Thursday, May 22, 2014

LIMA LANGKAH MUDAH RAWATAN JERAWAT YANG BAKAL MEMBUAT WAJAH ANDA KEMBALI BERSERI-SERI

Setiap lelaki dan wanita pastinya mengimpikan wajah yang yang cantik berseri, kulit halus mulus, tona sekata dan yang paling penting.. bebas jerawat!



Ramai yang menganggap jerawat adalah perkara biasa dan akan hilang apabila tiba masanya.. persoalannya bilakah masa tersebut?
Tentu anda pernah berjumpa dewasa berusia lingkungan usia 30an, mempunyai anak 2 orang tetapi  masih  berjerawat di muka.
Ada juga yang muka bersih dari jerawat tetapi  penuh di belakang badan.

Lebih menyedihkan bila jerawat makin teruk disebabkan pengambilan produk yang salah macam akak ni. 7 tahun beliau terseksa dan malu... namun akhirnya..?




Percaya atau tidak antara faktor yang menyebabkan jerawat tumbuh adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat, hormon yang kurang stabil & stress. Antara sebab lain adalah faktor persekitaran yang terdedah kepada asap, bahan kimia dan udara yang tidak sihat serta  penggunaan alat kosmetik yang menutup liang minyak.


CARA MUDAH MERAWAT MASALAH JERAWAT


1- Cuci muka dengan air suam dan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit muka. Disarankan agar mencuci muka sekurang-kurangnya 2kali sehari. Sekiranya anda banyak terlibat dengan kerja luar eloklah mencuci muka pada waktu tengahari selepas pulang dari lunch. Gunakan krim pelindung yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak atau bahan mineral.

2 - Elakkan dari memicit jerawat dengan jari atau sebarang alat yang tajam. Ianya hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah dan berkemungkinan terkena jangkitan kuman. Jika tersalah cara, ia akan meninggalkan kesan parut yang dalam dan sukar untuk dihilangkan. Serahkan sahaja kepada beautician di pusat kecantikan sekiranya perlu.


3 - Amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Elakkan dari makanan berminyak, berlemak dan kandungan gula seperti kek, coklat, aiskrim, air tin, makanan yang diproses, pizza, burger , kentang goreng dan sebagainya. Mengamalkan pemakanan yang sihat seperti salad, ulam-ulaman, ikan dan membantu mengatasi masalah ini. Anda juga digalakkan meminum air kosong yang banyak bagi tujuan membuang toksin berbahaya di dalam badan.

4 - Pakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas. Pakaian dari jenis kapas dapat menyerap peluh dan sekaligus memberi ruang kulit untuk "bernafas". Sebaiknya elakkan dari memakai pakaian yang ketat dan melekat pada tubuh. Peluh yang keluar boleh memburukkan lagi masalah jerawat seandainya ia tidak diserap oleh pakaian yang dipakai.

5 - Pengambilan suplemen dan vitamin. Ini adalah salah satu cara merawat masalah jerawat dari dalam yang selalu diabaikan. Pengambilan suplemen dan vitamin dapat membantu proses pemulihan kulit dari masalah jerawat seterusnya menghilangkan parut dan cela di wajah dan badan akibat jerawat. Sekaligus memberikan anda wajah yang cantik berseri bebas dari jerawat.

Saya mencadangkan pengambilan suplemen dan vitamin Shaklee yang terdiri daripada B-Complex, Energizing Soy Protein, Vita C dan Vita E Complex.


Ramai yang telah memperolehi semula keyakinan diri setelah bebas dari masalah jerawat sekaligus tampil yakin berseri setelah menggunakan set kecantikan Shaklee.

Pastinya anda juga mahukan kulit wajah yang cantik kan?

Anda masih belum terlambat, SMS / Whatsapp saya segera bagi konsultasi ekslusif dan percuma.
Saya akan segera membantu anda. InsyaAllah.

-Ilah -
Pengedar Sah Shaklee ( SID : 889805)

About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment