Panduan Menjual Rumah Melalui Agen Yang Anda Wajib Tahu

6 comments
Baru-baru ini kami bercadang untuk menjual rumah yang kami diami di Kuala Lumpur. Pada mulanya kami hanya meletakkan iklan di Mudah.my. Beberapa minit selepas itu, suami saya tak putus-putus menerima panggilan.

Betul ke jual sendiri lebih untung?


Panggilan yang bertalu-talu tersebut bukan dari pembeli namun semuanya adalah agen hartanah. Mereka akan cuba untuk mendapatkan maklumat rumah yang hendak dijual supaya mereka dapat meletak semula iklan. Ada juga yang mahu datang melihat sendiri rumah, namun kami bertegas hanya menerima kunjungan sekiranya mereka membawa sekali potential buyer.

Kebetulan pula, semasa kami sedang sibuk berurusan dengan ramai agen, terdapat wawancara mengenai topik yang sama di TV. Jika tak silap ianya rancangan Assalamulaikum di TV Al Hijrah. Dari situ saya mendapat beberapa tips untuk memastikan urusniaga kami sah dan tidak ditipu oleh agen.


1. Pastikan ejen tersebut berdaftar. Cara yang mudah adalah semasa anda menghubungi atau dihubungi ejen tersebut, minta mereka berikan gambar kad perniagaan @ business card  melalui whatsapp.

Setelah itu, anda boleh merujuk ke laman web rasmi Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah  bagi memastikan ejen dan agensi tersebut adalah berdaftar. Sekiranya nama mereka tiada dalam senarai, ada kemungkinan mereka adalah agen yang baru. Usah risau, anda boleh hubungi LPPEH di talian 03-22888815/16/17 dari jam 8pagi hingga 5 petang bagi mendapatkan kepastian.

2. Menggunakan borang Agreement to Purchase yang sah
Borang tersebut mesti mempuanyai Nama, alamat, nombor telefon dan no siri pendaftaran syarikat. Ia juga tertulis dengan jelas terma urusniaga, maklumat penjual dan pembeli serta agen yang mengendalikan urusniaga jual beli rumah.

borang warna hijau ni salinan penjual. Tulisan pun tak berapa nampak
 3.  Pastikan semua pembayaran booking dibuat keatas akaun bank syarikat dan bukan akaun persendirian. Jika agen tersebut meminta pembeli memberikan wang tunai ataupun mendepositkan wang kepada akaun persendirian, jangan teruskan urusniaga tersebut. Jika wang sudah diberikan kepada akaun persendirian, agak sukar untuk mendapatkannya semula dan anda berisiko besar akan kehilangan wang tersebut.

Tak syok la kalau tiba-tiba pembeli dah bayar booking pada agen, pastu agen menghilangkan diri. Mesti buyer tu ingat kita nak tipu dia. So, lepas buyer dah bayar booking tu, dia akan dapat resit pembayaran dari agen.

Pada saya 3 tu la perkara paling penting. Dan kebiasaannya pembeli akan membayar 3% sebagai booking, 7% lagi dibayar semasa tandatangan S&P dan baki 90% melalui pinjaman bank. Kalau yang dah rumah ketiga tu pecahannya akan jadi berbeza sedikit namun biasanya booking tetap 3%.

Kebiasaanya agen yang dapat membawa potential buyer akan meminta kita menandatangi borang Exclusive Authorization To Sell. So kiranya bila kita dah sign, mana-mana agen lain yang berminat boleh la joint venture dengan agen yang dah dilantik tu. Mengikut pengalaman dan bacaan lain, bila kita dah sign Exclusive Authorization ni, agen tersebut akan berusaha lebih sedikit untuk memastikan dia mendapat buyer.

Apa yang terjadi apabila menjual rumah melalui agen?


Pada mulanya memang kami berhasrat untuk menjual rumah tanpa agen.. macam ada rasa ruginya bayar agen mahal-mahal kan.. hehe. Mana taknya, bayaran agen sahaja dah mencecah 3% dari harga rumah. Jika harga yang dipersetujui adalah RM420K, maka  RM12600 adalah bayaran kepada agen tidak termasuk GST. Cas GST adalah 6% dari RM12600 iaitu RM756. Fuhhh~ Tambah sikit lagi dah boleh beli mesin basuh baru. sobsob..

Kami tak diberitahu dan memang tak tahu pun sebenarnya mengenai adanya cas GST ni. Lupa nak tanya pun sebenarnya. Hanya apabila Encik Suami pergi ke pejabat Lawyer untuk menandatangai Perjanjian Jual Beli ( S&P) , barulah lawyer tu ada bercerita secara jelas. Bila difikirkan secara logik, memang ada sebab agen memberikan servis, dan servis dikenakan cukai.

Kerja agen ni pun sebenarnya mudah je, cari pembeli berdasarkan maklumat yang pembeli berikan, bawa potential buyer untuk melihat hartanah yang dijual, dapatkan nilai semasa hartanah, hubungi agen bank yang biasanya memang diorang dah kenal pun, dan hubungi lawyer yang juga biasanya diorang dah kenal pun. Sebab tu kami akan tetap mintak update dari Agen yang dibayar ni mengenai status terkini mengenai loan buyer, buyer dah sign S&P ke belum.. padahal waktu yang sama memang dah directly contact dengan buyer dan lawyer tu. hihi~

Encik Suami tetiba dah berangan nak jadi agen hartanah plak sebagai kerja part time dia bila cuti.. huhu..

Seandainya kita mempunyai masa untuk menguruskan segala yang diuruskan oleh agen tu, ada kenalan dengan lawyer dan agen bank, boleh juga consider untuk uruskan semuanya sendiri. Namun jika nak balik kerja tepat pukul 5 pun tak pernah berjaya.. lebih baik la kita bayar je agen tu. Apa-apa hal contact je dia mintak update. Kalau korang ada kawan yang kerja sebagai agen, cuba la minta diskaun yuran agen tu..biasanya boleh la dapat. hihi.

Makanya, dalam masa 3 bulan ni..kami akan kata babai pada orang KL dan Hello orang Seremban..
Rasanya sempat la tunggu Hanis cuti sekolah hujung tahun nanti baru kami akan pindah. Lama jugak kami bertapa di KL ni walaupun dah setahun lebih diriku menjadi surirumah perpendapatan.

Nak jadi surirumah yang berpendapatan 5 angka? Jom sertai program YES hari ini juga. Hanya ikut sistem yang tersedia dan anda akan layak untuk menyertai Asia Star Trip ke Bangkok tahun hadapan. Hubungi saya di 0195537657 untuk peluang hebat ini.

Kongsikan entry ini kepada rakan dan saudara anda sekiranya anda merasakan ianya menarik dan berinformasi.

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete