Friday, September 16, 2016

6 Tips Keselamatan Balik Kampung

Bila cuti je semua nak balik kampung.. Nah simple tips untuk pastikan perjalanan yang selamat di musim raya.

1- Rancang perjalanan anda

Cuba elakkan waktu kemuncak jika boleh. Ikut saranan waktu perjalanan yang ditetapkan. Atau kalau rasa mampu untuk drive di waktu orang lain tak berada di hiway, ok gak tu.

2- Rehat jika penat

Musim raya ni, tempoh masa perjalanan mungkin akan bertambah daripada biasa. Kalau badan dah rasa tak larat, mata dah ngantuk ... Berhenti rehat di tempat yang selamat. Kalau boleh tukar driver lagi cun. Atau boleh juga bancuh Cinch Tea bagi mata lebih segar & boleh fokus pada pemanduan.

3- Pastikan kenderaan dalam keadaan baik & selamat

Kalau yang dah lama tak servis, elok lah hantar pergi servis. Rasanya banyak service centre buat promosi sekarang ni. Make sure angin tayar cukup, air wiper dah diisi, minyak hitam dah diganti, wiper boleh lap cermin dengan baik, semua lampu berfungsi dengan baik. Semua dah ok? Alhamdulillah, pandulah dengan berhemah.

4- Tingkatkan kesabaran

Semua orang puasa ni, jadi kena lebih bertolak ansur, hormat pengguna jalan raya yang lain. Jangan jadi road bully!

5- Bagi anak makan kenyang2

Ni kalau anak yang tak puasa la. Make sure diorang kenyang sebelum bergerak balik kampung. Dalam kereta pun spare finger food dan air.
Ohhh.. Cuba elakkan yang banyak bahan perasa & gula tau , untuk elakkan diorang jadi hyper.
InsyaAllah perjalanan akan lebih aman 😅

6- Berdoa sebelum memulakan perjalanan

Yeahh.. Dah usaha macam-macam kan. Selebihnya kita kena la letakkan pengharapan pada Allah semoga perjalanan kita lancar, mudah dan selamat. Amin

Selamat balik kampung!





Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment