Tips Mudah Kenal Pasti Bayi Kembung atau Tidak

Leave a Comment
Colic atau sawan tangis dalam bahasa Melayunya, sepertimana yang di fahami ramai, dan seperti yang sering di tulis dalam kebanyakkan artikel, di rujuk sebagai episod tangisan berpanjangan di kalangan bayi yang di sebabkan oleh ketidakselesaan perut, terutamanya akibat kembung. Itulah yang kita percayai selama berabad lamanya tambahan pula, colic yang berasal dari perkataan Greek iaitu Kolikos membawa maksud usus atau organ perut. 

Benarkah colic (sawan tangis)= kembung perut?. Mari kita periksa istilah ini dari sudut perubatan:

Bayi colic adalah bayi SIHAT yang kuat menangis dan di gambarkan oleh kesemua ciri berikut: banyak menangis seawal usia 3 minggu, 3 jam dalam sehari, 3 hari dalam seminggu, 3 minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia 3 bulan . Ciri ini di formulasi buat pertama kali oleh Dr. Morris Wessel sebelum di ulang kajian oleh Dr Berry Brazelton pada 1962 ke atas 82 orang bayi. Ia merupakan perbandingan jumlah banyaknya bayi colic menangis berbanding bayi dari kategori 'mudah'  iaitu tidak melebihi 2 jam dalam sehari. Maka jelas, colic merujuk kepada corak tangisan sesetengah bayi semata-mata. SEBAHAGIAN BESAR BAYI COLIC SIHAT DAN BUKAN DALAM KESAKITAN.




Beberapa kajian ulangan membuktikan HANYA sekitar 10-15% bayi colic benar-benar banyak menangis di sebabkan oleh pelbagai masalah ketidakselesaan perut. Sains membuktikan, BUKANLAH amat mudah untuk bayi terkena kembung atau alah pada sesuatu makanan yang di ambil ibu. 

Malah, pada 1970an, Dr. Ronald Illingwood dari England pernah membuat perbandingan x-ray perut bayi colic dan bukan colic ketika kedua-duanya di puncak tangisan dan mendapati, TIADA perbezaan jumlah gas dalam perut keduanya. 

Masih ragu?. Baiklah, jika bayi anda menangis beria-ia atau resah tak sudah-sudah dan anda hampir buntu untuk memikirkan puncanya lalu mula mahu menyalahkan kembung dan mahu segera mengambil gripe water untuk disumbat ke mulut bayi bagi mententeramkannya, sila ambil masa untuk mencuba beberapa tips dibawah yang lebih selamat;

1. Pasangkan penyedut hampagas ( vacuum cleaner) dalam jarak kira-kira 4 kaki dari bayi. 

2. Mandikan bayi dalam air suam.

3. Bawa bayi menaiki kereta dalam beberapa pusingan. Melalui jalan berbonggol lebih bagus.

4. Berjalan ambil angin di luar didalam kereta sorong atau gendongan

Kesemua 4 tips diatas ADA PENJELASAN yang tersendiri bagaimana ia dapat membantu anda mengenal pasti jika benar bayi menangis dan resah sebab kembung atau tidak tetapi agak panjang untuk diterang setiap satunya.

Buat masa ini, sifirnya, jika bayi anda dapat berhenti menangis walaupun seketika, ok, tersenyum dan nampak tenang seketika, IA ADALAH BUKTI BAHAWA BAYI BUKAN SEDANG KEMBUNG. Mengapa?. Kerana kembung perut itu amat menyakitkan dan adalah tidak logik bagi mana-mana bayi yang di serang sakit perut yang teruk, boleh di tenteramkan, boleh berhenti untuk tersenyum atau diam dengan teknik-teknik 'mudah' seperti ini!. Bayi yang sedang kembung seharusnya akan terus menjerit dan kesakitan itu tidak akan hilang walau anda mencuba kesemua 4 tips diatas.

Usahlah terburu-buru menyumbat bayi kecil anda dengan gripe water tanpa sekurang-kurangnya mencuba tips diatas. Mengapa?. 

Pertama, apakah kemungkinannya bayi anda yang kuat menangis itu adalah disebabkan kembung sedangkan hanya 10-15% saja bayi yang benar-benar kuat menangis angkara hal perut?. 

Kedua, adalah menjadi larangan yang diketahui umum bahawa tidak sepatutnya ada sebarang cecair atau pepejal asing yang memasuki badan bayi selain susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama melainkan jika mendapat kebenaran doktor. Jadi, adakah anda pasti jika bayi anda memiliki sistem badan yang boleh bertoleransi dengan ramuan yang terdapat dalam gripe water tersebut?. 

Ketiga, gripe water TELAH BANYAK kali dibuktikan di makmal perubatan sebagai tidaklah lebih bagus pun dari air kosong. Kebanyakkan gripe water hanya mengalihkan kesakitan bayi melalui kesan (effect) bahan penenang seperti kandungan alkohol yang tinggi atau sodium bicarbonate sebagai ganti.

Kredit : FB Page Baby Language 

Bagi ibu menyusu yang sering mempunyai gastrik, perut cepat masuk angin jika lapar, cuba amalkan meminum Energizing Soy Protien yang bukan sahaja mengenyangkan , membantu mengatasi masalah gastrik dan memekatkan susu. Boleh juga diambil bersama Peppermint Ginger Plus yang pantas menghilangkan angin.

-Mamamyraslove-
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment