Ketika entry ini mula ditulis, saya di dalam kereta. Dalam perjalanan ke Penang semula. Selesai JHU di Semeo Hall terus kami ke Perlis. Menyelesaikan urusan adik yang telah menjadi driver dari Ipoh.
Mujur Hanna dah lena diriba, so jari pun menari di skrin comel.
Jom saya cerita sedikit mengenai hari saya yang hebat di Penang!
Jom saya cerita sedikit mengenai hari saya yang hebat di Penang!
Apa dia Jom Hebat?
Jom Hebat Utara adalah antara program iReach di bawah PM Lyna Noh & Zainul Anuar. Sebelum-sebelum ini dah diadakan Jom Hebat Mega di KL dan Jom Hebat Selatan di JB. Saya tak berpeluang untuk menyertai JHM kerana sepupu rapat saya berkahwin pada tarikh yang sama. Sedih gak, tapi Family First!
Ada Apa dengan Jom Hebat Utara?
JHU bermula dengan pendaftaran dan sarapan seawal 8.00 pagi. Oleh kerana saya tersesat sedikit, so 8.45pagi baru sampai.
Jam 9.15 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan Sharing dari Master to be Kep Hasliana. Beliau bercerita tentang bagaimana beliau menghadapi cabaran berada di Doha dan kebanyakan customer adalah di Malaysia. Very inspiring! Beliau juga sepatutnya sudah berada di KL bagi mengejar flight balik ke Doha , tetapi sanggup meluangkan masa di JHU berkongsi cerita dengan kami.
Perkongsian seterusnya adalah daripada Master Ita dan Farha Maskuriy. Ternyata tak mudah untuk ibu-ibu mencari pendapatan bersama Shaklee,namun ia TIDAK MUSTAHIL. Ramai yang dah berjaya bukti kan bahawa semua orang boleh berjaya dengan Shaklee. Mengubah kehidupan sendiri dan ramai orang lain. Diceritakan juga perbezaan bekerja makan gaji dan bekerja sendiri. Dari segi masa, kewangan dan disiplin.
Slot selingan menyajikan peserta JHU dengan pelbagai tips hebat dari Leaders iReach. Priceless!
Terasa lebih istimewa cerita panas dari delegasi Shaklee Malaysia ke Global Conference di Long Beach, California baru-baru ini. Master Zainul berkongsi pengalaman hebat mereka sepanjang menghadiri conference, lawatan ke Disneyland, lawatan ke HQ Shaklee, Black Tie Dinner dan segala cerita menarik yang membuatkan saya jeles! Siapa tak jeles tu, tak tau la kan. Setiap seorang yang menyertai trip tersebut adalah ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.
Antara poin penting yang suka untuk saya kongsikan adalah bagaimana Shaklee komited untuk benar-benar menepati motto yang diselalu diwar-warkan iaitu Always Safe, Always Work, Always Green. Delegasi dari Malaysia telah berpeluang berjumpa barisan Saintis Shaklee yang tanpa letih menjalankan ribuan uji kaji bagi memastikan ia benar-benar selamat. Sejujurnya saya belum pernah jumpa mana-mana Syarikat Nutrisi di dunia ini yang sanggup membelanjakan wang sebanyak USD 250 Juta bagi tujuan ini.
Terlalu banyak jika mahu diceritakan tentang segala pesanan dan perkongsian dari setiap presenter.
Ianya eksklusif bagi warga iReach. Walaupun jauh perjalanan yang saya tempuhi dari Kuala Lumpur ke Penang, bersama 2 anak-anak bijak yang sangat ligat, saya kuatkan semangat untuk hadir juga.
Rupa-rupanya ianya sangat berbaloi kerana ini adalah Jom Hebat yang terakhir! Ukhuwah dan perkongsian ilmu yang diperolehi memang tak akan dapat di mana-mana event lain.
SET CERGAS 200%
Sesi petang selepas rehat makan tengah hari dan solat zohor diisi dengan aktiviti perbincangan oleh semua peserta. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberi masa lebih kurang 30 minit untuk membentangkan Set Baru berdasarkan 1 produk yang diberi kepada setiap kumpulan.
Kumpulan saya diberi AJHT sebagai produk asas. Kami telah mencipta 1 set baru iaitu Set Cergas 200% yang digabungkan bersama Collagen Powder & Zinc Complex. Set ini istimewa bagi pesakit Sendi dan tulang yang mahukan kesihatan yang lebih baik. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengambilan kolagen juga membantu meningkatkan kesihatan sendi kerana kolagen adalah suatu komponen penting dalam tubuh manusia.
Walaupun kami tidak berjaya merebut wrislet Coach sebagai hadiah kumpulan terbaik, tetapi presenter dari kumpulan kami mendapat handbag Coach sebagai hadiah Presenter Terbaik!
Best, tersangat best!
Bersama Shaklee, saya tidak perlu meninggalkan anak-anak, saya sesuaikan masa dan keperluan diri dan keluarga. Alhamdulillah, saya tidak salah memilih Shaklee sebagai sumber pendapatan saya disamping membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih sihat.
Sebagai acara penutup bagi Jom Hebat Utara, ada surprise dari pihak penganjur!
Kek Ulangtahun Perkahwinan PM Lyna & Zainul dan juga kek Harijadi semua August Baby~
Terima kasih buat barisan penganjur JHU yang pastinya telah bertungkus lumus bagi memastikan JHU berlangsung dengan baik!
InsyaAllah kita bertemu lagi dalam majlis yang lain.
dpt handbag coach, wow...best!! seronok dpt jd a part of ireach fmly, PM lyna yg x lokek berkongsi ilmu dgn kita semua
ReplyDeletemoga kita cepat2 dpt ikut jejak PM Lyna..
Delete