Showing posts with label health check. Show all posts
Showing posts with label health check. Show all posts

Saturday, April 21, 2018

Adakah Suplemen Shaklee Merosakkan Buah Pinggang & Hati?

Saya adalah seorang pengamal suplemen selama 6 TAHUN, bukan 6 bulan atau 6 hari. Entry ini adalah tentang keputusan blood test atau boleh juga disebut sebagai pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan secara am dan adakah suplemen merosakkan buah pinggang dan hati saya?

Suplemen SHAKLEE merosakkan buah pinggang ke?


Sebelum kenal Shaklee , ada jugak makan suplemen yang dibeli di farmasi tapi tak konsisten. Cuma sejak makan Shaklee , saya konsisten. Dan tak campur langsung suplemen brand lain. 

Bermula dengan Set Penyusuan , kemudian Set Hamil, set pantang , set cantik , cuba pulak antioksidan, set detox , collagen, energy booster. Boleh kira hampir semua saya dah makan. 

Tapi saya tak telan semua sekaligus, yang basic saya ambil setiap hari , yang lain-lain tu ikut keperluan semasa.

Macam ni dah nak puasa, saya fokus untuk set berpuasa dan energy booster & set cantik ( persediaan nak raya kannn 😍)

Walaupun Shaklee dah bagi jaminan suplemen2 ni Selamat diambil untuk jangka masa panjang, tapi kita ni sedikit sebanyak risau jugak kan bila Dr Pakar dok cerita ambil suplemen boleh rosak hati dan buah pinggang.

So hari ni dah dapat BUKTI yang sahih, bukan sekadar cerita dongeng. 

Saya kongsi dengan anda semua keputusan menyeluruh pemeriksaan kesihatan saya. 

Pertama sekali, kita tengok dulu keadaan darah secara general di bahagian Haematology.. Bilangan sel darah merah dan darah putih saya normal. Walaubagaimanapun, bacaan ESR &  Eosinophils sedikit tinggi kerana saya sedang mempunyai masalah alergik dan eczema. 

Gula di dalam darah juga normal. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Mukasurat pertama report


 Kidney Function Tests dan Liver Function Tests.

Ini adalah ujian yang paling saya nak tahu keputusannya. Dapat je fail keputusan ni, saya memang terus cari bahagian ni .

Alhamdulillah semuanya berada dalam julat yang normal. Suplemen yang saya amalkan selama 6 tahun ni tidak merosakkan buah pinggang dan hati saya. 

blood test pengamal shaklee
Result yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah semua ok



Kolesterol LDL tu tinggi sikit bukan salah suplemen tapi salah diri sendiri sebab lifestyle yang kurang aktif sejak kebelakangan ni. Biochemist yang saya jumpa tu, ada sarankan untuk tingkatkan pengambilan Omega 3. Insyaallah saya cuba ikut.

Sebenarnya lifestyle saya banyak berubah sejak makan suplemen. Dulu tak kisah bab buah organik ke buah GMO semua telan yang penting sedap. Ayam yang super gemuk kat kedai mamak pun saya takut nak makan tau. Tak percaya, tanya incik laki ku.

Dulu tak kisah bab chemical dalam skincare, syampu, sabun mandi, ubat gigi , losyen dan segala yang lain. Sekarang ni, sabun basuh pinggan pun saya kisah. Sampaikan pewangi dalam kereta pun tak pakai dah 😂. 

Ok la, sambung bab lifestyle ni entry lain.

Dan dimuka surat terakhir report adalah ujian untuk Tumour Markers, Thryroid , Serology ( tak ingat apa benda ni) dan ujian Air Kencing
Alhamdulillah saya sihat, boleh teruskan makan Shaklee



Thyroid Screen

Saya tak puas hati kenapa bacaan agak tinggi ( lebih dari median) walaupun masih dalam julat yang selamat.

Rupanya ia banyak dipengaruhi oleh stress.

Menurut Biochemist yang saya jumpa tu,  golongan yang ramai mendapat penyakit hyperthyroid ni adalah surirumah dan cikgu.

Sebab dua golongan ni la yang sering menghadapi stress yang dasyat. 

Fuhhh!

Tarik nafas, hembus ~

Chill bebeh...

Last but not least, Ujian Air Kencing

Takde apa unsur pelik cumanya , saya nak beri peringatan sedikit ..

JaNGAN CAMPUR AIR PAIP DALAM AiR KENCING

Walau macam mana kuning sekalipun air kencing tu, jangan sekali-kali buat tau!

Mesin sekarang ni canggih, dia boleh detect kalau air kencing tu bercampur air paip . Dari bacaan SP Gravity tu pun dah detect tau.

Kalau korang ingat warnanya dah pudar , korang akan dapat result yang bagus,  ternyata ianya salah.

Tak percaya? 

Cuba la buat dan most probably korang akan kena repeat test tu 😂

Jangan campur air naaaa!


So kesimpulannya kat sini, suplemen Shaklee tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.

Suplemen yang lain-lain tu saya tak tau la, sebab saya memang tak ambil brand lain . Even makanan sunnah pun saya ambil yang pure dalam keadaan asal. Bukan yang dah di campur-campur macam kismis + kurma + madu + susu kambing + air zamzam + habbatussauda dan macam-macam lagi. 

Cumanya nak bagi tau, kalau nak makan suplemen , pilih suplemen yang dijamin selamat. Sebaiknya biarlah suplemen dari company yang sejak dulu memang menghasilkan suplemen seperti Shaklee.

Dan anda amat digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Kalau dapat buat setiap tahun lagi bagus. Seriously, tak mahal pun, pemeriksaan asas ni cuma RM100 (harga promo)  di Pathlab. Cari je kat FB, mesti jumpa.

Nak dapatkan Shaklee, boleh pm atau call je saya tau ☺️
Insyaallah saya akan bagi panduan tentang suplemen Shaklee yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya segera!

http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe 




Read More

Saturday, October 11, 2014

FREE HEALTH CHECK

Assalamualaikum wbt

Bila kali terakhir anda membuat health check? Bulan lepas? Tahun lepas.. ke 5 tahun lepas? rasa macam sihat je kan.. perlu ke buat health check?  Pada pendapat saya, jika anda betul-betulkan sayangkan diri dan keluarga anda, tiada salahnya membuat health check yang paling basic sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Semalam saya dan suami berkesempatan menghadiri H&W Talk di Shaklee HQ yang baru di Pinnacle Sunway. Ramai yang tak tahu mengenai bangunan baru ini kan. Ianya terletak betul-betul bersebelahan Sunway Hotel.

Ceramah  H&W semalam adalah mengenai Diabetes. Ianya disampaikan oleh Pakar Nutrisi Shaklee, Puan Sarah. Percayalah, saya langsung tak rasa bosan kerana penyampaiannya bersahaja dan mudah difahami. Buktinya, Encik Suami yang selalunya cepat bosan tak pernah minat nak dengar sebarang jenis ceramah boleh concentrate sampai habis! hahaha~ Salute!

iReach members yang gembira mendengar ceramah


Banyak sangat ilmu dan perkongsian yang sangat menarik dan tak ternilai. Membuatkan kami celik mata lebih luas dan InsyaAllah akan menggunakan ilmu ini untuk membantu lebih ramai penghidap Diabetes dan mengelakkan lebih ramai menghidap Diabetes.

Selesai sesi ceramah, kami berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma dan konsultasi dengan Puan Sarah.

Keputusan health check suami saya
Keputusan health check saya

Hasil dari analisis menyeluruh yang dibuat oleh mesin inBody yang macam canggih tu, barulah saya tahu yang saya agak kekurangan protein, mineral dan air di dalam badan. Tekanan darah juga rendah, iaitu 98/59 . Tu yang kurang, part yang lebih pun ada, iaitu  lemak. Tapi BMI OK.

Walaubagaimanapun , fitness score saya adalah regular. Kena lebih rajin exercise untuk jadi fit.

So, saya dinasihatkan untuk double up Vitalea, Bcomplex wajib setiap hari, 2 scoop cinch shake campur dengan ESP kerana saya masih BF, minum air yg mencukupi , dan minum Cinch Energy tea untuk tingkatkan metabolisme.

Bagi Encik Suami, secara keseluruhanya bagus. Yang paling best, ukuran pinggangnya normal! Bukan takde lemak langsung tapi dalam kadar yang ok. Komen Puan Sarah, ianya adalah bagus kerana kebanyakan lelaki pada usia lewat 20an mengalami masalah buncit yang ketara.

Mesin inBody yang digunakan untuk membuat analisis komposit badan

Nak tau cara kurangkan buncit?

Tunggu entry seterusnya ya..

Well, ternyata hasil konsistensi encik suami mengamalkan suplemen selama 4 bulan lepas menampakkan hasil yang sangat positif.

Apa suplemen untuk lelaki?

Insyaallah saya kongsikan juga nanti ye..

Siapa yang lebih bahagia? Tentulah isterinya..

Bagaimana untuk membuat pemeriksaan kesihatan percuma?

Anda ( mempunyai keahlian Shaklee) boleh hadir  ke mana-mana sesi ceramah kesihatan di Shaklee HQ, dan selepas itu terus boleh buat pemeriksaan. Ianya adalah percuma! Anda nak datang check tiap-tiap bulan pun boleh.

Anda juga boleh juga bawa pasangan dan anak-anak. Sebarang persoalan pun boleh ditanya terus kepada Pakar Nutrisi yang membuat pemeriksaan.

Jadual Aktiviti Bulan Oktober


Untuk jadual Ceramah kesihatan rujuk  di sini ya. H&W Talk adalah Ceramah kesihatan. Tajuk bagi setiap sesi mungkin berbeza.

Jadual Ceramah Kesihatan di KL/ Lembah Kelang

Jadual ceramah kesihatan di Selatan

Jadual Ceramah kesihatan dia Utara & Pantai Timur




Sepanjang saya bekerja, setiap tahun akan diadakan pemeriksaan kesihatan di pejabat. Pemeriksaan merangkumi BMI, tekanan darah, gula di dalam darah, lung test, body age dan lain-lain. Yang tak berapa bestnya, kena beratur.. ramai kan yang nak check. huhu~ padahal check nya kejap je. Kalau pergi kat Shaklee kejap je.. hehe.

Ni yang terasa makin sayang kat Shaklee ni, terasa macam semua orang pun jadi anak emas. Tiada yang dianak tirikan. HQ cantik, ada kemudahan untuk kanak-kanak, boleh buat health check, cukup point dapat Bonus, dapat award dan reward, dan lagi best... makin sihat dan cantik! ewaaahhh~

Kalau nak kata saya obses pun kata la... hihi. kalau dah mak pun makin sihat, siapa tak suka kan?
Mak pun pernah saya bawa untuk buat pemeriksaan kesihatan 3 bulan lepas. Dan terus mendapatkan saranan eksklusif untuk panduan nutrisi untuk mak. 

So.. apa lagi? Sambil-sambil menimba ilmu tu boleh la terus buat health check.

Belum menjadi ahli Shaklee?


Jom jadi ahli! Hanya RM65 ringgit yuran sepanjang hayat beserta pelbagai keistimewaan.

Hubungi saya ye.. cuma Whatsapp ke 0195537657.

Anda pasti menyesal tidak mendaftar lebih awal!
p.s.: Misha *mar pun dah jadi ahli. kelasss uols~


 


Read More