Sunday, July 27, 2014

THIS is WAR! * dengan Nyamuk

Antara persediaan balik kampung sempena raya adalah sekotak ubat nyamuk Antimos. Sebelum ni memang pernah guna di rumah dan saya yakin ianya terbukti efektif. Kenapa saya pilih Antimos? Kerana saya memilih untuk bertukar untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan. Kiranya Go Green la!~

Antimos ni guna Serai Wangi yang memang diketahui sebagai penghalau nyamuk yang berkesan. Tetapi mesti diletakkan di tempat yang betul atau si nyamuk2 kelaparan akan menyerang!
Masa mula-mula buka penutup Antimos ni, saya letakkan di kepala katil. Oh! baunya sangat la kuat! So tak lama lepas tu saya letakkan di bawah katil. Ternyata tindakan tersebut adalah salah dan mengundang bala! 

Saya sangat TERKEJUT melihat 5 ekor nyamuk kekenyangan darah Hanis Hanna selepas sahur pagi tadi!Ohhh nak marah sangat-sangat. Ada juga yang dah terkorban dipenyek Hanis.



Makanya terus saya tukar strategi meletakkan Antimos di depan kipas. Supaya angin yang dibawa dpt menghalang nyamuk daripada terus bermaharajalela. Muahahaha! 


Ternyata selepas itu tiada lagi nyamuk berterbangan. Tetiba jadi mama yang bangga! 

Oleh kerana muka hanis Hanna dah berbintat-bintat dek gigitan nyamuk2 durjana, maka kena la amek langkah menyelamat untuk mengurangkan kegatalan.
Mujur saya bawa balik Herbal Blend. 
So saya calit-calitkan di muka, kaki dan tangan comel yang telah diserang nyamuk.


Abes dah kurang comel muka anak daraku. Sedih okeh!


Herbal Blend ni pun sekarang menjadi feveret saya sebab ianya Multi-Purpose dan telah terbukti mengurangkan gatal2.
Krimnya tak melekit atau berminyak. Pergi mana-mana pun wajib bawak krim ni. Satu lg sebab, ia boleh digunakan oleh semua ( baby --> org dewasa)dan bole jadi losyen tangan. Dan ianya sangat sesuai untuk kanak-kanak yang berkulit sensitif.

Oleh kerana losyen ini sangatttt HOT dan selalu kehabisan stok di branch Shaklee, maka saya memilih untuk menyimpan stok Herbal Blend di rumah.

Berharga hanya RM 27.50, ia adalah losyen wajib di setiap rumah.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Herbal Blend , boleh lah Hubungi saya dengan segera di 0195537657.

COD bagi Pandan Perdana, Maluri, Pandan Jaya, Tesco Ampang, KLCC dan kawasan sekitar.

Penghantaran pos dibuat ke seluruh Malaysia.





 
 
Read More

Monday, July 21, 2014

Kelas Blogging Power @ Bangi


Alhamdulillah hari sabtu lepas saya berkesempatan hadir ke kelas blog anjuran Master Lydzar di Bangi.
Kelas bermula jam 2 petang dan tamat pada jam 6 petang. Kelas dikendalikan oleh. Cikgu Faiz. Antara topik menarik adalah mengenai menjadikan blog sebagai SEO dan cara penulisan entry yang menarik.

Kelas blog ini merupakan salah satu aktiviti di bawah Master Lydzar untuk semua downline yang mahu berbisnes tak kira berapa level di bawah. Menarik bukan?



Lebih menarik lagi... Ianya kids & baby friendly. Korang pernah hadir kelas yang mempunyai lagu latar belakang Let It Go, Twinkle-twinkle little star, upin ipin, alif baa taa  dan ber macam lagi? Pastu tetiba dgr plak baby nangis nak susu.. Tak lama nampak plak budak2 berlari melompat dan sebagainya. Saya percaya ianya hanya boleh didapati dalam kelas@event Shaklee sahaja. Walaubagaimanapun ia tidak mengganggu proses pembelajaran. 

Saya sendiri membawa Hanis yang berusia 3 tahun dan Hanna yang berusia 1 tahun. Ada masanya saya perlu duduk di sudut untuk menyusukan Hanna dan kembali ke tempat setelah Hanna tidur. Namun saya tetap dapat mendengar dengan baik dan mencatat nota.

Inilah satu satu sebab saya memilih untuk menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan saya sekarang. Tanpa perlu meninggalkan anak-anak dirumah saya masih boleh mengembangkan potensi bisnes saya.

Setelah kelas tamat, kami diberi tugasan menyiapkan satu entry berdasarkan pelajaran hari itu. Oleh kerana masing2 sibuk menguruskan anak2, jadi kami diberi masa sehingga keesokan hari untuk menghantar assignment.

Sebelum berbuka puasa, semua kanak2 berkumpul dan menyanui kan lagu Happy Birthday untuk Hanis.



Selepas berbuka puasa dengan hidangan nasi Arab yang telah ditempah, kami bergilir2 untuk solat Maghrib dan sesudah itu bersama-sama membersih dan mengemas semula kelas.

Saya pulang pada jam 9 malam dengan ilmu penuh di dada. Terasa sungguh bertuah di dalam group yang betul. Tak putus-putus bimbingan diberikan bagi yang mahukannya.

Anda nak jugak? Jom jana pendapatan bersama Shaklee di bawah group kami yang kebaboom! 

Bagaimana caranya? 
Dengan hanya bermodalkan RM65 sebagai yuran keahlian, anda sudah boleh menjana pendapatan!

Tunggu apa lagi????
SMS/ Whatsapp saya sekarang di 0195537657.


 
Read More

Sunday, July 20, 2014

Energy Booster Terbaik Bagi Anda Yang Sering Kepenatan

Pernah tak anda merasa badan dah  lesu tak bermaya.. tetapi checklist kerja anda masih banyak yang belum bertanda.. Nak buat macam mana kan, semuanya perlu disiapkan sebelum anda pergi bercuti. Nak siapkan kertas kerja, meeting dengan klien, pergi bank, lepas lunch nanti ada presentation pulak. Ohhhh.. penatnya!

Ya, saya pernah merasa semua keadaan tersebut dan terasa macam nak pengsan. Terkejar-kejar menyiapkan semua tugasan.




Suatu hari saya diperkenalkan dengan Cinch Tea oleh seorang kawan. Katanya energy booster.. dia kesian melihat saya kepenatan. Saya beritahu yang saya breastfeed, boleh ke minum? Dia angguk.
Tanpa banyak soal, saya pun bancuh la 1 sachet.. mudah je pun, tuang dalam air sejuk.. kacau. dah boleh minum.. Saya pun takde la expect apa2 masa nak minum tu tetapi secara tak sedar tiba-tiba saya mendapat tenaga tambahan, macam kena cas! hihi . Alhamdulillah, lega bila rasa bertenaga dan boleh siapkan tugasan.

Sangat sedap diminum sejuk atau panas
Oh, bagi anda yang tertanya-tanya.. rasa cinch tea lebih kurang macam teh hijau.Bagi penggemar teh tentunya sukakan rasanya.

Ternyata Cinch Energy Tea Mix ni bukan sahaja bertindak sebagai energy booster malah membantu meningkatkan metabolisma. Apa kelebihan metabolisma yang tinggi? Jika anda sedang berusaha untuk kurus, metabolisma yang tinggi sangat diperlukan bagi membakar kalori. Jadinya mudah la untuk anda kurus dengan cepat.

Jom kita tengok ada apa dengan Cinch Tea ?

**************************

Cinch® Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!

Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. 


•    Selamat, peningkatan tenaga semulajadi.  Diminum secara panas atau sejuk. 
•    Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
•    Peningkatan tenaga segera.
•    Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan



Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


**************************



Amacam, best kan? Sejak saya jumpa Cinch Tea ni.. saya tak cari dah energy booster yang lain. Anda pun boleh dapatkan Cinch Tea yang sangat best ini!

Macam mana nak dapatkannya? Hubungi saya segera, bagi anda di kawasan Kuala Lumpur saya boleh hantarkan kepada anda.

Namun jika anda memilih untuk menerimanya melalui pos juga tiada masalah.

Hubungi saya segera untuk merasai kehebatan Cinch tea ini hari ini juga!


Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe


Read More

Tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Assalamualaikum & Selamat Membaca

Cuaca panas terik mudah ataupun badan yang penat akan membuatkan kita mudah merasa mengantuk ketika memandu. Tambahan pula di musim perayaan nanti kita akan banyak memandu untuk pulang ke kampung dan beraya ke rumah saudara mara. Dan sesungguhnya memandu ketika mengantuk adalah suatu keadaaan yang amat merbahaya dan boleh menyebabkan kemalangan, Walaubagaimanapun, sebagai pemandu kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga.



Jom saya kongsikan tips mengelakkan mengantuk ketika memandu

Rancang perjalanan anda
Sekiranya anda mudah mengantuk ketika memandu di waktu malam, cuba elakkan daripada memandu di waktu malam.Sekiranya anda terpaksa, cuba untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memandu. Saya sendiri lebih suka memandu ketika waktu pagi ketika badan masih segar dan bertenaga

Bawa rakan atau teman memandu
Bawalah seorang yang boleh meneman anda ketika memandu. Sekiranya anda mempunyai teman berborak dan bergelak ketawa, ia boleh membantu mengurangkan rasa mengantuk ketika memandu. Rakan anda juga boleh tolong menghulurkan makanan atau minuman kepada anda. Oh,  pastikan anda tidak terganggu dengan perbualan hingga tidak fokus dengan pemanduan ye.

Pasang radio atau lagu dengan kuat
Jika saya memandu bersendirian, saya akan pastikan suasana di dalam kereta tidak sunyi kerana saya akan mudah terlena. Biasanya saya akan berkaraoke sendirian. Walaupun suara tak sesedap Siti Nurhaliza, tapi bukan ada orang lain yang mendengar kan? hihi. layankan saja lagu-lagu atau siaran yang anda suka.

Berehat sebentar jika perlu
Jika anda sudah terasa seperti memandu dalam keadaan khayal kerana mengantuk, lebih baik anda berhenti berehat di R&R. Pilih untu berhenti di tempat yang ramai orang. Jika pada waktu malam, berhenti di bawah lampu dan berhampiran dengan medan selera.Tidur selama 15-20 minit yang nyenyak mampu membuatkan anda lebih segar untuk meneruskan pemanduan.

Pilih kenderaan teman di jalan
Biasanya akan ada kereta lain yang mempunyai tahap kelajuan yang lebih kurang sama dengan kita kan?
Saya suka pilih 1 dan akan menjadikannya "teman". Jika kereta tersebut memotong, saya juga akan mencari peluang untuk memotong. Ianya akan membuatkan otak sedikit bergeliga dan alert. Tak semestinya anda perlu mengikut kereta tersebut hingga sampai ke destinasi. Sekiranya anda rasa sudah bosan atau kehilangan kereta tersebut, boleh pilih kereta lain pulak. hihi..

Bawa bekalan minuman dan makanan ringan 
Saya suka membawa bekal seperti kekacang,buah-buahan potong atau keropok yang mudah dimakan. Pastikan bekalan tersebut diletakkan ditempat yang mudah dicapai oleh anda.Walaupun anak-anak tidur, saya boleh mendapatkannya dengan mudah. Sebelum ini, jika diwaktu siang, saya suka membawa bekal air kopi tetapi jika di waktu malam, saya akan mencari alternatif lain kerana kesan kopi tersebut akan membuatkan saya tidak boleh tidur lena setelah sampai di destinasi.

Oleh kerana saya masih menyusukan, saya juga perlu mengurangkan minum kopi. Bulan lepas, saya telah mencuba 1 minuman energy booster yang mudah dan membuatkan mata saya buntang ketika memandu. Ianya adalah Cinch Energy Tea Mix. Ketika itu saya dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke KL, belum sampai Tapah saya dah rasa agak khayal dan menguap beberapa kali. Saya tidak boleh berhenti tidur kerana perlu sampai ke KL dengan segera. Mujur saya teringatkan yang saya ada 1 sachet Cinch Tea.
Semasa berhenti rehat di R&R Tapah, saya tuangkan sachet teh tersebut ke dalam botol air mineral saya dan goncang. Alhamdulillah saya boleh teruskan pemanduan dan selamat sampai ke KL tanpa rasa mengantuk.

Dapat apa-apa tips berguna? Selamat mencuba! Jika anda juga mempunyai tips anda yang tersendiri, bolehlah tinggalkan komen dan berkongsi dengan pembaca lain.

Selamat memandu dengan selamat &  Berhati-hati di jalan raya.
 Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir Batin


Love,
Mamamyras






Read More

Tuesday, July 15, 2014

Suplemen WAJIB Musim Perayaan

Assalamualaikum wbt.

Hari ni sudah lebih 2 minggu kita berpuasa, bermakna kurang 2 minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya.

Biasanya musim raya ramai yang tiba-tiba naik berat badan setelah kurus sebulan berpuasa.
Mana tidaknya, tiap-tiap hujung minggu terima jemputan Rumah Terbuka dan kenduri kahwin. Di pejabat juga turut diadakan Open House Department, Tingkat dan sebagainya.. jadinya..makan, makan, makan...
Cukup sebulan, seluar kena upgrade size! Kolesterol pun naik mencanak-canak! Uhhhh!





Anda mahu menikmati semua juadah tetapi tak mahu upgrade size seluar dan baju? mahu kekal sihat dan tak mahu kolesterol tinggi?

Usah risau..kini ada cara yang mudah yang membolehkan kita semua menikmati semua juadah ketupat, rendang, lemang, wajik, kuih muih dan segalanya yang sedap dan enak belaka.

Pernah dengar tak mengenai Fitosterol, sejenis sterol daripada tumbuhan yang boleh menghalang penyerapan kolesterol? Pengambilan 2000mg sehari cukup untuk menghalang dan membantu anda menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana Fitosterol berkesan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. Ia merupakan suatu langkah pencegahan yang ternyata sangat efektif.

Bagaimana nak dapatkan Fitosterol? Mudah sahaja, dengan adanya Phytocol ST yang sedia ditelan sebelum menelan segala makanan di depan mata.. Kolesterol semuanya akan terhalang! zaasss!

Jika anda risau risiko perlunya upgrade size seluar dari 30 ke 32 atau 33 ke 36, anda perlu mendapatkan Herblax dan Lecithin yang berfungsi mengemulsi lemak dan membantu pelawasan dengan jayanya. Makanya, setiap makanan yang anda makan tidak akan menyebabkan berat anda bertambah.
Ini adalah SET KURUS BAJET yang sangat laris di pasaran. Ramai yang telah berjaya mengurangkan berat badan tanpa ada kesan sampingan yang memudaratkan. Ternyata ianya selamat dan semulajadi.



Sekiranya anda mempunyai masalah gastrik yang serius, anda dinasihatkan agar menukarkan Herb-Lax dengan Alfalfa yang lebih lembut dengan perut dan usus tetapi masih juga membantu proses pelawasan.

Menarik bukan? Anda tidak perlu lagi risau dengan risiko kenaikan berat badan yang sangat biasa dialami oleh ramai orang.

Bagaimana mendapatkannya?

Anda boleh memilih samada untuk membeli terus dari Shaklee melalui widget eSell atau hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi ekslusif.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a484acecdafdcfb78cee4ffa615eb258



Jangan berlengah lagi, hubungi saya segera!

Saya sedia membuat penghantaran bagi kawasan Pandan Perdana, Maluri, Ampang, KLCC dan sekitar.
Pengeposan juga boleh dibuat penghantaran ke seluruh Malaysia.




Read More

Sunday, July 13, 2014

Herbal Blend Mengurangkan Gatal Ruam

Assalamualaikum wbt.

Anda pernah mencuba Herbal Blend? Krim pelbagai guna yang sangat laris seperti pisang panas.

Saya baru berkesempatan menggunakannya sendiri baru-baru ini. Bukan sengaja mahu lambat cuba tetapi baru ada sebab untuk menggunakannya.

Tidak tahu apa sebab dan bagaimana terjadi, tiba-tiba sahaja badan saya dipenuhi ruam yang amat gatal terutamanya jika berpeluh atau panas. Ia sudah berlarutan hingga beberapa hari dan makin banyak.

Saya agak keberatan pada mulanya untuk mencuba Herbal Blend kerana ianya bermentol. Saya memang tidak sukakan losyen atau krim yang bermentol. Tetapi akhirnya saya cuba juga, bukannya mahal pun. Untuk 1 tiub sebesar ubat gigi yang besar tu baru berharga RM27.50 bagi yang bukan ahli. Untuk ahli semestinya lebih murah.

Jadi saya pun mencuba, sapukan di bahagian badan yang ada ruam . Menakjubkan, saya langsung tidak berasa gatal lagi di tempat ruam tersebut. Jika tidak memang asyik bergaru saja. Bau mentolnya tidaklah kuat seperti yang saya bayangkan. Sangat sedikit dan tidak mengganggu bagi saya tak tidak gemarkannya.

Kemudian saya merasakan yang tangan saya sangat lembut. Terus saya sapukan di siku, lutut dan kaki yang terasa kering. Hasilnya? kulit terasa lembap dan lembut. Siapa tak suka kan?
Langsung saya sapukan juga di lutut, siku Hanna. Saya beri sedikit di tangannya untuk dia mencuba menyapu sendiri seperti mana saya lakukan. Hanis tidak terlepas, bahagian pelipat yang kering, leher yang selalu terkena ruam peluh saya sapukan Herbal Blend rata-rata. Ternyata ia cukup melembapkan.

Oh, anda tak perlu risau.. krim pelbagai guna ini selamat digunakan bagi bayi dan kanak kanak kerana ianya tanpa PARABEN. Apakah Paraben? Ianya sejenih bahan kimia yang merbahaya yang banyak digunakan bagi meningkatkan jangka hayat bahan seperti syampu dan losyen dan boleh menyebabkan kanser.

Jika anda berminat untuk mendapatkkannya, hubungi saya segera kerana STOK SANGAT TERHAD.

Anda boleh rujuk entri ini bagi mengetahui apa lagi kegunaan Herbal Blend. Sebenarnya banyak lagi kegunaan krim ini yang tidak disenaraikan. Daripada feedback rakan-rakan yang telah menggunakan, semuanya berpuas hati dan mereka menggunakannya untuk pelbagai jenis penyakit atau masalah kulit.

Anda tak perlu risau, krim pelbagai guna Herbal Blend selamat digunakan. Lebih menarik ianya tidak mengandungi bahan kimia merbahaya.. jadinya sesuai digunakan seisi keluarga.

Berminat?
Hubungi saya segera ya!


Saya adalah wakil Shaklee bagi penghantaran ke seluruh Malaysia. Pilihan COD di kawasan Pandan Perdana , Maluri, KLCC, Ampang dan sekitar.




Read More