Homestay Selesa paling dekat dengan Legoland

Leave a Comment
Sejak kami ada Annual Pass untuk Legoland,  kami mengambil keputusan untuk menggunakannya sebaik mungkin. So setiap kali ke Legoland, haruslah stay di sana sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam. Namun disebabkan keadaan cuti encik suami yang tidak menentu dan sukar dijangka, jadi sukar nak booking Legoland hotel lebih awal untuk mendapatkan rate yang murah.

Premium Access Card


So, the next best choice adalah homestay yang berdekatan. Berdekatan maksudnya boleh jalan kaki je ke Legoland tu. So far option yang ada adalah Medini & Afinity Residency.. Maybe dalam setahun dua ni siap la bangunan kondo kat sebelah tu pulak. So, bila anak dah kepenatan nak rehat atau cuaca tidak mengizinkan..boleh balik rehat sekejap di homestay.

Biasanya kami akan booking homestay melalui AirBnB untuk mendapatkan booking confirmation yang meyakinkan. lagipun ada banyak pilihan homestay beserta gambar unit tersebut. Nak studio, nak apartment 1 atau 2 bilik.. scroll je dan pilih la mana yang disukai.

Homestay bertema Hello Kitty


Kali pertama kami stay kat sana, kami pilih homestay yang bertemakan Hello Kitty di ruang tempat tidur anak-anak. Oh, dalam bilik air pun ada kelengkapan mengikut tema Hello Kitty. Memang excited sangat si Hanis & Hanna tidur di katil mereka.

Tingkap di bilik master pun terus je dapat view Legoland. Unit yang dilengkapi aircond, bath tub, dapur yang lengkap,  TV yang besar beserta DVD player sangat memuaskan hati. Design rumah pun sangat cantik.

Master bedroom

Hall

Bilik Hello Kitty



Homestay 2 bilik & Homestay 1 bilik


Kali kedua kami kesana bersama keluarga encik suami, kami mengambil 2 unit apartment. Ramai beb, so haruslah ambil dua unit. Homestay 2 bilik tersebut tersedia mesin basuh tau. So boleh basuh baju sendiri kemudian kalau nak cepat keringkan je guna dryer di DIY laundry di bawah aparment tersebut.

Manakala di dalam homestay 1 bilik pula, tiada mesin basuh mahupun bath tub, namun tersedia tilam tambahan dan juga Sofa Bed yang selesa. Jadinya, Hanis & hanna tido je di sofa bed.. hehe.

Ketiga-tiga unit homestay tersebut adalah diuruskan oleh host yang sama iaitu Danny & Jo. Bezanya mereka dengan host lain adalah, tiada cas pembersihan dikenakan. Jimat la sikit kan.. So, sebelum kita check out mesti pastikan semua sampah dibuang di bilik sampah dan keadaan rumah dalam keadaan super kemas seperti masa check in. Senang je tu beb..

Dan bagi setiap unit, akan dapat akses ke parking di basement yang dijaga sepanjang masa oleh pakgad. Rasanya memang secure la.. InsyaAllah.

Bagi uols yang baru rasa nak cuba-cuba guna Airbnb, dun worry.. takde isu la nak kena tipu ke apa.
Boleh klik di bawah ni untuk korang mula guna ye.. siap boleh dapat credit percuma untuk first timer..

Kalau uols nak cari homestay yang berdekatan Legoland , tulis  je Legoland sebagai destinasi.. pastu pilih yang dia tulis sebagai walking distance. Dan kami sangat-sangat rekemen korang cuba unit yang dimiliki oleh Danny & Jo. Memang puas hati.

Tempah Homestay menggunakan airbnb


p.s: To Danny & Jo, should you read this.. dont forget to let us stay 1 night for free  ( hahaha)
(entry ni tak berbayar tau... sekadar pendapat peribadi semata-mata)

Makan di Medini Mall
View dari  Master Bedroom. Medini mall tu banyak kedai makan

Untuk sarapan, ada hari yang encik husband tapau roti canai dan ada juga hari yang anak-anak bangun awal dan kami breakfast di sana sebelum masuk ke Legoland. Harganya memang agak mahal sedikit la.. kalau uols rajin boleh je driver ke luar cari tempat makan lain. Kami tak rajin.. haha

Lunch takyah risau dah, memang kami makan dalam Legoland je.. itupun selalunya late lunch sebab breakfast tu kadang dah lewat, so lambat la sikit laparnya.. lagipun kami memang ada selit2 biskut (dan air kotak milo) dalam beg.. hehe. Air masak pun bawak 2 botol.. tapi bukan guna botol mineral tu tau, guna la bekas air macam Rubbermaid tu.. tu memang boleh bawak. Kami memang angkut bekas air shaklee je.. sonang

Dan untuk dinner, masa yang anak-anak tak pengsan (selepas seharian di Legoland) kami jalan-jalan cari makan. Jangan risau, tak jauh pun nak keluar dari area Nusajaya ni. Masa hari yang diorang pengsan, encik husband tapau je nasi ayam.

Kita jalan dengan kanak-kanak kan, kena la fleksibel sikit.

Jadi, diharapkan dengan sedikit perkongsian ni, boleh jimat sikit air liur den nak cerita setiap kali ada kawan yang bertanya .. wakakaka .. (gurau jek wehh) .

Almaklumlah, kita ni pun makin hari makin lupa..so bila tulis kat sini senang nak rujuk balik di masa hadapan.

Selamat bercuti ke Legoland. Serius memang best. Setakat sehari confirm tak puas.

dengan pesanan tambahan, kalau kaki korang lenguh berjalan seharian jangan lupa telan Ostematrix lebih sikit sebelum tidur.

Sukakan entry ini?
Jom share!




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment