She's so happy and excited |
Uniten dipenuhi bunting Sports Days |
Perarakan masuk wakil kampus |
Colour coded mengikut kampus. |
Selepas meninggalkan Hanis bersama group kanak-kanak yang lain, saya join parents lain naik ke atas. Agak dikesali, saya dan Ahmad terpaksa mengangkat stroller menggunakan tangga. Si Hanna tidur plak tu. Actually ada lif, saya sendiri pun tak ingat pasal tu. Agak dikesali, tiada siapa pun yang memberi tahu boleh naik atas menggunakan lif. Saya nampak few parents yang juga mengangkat stroller naik tangga untuk ke tingkat atas dewan.
Majlis bermula dengan perarakan masuk wakil kampus, dan diikuti dengan semua anak-anak mengikut kampus masing masing. Setiap kampus mengenakan tshirt berlainan warna. Mudah untuk dikenali oleh ibu bapa dan aunties. Kanak-kanak playgroup memakai tshirt berwarna purple.
Setiap wakil kampus bergilir-gilir mengetuai bacaan Alfatihah, doa, rukun negara dan diikuti nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri dan lagu sekolah.
Saya keluar sekejap selepas nyanyian lagu, dan masuk ke bawah dewan semasa kanak-kanak hampir selesai membuat persembahan menyanyi dan menari beramai-ramai lagu Lets Star Jump. Sukanya la kanak-kanak ni. hihi~
So selepas itu ucapan dan ada kemunculan Maskot Brainy Bunch, saya gunakan kesempatan tersebut untuk solat Zohor di surau. Dah makin selesa keadaan suraunya. Dulu masa saya masih student langsung tak selesa.. Syabas Uniten!
Kemudian terus la diorang ni bermain. Hanis dapat main dua acara. Aunties dia tak kisah pun agaknya berapa acara anak-anak ni main.. haha
Lari naik atas bangku panjang, pastu kutip buah.. |
The sweet aunty Diyana with the kids |
Game kedua yang hanis main |
bola tu dah nak jatuh..hehe |
Semasa majlis penyampaian medal, semua anak-anak mendapat medal. Medalnya cantik dan nampak berkualiti. Walaupun anak-anak tu tak memahaminya, tapi kalau bagi yang murah nanti ada pulak parents yang complaint kan? hahaha~
Majlis berakhir sebelum jam 5 petang, ibu bapa dan warga BBIM sama-sama tolong bersihkan dewan sebelum keluar.
Kenapa Hanis pakai seluar warna hijau sama dengan warna baju? Itu sebenarnya kebetulan yang terpaksa. Hanis dengan jayanya pergi pijak terjatuh di lopak air disebelah kereta sewaktu kami baru nak keluar. Seluar sukannya kotor dan basah. Bajunya kotor sedikit. So mama terpaksa naik semula ke rumah untuk basuh baju dia. Seluar yang habis basah lencun tak dapat nak diselamatkan lagi, so pakai je la seluar lain yang ada.
Hanis happy, hanna lagi excited berlari kesana kemari |
Semua anak-anak gembira mendapat medal |
Sempat la selfie dengan anak-anak |
"Mama buat apa ni??? " |
The aftermath.. masuk kereta terus tidur |
Apapun majlis berakhir dengan baik tanpa sebarang insiden. Semua kanak-kanak nampak gembira walaupun ada la beberapa orang yang nampak taknak berenggang dengan parents dan ada juga yang muntah2.. namun kulihat aunties begitu sabar melayan anak-anak ini.
Terima kasih kepada penganjur, aunties dan uncles ( diorang ni tak panggil teacher) dan parents . Dalam ramai-ramai ibu bapa yang hadir, saya terjumpa kawan sama belajar Uniten dulu. haha~ tak sangka betul dah 8 taun tinggalkan Uniten, boleh balik ke sini bawak anak-anak.
Hanis masuk kereta je, ngap beberapa keping biskut coklat dan terus tertidur.. Saya memandu terus ke Yong Tau Foo Desa Pandan untuk mengisi perut. Walaupun hujan super lebat, tapi tak putus-putus pelanggan masuk ke kedai tu.
Moga daddy dapat join Sports Day tahun depan dan Graduation Day hujung tahun nanti!
0 comments:
Post a Comment