Sembelit? Usah dibiarkan |
Apa berlaku jika kita tidak membuang setiap hari?
Bakteria jahat akan mempunyai lebih masa untuk membiak. Sistem imunisasi terpaksa bekerja keras untuk mengawal bakteria tersebut. Hati pula menjadi lebih terbeban untuk detoks segala toksin yang dihasilkan oleh bakteria-bakteria jahat tersebut. Tanpa kita sedari, badan kita akan menjadi lemah dan cepat letih.
Bila kita tidak membuang beberapa hari, perut rasa kembung dan sebu, sakit pinggang dan mudah cramp. Paling tak tahan, bau badan dan kentutnya. Kalau dia kentut dalam lif, memang rasa nak keluar time tu jugak walaupun belum sampai tingkat yang kita nak pergi.
Jika anda mengalami sembelit teruk sehingga tidak ke toilet sehingga 2 minggu, segeralah bertindak. Usah dibiarkan kerana ianya bukanlah petanda yang baik.
Sama seperti jika kita membiarkan sampah di dalam tong sampah selama beberapa hari, kesannya terpaksalah kita membersihkan ulat-ulat yang merayap dan menggelikan tu. Baunya? urghhh! memang boleh membuatkan semua orang lari.
Jika berlarutan, tubuh kita akan mencari alternatif untuk mengeluarkan toksin melalui organ detoks lain seperti kulit. Mungkin ramai yang tidak sedar, namun itu adalah sebahagian besar punca jerawat yang tidak surut-surut di muka dan badan.
Bagi kanak-kanak, mereka mungkin akan mengalami trauma sehingga menyebabkan mereka tidak mahu makan atau minum. Seperti mana pengalaman seorang ibu yang mempunyai anak sembelit teruk.
Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek
Makanan yang membantu pelawasan dan juga mengelak sembelit bagi dewasa dan kanak-kanak
Bagi mereka yang mengalami masalah sembelit, amat digalakkan untuk minum air yang cukup dan mengambil makanan tinggi serat dan yang membantu pelawasan. Semasa proses penghadaman, serat perlu bekerjasama dengan air supaya dapat bergerak melalui sistem penghadaman dengan lancar.
Manakala makanan seperti jagung, barli, epal, pear, buah beri dan sitrus tidak dihadamkan namun berfungsi menolak dan membersihkan usus. Kerjanya seolah2 jentolak yang membersihkan usus supaya tiada sisa yang tertinggal.
Makanan yang tinggi serat terdiri daripada kekacang dan beberapa jenis sayuran dan buah-buahan termasuklah lobak , timun dan zukini.
Bagi kanak-kanak yang sukar untuk makan buah-buahan dan minum air masak, saya mencadangkan agar mereka diberikan Mealshakes yang tinggi dengan serat. Saya sendiri memberikan Hanis dan Hanna Mealshakes setiap hari bagi mengelakkan mereka mengalami sembelit.
Dewasa yang sering sembelit, boleh cuba untuk mendapatkan suplemen yang dapat membantu pelawasan dan tidak mengganggu perut.
Detoks untuk kesihatan yang lebih baik
Jika kita sering sembelit, badan rasa selalu penat dan lemah, mudah mendapat jangkitan kuman, makan amat digalakkan untuk membersihkan usus, hati dan darah dari segala toksin yang terkumpul.
Toksin yang terkumpul sejak sekian lama tersebut jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang boleh sepatutnya boleh dielakkan. Mencegah lebih baik dari merawat kan?
Manfaat Detoks kepada lelaki dan wanita
Detoksifikasi adalah salah satu cara untuk membuang semua toksin yang telah terkumpul di dalam darah, hati dan usus. Ternyata detoks mempunyai banyak kebaikan dan amat digalakkan untuk semua oleh sebab amalan pemakanan kita yang tidak sihat, pengambilan ubat-ubatan dan pencemaran udara di sekitar kita.
Mencegah kanser..
Organ seperti hati dan perut akan mula berfungsi dengan lebih baik. Apabila selesai proses detoks, badan akan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Oleh kerana detoks juga membuang segala radikal bebas, sistem pertahanan badan akan menjadi lebih baik dan risiko untuk kita mendapat kanser akan berkurangan. Lebih penting, detoks membuatkan proses peredaran darah menjadi lebih lancar.
Detoks menjadikan kita lebih produktif
Toksin dan radikal bebas yang terkumpul dia dalam badan sebenarnya memberi kesan kepada fungsi otak. Sebelum detoks, kita mungkin menghadapi masalah sukar tidur, keletihan melampau, dan tidak dapat fokus bila membuat sesuatu kerja.
Selepas badan kita bebas dari toksin dan radikal bebas, secara perlahan-lahan kesemua masalah tersebut akan hilang. Kita akan mendapat tidur yang nyenyak dan boleh lebih fokus dengan kerja atau belajar.
Gaya hidup lebih sihat..
Manfaat yang lebih besar namun jarang dapat dilihat oleh ramai orang adalah perubahan gaya hidup.
Sepanjang proses detoks, kita boleh merasakan kesan positif pada fizikal dan mental . Perkara inilah yang akan membuatkan kita lebih gembira dan secara tidak langsung akan menyebabkan kita tidak suka kepada perkara yang menyebabkan badan kita bertoksin.
Sebelum ini mungkin kita kerap makan makanan segera, merokok, jarang bersenam. Namun setelah kita merasa bestnya badan yang ringan selepas proses detoks, mesti kita akan berfikir panjang sebelum memilih makanan dan mungkin membuatkan kita mengambil keputusan untuk berhenti merokok.
Cara mudah untuk detoks
Blend semua untuk dijadikan minuman detoks |
Minuman untuk mengempiskan perut |
Alternatif lain yang lebih mudah dan spesifik adalah rangkaian produk di dalam Set Detoks Shaklee.
Alfalfa pilihan terbaik untuk membuang toksin di dalam darah, DTX Complex menggalakan kesihatan hati, dan Herblax membersihkan usus dari segala mendapan yang terkumpul sejak sekian lama.
Secara peribadi, saya telah mencuba sendiri Alfalfa dan Herblax.Kesannya memang hebat. Setelah beberapa bulan saya mengamalkan alfalfa, bau badan hilang, masalah eczema juga berkurangan disamping manfaat lain yang saya dapat kerana menyusukan Hanna.
Bagi Herblax, ia sangat membantu saya lawas. Bertindak seolah-olah seperti julap lembut. Sangat membantu pada hari yang saya sukar membuang sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagi orang yang sedang berdiet untuk kurus, pengambilan herblax sangat membantu untuk perut yang kempis.
Bahaya perut buncit yang selalu diabaikan
Buang segala toksin di dalam darah dengan Alfalfa |
Untuk kesihatan hati yang lebih baik |
Julap lembut yang membantu pelawasan |
Bertindak sebagai pelembut najis bagi yang sembelit |
Masih ragu-ragu untuk detoks? Ibu yang menyusukan anak juga boleh detoks. Tiada istilah toksin akan keluar melalui susu kerana kelenjar susu bukan organ detoks.
Rasakan sendiri perbezaan yang dialami setelah anda detoks. Sembelit tiada, jerawat hilang, badan pun terasa lebih ringan. Saya mahu kongsikan bermacam lagi tips untuk mengelak sembelit bagi anak-anak, namun ianya istimewa untuk pelanggan saya sahaja.
Nak beli Online?
Beli Set Detoks secara Online |
Klik di logo Buy Now untuk membuat pembelian secara online. Dan hubungi saya untuk mendapatkan panduan pengambilan vitamin yang betul ya.
Jika anda mahukan konsultasi eksklusif tentang masalah sembelit dan detoks , cepat-cepat hubungi saya hari ni ya!
Salam Sayang,
Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara mara jika anda rasakan ianya bermanfaat. Mereka mungkin akan berterima kasih kepada anda.
0 comments:
Post a Comment