Resepi Roti Puri yang mudah dan cepat

2 comments
Semalam masa dok scroll newsfeed kat FB, tetiba terjumpa ada resipi ni ada orang share. Bila tengok kan bahan-bahannya macam semua ada kat dapur. So apa lagi.. try je la. Sebab nampak senang memang senang pun. Lagipun memang tengah takde idea nak makan apa petang semalam..

Jadinya, sebelum solat asar, saya mulakan langkah. cewahhh.. sampailah step yang nak kena peram. Lepas solat baru sambung...

roti puri. gambar ihsan google


Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum*
1sdt yis kering brand mauripan*
1sdt gula*
3sdb minyak masak*
1/2 sdt garam*
3/4 cawan air panas

Cara-caranya

1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

Tips mudah menghilangkan mengantuk tanpa kopi

Sebenarnya saya agak musykil, kenapa doh tak mengembang lepas diperam. hahaha.. first time la katakan. Rupanya bila dah goreng tu baru mengembong ikut diameter yang kita gelekkan tadi.

saiz doh roti puri
Inilah rupa doh yang dah dibulat-bulatkan. Lepas peram pun rupa sama gak. hihi


Disebabkan kami asyik melayan kari 2 hari berturut-berturut. So saya decide untuk makan roti puri dengan sambal ikan bilis. Perghhhhh... sedapppp wehhh.

gelek roti puri
Pembantu cilik yang nak tolong gelek doh sebab seronok main tepung

Buat air teh o panas plak tu... memang syok laaa.. cuaca kat luar pun mendung je kejap-kejap hujan. memang terbaikkk! korang mesti cuba tau.

p.s: gambar lupa nak snap sebab tak sabar nak makan. hahaha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. terima kasih untuk resepi puri.alhamdulillah,menjadi dan sedap.semangat nak buat lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share resepi..da berulang kali buat pakai resepi ni.. anak2 suka.

    ReplyDelete