Friday, October 30, 2015

Mengenali saiz lori untuk pindah rumah supaya anda tak salah pilih

Awal bulan hari tu kami telah pun memindahkan sebahagian besar barang dari rumah KL ke Sendayan. Dengan confident, kami mintak lori 1 tan. sebab fikirkan yang tiada perabot-perabot besar ikut sama berpindah.

Yang paling tak tahan.. encik suami cadang nak pindah barang guna Triton bapak dia je. muahahaha~ Dan bila dia tengok lori tu penuh dengan barang, baru dia cakap.. Tak sangka banyak betul barang kita.

Ok, berbalik kepada cara nak mengenali saiz lori yang diperlukan. Sebenarnya mudah je. Punya la selama ni tak bagi perhatian pun sebab takde kaitan kan. Cuba tengok pada info yang ditulis di pintu lori. Kat situ ada tulis dah lori tu berapa tan. Tapi kalau rasa confuse jugak macam saya, saya share panduan paling senang nak tau saiz lori yang sesuai.



Selama ini saya menyangkan lori 2 tan itu adalah 1 tan. Rupanya salah. Lori ais yang kecik tu sebenarnya 1 tan okeh! Tokei yang menjawab telefon masa encik suami nak booking lori tu pon takde pulak cakap apa-apa. Dia cuma tanya, " You nak lori berapa tan? 1 tan? 2 tan atau 3 tan ? "

Panduan memilih saiz lori untuk pindah rumah


Lori 1 tan 
Sesuai untuk kegunaan memindahkan barang orang bujang. Contohnya korang dok bilik sewa, so ada katil, almari , meja dan barang-barang dalam kotak.

Lori 2 tan
Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. So macam baru ni, kami guna lori 2 tan. Perabot yang ada cuma rak buku Ikea, Meja tulis Ikea, Storage Box Kayu Ikea dan Katil Budak Ikea. Lain-lain semua barang di dalam kotak dan bungkusan plastik hitam.

Lori 3 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. So kalau korang rasa barang dalam rumah tu penuh, boleh pilih lori saiz ini.

Lori 5 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dari 1 rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang. Memang dulu setiap kali mak kena pindah, kitorang guna lori 5 tan. Percaya atau tidak, lori tu memang penuh. Punya la banyak barang. kihkih.

Cas lori sewa


Sebenarnya saya tak tau berapa cas yang berpatutan. Encik suami pon cuma call 1 nombor berdasarkan flyers di dalam mail box. Memang kami tak sempat nak survey betul-betul. Biasanya itu kerja saya. Masa encik suami call untuk booking lori 1 tan bersama 2 pekerja dan 1 driver, casnya RM350. Tapi sebenarnya orang lori tu datang dengan lori 2 tan, dan dia kata kalau lori 1 tan tak muat semua barang kami, maka kena la kami bayar untuk lori 2 tan. Pada mulanya tokei tu mintak RM700. Huk huk.. so mintak2 kurang dapat la RM550 yang ku rasa mahal jugak sebab rumah kami sekarang ni ada lif dan rumah di sendayan pulak rumah teres.  Dah la tol ke seremban baru RM7.40. Tol untuk pergi balik RM14.80. So rasanya kalau kena cas RM700 untuk lori 2 tan memang tak berbaloi.



Disebabkan kami buat keputusan untuk pindah pindah dalam masa 5 hari , so semuanya jadi tak terancang. Hari isnin petang encik suami dapat info dari opis kena sign on kapal pada hari Sabtu, so hari rabu kitorang pergi booking gril dan hari jumaat pindah barang. Walaupun rumah belum ada gril, tawakkal je la.

So pengajarannya, kalau korang nak pindah rumah.. pilih saiz lori yang betul dan survey dulu harga sewa lori. Call je beberapa syarikat lori sewa atau google je lori sewa murah. Kos untuk call tu lagi murah dari kena bayar lebih pada lori sewa.

Doakan proses perpindahan yang masih di tahap 70% ni berjalan lancar ye.

Oh ye, walaupun saya berpindah negeri..sebarang order untuk anda di KL dan sekitar masih saya terima ye. Usah risau, poslaju kan ada.. ataupun saya akan wakilkan agen lain untuk COD jika urgent.

-Mamamyras-
About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Kawan saya bujang pindah rumah guna lori 2 tan. Banyak betul barang dia :p

    ReplyDelete
  3. boleh try cek www.thelorry.com. Dekat situ semua harga dia dah info awal-awal. nak tambah manpower ke wrapping ke apa semua harga da set. paling minimum nak order, 2 hari sebelum hari pindah. last-last minute nak pindah pun still boleh book lori.

    ReplyDelete
  4. saya ada buat pemindahan barang . insyaAllah harga memang berpatutan . boleh pm saya shad - 0172690653

    ReplyDelete
  5. As salam. Morris Ventures merupakan penyedia perkhidmatan lori sewa & movers beroperasi di Lembah Klang, penghantaran ke Seluruh Malaysia termasuk Pulau Langkawi. Lebih dari 10,000 pelanggan sejak beroperasi 10 tahun lalu.

    InshaAllah kami akan berikan servis yang terbaik kepada semua bakal pelanggan kami.

    FREE QUOTATION
    TIADA CAJ TAMBAHAN
    TIADA CAT TERSEMBUNYI
    HARGA BINCANG DAHULU, TAK JADI NO PROBLEM.

    Layari web site:-
    www.lorisewamurah.com.my
    016-220 1586

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. As salam. Morris Ventures merupakan penyedia perkhidmatan lori sewa & movers beroperasi di Lembah Klang, penghantaran ke Seluruh Malaysia termasuk Pulau Langkawi. Lebih dari 10,000 pelanggan sejak beroperasi 10 tahun lalu.

    InshaAllah kami akan berikan servis yang terbaik kepada semua bakal pelanggan kami.

    FREE QUOTATION
    TIADA CAJ TAMBAHAN
    TIADA CAT TERSEMBUNYI
    HARGA BINCANG DAHULU, TAK JADI NO PROBLEM.

    Layari web site:-
    www.lorisewamurah.com.my
    016-220 1586

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya kebanyakkan orang memang tak tahu lori berapa tan yang nak digunakan untuk pindah. Jadi saya yang membekalkan servis sewa lori akan minta gambar barang yang nak dipindahkan melalui WhatsApp.

    Dengan adanya gambar, saya boleh terus memberi sebut harga mengikut saiz lori dan manpower. takdelah dah sampai-sampai baru nak bagi harga lain seperti yang telah mula-mula dipersetujui.

    info tepat :
    Lori 1tan 10kaki pjg
    Lori 2tan 12kaki pjg
    Lori 3tan 14kaki pjg
    Lori 5tan 17 kaki pjg

    Jika harga saya :
    Dr KL ke Sendayan
    Lori 1tan / lori 2tan RM250 pertrip
    2 x manpower RM200
    Jumlah RM450

    boleh layari laman web www.lorisewa.officialsite.my

    ReplyDelete
  8. U tuk pindah rumah berfamily eloklah amik 3 tan sebab mesti ada meja queen dan tilam 1 almari besar dan meja solek peti ais mesin basuh brng dapur termasuk rak dan meja untuk tong gas didalam.. kotak2 kecil 10-15x. Pstu meja tv meja makan tv sofa L kecik. Pengalaman pindha rumah. 1 tan lori kalu anda org bujang atau pun rumah anda xde set bilik tidur dan sofa.. mungkin boleh

    ReplyDelete