Tuesday, February 3, 2015

DIY Masker Yogurt Untuk Ibu Yang Tak Sempat Ke Spa

Rindu sangat rasanya nak ke spa, bila badan diurut disapu masker memang terasa segar. Tapi apakan daya, takkan nak angkut heroin dua orang ni. So, haruslah kita fikirkan alternatif yang mudah dan murah untuk bermasker dari muka hingga hujung kaki dirumah.

Di rumah saya stok ESP biasanya memang selalu ada, jadi saya cuma perlu beli yogurt. Pilihan saya Yogurt Asli ni, dibeli di Tesco dengan harga RM0.99. So bermasker la kita pagi tadi.

2 bahan utama untuk masker

Bahan yang diperlukan

  • 1 sudu ESP
  • 1 sudu Yogurt Asli
  • Sedikit Air



Yogurt + ESP + Air

Cara Penyediaan Masker

  • Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk, 
  • Gaul sebati menggunakan sudu 
  • Sapukan di muka dengan sekata 
  • Biar selama 30 minit
  • Sebelum bilas, basahkan sedikit muka dan gosok muka dengan masker yang telah kering.
  • Bilas sehingga bersih
  • Ulang setiap hari selama seminggu untuk hasil yang mengagumkan
Setelah digaul rata

Kelebihan Masker ESP

  • Membuatkan kulit lebih cerah berseri dan anjal, menjadikan tona lebih sekata dan menghilangkan garis-garis halus.
  • Melembut dan melembapkan kulit. Sangat sesuai dilakukan semasa musim panas atau yang selalu terdedah dengan econ untuk masa yang lama.
  • Menghilangkan parut jerawat. Parut jerawat minggu lepas dah nampak pudar selepas 2 hari bermasker.
  • Murah dan mudah disediakan. Hasil campuran masker tersebut mencukupi untuk saya lulur satu badan.
DIY Masker bagi Ibu sibuk

Pilihan lain...


Jika anda mempunyai Vita E  atau Vitamin C Shaklee atau Vivix, boleh juga dicampurkan  dengan campuran masker. Setiap vitamin ini mempunyai kelebihan tersendiri dan sangat berkesan untuk mendapatkan kulit yang mulus.

Jika kita tidak mempunyai kelebihan waktu untuk membuat masker setiap hari, boleh juga diamalkan setiap hujung minggu.

Waktu terbaik untuk bermasker adalah waktu pagi. Namun boleh juga bermasker pada waktu malam sebelum tidur.

Dapatkan variasi resipi ESP untuk mendapatkan kulit gebu dengan cepat.

Jadi tak perlu susah hati ya, walaupun kita tidak mempunyai kelebihan waktu untuk membelai tubuh di spa, kita masih boleh lakukan sendiri di rumah.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan ye~

Salam sayang,
Mamamyras
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment