Bila senggugut, memang berguling menahan sakit |
Semasa dah kerja pun, bila senggugut je saya terpaksa MC. Paling kritikal, saya senggugut di opis, muka sampai dah pucat lesi, so kawan-kawan terpaksa hantar saya balik rumah. Mujur la rumah saya cuma 12 km je dari opis.
Memang tak boleh lupa segala kenangan berguling-guling tu. Muka pucat lesi, badan rasa seram sejuk, pinggang rasa nak patah, kalau silap makan boleh termuntah sekali. Pernah juga cuba dengan meletak beg air panas, minum air panas dan segala macam cara namun tidak membantu.
Orang kata lepas kahwin nanti takde senggugut dah? Bagi saya sama je, lepas kahwin dan beranak sorang pun masih ada kejadian berguling-guling. Sehinggalah suatu hari rakan saya mengesyorkan saya mengambil B Complex & Ostematrix bila kena senggugut. Kebetulan saya memang ada stok 2 vitamin tu di rumah sebab saya menyusukan anak. Alhamdulillah, tak lama lepas tu sakit senggugut tu beransur-ansur hilang dan dalam masa setengah jam saya dah boleh buat kerja macam biasa.
Tu kisah saya yang memang senggugut sejak dulu. Ada juga wanita bertuah yang langsung tak pernah kena senggugut. Namun bila tiba-tiba kena senggugut macam Kak Maria ni, huhuhu.. tuhan je la yang tahu rasanya.
Macam Mana B Complex & Ostematrix membantu mengurangkan sakit senggugut?
Ostematrix
- Melegakan kekejangan otot dan sakit pinggang
- Mengurangkan stress dan sakit semasa datang haid
Bagi wanita yang sering kena senggugut setiap kali period, amat digalakkan untuk mengambil GLA (Gamma Linolenic Acid) bagi membantu mengawal selia hormon di dalam badan. Sekaligus mengurangkan potensi mendapat senggugut. GLA yang terkandung di dalam GLA Complex diambil dari minyak bunga borage.
Sejak saya bersalin anak kedua, saya tidak didatangi haid kehingga anak berusia 1 tahun 3 bulan. Mungkin kerana faktor saya menyusukan anak saya sepenuhnya. Saya mula mengambil GLA 3 bulan lalu dan ia menyebabkan saya tidak sedar saya period! Langsung tiada cramp atau rasa nak berguling. Cuma saya terasa lenguh pinggang, yang saya sangkakan kerana terlalu lama mendukung anak. Tetiba je rasa basah, terus pergi check.. mujur bawa pad spare di dalam beg.
Bukan sekali tetapi 2 kali terjadi begitu, memang langsung takde amaran. Terus terjah je period ni. hihi~
Sehingga hari ini saya masih mengamalkan GLA, B Complex dan Ostematrix sebagai vitamin harian saya. Tak sanggup dah rasanya nak sakit terguling-guling.
Bayangkan anda merasai pengalaman period yang langsung takde senggugut. Mesti happy je sepanjang hari, aktiviti yang dah dirancang tetap boleh On macam biasa. So, kena dapatkan Set Senggugut ini hari ini juga ya. Mudah sangat caranya, Whatsapp saya di 0195537657 dan saya akan buat penghantaran segera. InsyaAllah.
Salam Sayang,
mamamyras yang tak senggugut lagi :)
0 comments:
Post a Comment