Wednesday, October 15, 2014

Bahaya perut buncit yang selalu diabaikan

Bagaikan menjadi permandangan biasa bagi kita melihat ahli keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai perut buncit. Malah kadang-kadang kita menjadikannya bahan jenaka tanpa kita ketahui ianya umpama bom jangka yang sedang berdetik.

Jom tengok dulu 2 video Apa kata para doktor?







Kita mungkin tidak menganggap ianya suatu bahaya kerana kita selalu melihat mereka yang berperut buncit masih sihat dan hidup dengan gembira. Namun kita sebenarnya berisiko tinggi mendapat penyakit Jantung, kencing manis, strok dan kegagalan fungsi organ lain.

Visceral Fat adalah lemak disekeliling organ

Cuba buat test mudah seperti gambar dibawah. Badan kita mungkin kurus, BMI pun tidak dalam kategori Obese tapi mungkin kita tak sedar yang lemak di sekeliling organ kita sangat banyak.

Ya. Saya pun dulu tak pernah kisah dan menganggap spare tyre adalah normal bagi ibu yang pernah mengandung. Rupanya saya salah. Saya mungkin tidak akan tahu perkara ini jika tidak ditegur oleh emak yang menyangka saya pregnant ( padahal muncit sbb baru lepas makan kenyang ) dan mendorong saya bertanya kepada Pakar Nutrisi.



Sebab utama Visceral fat yang tinggi


Gaya hidup yang tidak aktif. Itulah saya sekarang.. Kebanyakan masa hanya dipenuhi dengan menghadap laptop dan smartphone . Adalah masanya bermain sekejap dengan Hanis dan Hanna, membuat kerja-kerja rumah. Tapi sebenarnya masih tak cukup.
Sepanjang bekerja dahulu saya rajin menyertai kelas Aerobik dan skali skala agan ke gim. Ok saya rindukan aktiviti ini.

Makanan berlemak dan bergula tinggi. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ini adalah penyumbang utama. Mungkin agak sukar untuk kita menukar tabiat pemakanan sehinggalah kita disahkan mengidap penyakit berbahaya . Bukankah agak terlambat ketika itu? Lebih baik kita mengambil langkah pencegahan awal sebelum ianya menjadi kritikal.

Cara mengurangkan Visceral Fat

  • Senaman kardio

    • Ia adalah lebih efektif daripada melakukan sit up dan crunches kerana anda perlu tingkatkan pembakaran kalori. Contoh senaman kardio yang disarankan oleh Kevin Zahari adalah berenang. Anda juga boleh senaman kardio lain seperti, berjoging, menaiki tangga dan berbasikal.
  • Gaya hidup yang aktif

    •  Libatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar yang boleh membuatkan anda berpeluh seperti berkebun, membasuh kereta sendiri dan pelbagai aktiviti lain.
  • Pengambilan nutrisi lengkap dan seimbang

    • Kurangkan pengambilan makanan berlemak & bergula tinggi. 
    • Elakkan dari tabiat mengunyah makanan ringan
    • Makan malam sebelum jam 8 malam 
    • Pengambilan suplemen
Untuk membantu anda dengan lebih efektif, Pakar Nutrisi Shaklee mencadangkan pengambilan suplemen berikut untuk menghilangkan perut buncit dan mengurangkan risiko lain

Omegaguard , Phytocol  ===> untuk mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol

Cinch tea ===> meningkatkan metabolisme tubuh, lebih tenaga, lebih kalori dibakar

Vivix,CoQHealth ===> untuk memelihara kesihatan jantung. Penting bagi mengelakkan dari serangan jantung



Sekiranya anda di dalam kategori berat badan berlebihan, anda digalakkan untukkan mengambil suplemen di bawah bagi membantu anda kurus dengan cepat dan efektif

Herblax, Alfalfa ===> membantu proses detoks, membuang toksin berlebihan dan membantu pelawasan

Cinch Shake ===> Protein 24gm yang diperkaya dengan leusine. Membantu memelihara otot semasa proses pengurangan berat dan mengelakkan kurus secara "Yoyo"

Harus diingat bahawa perkara dalam menurunkan berat badan adalah, pembakaran kalori mestilah lebih tinggi dari pengambilan kalori.

Jika anda berminat untuk mendapatkan info lanjut tentang produk Shaklee di atas atau mempunyai sebarang persoalan, Whatsapp saya di 0195537657.

-Ilah- (SID : 889805)
 FB : Vitamagic Shoppe

#COD bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Pandan Indah, Tesco Ampang dan KLCC
#Penghantaran melalui Pos dibuat keseluruh Malaysia



About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

1 comment: