Showing posts with label eczema. Show all posts
Showing posts with label eczema. Show all posts

Friday, November 17, 2017

Adakah anda termasuk dalam 10 Golongan Yang Perlukan Omega 3?


Ramai yang bertanya, kenapa Omega 3 selalu disarankan dan ada dalam pelbagai set kesihatan? So dalam entry kali ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang 10 golongan yang memerlukan Omega 3 atau secara spesifiknya Omegaguard.

1) Anda yang sedang berusaha untuk kurus. Sebabnya?

  • Omega3 sangat efektif  sebagai pemecah lemak. Ia juga mencetuskan hormon leptin yang membuatkan kita rasa kenyang. Jadinya, sekaligus mengurangkan keinginan kita untuk makan.

2) Penghidap kanser

  • Sifatnya sebagai anti keradangan sangat diperlukan bagi penghidap kanser dan juga membantu mengelakkan pertumbuhan sel kanser.

3) Pesakit jantung dan darah tinggi

  • Oleh kerana ianya boleh bertindak sebagai pemecah lemak, ia mampu untuk mengurangkan pemendapan lemak di saluran darah yang sering menjadi punca sakit jantung dan darah tinggi.

4) Ekzema, resdung & alergik

  • Menurut kajian, masalah alergik, resdung dan ekzema dapat dicegah dan diatasi dengan pengambilan Omega 3


5) Pesakit Gout

  • Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak yang biasa dialami oleh pesakit gout.


6) Sakit sendi

  • Sakit sendi terjadi disebabkan oleh keradangan di bahagian tersebut.  Omega 3 sangat membantu untuk mengurangkan keradangan di sendi.



7) Asma & lelah 

  • Omega 3 mengurangkan keradangan di saluran pernafasan dan paru-paru, maka ia dapat mengurangkan risiko mendapat serangan asma bagi dewasa dan kanak-kanak.


8) Batuk berkahak dan selesema


  • Pengambilan minyak ikan semasa batuk dan selesema dapat membantu untuk mencairkan kahak agar dapat dibuang dengan baik. Ianya sangat penting bagi mengelakkan kahak terkumpul di paru-paru.


9) Migraine, kebas kaki dan tangan 

  • Apabila pengaliran darah tidak lancar, kita mudah mendapat sakit kepala serta kebas kaki dan tangan . Omegaguard sangat efektif membantu untuk menggalakkan pengaliran yang lancar ke seluruh anggota badan.





10) Pelajar atau pekerja yang mahu meningkatkan daya tumpuan & fokus.

  •  Kandungan EPA & DHA di dalam Omegaguard yang tinggi cukup membantu untuk kita meningkatkan daya fikir dan menggalakkan sel-sel otak berhubung dengan baik.



Jika ada tergolong dalam 10 golongan ini, anda patut mendapatkan Omegaguard hari ini juga

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi lanjut dan cadangan paling sesuai untuk anda.


Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Wednesday, September 23, 2015

Susu Soya Untuk Ibu Hamil dan Kesannya Terhadap Bayi

Pernah dengar tak, kalau ibu hamil rajin minum soya anak jadi putih gebu? Korang rasa betul ke atau sebaliknya?

Nak minum soya ke tak ni?


Secara peribadi saya memang suka sangat minum soya. Tak kira la masa pregnant ataupun tidak. Especially soya yang baru dimasak yang dijual di pasar malam Taman Maluri. Lagi syok bila minum yang panas.. hehe

Sepanjang pregnant anak pertama dan kedua saya amalkan minum soya setiap hari. Namun keduanya soya yang berbeza. Ada beza ke soya ni? Bukan sama je ke? Berdasarkan pengalaman peribadi saya, ternyata memang berbeza.

Dalam entry kali ni, saya akan share amalan minum soya semasa hamil dan kesannya kepada bayi yang dilahirkan.

Amalan minum soya semasa hamil anak pertama


Setiap bulan, saya akan beli 1 karton soya seasons kotak kecil. Nak jimat la konon kan..hihi. Tiap-tiap hari confirm minum paling kurang 1 kotak. Kalau lunch pun akan beli air soya. Memang jadi hantu soya.

Tak banyak yang saya expect sebab anak first kan. Just makan macam biasa, makan semua vitamin yang hospital bekalkan without miss. Ada la kot sehari dua yang lupa, tapi biasanya memang berdisiplin la. Padahal sebelum-sebelum tu sebotol vitamin c pun berbulan-bulan baru habis sebab asyik lupa je nak makan.

Berat pun naik dengan gembira, masa kandungan dah 36 minggu berat saya dah cecah 63kg. Masa tu la jugak mula alami sakit sendi tangan. Bila tanya doktor, memang ada ibu hamil yang mendapat Carpal Tunnel Syndrome, mungkin disebabkan saya sendiri kerja mengadap laptop, menaip dan menekan keyboard sepanjang hari.  Ok, carpal tunnel  ni takde kaitan dengan soya..cumanya sebab banyak minum manis, berat naik dengan gembira sampai dapat sindrom ni. Tangan habis kebas-kebas dan lenguh. Details ni nanti saya buat entry lain la pulak.. hehe

Saya pun tak ingat sejak bila, tapi kaki memang membengkak dengan jayanya.  Stretch marks mula muncul masa kandungan masuk 7 bulan , bermula dengan 1 garisan dan terus merebak dengan jayanya.huhuhu~

Kesan amalan minum soya terhadap anak pertama


Semasa lahir, biasa je..kulit cerah orang ingat bukan anak saya..hehe . ok sebab saya kuat berjemur. Fine. Lepas beberapa hari, Hanis mula mendapat rashes. Dari ruam susu , ke ruam peluh dan sampai la ke eczema. Macam tak pernah surut. Husband pun dah mula rasa tak syok. Segala macam krim sapu, ada la kering sekejap pastu nanti datang balik. Paling teruk masa umur Hanis 1 tahun 6 bulan, eczema dia berair dan berdarah. Segala celah pelipat lutut, celah peha, pinggang memang terkena.

Luka eczema dah agak kering selepas seminggu sapu ubat dari PCMC



Kat bawah pelipat peha ni ambil masa nak baik


Mula-mula ambil ubat klinik, elok je bagi dia antibiotik tu.. habis bengkak 1 badan. Terus saya buat appointment dengan dermatologist di PCMC. Rupanya Hanis allergic dengan penicillin. Lepas 2 minggu kot, barulah kering semua luka-luka eczema dia.

Kebetulan pula memang Hanis baru mula ambil Omega & Vitamin C, jadi sistem imun dia bertambah baik dan kurang sangat dah dia kena ruam dan eczema pun dah tak datang balik.

Amalan minum soya semasa hamil anak kedua

Sejak dari sebelum hamil, saya berkenalan dengan soya organik, non GMO kerana nak banyakkan susu gara-gara stok EBM penuh freezer semuanya hilang sekelip mata.

Walaupun pada mulanya macam agak memaksa diri, sebab rasanya lain sikit.. kurang manis kot.. tapi demi nak banyakkan balik EBM jadi saya layankan je. So bila dah terbiasa, saya keep on minum je sampai la tetiba baru tau dah pregnant. Bila saya tanya pada kawan yang jualkan soya ni, dia kata pregnant pun elok minum. Saya tak banyak soal, minum je la..

Saya sebenarnya mempunyai gastrik teruk. Kalau masa pregnant anak pertama, asyik bergantung pada ubat gastrik warna pink tu. Walhal tak la membantu sangat pun bagi saya. Cumanya kali ni, setiap kali kena gastrik atau pedih ulu hati, saya akan cepat-cepat bancuh soya ni. Alhamdulillah, biasanya dalam 15 minit tu dah rasa lega.

Kebiasaanya saya akan bancuh soya ni, setiap pagi masa nak keluar ke ofis. Bancuh dalam tumbler dan bawak masuk kereta. Sementara menghadap jem tu, habis la sebekas tu. Perut yang berkeroncong pun rasa terisi dah. Dan biasanya dalam pukul 9 baru saya pergi breakfast pulak. Menu biasa saya adalah roti canai pisang dan teh tarik. huhuhu~ siapa yang pernah makan je tau betapa heaven kombinasi dua ni.

Waktu lunch biasanya saya akan minum jus epal, ntah kenapa suka yang masam-masam pulak..hehe. Tapi yang manis-manis tu tetap hantu jugak.. Kek, aiskrim, donut, starbucks tu rasanya hampir setiap hari. ish ish..korang sila jangan folo habit tak baik ni okeh.

Tiap kali checkup doctor akan warning supaya jaga berat sebab kali ni nak cuba untuk bersalin normal. Mujur la jugak, walaupun kuat makan manis, berat saya dan berat baby naik dalam kadar yang sihat. Masa saya bersalin di 40 minggu 3 hari tu, berat saya baru nak cecah 63kg dan Hanna lahir dengan berat 3.1kg.

Agak musykil sebenarnya.. so rupanya bila saya siasat.. soya yang saya minum ni special rupanya, ditambah pula dengan Vitamin C yang diambil setiap hari, dia membantu mengawal kadar gula di dalam darah dan mengelakkan Diabetes semasa hamil. Alhamdulillah.

Memang saya perasan pun, pregnant kali kedua ni kaki langsung tak membengkak. Perut je membulat. Stretch marks ade jugak cuma tak se horror yang dulu. Kalau orang tengok dari belakang, tak tahu yang saya ni pregnant.. hehe



Kesan amalan minum soya organik & non GMO terhadap anak kedua

Ternyata saya membuat pemilihan yang betul. Soya ini sangat jauh berbeza dengan soya biasa di pasaran. Masa Hanna lahir, gebunya la kulit dia. Kemerah-merahan sampai saya gelarkan dia Humaira'.

Hanna Humaira'


Alhamdulillah, Hanna langsung tak pernah kena ruam termasuklah ruam susu. Eczema jauh sekali. Yang ni la yang saya paling risaukan sebenarnya sebab agak serik nak ingat apa yang jadi pada hanis.

Nak kata hanna putih, rasanya ni dah masuk umur 2 tahun baru tetiba nampak cerah sangat muka dia berbanding dengan kakaknya Hanis.

Bila dah nampak perbezaan yang ketara ni, sudah pasti saya akan teruskan untuk minum susu soya ni sepanjang kehamilan ketiga pulak nanti. Semua orang sukakan kulit bayi yang gebu kan, dan semestinya rasa kesian bila tengok bayi ada ruam-ruam mahupun eczema.

Bagi ibu-ibu yang suka minum soya atau yang jenis sweet tooth macam saya ( suka sangat dengan segala makanan manis) , saya amat menggalakkan anda mengamalkan soya organik ni jugak. Tak sanggup kan nak kena cucuk dan minum air gula bila kena diabetes semasa hamil.

Mana nak dapat soya organik dan non-gmo ni?


Hubungi saya di 0195537657 untuk mendapatkannya segera. Walau dimana anda berada, saya boleh hantarkannya segera. Usah tunggu lagi ye~


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe







Read More

Tuesday, June 24, 2014

Herbal Blend : Multi purpose cream

Jumaat lalu saya dan ramai SID lain menerima SMS dari Shaklee yang amat menggembirakan dan telah lama dinanti-nantikan.

"RM0.00 SHAKLEE: We are pleased to inform Herbal Blend Multi-purpose Cream(39078) & Shaklee Shaker(O0062) will be available today at branch & online. Thank you"

Secepat mungkin saya terus online, klik klik.. Order. Alhamdulillah berjaya dapatkan.

Mujur saya cepat, kerana ianya habis utk dibeli secara Online dalam masa kurang 2 jam!

Mungkin ramai yang masih belum tahu apa laaaaa krim yang HOT sangat ni?
Kan ke banyak lagi krim pelbagai guna lain di pasaran.


Nak tahu tak apa kelebihan Herbal Blend ni?


1 - PARABEN FREE
Penting ke nak kena Paraben Free ni? Jika Ada sikit2 tak boleh? 
Paraben adalah antara penyebab KANSER. Walaupun ada sedikit kandungannya tetapi dengan penggunaan berterusan, bukan kah jumlahnya berganda? 
Sekiranya anda mempunyai pilihan yang lebih selamat.. Kenapa berkompromi? 

2- Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

3- Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

4- Dingin, bermentol dan tidak berminyak.

5- Halal

6- Tanpa Steroid

7- Mudah digunakan dan mudah dibawa

8- Sesuai untuk semua golongan 

Apakah kegunaan  Herbal Blend?


Ianya terkenal dengan 1001 kegunaan antaranya...

  • Merawat ruam lampin, ruam susu yan biasa terjadi di kalangan bayi
  • Mengurangkan rasa gatal apabila disapu pada ruam demam campak
  • Membantu mengecutkan jerawat dengan cepat 
  • Merawat ekzema dan gatal-gatal gigitan serangga dan nyamuk
  • Melembapkan kulit dan melembutkan kulit lutut, siku dan tumit yang merekah
  • Boleh disapu di atas luka melecur, rasa dinginnya memberikan rasa yang menenangkan
  • Merawat nipple crack yang biasa terjadi dikalangan ibu menyusu 
  • Sesuai sebagai losyen harian

 1 tiub Herbal Blend berharga hanya RM27.50

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, hubungi saya segera di 0195537657

 ~Ilah~
Shaklee Independent Distributor ( 889805)

Call/SMS/Whatsapp : 0195537657
FB Page : Vitamagic Shoppe






Read More

Thursday, June 12, 2014

Bagaimana Mealshakes membantu perkembangan Hanis?

Assalamualaikum ibu hebat!

Semalam saya dah ceritakan bagaimana hanis mula mengambil Omegaguard sebagai suplemen.
Bukan setiap hari ye.. 
Ada panduan mengikut umur

Entry kali ini saya nak ceritakan pula bagaimana hanis mula mengambil Meal Shakes Shaklee dan apa yang terjadi pada hanis.

Saya mula memberikan hanis Mealshakes sejak dia berusia hampir 2 tahun. 

Pada mulanya saya agak kedekut dan adakalanya lupa atau malas hendak mencampurkan Meal Shakes ke dalam susu hanis. Haha. Teruk betul kan? 
So masa tu mungkin seminggu sekali je la saya buat.

Walaupun seminggu sekali, tetap ada kesan... hanis dah tak sembelit. Satu perkara yang sangat menggembirakan bagi saya. Tak sanggup rasanya melihat hanis beria-ria meneran muka merah masa nak membuang.

Saya sebenarnya mengharapkan hanis bertambah selera makan. Sebabnya dia ni sangat la susah nak bagi makan. Main tu lagi penting bagi dia. Bila dah lapar sgt, mengantuk baru nak mintak susu.

Dah lepas beberapa bulan baru la saya rajin sikitmenambahkan kekerapan memberi Mealshakes kepada hanis.  selepas itu hasilnya ternyata berbeza. Hanis makin kerap mintak makan! Kadang2 jika terlambat masak dia akan mencari makanan di atas meja. Hihi..
Atau pun saya akan sediakan beberapa potong buah sementara saya masak.  

Dah jarang skali dia menolak makanan melainkan ia terasa pedas atau rasa yang tidak disukainya. Oh! Hanis sgt suka makan buah, yang tu saya tak tau nak buat camne.. Hmmm... Dia akan memilih buah berbanding nasi atau mee jika keduanya diletakkan di meja.

Walaupun saya tidak dapat memberikan hanis susu badan sehingga usianya 2 tahun, tetapi saya berusaha mencari alternatif agar Hanis tetap mendapat yang terbaik. 

Ingat tak dlm entry sebelum ini saya ada bagi tahu hanis ada eczema?
Ianya sangat teruk ok! Sehingga satu tahap saya perlu membawa hanis berjumpa pakar kulit. Dan ketika itu juga saya dpt tahu hanis alergik dgn penicillin.

Sekarang , parut2 yang dulu memenuhi leher, pelipat2 kaki dan tgn semua dah hilang. Alhamdulillah.

Setakat ni saya belum jumpa sebab saya perlu berhenti memberikan Meal Shakes & Omegaguard kepada hanis.. 

Dulu hanis byk bergantung pd ubat-ubatan yang dapat dari hospital kerana demam, batuk, selsema, eczema... 

Masa tu saya belum kenal Shaklee. Sekarang, hanis dah tak perlukannya lagi.



Saya yakin Meal Shakes & Omegaguard adalah pilihan terbaik. Tak perlu diragui kehalalannya, disahkan dr sumber terbaik dan membekalkan nutrisi yang lengkap utk hanis yang sedang membesar.

Semoga ibu-ibu hebat lain juga membuat pilihan yang tepat.

Sekiranya ibu-ibu hebat mahu mendapatkannya, Hubungi saya segera ya!

~Ilah~
Pengedar Sah Shaklee (889805)
SMS/Whatsapp 0195537657
FB Page: Vitamagic Shoppe
Read More