Wednesday, October 11, 2017

Sebab biasa kenapa anak tiada selera makan dan sering sakit?

Susah hati kan bila anak taknak makan? Mesti kita penat fikir macam-macam trick untuk bagi anak makan, namun selalunya dia geleng je. Atau yang lebih bijak, dia terus melarikan diri.

 

Untuk lunch hari ni, mama masak bihun goreng sebab Hanis dok komplen "asyik makan nasi jeeee!".

Si Naufal makan beberapa suap je dah taknak ..

Mula musykil jugak, sebab selalunya dia memang suka bihun.Bila nak suap lagi, dia mengelak..Dalam hati risau dah, kenapa si Naufal ni taknak makan ni..

Beberapa ketika tu barulah teringat yang tadi Naufal dok pulun makan anggur. Banyak la jugak, sampai yang last tu dia buat main je.

Perut kita mungkin cukup besar dan masih tak kenyang dengan segugus anggur. Tapi bagi Naufal, itu dah hampir mengenyangkan. Sebab itu bila suap bihun tu , sikit je dia boleh makan.

Sama juga kalau kita bagi anak-anak susu terlebih dahulu, kemudian kita ajak dia makan. Semestinya dia dah takde selera nak makan. Maybe sekadar merasa sedikit je.
Nanti bila kita dah tak mengadap makanan, haaaa barulah dia pun lapar..
Kita pulak sebab nak cepat, bagi susu dulu sebotol..
Dan rutinnya berulang lagi...
Jadi jika kita rasa anak kita lebih banyak susu dari makan secara normal, cuba jarakkan masa atau tukar agar diberi susu jika diminta selepas makan. 

Saya masih ingat Doktor Pakar Kanak-kanak yang saya bawa Hanis & Hanna dulu.. beliau cukup concern soal pemberian susu pada kanak-kanak. Selepas usia 2 tahun, katanya kanak-kanak cuma memerlukan 2-3 kali susu sahaja. Dan dia sepatutnya makan lebih banyak dari susu.

Terkejut saya, sebab masa tu Hanis memang diberi susu botol 3-4 kali sehari. 

Dan menurut beliau, susu formula yang kononnya mempunyai segala kebaikan adalah tidak perlu. Lebih baik anak meminum susu segar tanpa perisa berbanding susu formula.

Atas saranan itu, saya mula mengurangkan pemberian susu botol kepada Hanis Hanna. Walaupun agak mengambil masa, namun kini sudah beberapa bulan Hanna tidak lagi minum susu botol. Sebelum itu, mereka hanya minum susu botol sekali sehari. 

Bagi dia sekarang, susu adalah susu segar dan jika diluar , pilihan yang ada adalah susu UHT.

Sehingga sekarang, jika anak-anak lambat diberikan makanan.. mereka akan minta susu seperti kanak-kanak lain. Cumanya , saya sekadar beri Hanna hanya suku cawan dahulu, dan berjanji dia boleh minum lagi selepas makan.
Alhamdulillah bila kita tukar jadual susu , anak-anak akan lebih berselera makan. Bila anak makan makanan sebenar, sistem imun badan mereka juga akan jadi lebih baik. 

Bila sistem imun badan anak-anak semakin kuat, kuranglah risiko untuk mereka untuk jatuh sakit. Jika terkena virus demam atau selesema pun, biasanya takkan lama.. 1-2 hari je akan kembali sihat.

Cuba ye ibu-ibu, cuba .

Jika tips diatas telah dicuba, namun anak-anak masih tidak mempunyai selera makan, bolehlah berikan makanan tambahan seperti Mealshakes bagi membekalkan nutrien yang kurang dan meningkatkan selera .

 😊

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment