Monday, September 29, 2014

Aktiviti Weekend Kami : Shaklee Motivation and Recognition Rally

Assalamualaikum wbt dan Selamat Membaca

Seronok tak rasanya bila anda dihargai? Tiada siapa rasanya yang tak suka .. Lagi-lagi kalau anda mendapat penghargaan dari 'kerja' yang anda usahakan.

Semasa saya bekerja , tiap-tiap tahun memang confirm dapat Recognition Award. Memang rasa syok sangat bila dapat surat tu. Boleh beli apa sahaja mengikut nilai Award dan kemudian submit claim. Sepanjang hampir 7 tahun bekerja, nilai award yang diterima berbeza dari RM150 sehingga ke RM1500. Paling berbahagia bila dapat surat tu waktu kita tengah memerlukan wang tambahan.  Tu belum termasuk Appreciation Lunch & Dinner.. Sampai tahap bosan sebab hampir semua tempat sekitar KLCC dah pergi.

Sangat tak disangka, rupanya budaya tersebut masih dapat saya rasakan walaupun kini bergelar Suri Rumah. Yang dapat dari Encik Suami tu tak masuk cerita la kan.. tapi ini yang dapat dari Shaklee. Adakah kerana Shaklee dan EM berasal dari negara sama.. jadi budaya kerjanya hampir sama?

Hari ini.. 28 September 2014.. Bertempat di SACC , Shah Alam, ratusan Leaders Shaklee beratur menerima penghargaan dari Shaklee. Dari rank Supervisor sehingga ke Senior Key Coordinator, semuanya diraikan dalam majlis hari ini.  Tak pernah disangka-sangka, join Shaklee pun boleh dapat naik pentas menerima sijil.  InsyaAllah tahun depan kita naik pentas lagi di National Conference untuk terima award banyak-banyak pulak.

Barisan Supervisors yang menerima sijil

Lebih menarik, sesi penyampaian sijil diselangi dengan slot motivasi dari 2 orang Masters iaitu Master Hadhatina  dan Master Farihah. Mereka berkongsi mengenai rahsia kejayaan mereka dari mula terjebak dengan Shaklee sehingga boleh berjaya sehingga menjadi Master Coordinator. Tak kira siapa kita, apa latar belakang kita.. kita semua boleh berjaya dengan Shaklee. Berjaya membantu orang lain, dan berjaya mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik.


Slot motivasi dari Master Hadhatina

Sempat berselfie..


Acara yang paling disukai ramai iaitu slot Lucky Draw sangat dinanti-nantikan oleh semua. Collagen, Vivix, Phytocol, Mealshakes.. semuanya menjadi rebutan. Paling havoc adalah sesi terakhir iaitu Mega Lucky Draw, semua berharap agar nombor masing-masing cukup bertuah dipanggil oleh Victor.

Mega Lucky Draw: Vivix  + Collagen

Sebelum majlis bersurai, kita makan dulu!~ Jamuan disediakan di dewan sebelah. Antara menu yang disediakan adalah Nasi minyak, ayam masak merah, ikan masak cili, udang goreng kunyit,  kambing yang sedap, sayur goreng, nenas, buah-buahan potong, lontong, lemang dan rendang.

Hanis boleh pulak tiba-tiba suka sangat makan udang. Dua kali mama kena beratur mengambil udang untuk Hanis. Mujur lah udangnya siap dikopek sepenuhnya. Tinggal nak ngap je! hehe~

Oleh kerana kehadiran yang sangat ramai, berpuluh-puluh meja turut disediakan di luar dewan.  Makanan di luar dewan masih banyak sewaktu kami melintas lalu sebelum pulang, isk.. kalau lah boleh tapau ni! hahaha~

Hanis pun semangat nak pakai tag Supervisor
Oleh kerana sudah kepenatan dan kekenyangan, belum pun sempat kereta bergerak jauh meninggalkan Shah Alam, Hanis pun lena. Malam tadi pun dia tak bangun.. tidur terus sampai ke pagi. :)

Semoga kami terus maju dan sukses bersama Shaklee. Jom Jom Jom!

Notakaki: Terima kasih kepada Master Lydzar & Kamarudin sebab tolong amek gambar kami atas stage :)

 

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

1 comment:

  1. Bestkan...NC tahun dpn kutip award byk2 lg...

    Sedapnya menu mknn...x sempat mkn terus balik.

    ReplyDelete