan cukup masa akan kelaparan, so ada la tempat untuk mengisi perut. Kat sini tiada makanan berat, hanya popcorn, aiskrim, biskut dan lain-lain.. Harga agak mahal sedikit.

Aiskrim yang menjadi pilihan hati
Playland - Yang ni saya tak ingat apa nama tempatnya tapi budak2 bukan main syok lagi main kat dalam ni. Basically ada floating ball, dan lain2 yang menggunakan pressure dan angin dan vacuum. memang fizik lah. Nak explain pun tak pandai. Saya tak dapat A fizik SPM dulu. hihi

Di The Little Big Club, hanis cepat je menghilang..semua benda dia nak main kecuali helicopter dan bus ride sebab dia gayat.

Angelina's Dance Studio - Kanak-kanak diberi kostume dan boleh belajar simple step untuk menari dan sebelum bersurai boleh bergambar dengan Angelina. 

Dapat bergambar tu memang suka sangat dah..



The Little Big Club's Stage - Dari masa ke masa akan ada show. Biasanya ada announcement yang show akan bermula dalam masa 15 minit, 10 minit dan 5 minit. So ramai2 akan duduk di depan stage menunggu show bermula. Kami sempat menonton Barney dan Thomas je. Masa Barney tu Hanis memang suka sangat sebab dia selalu dengar lagu2 Barney. Hanna pun bukan main lagi sama2 menari ikut rentak..walaupun tak pandai..hihi


Show sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Suara barney pun sama..

Barney's Yard & Barney's Playhouse - Kanak-kanak boleh membuat aktiviti sendiri di dalam playhouse atau menonton video yang sedia terpasang. Parents yang kepenatan boleh duduk di kerusi yang empuk. Saya hampir2 tertidur sebelum mengambil gambar ini semasa duduk kat bean bag. 


Tekun si Hanna menonton Barney



Bob's Can Do Crew & Bob The Builder Play Structure - Kitorang spend masa paling lama kat sini. Hanis seronok memanjat, main slide yang tinggi ( ok mama pun join main slide) haha. Hanna suka sangat dengan blocks. Bina dinding menggunakan blocks dan kemudian nanti sebelum siap ada la budak yang datang rempuh. hihi
The Little Big Club
seolah-olah jadi Bob The Builder
Pingu's Igloo - Banyak game kat dalam ni, tapi hanis hanna duduk kejap je dalam ni sebab diorg banyak tak cukup ketinggian dan besar untuk main. Lebih sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah.

Sodor Playground - Playground yang lebih sesuai untuk budak yang 3 tahun keatas sebab mak ayah susah nak monitor kalau yang macam hanna. Banyak memanjat2 kat sini. Tapi ada banyak sofa dan kerusi urut ogawa untuk parents berehat dan tidur. Penat kan mengikut anak-anak main . Diorang masuk kereta baru tidur.

Knapford Station Thomas Train Ride - Satu family boleh naik train. 3 kali pusing la jugak.. h

Mc Bunn Cafe - Terletak di tingkat 3, satu-satunya kafe yang menyediakan makanan berat. Sepinggan chicken chop berharga RM15, set sepinggan nasi dan lauk paprik katanya, air botol berperisa strawberi / anggur beserta  mainan Thomas pun ada dijual, tapi tak ingat pulak harga..huhu

Selain itu banyak lagi ride lain seperti bumber car yang memerlukan ketinggian minimum 110cm, helicopter dan bus ride yang hanis gayat so tak dapat la naik walaupin makngahnya teringin.. hihi

Sebelum balik jangan lupa membeli belah di souvenir shop ye.. di situlah mama kena pow CD hello kitty yang berharga RM49. Untuk mama, beli la beg comel yang hanis pun boleh guna.. dan yang wajib dibeli apabila travel adalah fridge magnet. Penuh dah fridge tu.. hihi

Disebabkan dah kenyang, so kitorang singgah la jugak Lat's Place utk jenguk2 amek gambar. Tak sangka hanis buat pose begini tanpa disuruh. Ish ish
 
Special pose by Hanis

Last but not least.. saya share lagi beberapa gambar yang sempat saya capture..

pss.. ni salah satu huruf dlm password utk selamatkan hello kitty
muka takut je dlm Black Wonder tu..


dapur Hello Kitty..geramm aihh

Bilik Tidur Hello Kitty



nampak tak bola terapung???
Di Barney's yard..


Cubaan nak jadi Bob The Builder..hihi



Berpuluh kali hanis panjat dan main slide ni


Hello Thomas!



InsyaAllah next time boleh pergi lagi, memang sesuai untuk parents yang mempunyai bayi dan lebih prefer taman indoor. Baby selesa tak berpanas, abang kakaknya boleh berlari bermain seharian kerana surau, bilik air, nappy change juga disediakan. Parents je kena bersabar mengikut anak.. huhu

Pesanan Mamamyras


Oleh kerana jumlah pengunjung yang ramai, saya amat menggalakan agar ibu bapa membuat persediaan dan memberikan extra protection kepada anak-anak. Tingkatkan sistem ketahanan tubuh agar tidak mudah mendapat jangkitan virus daripada pengunjung lain. Saya akan pastikan anak2 konsisten mengambil Chewable Vitamin C dan Minyak Ikan Omega3 bagi meningkatkan sistem imun badan seminggu sebelum pergi kemana-mana tempat yang mempunyai risiko.  Lebih baik beringat sebelum kena kan..

Untuk dapatkan Vitamin untuk kanak-kanak, boleh hubungi saya di 0195537657. Saya akan berikan penjelasan khusus cara pengambilan dan lain. Penghantaran segera ke seluruh Malaysia.

Selamat bergembira!~

Salam sayang,
Mamamyras.
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment