Siapa suka makan mee bandung? Cuba angkat tangan sikit!
Mee bandung ni antara feveret saya, lagi beruntung sebab kahwin dengan orang Muar! makanya setiap kali balik Muar mesti pergi menjamu selera di Restoran Mee Bandung Abu Bakar Hanipah di Bandar Muar.
Apa yang istimewa Mee Bandung Abu Bakar Hanipah?
Kuahnya pekat..penuh dengan udang geragau. Terdapat juga daging, sayur, telur didalam pinggan.
Rasanya fuhhh.. sedap giler, memang sanggup menghabiskan kuah tu walaupun mee dah habis.
Tak pedas sangat, memang sesedap rasa.
Harganya? Hanya RM4.50 untuk kesedapan tak terhingga~
Apa yang boleh saya kata... rugi kalau tak makan di situ!
Ramai tokoh-tokoh politik, artis dan selebriti pernah menjamu selera di situ.
Kedai makan ini dibuka dari awal pagi sehingga jam 4 petang. Terdapat juga menu lain seperti satay jika anda datang awal. 1 perkara yang unik, minuman dijual oleh peniaga cina yang turut sama berkongsi tempat di dalam restoran tersebut. Anda patut mencuba kopi atau kopi O yang memang kaw!
Namun jika anda sampai lewat di Muar, anda boleh ke Medan Selera di Tanjung Emas. Terdapat juga cawangannya di sana.Dan selepas itu boleh lah berjalan-jalan ditepi sungai Muar atau membawa anak-anak main di taman permainan yang bersebelahan dengan medan selera.
Jika rasa tak puas makan sepinggan, anda juga boleh tapau perencah mee Bandung. Sangat mudah untuk disediakan. Hanya RM10 bagi sebekas. Boleh dimasak berkali-kali.
Dah makan.. apa nak buat?
Kalau anda suka menikmati makanan tapi risau berat bertambah , jom tiru saya.. Lepas makan telan Lecithin 2 biji.
Maka akan terbakar la segala lemak dengan mudah~
Kalau rasa tak berapa nak lawas plak, boleh la cuba Herb Lax atau Alfalfa.. Puas hati beb!~ hehe
So, jangan lupa singgah makan mee Bandung yang best ni jika anda ke Muar ye!
Kalau nak dapatkan Lecithin dan Herblax boleh SMS/ Whatsapp saya di 0195537657. Penghantaran ke seluruh Malaysia uols~
Dia nak sedap kena belanja aku hahahha
ReplyDeletemeh datang muar faiz!
Deletegambar atas sekali menggiurkan. haruslah sue cuba nnt.
ReplyDeletewajib cuba ni sue!
DeleteRestorn nie banyak nostalgia, dari saya kecik sampai sekarang mee bandung dia memang terrbaikkk. Kalu balik muo memang tak lupa dtg restoran nie. My hubby memang suka mee bandung muo. ����
ReplyDelete