Sebelum ni saya selalu musykil.. apa sebab sesetengah lampu cepat terbakar / blow?
Baru je tukar beberapa bulan lepas ni dah kena tukar lagi..
Saya baru je dapat tips ni tadi dari Encik Suami yang sedang menukar lampu rumah di pagi hari..
Mudah je...
Gunakan sarung tangan atau pegang mentol berlapikkan kain
Sebabnya?
Jari kita mungkin ada kesan minyak yang boleh meninggalkan kesan pada mentol.
Akibatnya..
Kesan minyak tersebut akan jadi hotspot pada mentol , dan menyebabkan ia mudah terbakar!
Katanya.. kat kapal, kalau tak buat camni (lapik dengan kain), kejap je lampu dah terbakar.
Selamat mencuba! Jimat la sedikit duit kan.. boleh buat beli vitamin. kihkih~
p.s.: Untuk lampu jenis mentol sahaja. Kalimantang takpe. :)
Haaa baru tau....thanks 4 sharing ^^
ReplyDelete