Tuesday, October 28, 2014

Kepentingan Omega 3 kepada Kehamilan

Kajian saintifik telah membuktikan mengenai keperluan nutrisi semasa hamil. Terbaru adalah kepentingan Asid Lemak Omega 3 di dalam perkembangan bayi dan kesihatan si ibu.

Ibu hamil memerlukan lebih asid lemak omega 3 di dalam diet harian. Omega  3 diberikan kepada bayi melalui plasenta dan menyokong perkembangan tisu dan otak bayi.



Sumber Omega 3


Omega 3 merupakan salah satu nutrien penting untuk perkembangan kesihatan. Walaubagaimanapun, badan kita tidak mampu menghasilkan Omega 3 dengan sendirinya. Oleh itu ia mesti didapatkan dari sumber makanan ataupun suplemen.

Kajian menunjukkan Omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA dan DHA. Walaupun EPA dan DHA secara semulajadi bertindak balas bersama di dalam badan kita, namun setiap asid lemak mempunyai kelebihan tersendiri.


  • EPA : Menyokong menyokong kesihatan jantung, sistem imunisasi dan tindak balas keradangan ( inflammatory response)
  • DHA : Menyokong perkembangan otak, mata, sistem saraf tunjang yang sangat penting bagi ibu hamil dan menyusukan. 


Sumber terbaik EPA dan DHA adalah dari ikan laut dalam seperti Tuna, Salmon, Sardin, Ikan Bilis dan Ikan Hering. Namun ramai yang risaukan kandungan merkuri dan toksin di dalam ikan. Oleh sebab itu, minyak ikan dalam bentuk suplemen adalah sumber EPA dan DHA yang paling selamat. Minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi EPA dan DHA dikeluarkan oleh pengeluar bereputasi tinggi tanpa risiko toksin.

Bagi ibu hamil, adalah penting untuk memastikan ikan dan makanan laut dimasak dengan sempurna. Jika anda memakan ikan mentah atau separa masak, anda berisiko untuk mendapat keracunan makanan.

Tak suka ikan? Anda boleh cuba dapatkan omega 3 dari sumber lain seperti telur ayam yang diperkaya dengan EPA dan DHA. Namun begitu ia tidak begitu digalakkan kerana ianya telah diubah secara genetik.

Omega 3 dan Kehamilan : Manfaat

  • Asas kepada perkembangan sistem neurologi dan penglihatan awal bayi
  • Membantu ibu menghasil susu selepas bersalin
  • Membantu perkembangan visual kognitif bayi
  • Mengurangkan risiko alergi kepada bayi
  • EPA & DHA mengurangkan risiko kelahiran pra matang
  • Mengurangkan risiko pre eklamsia
  • Mengurangkan risiko  depresi dan meroyan 

Saranan dos minimum dari ISSFAL (the International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids) :

Bayi (1-18 bulan):
0-15 lbs: 32 mg/lb EPA+DHA
Kanak-kanak (1.5-15 tahun):
15 mg/lb EPA+DHA
Dewasa (15-115 tahun):
500 mg EPA+DHA
(dengan minima 220 mg EPA dan 220 mg DHA)

Ibu Hamil dan Menyusukan:

300 mg DHA setiap hari

Perbezaan Omegaguard Shaklee

OMEGAGUARD mengandungi 90% Omega 3 dan hanya 10% lemak ikan berbanding jenama lain.

Ia melalui proses penyulingan molekul berperingkat bagi :-

  • Menapis logam berat dan bahan pencemaran lain
  • Mencegah Oksidasi & Trans Lemak
  • Bau dan rasa ikan yang minima

Harga Omegaguard Shaklee

RM136 bagi 90 biji (Retail price)


Nikmati lebih penjimatan sehingga 30% bagi ahli. 


Hubungi saya segera jika anda mempunyai sebarang persoalan atau berminat untuk membuat oder.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


sumber :  http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/omega-3-fish-oil/# 

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

3 comments:

  1. kalau ada peluang untuk hamil lagi lepas ni, saya akan pastikan saya ambil suplemen omega hari2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah MamaBard, kalau masih belum ada rezeki boleh cuba set kesuburan juga.

      Delete