Saturday, September 10, 2016

Plan Percutian Idaman ke Maldives

Actually dah lama sangat jatuh hati bila tengok gambar-gambar kat Maldives ni. 

Tadi bila dengar cerita dari member yang bercuti ke Maldives baru-baru ni, rasa tak sabar pulak book tiket ke sana. 



 Maldives ni terkenal dengan laut yang cantik kebiru-biruan dan jernih  tu. Ntah kenapa saya ni memang akan rasa tenang je bila tengok laut.Deruan ombak seakan-akan menghilangkan segala resah di hati. Saya boleh duduk 2 jam di tepi pantai menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

Paling yang saya teringin nak buat kat adalah snorkeling. Suka sangat tengok keindahan hidupan laut. Walaupun boleh je tengok dalam cerita discovery kat TV tu, tapi bila tengok sendiri dengan mata kepala kita mesti terasa keterujaaan tu overloaded kan? 



Alang-alang dah sampai sana, haruslah merasa tidur semalam di Water villa yang dilengkapi private pool yang menghadap lautan luas. Nak terjun ke laut pun anytime boleh. Jauh dari hiruk pikuk manusia lain. Ada privacy gitu kan.Memang sesuai sangat untuk honeymoon kan?



Memandangkan Naufal ni menyusu badan sepenuhnya, so masa terbaik untuk bercuti berdua tanpa anak-anak adalah 2 tahun dari sekarang. So Mei 2018 InsyaAllah masa yang terbaik.

Kalau dah merancang nak honeymoon ni, kena la buat bajet terus kan. Baru lah senang nak direalisasikan. Kalau tak memang jadi angan-angan je la.

Bajet : 

Water Villa : RM2000 
Beach resort : RM300 X 3 mlm = RM 900
Flight : RM500 x 2 = RM1000
Feri & perbelanjaan lain = RM500

Total : RM4400

Kalau nak buat tabungan untuk Honeymoon 2018 ni, setahun perlukan RM2200. Tiap-tiap bulan wajib asingkan RM200 masuk tabung. InsyaAllah boleh la asingkan dari bonus Shaklee yang dapat tiap-tiap bulan tu.

Korang tolong doakan impian saya ni jadi kenyataan okeh ! 😉

Sape ada impian nak ke Maldives jugak, ce angkat tangan 🙋🏻. Boleh la kita berkongsi info . 

#tsunamishaklee
#team6
#sindiketsukses
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

1 comment: