Friday, May 12, 2017

Shaklee ada Halal Jakim ke?

Saya dapat mesej dari seorang customer yang meragui status halal ESP yang beliau beli hujung tahun 2016.

"Salam Kak"

"Nak tanya "

"Produk Shaklee ada Halal Jakim?"

Tersenyum saya membaca mesej beliau. Katanya ESP yang dibelinya dulu tak dibuka nya lagi. Masa saya follow up tanya sebelum ni, beliau cuma jawab Ok je. Saya rasa mungkin sebab beliau nak jaga hati saya.

Tak baik tauu.. hehe

Saya tanya jugak kenapa tak tanya lebih awal, rupanya beliau terlalu was-was sampai risau nak tanya.

Mujur la ESP tu expired tahun 2018. Bolehlah beliau kini mengambilnya tanpa was-was.

So tadi saya dah berikan sijil Halal dari ISA untuk tahun 2017 dan juga info dari website Jakim yang memperakui ISA sebagai badan yang diyakini. 

Shaklee US mempunyai banyak sangat produk. Namun begitu, kesemua Vitamin yang dibawa ke pasaran Malaysia telah dipastikan statusnya sebagai Halal.

 
Sijil Halal Shaklee 2017



Screenshot dari website halal.gov.my

Sebagai Muslim, wajib bagi kita untuk memastikan kehalalan makanan yang kita ambil termasuklah suplemen dan ubat-ubatan.

Nak order vitamin Shaklee?

Whatsapp atau call je saya ye 😊

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Tuesday, May 9, 2017

2 Minit je Untuk Cuci Mekap. Boleh ke?

Minggu lepas TuRBO Leaders ada sesi photoshoot di Vista Alam , Shah Alam. Maka untuk mendapatkan gambar yang cantik, kena la mekap sikit bagi berseri muka. Bermula dari pukul 3.15 petang sampai la jam 6.30 petang. Lepas tu mula la kalut nak solat asar. Biasanya boleh terus ambil wuduk je, tapi ni sebab muka dah tebal dengan foundation, primer dan segala mekap so kena la dicuci dulu. Kalau tak , mana nak sampai wuduk tu ke kulit.

Saya memang jarang sangat bermekap. Apatah lagi nak bermekap tebal begini.  Kalau sendiri nak mekap pun setakat bedak, lipstick dan jugak eye liner je. Apapun terima kasih sangat pada Kak Min & Mel yang tolong merias wajahku.


Hasil dimekapkan oleh Kak Min & Mel
Bila tiba masa nak bersihkan mekap, semua pun pakat guna Nutriwhite Makeup remover. Memang senang sangat rupanya, just picit je kat jari dan gosokkan guna jari di seluruh wajah termasuk di bahagian mata dan bibir. Gosok secara lembut je, tak perlu kasar-kasar ok! Lepas tu boleh la bilas dengan air. 2 minit je dah boleh berwuduk.

Hasilnya memang clean & clear tau.. habis semua kesan mekap hilang. Dan lagi best bila kulit muka rasa lembut je.

Kalau biasa guna makeup remover jenis minyak tu kan rasa berminyak habis satu muka especially part mata tu. Aduhh, memang tak suka betul la rasa berminyak tu. Silap-silap gosok, mata pun pedih.

Tapi dengan Nutriwhite makeup remover ni, mata tak pedih, kulit pun tak rasa berminyak ataupun kering kerana ianya gel ringan yang sesuai untuk semua jenis kulit.


Mudah sangat nak bersihkan mekap guna Makeup remover ni


Makeup remover yang best ni mengandungi ekstrak tunas pokok Bic yang bertindak menyingkirkan sel-sel kulit mati tanpa merosakkan kulit. Itu yang rasa kulit pun lembut je lepas guna.

Ia juga mengandungi Aloe yang menyegarkan dan menegangkan kulit. Percayalah, lepas cuci tu rasa macam nak pegang-pegang je kulit muka. hahaha~

makeup remover tidak berminyak
Makeup remover terbaik
Usah risau ye, kalau pun korang jenis yang mekap sekali sekala je macam saya,  makeup remover ni takkan terbazir sebabnya kita boleh gunakan ia setiap hari sebelum mencuci muka dengan Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.

Kalau tak guna makeup kenapa kena guna makeup remover?

Makeup remover lain memang tak perlu guna kalau kita tak pakai mekap. Namun Gentle Action Makeup Remover ni sangat sesuai dipakai setiap hari bagi menyingkirkan kesan bedak, foundation yang kita sapu di muka.

Paling best, whiteheads dan blackheads pun boleh hilang jugak!

Dah kata tak rajin mekap, so kena la jugak bersihkan muka dengan baik supaya kulit nampak lebih cantik tanpa mekap. Natural beauty gitu kan?

So, lepas ni anda wajib ada makeup remover ni tau. Kalau belum ada, jom order hari ni.
Whatsapp saya di www.wassap.my/60195537657 ye.

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Berbaloi ke bermalam di Pullman Kuala Lumpur?

Bulan April memang bulan yang agak mencabar buat saya. Hanna kena chicken pox, lepas tu berjangkit pulak pada Naufal. Bila teringat ada Shaklee Conference pada 29 April, terus mengorat incik Husband untuk guna offer yang dia bagi hari tu. Katanya  bajet kali ni RM350, terus terasa kesukarannya.. haha. Area Sunway memang dah beyond limit dah.

Dok usha Majestic, tulis kat Agoda tu RM320 sekali breakfast tapi bila dengan tax cecah 460 satu malam. Tetiba nampak Pullman . Location wise memang dah strategik , tak jauh dari Sunway dan KL Sentral.

So booking la Deluxe Room King Bed. Total sekali dengan sarapan untuk 2 orang dan tax adalah RM331.50. Kembang hidung kejap bila bagi tau harga tu kat husband sebab dapat yang kurang dari bajet dia. hahaha

Jom tengok rupa biliknya dan jugak paling penting untuk anak-anak adalah swimming pool...

swimming pool yang besar. Belakang seat sana tu ada jacuzzi

Antara perkara yang best adalah, swimming pool dia tak dalam sangat dan paling penting tak panas terik walaupun masa tu dah pukul 10 pagi. rasanya memang perfect location untuk swimming pool. 

kids pool at pullman KL

Naufal ni tak suka sejuk, so dia main air je
 Masa baru sampai tu tak sempat nak ambil gambar, so sebelum check out kemas-kemas kan sikit untuk ambil gambar

Bilik air pun luas..
bath tub, toilet with bidet, sink and separate shower
Blind kat belah kiri tu boleh bukak tau, so boleh dapat view Federal Hiway..

seronok diorang ni sambung berendam kat bath tub



Bilik yang luas dan selesa

swafoto dulu sebelum check out
Mesti korang tertanya-tanya kan, sedap tak breakfast kat situ? My personal opinion, sedap dan sangat variety. Malangnya saya tak dapat nak cuba banyak sebab Naufal meragam pagi tu. Dapat la makan nasi lemak dengan rendang kambing, bubur ikan, pau, smoothie, muffin, waffle, roti bakar, bread butter pudding dan beberapa lagi. Cuma tak sangka, masa kitorang turun breakfast tu, ramainya la guest hotel tu. hehehe.. full house kot cafe tu.

ni je sempat ambil gambar sebelum si Naufal meragam
So, berbaloi ke tidak bermalam disini? Bagi saya cukup berbaloi sebab bantal dia pun super comfy. Walaupun terletak betul-betul bersebelahan federal highway , namun ia tidak mengganggu kami untuk tidur lena. Sound proof dia power tu rasanya. Bunyi tren pun tak dengar tau.

Saya siap dah register untuk Le Accor Membership. Next time rasanya boleh la jadi pilihan lagi.Kena gemukkan lagi la bonus Shaklee bagi boleh masuk lebih lagi dalam tabung travel.hehe..

Nak join buat bisnes Shaklee?
Jom!

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Thursday, May 4, 2017

Kidzoona Aeon Seremban 2 kini dibuka!

Selepas mengepos ESP untuk customer di Johor , tetiba Hanis ternampak la Kidzoona yang baru dibuka ni. Sebab beria sangat dia mengajak, so saya pun bawak la diorang.

Lama dah kitorang ternanti-nanti, akhirnya ada jugak Kidzoona yang dekat dengan rumah.

Rate agak mahal la rasanya berbanding dengan Molly Fantasy di IOI city mall. Weekdays RM15 , manakala Weekend pulak RM20

Free entrance untuk bayi bawah 12 bulan. Kalau umur dah 12 bulan 1 hari kena cas jugak. Kita perlu tunjuk mykid untuk bukti.

Disebabkan takde  bawak stokin, so kena beli la untuk 4 orang. Stokin kanak-kanak RM3, dewasa RM4.

Main la sampai lebam. Jenuh nak mengajak balik. Sampai bosan la mak ayah yang menunggu. 😂

Awal-awal pembukaan ni semua mainan elok cantik kemas tersusun. Orang pun tak ramai, so memang syok budak-budak ni main takyah berebut.

Ada sofa untuk ibu ayah berehat dan sofa bersaiz kanak-kanak beserta buku cerita. Ok la kan, boleh la mama duduk sambil menjawab mesej customer yang nak beli shaklee.. hehe

Selain dari mainan yang sedia ada, ada jugak aktiviti tambahan. Tadi masa sampai Hanis terus join aktiviti mewarna.  Lepas dah siap , dapat kupon diskaun RM2. 

So lepas ni rasanya makin kerap la diorang ni ajak main taman ball. 

Ok jom tengok apa yang ada di Kidzoona Aeon Seremban 2.

Trampoline yang besar dan covered


" Mama, Naufal berdiri! " , jerit Hanna
Tak sangka Naufal pun nak melompat sama 😂



Excited dia dapat steering . Memang ciri2 seorang budak laki


Lagi trampoline! Bersungguh dia melompat.. Sebab dah banyak kali dia mintak trampoline setiap kali lalu depan kedai jual alatan sukan 😂


Naik turun tangga di fire department


Ada fire engine, siap ada siren dan boleh padamkan api


Role play di supermarket ! Ada flower shop
Kedai aiskrim


Hanis berjaya padamkan Api


Lepas tu pakai kot, jadi doktor pulak 😆

Naufal ni cuba menendang sushi kat lantai tu.. praktis nak jadi pemain bola sepak agaknya



Hanna jual sushi pulak..

Lepas tu Hanis Hanna jual burger pada mama!


Di bahagian lain ada banyak mainan yang menguji minda..



2 minit lepas ambil gambar ni, trek tu dah terbalik dibuat Naufal 😂


Ni je yang mama buat.. hehe
Ada jugak terselit tab kat sini.. tapi sepanjang saya kat situ takde sorang budak pun sentuh. Semuanya sibuk melompat, berlari dan main segala mainan lain. Naufal ni pun sentuh2 kejap je..

Tab yang dilengkapi Apps yang bagus katanya..


Mama yang terasa nak main ni sebenarnya.. haha



Seronok Naufal mengetuk.. haha





Seating area yang sangat selesa


Slide yang besarrr!


Disebabkan playland ni betul2 bersebelahan dengan tempat bowling, so agak bising la sikit. Tapi budak-budak ni tak heran pun. Cuma bila Naufal dah penat dan mengantuk, dia tak boleh nak tidur sebab distracted dengan segala bunyi sekeliling. So dia bangun dan sambung main ...

Mujur la ada kedai serbaneka yang dekat, sebab semua pakat dahaga sampai air Naufal pun habis diorang minum. 

Lepas tu, terus balik..  Naufal je tertidur, Hanis Hanna sambung main lagi kat rumah. Dasyat betul energy diorang ni.

Kalau ibu bapa yang risau nak bawa anak-anak main di tempat awam ni, kena la bagi anak vitamin yang dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Saya bagi anak-anak Vitamin C, Omegaguard dan juga Nutriferon supaya mereka sihat, dapat bermain dan belajar dengan baik. 

Kalau nak order, whatsapp la ye.. 0195537657

Anak-anak akan mudah belajar bila mereka aktif bermain. So, eloklah dibawa bermain selalu. 


Read More

Nak Blender Ferrano dengan 50% diskaun ?


Betul ke boleh dapat blender Ferrano ni dengan diskaun 50%?

Betul uols! Ini bukan main-main tau. Shaklee punya offer ni.. special untuk peminat smoothies dan terutamanya ESP.

Bak kata Helen, setelah di pertimbangkan beberapa brand , Ferrano jadi pilihan sebab blender ni hasilkan smoothie yang betul2 smooth. Dan sebab lain yang penting jugak adalah, diorang boleh print Shaklee kat blender tu ! 😆

 

So dengan adanya blender ni, confirm jadi senang sangat nak buat segala macam smoothies dengan ESP. 

Hmm.. lepas ni makin laku keras la ESP yang kini di ranking no 2 ni kan?

Ok, macam mana nak dapatkan blender ni dengan separuh harga? 

Mudah je! Cuma beli je produk shaklee dengan 250uv iaitu lebih kurang RM850 dalam 1 resit , terus layak untuk dapatkan blender Ferrano merah menggoda ni dengan harga RM149.99. Siap boleh dapat free membership dan cash back lagi kalau belum jadi ahli.

Paling murah ni tau! Kalau beli kat Laz*d* pun paling murah boleh dapat 24% je diskaun. Ni Shaklee bagi diskaun sampai 50% 😱😱😱

Apa keistimewaan blender Ferrano?
(Sumber Lazada)

  • Blend and drink with the same bottle
  • Convenient for your busy lifestyle
  • Powerful 350W 22000RPM motor
  • Comes with 2 tough BPA-free bottles
  • Includes 2 insulating sleeves and carrying rings
  • Made by Ferrano – proudly Singaporean
  • Attractive design complements your kitchen
     

Amat sesuai sangat bagi anda yang selalu nak meal on the go tu. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, masukkan ESP, air, ais dan buah dalam blender . Picit kejap dan terus masukkan dalam sarung dia dan terus bawa ke opis. Senang sangat uols!~

So, apa lagi! Jom dapatkan blender Ferrano ni hari ni !

Whatsapp je ke 0195537657 untuk dapatkan blender Ferrano uols 👌🏻  
Read More

HQ Shaklee yang baru di Sunway Geo

HQ Shaklee kini telah pun mula beroperasi Sunway Geo. Lebih praktikal dan mudah sangat untuk shopping . Konsep kedai retail pun menarik , pick and pay gitu.. alaaa, macam Watsons & guardian tu la..

Actually pada hari ni semasa entry ni ditulis, belum ada bisnes lain di Sunway Geo ni. Kedai lain tu masih dalam renovation rasanya.

Tapi usah risau, senang je nak ke Shaklee ni. Jika anda datang dari arah Sunway Pinnacle ( HQ lama) , terus je lagi sampai jumpa traffic light . Haa ! Masa tu dah boleh nampak Shaklee dah. Tapi untuk masuk ke parking , anda terus lagi untuk u turn di traffic light satu lagi. Kemudian belok kiri dan parking di basement. Pastikan anda parking di tower A, ambil escalator dan terus jumpa Shaklee . 

Senang je kan? 


Kalau anda nak waze , cari je Sunway Geo. Confirmed jumpa! Kalau tak jumpa jugak, masukkan alamat seperti yang tertera di bawah.

 

Terlalu busy dan anda rushing?
 
Usah risau , ada konsep baru iaitu boleh order melalui call je, berikan maklumat pembayaran dan kemudian anda boleh pickup  barang yang di order pada hari yang sama. Tak payah nak pilih di rak dah. 
 
Order mesti diambil pada hari sama tau. Kalau tak pickup, nanti shaklee akan cancel order tu .

Nak beli secara pukal @ bulk order?

Boleh terus naik ke tingkat 1, buat order dan pembayaran disitu, kemudian boleh ambil barang di kedai retail. 

Tak tahu lah mana vitamin yang sesuai , nak jumpa Nutritionist dulu..

Boleh sangat! Malah amat digalakkan. Namun hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja. Kalau belum daftar sebagai ahli, whatsapp je saya, saya boleh tolong daftarkan. Tak sampai 5 minit boleh setel dan anda boleh jumpa Nutritionist dan terus  shopping mengikut saranan yang diterima.

 
Retail shop di Shaklee HQ di Sunway Geo

 
Carta Vitamin terunggul di Malaysia. So far Vivix mengungguli 👍🏼
 
Ada ruang untuk menunggu

 
Kaunter pembayaran pun banyak ni

 
Rangkaian Nutriwhite, Enfuselle , Prosante


 
Vitamin mengikut kategori

 
Ambil bakul dan pilih je vitamin yang nak dibeli 

 
Setiap rumah wajib ada Basic H & Sabun basuh Get Clean ni

Vivix Pilihan Ramai! 

Jangan lupa, anda perlu bawa shopping beg anda sendiri tau! 
Tapi kalau dah terlupa , boleh beli beg plastik dengan harga 20sen atau non woven bag tu je..

 
Tak perlu pening dan garu kepala macam Naufal ye.. 


Jom jadi ahli Shaklee!

Yuran pendaftaran cuma RM68.90 ( termasuk GST) dan anda terus menikmati pelbagai benefits yang shaklee tawarkan.

Whatsapp saya hari ini ye 😊
www.wassap.my/60195537657
Read More