Showing posts with label event shaklee. Show all posts
Showing posts with label event shaklee. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

Shaklee Pinnacle Grand Opening

Assalamualaikum wbt..

Bila sebuah syarikat bertambah maju dan berkembang, maka haruslah berpindah ke tempat baru yang lebih besar dan selesa kan?

Itulah yang terjadi kepada Shaklee Malaysia. Daripada pejabat di Empire Tower Subang ke lokasi baru di The Pinnacle Sunway. Saya kira lokasi baru ini lebih strategik. Bersebelahan dengan Sunway Hotel dan tempat parking yang selesa di bawah bangunan serta kawasan terbuka di hadapan bangunan.

Setelah beroperasi di pejabat baru beberapa bulan, hari ini di dalam sejarah Shaklee.. Majlis Perasmian diadakan. Pelbagai aktiviti disediakan bagi kanak-kanak seperti peraduan mewarna, menampal sticker dan diceriakan lagi dengan kehadiran badut yang memberikan kanak-kanak pelbagai bentuk belon yang comel.

sticker tatoo yang boleh dicuci
Antara kemudahan yang telah disediakan disini adalah sebuah dewan yang memuatkan 200 orang, 2 bilik perbincangan, playground, nursing room & ruang menunggu yang luas dan selesa.

Selain itu disediakan juga ESP & Mealshakes yang siap dibancuh bagi semua yang hadir. Percaya atau tidak, rasa ESP dan Mealshakes yang disediakan memang sangat sedap! Sejukkk gitu~ hehe..

Sejak dari saat melangkah masuk ke lobi bangunan, masuk lif, masuk ke Shaklee di tingkat 9, kami memang terasa sangat dialu-alukan. Rasa macam VVIP pun hado! senyum sampai telinge~

Lagi best, dapat pulak doorgift beg & tumbler yang cun. hikhik~ memang membuatkan ramai yang mencuba nasib kot la saya taknak tumbler ni. Sebenarnya bukan tumbler je malah beg pun ada yang berkenan. hikhik~

Doorgift
Menambahkan lagi best, tersedia juga photobooth. Amek la gambar sampai puas hati gamba tu cantek. Baru print.. Sangat cepat dan canggih. Takyah tunggu lama utk dapat gambar. Belum sempat orang seterusnya posing, gambar kami dah siap printed.
Gambar agak kuning sebab lighting dlm SOHO saya




Mr Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia

President, Shaklee International

Dulu pembaca berita NTV7, sekarang Master Coordinator

Sempena dengan majlis ribbon cutting ni, Shaklee berbesar hati membuat promosi Beli 6 Percuma 1 Vita C. Ternyata ianya adalah Vitamin pilihan ramai. Berdesup order masuk bila diwar-warkan promosi ini. Itupun sebab promosi ini hanya untuk sehari, kalau 2-3 hari, boleh sampai habis stok agaknya.


Beli 6 Percuma 1 Vita C
Selesai majlis, jamuan makan tengahari disediakan di ruang terbuka di tingkat 15. Lebih kurang jam 12.45tgh hari, kami bergerak ke majlis seterusnya dia Puncak Jalil. Aktiviti petang hari adalah santai bersama Upline & Sideline saya. So, makan lagi... hihi. Takpe, saya dah bawak bekal Omegaguard.

Jom bersama-sama kami menjana pendapatan disamping menikmati kesihatan dan bonus, cantik!
Banyak lagi event menarik menanti anda~


Nur Fadhilah ( SID :889805)
0195537657




Read More

Saturday, October 11, 2014

FREE HEALTH CHECK

Assalamualaikum wbt

Bila kali terakhir anda membuat health check? Bulan lepas? Tahun lepas.. ke 5 tahun lepas? rasa macam sihat je kan.. perlu ke buat health check?  Pada pendapat saya, jika anda betul-betulkan sayangkan diri dan keluarga anda, tiada salahnya membuat health check yang paling basic sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Semalam saya dan suami berkesempatan menghadiri H&W Talk di Shaklee HQ yang baru di Pinnacle Sunway. Ramai yang tak tahu mengenai bangunan baru ini kan. Ianya terletak betul-betul bersebelahan Sunway Hotel.

Ceramah  H&W semalam adalah mengenai Diabetes. Ianya disampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Sarah. Percayalah, saya langsung tak rasa bosan kerana penyampaiannya bersahaja dan mudah difahami. Buktinya, Encik Suami yang selalunya cepat bosan tak pernah minat nak dengar sebarang jenis ceramah boleh concentrate sampai habis! hahaha~ Salute!

iReach members yang gembira mendengar ceramah


Banyak sangat ilmu dan perkongsian yang sangat menarik dan tak ternilai. Membuatkan kami celik mata lebih luas dan InsyaAllah akan menggunakan ilmu ini untuk membantu lebih ramai penghidap Diabetes dan mengelakkan lebih ramai menghidap Diabetes.

Selesai sesi ceramah, kami berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma dan konsultasi dengan Puan Sarah.

Keputusan health check suami saya
Keputusan health check saya

Hasil dari analisis menyeluruh yang dibuat oleh mesin inBody yang macam canggih tu, barulah saya tahu yang saya agak kekurangan protein, mineral dan air di dalam badan. Tekanan darah juga rendah, iaitu 98/59 . Tu yang kurang, part yang lebih pun ada, iaitu  lemak. Tapi BMI OK.

Walaubagaimanapun , fitness score saya adalah regular. Kena lebih rajin exercise untuk jadi fit.

So, saya dinasihatkan untuk double up Vitalea, Bcomplex wajib setiap hari, 2 scoop cinch shake campur dengan ESP kerana saya masih BF, minum air yg mencukupi , dan minum Cinch Energy tea untuk tingkatkan metabolisme.

Bagi Encik Suami, secara keseluruhanya bagus. Yang paling best, ukuran pinggangnya normal! Bukan takde lemak langsung tapi dalam kadar yang ok. Komen Puan Sarah, ianya adalah bagus kerana kebanyakan lelaki pada usia lewat 20an mengalami masalah buncit yang ketara.

Mesin inBody yang digunakan untuk membuat analisis komposit badan

Nak tau cara kurangkan buncit?

Tunggu entry seterusnya ya..

Well, ternyata hasil konsistensi encik suami mengamalkan suplemen selama 4 bulan lepas menampakkan hasil yang sangat positif.

Apa suplemen untuk lelaki?

Insyaallah saya kongsikan juga nanti ye..

Siapa yang lebih bahagia? Tentulah isterinya..

Bagaimana untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma?

Anda ( mempunyai keahlian Shaklee) boleh hadir  ke mana-mana sesi ceramah kesihatan di Shaklee HQ, dan selepas itu terus boleh buat pemeriksaan. Ianya adalah percuma! Anda nak datang check tiap-tiap bulan pun boleh.

Anda juga boleh juga bawa pasangan dan anak-anak. Sebarang persoalan pun boleh ditanya terus kepada Pakar Nutrisi yang membuat pemeriksaan.

Jadual Aktiviti Bulan Oktober


Untuk jadual Ceramah kesihatan rujuk  di sini ya. H&W Talk adalah Ceramah kesihatan. Tajuk bagi setiap sesi mungkin berbeza.

Jadual Ceramah Kesihatan di KL/ Lembah Kelang

Jadual ceramah kesihatan di Selatan

Jadual Ceramah kesihatan dia Utara & Pantai Timur




Sepanjang saya bekerja, setiap tahun akan diadakan pemeriksaan kesihatan di pejabat. Pemeriksaan merangkumi BMI, tekanan darah, gula di dalam darah, lung test, body age dan lain-lain. Yang tak berapa bestnya, kena beratur.. ramai kan yang nak check. huhu~ padahal check nya kejap je. Kalau pergi kat Shaklee kejap je.. hehe.

Ni yang terasa makin sayang kat Shaklee ni, terasa macam semua orang pun jadi anak emas. Tiada yang dianak tirikan. HQ cantik, ada kemudahan untuk kanak-kanak, boleh buat health check, cukup point dapat Bonus, dapat award dan reward, dan lagi best... makin sihat dan cantik! ewaaahhh~

Kalau nak kata saya obses pun kata la... hihi. kalau dah mak pun makin sihat, siapa tak suka kan?
Mak pun pernah saya bawa untuk buat pemeriksaan kesihatan 3 bulan lepas. Dan terus mendapatkan saranan eksklusif untuk panduan nutrisi untuk mak. 

So.. apa lagi? Sambil-sambil menimba ilmu tu boleh la terus buat health check.

Belum menjadi ahli Shaklee?


Jom jadi ahli! Hanya RM65 ringgit yuran sepanjang hayat beserta pelbagai keistimewaan.

Hubungi saya ye.. cuma Whatsapp ke 0195537657.

Anda pasti menyesal tidak mendaftar lebih awal!
p.s.: Misha *mar pun dah jadi ahli. kelasss uols~


 


Read More

Monday, September 29, 2014

Aktiviti Weekend Kami : Shaklee Motivation and Recognition Rally

Assalamualaikum wbt dan Selamat Membaca

Seronok tak rasanya bila anda dihargai? Tiada siapa rasanya yang tak suka .. Lagi-lagi kalau anda mendapat penghargaan dari 'kerja' yang anda usahakan.

Semasa saya bekerja , tiap-tiap tahun memang confirm dapat Recognition Award. Memang rasa syok sangat bila dapat surat tu. Boleh beli apa sahaja mengikut nilai Award dan kemudian submit claim. Sepanjang hampir 7 tahun bekerja, nilai award yang diterima berbeza dari RM150 sehingga ke RM1500. Paling berbahagia bila dapat surat tu waktu kita tengah memerlukan wang tambahan.  Tu belum termasuk Appreciation Lunch & Dinner.. Sampai tahap bosan sebab hampir semua tempat sekitar KLCC dah pergi.

Sangat tak disangka, rupanya budaya tersebut masih dapat saya rasakan walaupun kini bergelar Suri Rumah. Yang dapat dari Encik Suami tu tak masuk cerita la kan.. tapi ini yang dapat dari Shaklee. Adakah kerana Shaklee dan EM berasal dari negara sama.. jadi budaya kerjanya hampir sama?

Hari ini.. 28 September 2014.. Bertempat di SACC , Shah Alam, ratusan Leaders Shaklee beratur menerima penghargaan dari Shaklee. Dari rank Supervisor sehingga ke Senior Key Coordinator, semuanya diraikan dalam majlis hari ini.  Tak pernah disangka-sangka, join Shaklee pun boleh dapat naik pentas menerima sijil.  InsyaAllah tahun depan kita naik pentas lagi di National Conference untuk terima award banyak-banyak pulak.

Barisan Supervisors yang menerima sijil

Lebih menarik, sesi penyampaian sijil diselangi dengan slot motivasi dari 2 orang Masters iaitu Master Hadhatina  dan Master Farihah. Mereka berkongsi mengenai rahsia kejayaan mereka dari mula terjebak dengan Shaklee sehingga boleh berjaya sehingga menjadi Master Coordinator. Tak kira siapa kita, apa latar belakang kita.. kita semua boleh berjaya dengan Shaklee. Berjaya membantu orang lain, dan berjaya mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik.


Slot motivasi dari Master Hadhatina

Sempat berselfie..


Acara yang paling disukai ramai iaitu slot Lucky Draw sangat dinanti-nantikan oleh semua. Collagen, Vivix, Phytocol, Mealshakes.. semuanya menjadi rebutan. Paling havoc adalah sesi terakhir iaitu Mega Lucky Draw, semua berharap agar nombor masing-masing cukup bertuah dipanggil oleh Victor.

Mega Lucky Draw: Vivix  + Collagen

Sebelum majlis bersurai, kita makan dulu!~ Jamuan disediakan di dewan sebelah. Antara menu yang disediakan adalah Nasi minyak, ayam masak merah, ikan masak cili, udang goreng kunyit,  kambing yang sedap, sayur goreng, nenas, buah-buahan potong, lontong, lemang dan rendang.

Hanis boleh pulak tiba-tiba suka sangat makan udang. Dua kali mama kena beratur mengambil udang untuk Hanis. Mujur lah udangnya siap dikopek sepenuhnya. Tinggal nak ngap je! hehe~

Oleh kerana kehadiran yang sangat ramai, berpuluh-puluh meja turut disediakan di luar dewan.  Makanan di luar dewan masih banyak sewaktu kami melintas lalu sebelum pulang, isk.. kalau lah boleh tapau ni! hahaha~

Hanis pun semangat nak pakai tag Supervisor
Oleh kerana sudah kepenatan dan kekenyangan, belum pun sempat kereta bergerak jauh meninggalkan Shah Alam, Hanis pun lena. Malam tadi pun dia tak bangun.. tidur terus sampai ke pagi. :)

Semoga kami terus maju dan sukses bersama Shaklee. Jom Jom Jom!

Notakaki: Terima kasih kepada Master Lydzar & Kamarudin sebab tolong amek gambar kami atas stage :)

 

Read More

Thursday, August 28, 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Hujung minggu lepas saya adalah antara hujung minggu yang padat tetapi sangat best!

Alhamdulillah saya berpeluang bersama-sama hampir 200 orang SID lain menyertai Bengkel Nutrisi di Berjaya Times Square Hotel. Ianya adalah suatu peluang yang sangat berharga kerana tidak semua orang mendapat peluang yang sama. Bukan sebab Shaklee pilih kasih tetapi ramai yang berebut untuk membeli tiket.

Seperti kebanyakan aktiviti dan majlis Shaklee sememangnya "Kids and Baby Friendly". Bermakna ibu dan ayah boleh membawa anak-anak bersama di dalam majlis/kelas. Sejujurnya walaupun ramai kanak-kanak dan bayi namun perjalanan majlis@ kelas langsung tidak terganggu.



Sepanjang hari, kami belajar mengenai keunikan setiap produk Shaklee. Ternyata setiap satu produk telah menjalani proses pembuatan dan kajian yang sangat panjang. Bukan hanya kajian sebelum menghasilkan sesuatu produk, tetapi kajian berterusan bagi memastikan setiap botol yang dijual menepati standard yang telah ditetapkan. Bersesuaian dengan motto Shaklee Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi. Tanpa kompromi.

Sebagai contoh, apabila Sustained Release Vitamin C diformulasi semula , ia perlu menjalani proses yang sangat banyak sebelum boleh dipasarkan. Hampir 1 tahun lamanya kami ternanti-nanti kemunculan semula produk yang menjadi kegemaran ramai. Hanya setelah mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, barulah ia dijual.

Antara lain adalah bagaimana Shaklee berusaha menghasilkan produk terbaik di pasaran, bukan hanya semata-mata hanya mahu menjual produk, tetapi mestilah yang terbaik. 

Sepanjang masa, kami dibekalkan dengan ESP dan Performance Drink yang boleh dibancuh sendiri. Belum lagi nak cerita tentang makan tengahari yang ohsem! Makanan yang banyak dan sangat sedap. Ada lauk ayam, kambing, ikan, sotong dan sayur. Tak lupa sup, roti, buah-buahan, kek dan aneka manisan. Habis lunch, semua senyum kekenyangan. heeee~

Shaklee juga menyediakan 1 bilik khas untuk peserta menunaikan solat di tingkat yang sama. Jadi kami tak perlulah berebut-rebut dengan tetamu hotel lain yang turut menggunakan surau hotel. Rasa sungguh istimewa!

Sepanjang bengkel berlangsung, semua peserta boleh mendapatkan hadiah-hadiah apabila menjawab soalan yang diberikan. Dan yang lebih bernilai adalah Sijil dari Shaklee University. Oleh kerana saya tidak memberikan nama sebelum bengkel , jadi saya perlu menunggu Sijil dipos oleh Shaklee.

Amat dikesali, saya hanya sempat mengambil gambar-gambar dari Slide Presentation, tetapi tiada gambar sendiri.. huhu~

Walau apapun, insyaAllah saya akan cuba untuk memanfaatkan segala ilmu yang telah digali untuk kebaikan semua. Semua konsultasi adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dan rakan-rakan Shaklee yang lain.

Berminat nak join Bengkel Nutrisi Shaklee?
Jom mendaftar sebagai ahli!

Hubungi saya..

Ilah

SMS/Whatsapp : 0195537657
Read More

Saturday, June 14, 2014

2014 National Conference

Entry ini sebenarnya ditulis mlm kepulangan dr NC sabtu lps, ingatkan dah berjaya published rupanya tidakkk..
Ape daa~

Ini kali pertama saya dtg ke National Conference di Sunway Pyramid Convention Centre. Berlangsung selama 2 hari. Menyaksikan ratusan SID menerima anugerah atas usaha gigih masing masing utk tahun lalu.

Wow! Terasa auranya oh sgt la kuat!
Jeles sgtttt dgn yang beratur mengambil award. Plg saya mahu yang pegang replika kunci ituuu!!!
Insyaallah tahun depan giliran saya !

'Mommy' saya tanya, 1 je ke nak??
Saya mahu 5 awards!! Insyaallah.
Saya Ada 9 bulan lg utk berusaha sehabis baik.

Saya lupa pulak nak ambil gambar ramai2 yg beratur ambil award hari tu, excited sgt membayangkn diri sendiri & husband & hanis & Hanna Kat atas stage tu.. Hihi.

Oh masih ku terbayang-bayang hari yang penuh dgn limpahan aura positif dan semangat berkobar2!

'Sumpahan' Mak Bintang juga insyaallah akan menjadi! Hihi..

Ni kwn skolah saya, Bzue .. Salah seorg yg menjadi inspirasi saya. 
Ada sorg lg, tp x sempat nk jumpa n bergambar dgn dia.. Oh dia pun kuat juga auranya.

Ni 'nanny' saya @ Master Lydzar.
Di Setiap kesempatan yang ada, Ada saja kata2 penuh makna yg disampaikan.
Saya sgt2 tercabar... Utk membuktikan saya boleh mengikut jejaknya. InsyaAllah.

Keluarga Rich Family bersama Rich Mommy Master Lydzar.di sebelah saya adalah mommy Su! Diam2 ubi berisi! Hihi 

Roger Barnett in the house!!! 
Pengerusi & CEO Shaklee. Siapa tak kenal beliau, sila google! 
Oh, boleh rujuk entry kisah Roger Barnett     Membeli Shaklee. 


Salah satu slide yg menunjukkan betapa Shaklee benar2 komited untuk menjadi syarikat nutrisi no 1 di Dunia . 

Hall of Fame! 53 Masters Coordinator utk tahun ini.
2 tahun lg! Saya di sini. Insyaallah.Amien.

Antara produk2 Shaklee sejak tahun 1915 hingga 2014. 100 tahun... Dan masih yang terbaik!

Kandungan dlm goodie bag.. Utk setiap tiket yang dibeli.. Harga tiket RM30. Nilainya2 hampir 3x Ganda!


Mak Bintang & Kunci Car Bonus Achievers yg menjadi igauan saya!

Tahun dpn saya akan ke NC lagi.. Dan mahu juga dpt penginapan percuma 3hari 2 mlm!!

Best sgt okeh!
Alang2 dah jadi SID kena pulun semua yang Shaklee tawar kan laaa!!
Dan pastinye hingga jadi Master!

Anda taknak ke?
Jana pendapatan dari rumah, dapat 5-6angka setiap bulan?

Kalau nak tunggu apa lagi??
Jom la sertai kami!



Read More