Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Thursday, September 15, 2016

Resipi Pasta Sup Yang Cepat Disediakan

Resepi Masak Cepat & Mudah

Lumrah bila kerja dari rumah, kerja2 rumah kena buat cepat2. Termasuklah aktiviti masak-memasak ni..

Ini lah masakan saya bila nak cepat!


Pasta Sup yang digemari anak-anak 😆
 

sekali hadap je.. confirm habis dan berebut anak-anak ni makan
 

Resipi Pasta Sup


Bahan-bahan


Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Pasta @ makaroni
Kentang di potong dadu
Carrot di potong dadu
Daging @ ayam dihiris
Kiub ayam ( jika suka)
Daun thyme kering
Daun Basil kering

Cara-cara masak

1- Tumis bawang merah & bawang putih macam biasa
2- masukkan ayam @ daging ( Protien)
3- tuang air panas sikit
4- masukkan pasta, kentang& carrot. Tambah la air sampai semua hapuih. Eh, ape perkataan lain eh?
5- masukkan sedikit daun thyme & basil. Ni Kalo takde pun takpe . Bila buh ni rasa sedap cket la
6- last sekali buh la kiub ayam. Biasanya saya tak letak garam dah sebab kiub tu dah masin.
7- tutupkan periuk dan tunggu je semua tu lembut. Siap 🤗


Selamat Mencuba!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Tuesday, August 25, 2015

Resepi Roti Puri yang mudah dan cepat

Semalam masa dok scroll newsfeed kat FB, tetiba terjumpa ada resipi ni ada orang share. Bila tengok kan bahan-bahannya macam semua ada kat dapur. So apa lagi.. try je la. Sebab nampak senang memang senang pun. Lagipun memang tengah takde idea nak makan apa petang semalam..

Jadinya, sebelum solat asar, saya mulakan langkah. cewahhh.. sampailah step yang nak kena peram. Lepas solat baru sambung...

roti puri. gambar ihsan google


Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum*
1sdt yis kering brand mauripan*
1sdt gula*
3sdb minyak masak*
1/2 sdt garam*
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Tips mudah menghilangkan mengantuk tanpa kopi

Sebenarnya saya agak musykil, kenapa doh tak mengembang lepas diperam. hahaha.. first time la katakan. Rupanya bila dah goreng tu baru mengembong ikut diameter yang kita gelekkan tadi.

saiz doh roti puri
Inilah rupa doh yang dah dibulat-bulatkan. Lepas peram pun rupa sama gak. hihi


Disebabkan kami asyik melayan kari 2 hari berturut-berturut. So saya decide untuk makan roti puri dengan sambal ikan bilis. Perghhhhh... sedapppp wehhh.

gelek roti puri
Pembantu cilik yang nak tolong gelek doh sebab seronok main tepung

Buat air teh o panas plak tu... memang syok laaa.. cuaca kat luar pun mendung je kejap-kejap hujan. memang terbaikkk! korang mesti cuba tau.

p.s: gambar lupa nak snap sebab tak sabar nak makan. hahaha
Read More

Sunday, March 29, 2015

Resepi cucur jagung yang sedap dan lembut

Lama dah teringin nak buat cucur jagung ni, tapi asyik tak berkenan je tengok jagung kat pasaraya. Mujur mak ku rajin angkut jagung 5 tongkol naik bas. so pagi semalam, dapat la sarapan cucur jagung. ni versi I sendiri ye..

Selain dari waktu sarapan, cucur jagung sesuai dijadikan menu minum petang bersama suami dan anak-anak.
 
Sangat sedap dimakan semasa masih panas suam








Resepinya mudah je, kalau first time nak buat pun confirm jadik!

Bahan-bahan untuk Cucur Jagung Lembut

2 tongkol Jagung saiz sederhana ( Dihiris dan blend sebab mak I takde gigi. hihi)
2 biji Kentang ( dipotong dadu)
1 biji Bawang Besar ( saya kehabisan bawang besar, so ganti dengan 2 biji bawang kecil)
1 biji telur 
2 cawan tepung
1 cawan air sejuk peti ais
Garam secukup rasa

bancuhan tepung tidak terlalu cair atau pekat

Cara masak Cucur Jagung yang awesome

Masukkan hirisan Jagung, kentang, bawang, telur dan tepung di dalam mangkuk besar.
Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit. Gaul adunan supaya sebati. Tahap kecairan bancuhan tu tak perlu terlalu cair dan tidak terlalu cair.
Kalau pekat sangat nanti keras. kalau cair jadi lembik. Kalau dah tercair, tambah je tepung sedikit ye.
Tambah garam mengikut rasa yang disukai. Rasa je sikit adunan tu masin ke tak. hihi
Panaskan minyak.
Sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Api sederhana.  Kalau api kecik, nanti masuk minyak. cucur akan jadi terlalu berminyak.
Balik-balikkan cucur yang di dalam kuali. Goreng sehingga kekuningan.

Kalau menggoreng sambil ade sorang nak main air coway, sorang bukak peti ais memang colourful jadinya..hehe
Selamat mencuba!

Boleh la pekena dengan kopi atau teh o panas. Memang terangkat! haha



Masih tak kenyang? Pekena ESP la segelas. confirm kenyang sampai ke petang.



Salam hujung minggu~
Mamamyras




Read More

Saturday, December 20, 2014

Cara Buat Pisang Goreng Cheese Coklat Untuk Yang Baru Belajar Masak

Sejak balik dari KK beberapa bulan lepas asyik teringat-ingat pada Pisang Goreng Cheese itu. Ada jugak jumpa orang jual kat sekitar KL dan Ipoh ni tapi mahalnya melampau! Beli sekali sekala boleh la, tapi tak dapat la nak beli selalu kan.

So, saya google la resipi..tapi kebanyakannya tak cerita apa pisang nak guna. Saya memang failed bab pisang apa nak guna ni. Setelah beberapa kali cubaan, ada yg berjaya dan tidak. So sekarang boleh la nak berkongsi cara buat yang paling senang dan confirm jadi.

Bahan-bahan


1. Pisang Abu / Awak / Cavendish
Pastikan pisang dah warna kuning tp tak terlalu masak sebab nanti kalau goreng jadi lembik. Kalau masih hijau pulak nanti kelat.

2. Tepung goreng pisang - beli je cap apa pun kat pasaraya tu ok je. Saya pernah beli Adabi dan ada 1 lagi tak ingat cap kat tesco. Dua-dua hasilkan kerangupan yang berbeza. Kalau pandai campur sendiri tepung beras & tepung gandum lagi bagus..hihi

3. Secubit garam

4. Air

5. Sirap Coklat Hersheys





6. Mozzarela Cheese -diparut. Boleh beli yang siap diparut atau yang seketul dan parut sendiri

sirap coklat hersheys
Coklat ni best..hihi

Cara-cara penyediaan


1 - Hiris pisang - dibelah 2 atau hiris 3 secara menyerong bergantung kepada saiz pisang
2 - Bancuh tepung dengan air. Pastikan tidak terlalu cair kalau nak pisang tu jadi rangup. Bubuh secubit garam.
3 - Goreng dalam minyak panas. Bila dah bertukar jadi warna keperangan, balik-balikkan dan lepas tu boleh angkat.
4 - Tuangkan sirap coklat ke atas pisang panas.
5 - Taburkan parutan cheese

Yeay, siap untuk dimakan!

Option lain kalau taknak guna coklat adalah gula melaka. Kat Tesco ke Aeon pun ada jual. Yang ni kena parut.

Gula Melaka
Saya pernah cuba guna brown sugar tapi tak jadi sedap.. guna gula merah ni jugak yang terasa 'kick'! hihi~

Dan hasilnya...

Sedap dimakan panas-panas..

Selamat mencuba! Boleh la buat as appetizer atau minum petang di kala hujan lebat. hihi

Anak tiada selera makan dan sering sakit?


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Wednesday, November 19, 2014

Resipi Bihun Singapore yang mudah dan disukai kanak-kanak sampai tambah 3 kali


Jikalau anak  anda jenis yang memilih makanan dan anda dah bosan asyik ulang resipi yang sama sahaja setiap hari, anda boleh cuba memasak bihun singapore yang disukai ramai ni. Bukan setakat anak-anak saya, anak-anak saudara, opah, makcik & mak saya pun suka! Memang akan bertambah 3 kali.Setiap kali masak confirm tak cukup.

So rasanya baiklah saya kongsikan resipi ni… mudah sangat, 10 minit pun boleh siap masak. ( I memang suka masak yang cepat je.. Hehe)


Sumber gambar: Potret Kasih

Bahan-bahan

1/3 Bihun 
3-4 sudu olive oil
5 ulas Bawang putih - dicincang
1 biji Telur
100 gm Hirisan ayam
1/4 batang Carrot yang dicincang atau diparut kasar
Serbuk lada hitam (ikut selera)
Serbuk lada sulah ( ikut selera)
Garam secukup rasa

Cara-cara masak

1 - Rendam bihun dalam air panas
2- Panaskan minyak
3 - Tumiskan bawang putih sehingga keperangan
4 - Masukkan hirisan ayam, masakkan hingga bertukar menjadi warna putih
5- Masukkan sedikit air panas
6 - Masukkan hirisan carrot, kacau. 
7 - Masukkan bihun yang telah ditoskan, tambah air jika bihun masih belum cukup lembut
8 - Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan garam
9 - Pecahkan telur, kacau hingga hancur
10-Gaul rata telur dengan bihun. Masak hingga air kering. Siap untuk dihidang!

Notakaki..
Jika tiada ayam, boleh juga diganti dengan seafood atau daging atau meatball
Boleh juga ditambah tomato jika suka.
Bihun Singapore sesuai dimakan semasa Sarapan ataupun Makan Malam.

Tips Kak Mah:
Sediakan jadual menu sepanjang minggu untuk menjimatkan masa di dapur. Tak perlu setiap hari fikir apa nak masak hari ini. Barulah boleh spend masa untuk merias diri pulak kan? hihi

Jika anak masih tak suka makan, cuba berikan anak anda suplemen. Nak tahu apa yang sesuai, Whatsapp saya di 0195537657,  saya share macam mana saya buat anak saya yang picky eater jadi makan bertambah-tambah dengan gembira.

Selamat mencuba!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Monday, October 13, 2014

Tak suka rasa ESP.. macam mana ye?

Assalamualaikum wbt

Anda baru je bukak canister ESP, cium bau je dah rasa tak lalu nak telan. Aduh.. macam mana ni?
Boleh ke nak pulangkan balik?
Bukan harga seringgit pulak tu..

"Kenapa ramai yang cakap sedap ESP ni? musykil betulll..."

Haaa.. kalau tak sedap takkan ramai yang giler suka ESP ni kan?

Setiap penggemar non-gmo soya ini mempunyai cara dan resipi yang berbeza.
Paling simple.. Air sejuk 200ml + ESP 2 sudu => shake => minum

Eh, kena shake ke? kalau gaul je boleh tak? Bolehh.. mak saya gaul je, pastu minum.

Ni saya nak senaraikan 8 variasi resipi ESP cara saya..SIMPLE. Confirm sedap!

  1. Milo sejuk secawan + ESP 1 sudu + ais 3 ketul. Shake ( boleh juga diganti dengan vico atau serbuk koko lain)
  2. Minuman yogurt  secawan + ESP 2 sudu. Shake. ( feveret saya adalah yogurt drink Farm Fresh berperisa mixed berries)
  3. Susu segar secawan + ESP 2 sudu. Shake 
  4. ESP 1 sudu + Cinch Shake 1 scoop + air sejuk secawan. shake
  5. ESP 1 sudu + MealShake 1 sudu + air sejuk secawan. shake
  6. ESP 2 sudu + air Ribena secawan. Shake
  7. ESP 2 sudu + Susu Segar secawan + Vivix 1 sudu teh
  8. Minuman yogurt  secawan  + ESP 2 sudu + Collagen Powder 1 sachet
Yogurt Drink  + ESP + Collagen Powder


So, macam mana? Ada berani cuba? Hihi..

Cubalah! Lepas tu update saya anda suka ke tak variasi ini.



Salam sayang~
Mamamyras


Read More