Showing posts with label alzheimer. Show all posts
Showing posts with label alzheimer. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Adakah anda termasuk dalam 10 Golongan Yang Perlukan Omega 3?


Ramai yang bertanya, kenapa Omega 3 selalu disarankan dan ada dalam pelbagai set kesihatan? So dalam entry kali ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang 10 golongan yang memerlukan Omega 3 atau secara spesifiknya Omegaguard.

1) Anda yang sedang berusaha untuk kurus. Sebabnya?

  • Omega3 sangat efektif  sebagai pemecah lemak. Ia juga mencetuskan hormon leptin yang membuatkan kita rasa kenyang. Jadinya, sekaligus mengurangkan keinginan kita untuk makan.

2) Penghidap kanser

  • Sifatnya sebagai anti keradangan sangat diperlukan bagi penghidap kanser dan juga membantu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.

3) Pesakit jantung dan darah tinggi

  • Oleh kerana ianya boleh bertindak sebagai pemecah lemak, ia mampu untuk mengurangkan pemendapan lemak di saluran darah yang sering menjadi punca sakit jantung dan darah tinggi.

4) Ekzema, resdung & alergik

  • Menurut kajian, masalah alergik, resdung dan ekzema dapat dicegah dan diatasi dengan pengambilan Omega 3


5) Pesakit Gout

  • Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak yang biasa dialami oleh pesakit gout.


6) Sakit sendi

  • Sakit sendi terjadi disebabkan oleh keradangan di bahagian tersebut.  Omega 3 sangat membantu untuk mengurangkan keradangan di sendi.



7) Asma & lelah 

  • Omega 3 mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, maka ia dapat mengurangkan risiko mendapat serangan asma bagi dewasa dan kanak-kanak.


8) Batuk berkahak dan selesema


  • Pengambilan minyak ikan semasa batuk dan selesema dapat membantu untuk mencairkan kahak agar dapat dibuang dengan baik. Ianya sangat penting bagi mengelakkan kahak terkumpul di paru-paru.


9) Migraine, kebas kaki dan tangan 

  • Apabila pengaliran darah tidak lancar, kita mudah mendapat sakit kepala serta kebas kaki dan tangan . Omegaguard sangat efektif membantu untuk menggalakkan pengaliran yang lancar ke seluruh anggota badan.





10) Pelajar atau pekerja yang mahu meningkatkan daya tumpuan & fokus.

  •  Kandungan EPA & DHA di dalam Omegaguard yang tinggi cukup membantu untuk kita meningkatkan daya fikir dan menggalakkan sel-sel otak berhubung dengan baik.



Jika ada tergolong dalam 10 golongan ini, anda patut mendapatkan Omegaguard hari ini juga

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi lanjut dan cadangan paling sesuai untuk anda.


Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Monday, March 20, 2017

Bagaimana Resveraterol membantu Pesakit Alzheimers kembali Sihat

Anda pernah jumpa pesakit Alzheimer? Ianya boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengura usia. Tak perlu tunggu umur 65 tahun pun berisiko kena Alzheimer kalau anda malas berfikir.



Alzheimer bukan nyanyuk atau dementia.. ianya lebih kritikal dari itu kerana pada suatu tahap, pesakit Alzheimers tidak mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri.

Perbezaan pesakit alzheimers dan dementia


Menurut Wikipedia..

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Disebabkan oleh kemerosotan otak , kebiasaannya pesakit Alzheimers hanya boleh hidup untuk 8 tahun sahaja. Namun ada juga pesakit yang hidup sehingga 20 tahun. Ianya berbeza bagi setiap pesakit bergantung kepada kemerosotan otak mereka.


5 Simptom penyakit Alzheimer's


1 - Hilang keupayaan untuk menerima info dan maklumat baru

Contoh : lupa appointment, bertanya soalan sama berulang kali, lupa jalan yang biasa dilalui ( seperti jalan balik rumah)

2- Hilang keupayaan untuk berfikir

Contoh : bahaya memegang cerek panas, tak boleh plan aktiviti yang hendak dibuat

3- Hilang keupayaan mengenal pasti objek ( bukan disebabkan oleh rosak penglihatan)

 Contoh : tak kenal ahli keluarga sendiri, tidak boleh memakai baju dengan sendiri tanpa bantuan

4- Keupayaan membaca, menulis dan bercakap terjejas

Contoh : hilang perkataan yang hendak disebut, typo yang teruk

5- Perubahan personaliti dan tingkah laku

Contoh : hilang rasa kesian, taknak bersosial, hilang mood, mudah kecil hati

Bila terjadi hilang ingatan dan sekurang-kurangnya 2 atau lebih simptom tersebut, baru lah doktor akan diagnos orang tu mempunyai Alzheimer's.

Siapa yang berisiko mendapat Alzheimer's

Terdapat 2 kategori mereka yang berisiko mendapat Alzheimer's. Kategori yang pertama adalah mereka yang mempunyai risiko yang tidak boleh dikawal

  • Warga emas yang berusia lebih dari 65 tahun
  • mempunyai family history - orang yang ada ahli keluarga menghidap Alzheimer's lebih berisiko
  • orang yang mempunyai gene APOE ( apolipoprotein E) - lebih berisiko berbanding mereka yang tidak mempunyai gene ini

Satu lagi kategori adalah mereka mempunyai faktor risiko yang boleh dikawal

  • Pesakit diabetes, darah tinggi , kolesterol tinggi --> berisiko mendapat strok dan dementia
  • Orang yang kurang berpelajaran & tidak berkerja
  • Sesiapa yang pernah mengalami kecederaan otak
  •  Mereka yang mengalami kesukaran tidur atau tidur tak tentu masa

Apa terjadi kepada otak pesakit Alzheimer's?


Kajian mendapati saiz otak pesakit alzheimer's mengecut dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Beza otak normal dan pesakit Alzheimer's yang kritikal


 Bahagian Cortex yang berfungsi mengawal keupayaan bertutur, berfikir dan mengingati menjadi semakin kecut. Begitu juga dengan Hippocampus yang berfungsi memproses maklumat dan memori baru. Manakala di Ventricles, ianya makin dipenuhi dengan cecair cerebrospinal dan semakin membengkak.



Apabila dilihat dengan lebih detail , otak pesakit Alzheimer's dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).




Protein Amiloid  yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

Rawatan yang diberikan oleh doktor kepada pesakit Alzheimer's

Oleh kerana doktor masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar Alzheimers terjadi, maka tiada ubat dapat diberikan untuk penyakit tersebut. Kebiasaannya doktor akan memberi ubat untuk mengurangkan simptom. Atau ada setengah keadaan, doktor akan memberikan ubat tidur kepada pesakit alzheimer's yang mana akan memudahkan penjaga untuk menjaga pesakit.

Di Malaysia mungkin masih belum ada pusat jagaan khusus bagi pesakit Alzheimer's, namun di US terdapat banyak pusat jagaan yang menjaga pesakit Alzheimers.

Bagaimana Resveraterol membantu pesakit Alzheimer's?


Kajian yang dilakukan oleh pakar pada tahun 2015 mendapati dengan memberikan Resveraterol dalam dos yang tinggi kepada pesakit Alzheimer's tahap kemererosotan fungsi otak semakin berkurangan dan ada yang terus berhenti.

Di dalam satu kajian, beberapa orang pesakit diberikan Resveraterol yang bersamaan dengan 1000 botol wine setiap hari.

Mengekalkan tahap protein beta amiloid

Hasil kajian mendapati bahawa kadar protein beta amiloid40 kekal pada tahap yang sama dan tidak berkurangan sepertimana terjadi kepada pesakit lain.

Maknanya, keadaan pesakit Alzheimer's tidak jadi makin kronik!

Mengurangkan keradangan di Otak

Otak pesakit Alzheimer's biasanya mengalami kerosakan disebabkan oleh keradangan. Keradangan terjadi disebabkan oleh protein beta amiloid yang tergumpal di dalam otak.

Antara hasil kajian yang masih perlukan kajian lanjut

1. Kajian juga mendapati kadar respons imuniti menjadi lebih baik.  Protein neurotoxic makin berkurangan.

2. Resveraterol mengurangkan pembengkakan otak yang disebabkan oleh keradangan.

 Kisah benar pesakit Alzheimers yang semakin sihat 

ubat untuk alzheimers
Testimoni Pesakit Alzheimer's
Ibu telah terlantar, memakai lampin jarang sekali mengenali ahli keluarga dan kawan-kawan. Kami mandikan, pakaikan baju dan menyuap ibu makan. Ibu telah didiagnos dengan Alzheimer peringkat awal bagi fasa yang kritikal.

Doktor memberikan ibu Aricept dan tidur selama 7 bulan. Kemudian diberikan pula Excelion dan tidur lagi untuk 3 bulan. Adakah ubat Alzheimers hanya untuk membuatkan mereka tidak sedarkan diri? Kemudian ibu diberikan Namenda, dan ibu menjadi semakin sakit dan kehilangan 30pounds dalam masa 30 hari.

Kami mengambil keputusan untuk menghentikan semua ubat dan memberikan ibu suplemen Shaklee untuk memberikannya manfaat kesihatan. Ibu mengambil Vitalea Gold, Memory Optimizer, Herblax, Energizing Soy Protein dan Optiflora. Dalam masa beberapa minggu, Ibu telah mula bangun dengan sendiri dan menampakkan kemajuan. Kemudian kami memberikan Vivix kepada ibu.

Dalam masa beberapa minggu selepas ibu mula mengambil Vivix, Ibu mula mengenali semula ahli keluarga dan anak-anak, ibu boleh memberus gigi dengan sendiri, mandi dan bersiap tanpa dibantu dan tak perlu lagi memakai lampin. Ibu kini boleh membasuh pinggan mangkuk dan juga menyapu di laman. Apabila kami ke kedai, ibu boleh berbual dengan orang lain. Ibu bermain dengan cicitnya, lagu-lagu yang sebelum ini dia dah lupa pun Ibu dah boleh nyanyikan semula. Memori jangka panjang ibu kini kembali , walaupun tidak sepenuhnya dan beberapa memori terkini. Hari ini Alzheimer Ibu di fasa 1-2 sahaja.

********

Alhamdulillah kisah hidup Elsie yang menghidap Alzheimer's fasa kritikal kini semakin baik. Ianya bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik pada tahun 2015.

Dapatkan Vivix untuk meningkatkan tahap kesihatan pesakit Alzheimer's ini ye!
Hubungi saya segera agar pesakit Alzheimer's lebih sihat dan anda juga mudah untuk menjaga mereka.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Saturday, July 12, 2014

RAHSIA Kekal Lebih Muda Dari Usia Sebenar

Assalamualaikum & Selamat Membaca~

Kita selalu jumpa adik beradik yang kakaknya selalu disangka sebagai adik kerana kelihatan lebih muda bukan? Ataupun kita sukar sekali meneka umur sesetangah orang yang kita jumpa. Melihatnya pada gayanya mungkin seperti berusia 30 tahun tetapi rupanya seperti awal 20an.
Ada juga atuk dan nenek yang kelihatan bercucu cicit yang berusia 20an tetapi kelihatan masih kuat berjalan, dan kita tak dapat meneka berapa agaknya umur beliau.

Tentunya kita tersenyum simpul dan kagum melihat bagaimana mereka kelihatan seperti tidak dimamah usia. Ianya hanya didapati dengan usaha yang berterusan dan dalam jangka masa tertentu.
Anda tentu suka bila orang menyangka anda lebih muda, bukan? Terus senyum hingga ke telinga. :)

Jom saya kongsikan RAHSIA untuk kekal muda dan bertenaga~



Ransang Otak Anda

Jika anda mahu untuk hidup kehidupan yang panjang dan bertenaga, anda perlukan minda yang cergas dan tajam. Otak, seperti anggota badan yang lain, perlu  dilatih untuk mengelak daripada menjadi lembap dan juga penyakit terlantar

Kajian  mendapati bahawa wanita yang lebih berpendidikan kurang risiko mendapat penyakit Alzheimer. 

Otak perlu sentiasa diransang untuk mengekalkan laluan saraf terbuka. Belajar bahasa baru, membaca atau hanya mengamalkan kesedaran persekitaran anda: bau, bunyi, input visual. Pepatah lama mengatakan "gunakan ia atau anda akan kehilangannya" mempunyai kesahihan berkenaan otak kita.


Makan dengan baik


Nasihat  daripada kerajaan US ialah untuk mengambil lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dan tiga hidangan bijirin penuh setiap hari untuk vitamin dan mineral dan mikronutrien sihat lain dalam tumbuhan. Minum 5-8 8-oz. (227 mililiter) gelas air.

Dapatkan tidak lebih daripada kira-kira 30 hingga 35 peratus daripada kalori harian anda daripada lemak, dengan kira-kira satu perlima daripada yang dari lemak tak tepu (contohnya, 1 peratus susu, zaitun dan minyak canola); 15 peratus daripada protein; dan kalori baki daripada karbohidrat - yang boleh termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, dan harus mempunyai penekanan kepada karbohidrat kompleks seperti oat, roti gandum dan beras liar.


Bersenam 


Senaman aerobik yang kerap adalah satu kemestian untuk sesiapa sahaja komited untuk melambatkan proses penuaan. Beratus-ratus kajian menunjukkan bahawa senaman melawan kehilangan stamina, kekuatan otot, keseimbangan dan kepadatan tulang yang meningkat dengan usia.

Bersedia untuk bermula? Persatuan Jantung Amerika menasihati melakukan satu set lapan hingga 15 ulangan, dengan menggunakan lapan hingga 10 latihan, dua hingga tiga kali seminggu untuk program membina kekuatanyang menyeluruh. Selepas anda mendapatkan rutin, ia hanya mengambil kira-kira 10-minit.


Maksimumkan Pengambilan Antioksidan 

Kata Dr Jeffrey Blumberg dari Tufts University: Radikal bebas menyumbang kepada tercetusnya penyakit yang berkaitan dengan usia, dan antioksidan meneutralkan radikal bebas.

Setiap orang harus mengambil kombinasi antioksidan melalui diet dan suplemen, tegas beliau.  Untuk mendapatkan antioksidan yang tinggi, Blumberg menasihatkan makan sayur-sayuran berwarna gelap seperti tomato, lobak merah dan bayam untuk karotenoid dan beri biru dan ungu untuk flavonoid. Oleh kerana makanan mengandungi banyak kelas antioksidan yang bertindak secara sinergistik, mereka adalah sumber terbaik antioksidan, kata Blumberg.


Dapatkan Makanan Tambahan Yang Baik

 Jika anda mahu meningkatkan pengambilan antioksidan dalam diet anda, dan perlu mengambil sejumlah besar  salad bayam yang memerlukan lebih masa bagi pencernaan . Disitulah di mana makanan tambahan boleh membantu.

Oleh kerana kita tidak sentiasa makan seperti seharusnya, Dr Jeffrey Blumberg menyarankan pengambilan makanan tambahan harian  antioksidan
"klasik": 200 hingga 250 miligram vitamin C, 100 hingga 400 Unit Antarabangsa (IU) vitamin E, dan suplemen karotenoid campuran 6-10 miligram. 

Tidur

 Anda mungkin pernah mendengar orang berkata "Saya akan tidur apabila saya mati." Hakikatnya adalah, kekurangan tidur sebenarnya boleh mati yang lebih cepat. Kajian menunjukkan bahawa jika anda tidur kurang daripada enam jam dalam 1 malam, anda berisiko tinggi mendapat serangan jantung atau mengalami strok [sumber: Roizen dan Oz]. Perkembangan minda anda juga boleh  merosot pada kadar yang lebih cepat.

Pada peringkat emosi, kekurangan tidur membuat anda kurang tenang dan lebih mudah untuk marah. Anda juga lebih mudah mendapat penyakit yang berkaitan dengan jangkitan virus sekiranya kurang rehat yang betul. Tidur lapan jam  setiap malam adalah penting untuk kesihatan fizikal anda, dan juga mood anda dan usia yang lebih panjang [sumber: Roizen dan Oz].



Bagaimana mendapatkan makanan tambahan terbaik ?

Shaklee mempunyai Set Antioksidan  "klasik" yang menepati saranan pengambilan maksimum.
Jom berkenalan dengan set ACE yang terdiri daripada Carotomax , Vitamin C & Vitamin E



***************************
 CAROTOMAX® Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX® merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX® menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
      pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
      lendir. *

                                                   ****************************
 Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg  

Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*



****************************

 Vita-E Complex

 Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.


Dapatkan SET ACE ini sekarang! Usah risau kerana ianya dijamin selamat dan pastinya HALAL.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=21afbd04647f0309f8f43e8ef6eb4f58


Pastikan anda menghubungi saya di 0195537657 bagi mendapatkan konsultasi eksklusif mengenai cara pengambilan Set ACE dan lain-lain info.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau mahu mendapatkan info lanjut, hubungi saya. Saya sedia membantu anda!












Read More