4 Tips Atasi Sunburn Yang Mesti Anda Cuba

Leave a Comment
Saya jenis kulit yang mudah terbakar atau juga disebut sebagai sunburn. Tak payah berjemur lama-lama, keluar sekejap ke kenduri pun balik tu pun muka dah nampak hitam. Entry ni saya nak share tips yang saya buat untuk atasi masalah sunburn.

Sunburn ni sebenarnya terjadi disebabkan melanin di bawah kulit yang aktif. Melanin adalah pigmen yang berwarna coklat atau agak gelap. Biasanya orang yang berkulit cerah putih melepak tu mempunyai kurang melanin berbanding kita ni yang selalu dipanggil sawo matang.

Apapun, jangan sedih tau. Sebab kita lebih special!

Orang yang berkulit cerah lebih berisiko tinggi untuk mendapat jeragat, masalah kulit dan juga kanser kulit berbanding kita yang berkulit lebih gelap. Semuanya disebabkan melanin. So kita kena bersyukur tau sebab mempunyai melanin yang aktif. Ok, senyum sikit...

Apapun, oleh kerana Malaysia mempunyai cuaca panas sepanjang tahun tak seperti di London tu, maka kita mesti lindungi kulit dari selaran matahari atau sunburn.

Mudah je sebenarnya.. follow tips simple ni untuk atasi masalah sunburn

1. Gunakan krim  Broad Spectrum Sunscreen SPF50


Krim sunblock ni kita mesti pakai setiap pagi tak kira samada kita keluar rumah ataupun tidak. Walaupun kita berada di dalam rumah, sinaran UV tetap akan sampai dan memberi kesan kepada kulit kita. Termasuklah juga jika hari mendung, kena pakai sunblock.

Terdapat 2 jenis yang boleh beri kesan kepada kulit kita, iaitu UVA dan juga UVB. UVA merosakkan sel kulit kita dan menjadikannya berkedut. Kulit jadi kering , hilang seri dan menjadi semakin kusam, pigmentasi dan jeragat juga terbentuk.

UVB pula menyebabkan melanin menjadi aktif dah terjadilah sunburn.  Jika dibiarkan tanpa sebarang perlindungan, kita berisiko untuk mendapat pelbagai masalah kulit termasuklah kanser kulit.

Oleh itu, kita mesti memilih krim sunblock jenis broad spectrum sunscreen atau perlindungan penuh .

Kesan UVA & UVB kepada kulit




Sunblock dengan SPF50 adalah pilihan yang paling sesuai bagi kita dia Malaysia kerana cuaca panas sepanjang tahun.

Bagi Muslim, kita mesti menyapu semula krim sunblock selepas solat zohor dan asar.

Saya memilih untuk menggunakan Youth Age Defense Moisturizer dengan SPF 50 yang juga mempunyai perlindungan Broad Spectrum.  UVA & UVB semua dia tapis.  

Kulit saya yang kering pun terasa lebih lembab bila menggunakan Moisturizer ni.

Sunblock SPF50
Sunblock & Moisturizer dengan SPF50






2. Kurangkan keradangan sunburn dengan Minyak Vitamin E


Apabila terjadinya sunburn, kulit akan terasa pijar dan kemerahan. Ianya boleh dikurangkan dengan menyapu minyak vitamin E. Boleh juga disapukan pada kulit yang mengelupas.

Selalunya saya akan membuat rutin sapuan vitamin E selama 3-7 hari bergantung kepada keseriusan sunburn. Rasa pijar dimuka hilang sebaik sahaja vitamin E disapu.

Tapi awas, jika anda mempunyai kulit berjerawat.. tips ini tidak sesuai untuk anda tau. Jerawat akan lebih masak nanti.

Dulu saya suka picit Vitamin E dan sapu di muka. Memang terasa sejuk sikit muka hilang pijar tu. 

Tapi sekarang dah tak buat camtu sebab dah ada pilihan yang  lebih mudah. hehe..

Saya cuma perlu sapukan Radiance C+ E yang mengandungi 20% Vitamin C ni sebelum tidur. Terus hilang jugak rasa bahang kat muka . Lagi best sebenarnya sebab muka  tak selemuih macam sapu Vitamin E dulu tu, pastu bila bangun pagi muka terasa lembut dan lembab je.. 

Radiance C&E
Untuk disapu setiap hari sebelum krim malam




Syok wooo~


The best remedy is by preventing it..

Sebaiknya jika kita tahu kita mempunyai kulit yang cepat sunburn, amat disarankan untuk elakkan dari berjemur. Tapi tu la kan, takkan nak jadi puteri lilin je.. so pakailah pakaian lengkap seluar panjang dan baju lengan panjang. Takpe kalau orang nak membawang pun, pakai je topi atau payung , dan tak dilupakan cermin mata hitam tu semua untuk diri kita. Kalau boleh berteduh, tak perlu berlama-lama di bawah sinaran matahari.

3. Ambil Vitamin yang melindungi dan membaiki sel kulit 

Vitamin C dan E diketahui amat membantu untuk mengatasi masalah sunburn. Ia jugak dapat mengurangkan kesan sunburn apabila diambil bersama. Kalau ambil salah satu sahaja, kesannya takkan sama. Mesti diambil bersama.

Ini kerana kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV menyebabkan radikal bebas di dalam badan kita. Radikal bebas akan merosakkan sel-sel di dalam badan kita termasuklah sel kulit. Antioksidan memainkan peranan penting untuk meneutralkan semula radikal bebas dari ia membuat lebih banyak kerosakan kepada sel.

Vitamin C & E adalah antioksidan yang sangat baik dan sangat sesuai diamalkan setiap hari untuk melindungi dan membaiki sel kulit. Barulah kulit jadi sihat dan berseri.

Bukan je kulit makin cerah, parut jerawat pun hilang


Vitamin C Organik
Vitamin C Organik dan Semulajadi


Banyak manfaat Vitamin E



4. Minum banyak air

Kalau kita kurang minum air, kulit akan jadi lebih kering. So  banyakkan minum air masak, untuk membantu melembabkan kulit sekaligus mempercepatkan proses self healing. Proses penggantian sel kulit mati dengan sel kulit yang sihat lebih mudah berlaku. 

Hilang segala kulit yang kusam dan gelap, kulit akan jadi lebih cerah dan glowing. 

Banyak mana nak minum? 
6-8 gelas sehari sudah memadai. Air masak tau, bukannya air manis. 

Senang je kan? Saya sendiri dah buat tips ni tau. Memang terbukti berkesan. Walaupun 3 jam berjemur masa sukan tadika anak baru-baru ni, sikit pun tak sunburn.. hihi

Cuba ye.. semoga kita tidak lagi dibelenggu kerisauan bila sunburn.

Jangan lupa share entry ini kepada  rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat. 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Sebarang persoalan boleh whatssap saya di link berikut.
http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe






Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment