Alkisahnya....
Petang semalam saya menghadiri potluck makan2 di De Palma Hotel Kuala Selangor bersama keluaraga iReach, sembang2.. berkenalan dengan ahli keluarga besar iReach, berkongso pengalaman, tips2 dan bermacam topik hotzz. Sementara golongan ibu berdiskusi, anak-anak berlari dan bermain di sekitar tempat kami berkumpul. Para suami juga duduk bersembang semeja, rasa macam diorang lagi havoc sembangnya! haha~
Oleh kerana saya datang dari rumah opah di Sungai Siput, makanya ku mencari bekal makanan dari sana je la utk dibawa. Mujur teringat untuk tanya Makcik , dia tolong oder kuih jala & kari ayam. Dan lebih membuatkan ku senang hati, bila bekas kuihku licin. kari pun licin. hihi..ternyata sedap hingga menjilat jari le tu. hihi
Bila dah petang, kanak-kanak ni yang menahan sabar nak terjun kolam semuanya berjaya mengajak ayah masing2 berendam sama. Happening dan meriah sungguh dengan suara kanak-kanak.
Jam 8.30 malam.. kami ke Dewan untuk mendengar ceramah nutrisi dari Nutritionist Shaklee.
Hujan agak lebat, tapi sebabkan kami takde payung.. redah je laa ke dewan. Siap driving lagi. Padahal sebenarnya boleh je jalan kaki dari bilik chalet kami.
Bila tamat aktiviti malam, baru lah encik suami kata lapar. Pukul 7 masa tanya ,dia kata kenyang lagi. so mencari la kami si burger ramli. Suasana sejuk hujan menyebabkan Encik Suami mengorder dengan tamak. 1 burger ayam special, 1 burger daging special, 1 burger daging double. Untuk dimakan jam 11 malam sangatlah tidak sesuaiiiii... Sempat pulak layan cornetto sementara tunggu burger siap. Hadoi. Laju2 ku telan Phytocol & Omega lepas tu.
Hari ini..
Lepas check out dari hotel, dalam kepala rasa nak makan seafood. Iye laa.. dah alang-alang sampai kat Kuala Selangor ni kalau tak dapat seafood macam tak sah.Kalau nak tunggu dinner cam lambat je lagi kan?
Apa lagi.. kita terjah je la. Biar gambar berbicara.. hihi. Kami makan dengan tekun, tak pandang kiri kanan.
limau asam boi ( kiri) laici lemon ( kanan) |
Laici lemon menarik, tapi limau asam boi agak kelat.
Lauk pauk yang kami cuba hari ini adalah..
crab with milk.. sambil update ni pun ku terliur lg... |
side lain plak.. menjejes air liur korang kan? |
sotong telur masin. sedap giler |
lala masak cili. not bad |
butter prawn yang ummphhh! |
Udang yang segar. Boleh tahu bila senang nak kopek kulitnya.
cili potong & bawang putih cincang |
demo mengetuk ketam |
Hari ini saya belajar menukul ketam. sangat teruja bila melihat isi putih ketam yang menggiurkan. haha~
isinya yang putih.. uhhh |
Sebelum balik, saje saya suruh hanis posing kat ketam replika tu..
mama suh dia buat peace. tp ni apa gaya ntah |
Oh. agak-agak berapa total damages kami hari ini?
agak2 berapa total? |
....
...
.
jeng jeng..
encik suami kata, dapat diskaun 115 hinggit. |
Murah kan????
Berbanding restoran makanan laut yang lain
Ok, next time boleh datang lagi..
So untuk memudahkan kami ingat jalan nak ke kedai ni, saya ambil gambar kedai di tepi jalan besar.
Dari arah Kuala Selangor ke Tanjung Karang
Restoran ni betul-betul kat simpang 3 ada traffic light.
Belok kiri
landmark nak masuk simpang |
Sampai hujung jalan..
Belok kiri dan terus hingga jumpa Restoran River View di sebelah kanan
Agak tersorok tetapi berbaloi mencari |
Jarak masa yang diambil untuk balik ke KL setelah kekenyangan adalah 1 jam 15 minit.
Untuk sebuah kesedapan tak terhingga, sangat la berbaloi.
Maka, selesai lah misi pencarian seafood chinese style encik suami.
ketam dan udang sgt menggiurkn. murah plk tu, wajib singgah nt:)
ReplyDeleteso far, ni yang paling best dan murah. boleh pegi lagi dan lagi.. hehe
DeleteWah sedapnye...menjejes air liuq tgk mknn seafood ni.
ReplyDeleteYg bawang putih cincang tu utk ape ek?
bawang putih & cili api tu utk makan ngan nasi. tp kitorg x pandai. so, layan seafood je la~
DeleteSedapnyaa ila..
ReplyDeleteTapi menghala ke tanjong karang ye?
Next time jalan sana nak cariklah..
betul tu. still dalam kawasan kuala selangor. tak sampai 1km dari bukit melawati. lepas jambatan nampak giant belah kiri pastu straight smpi traffic light & nampak restoran Ah Chui tu. tu yang senang la.. hihi
Deleteconfirm halal yer...maaf bertnye.,..huhu
ReplyDeleteHuhu
Delete...
tiada pengiktirafan halal jakim. jadi ikutlah pendirian dan kefahaman masing-masing.
Delete