Tuesday, May 9, 2017

Berbaloi ke bermalam di Pullman Kuala Lumpur?

Bulan April memang bulan yang agak mencabar buat saya. Hanna kena chicken pox, lepas tu berjangkit pulak pada Naufal. Bila teringat ada Shaklee Conference pada 29 April, terus mengorat incik Husband untuk guna offer yang dia bagi hari tu. Katanya  bajet kali ni RM350, terus terasa kesukarannya.. haha. Area Sunway memang dah beyond limit dah.

Dok usha Majestic, tulis kat Agoda tu RM320 sekali breakfast tapi bila dengan tax cecah 460 satu malam. Tetiba nampak Pullman . Location wise memang dah strategik , tak jauh dari Sunway dan KL Sentral.

So booking la Deluxe Room King Bed. Total sekali dengan sarapan untuk 2 orang dan tax adalah RM331.50. Kembang hidung kejap bila bagi tau harga tu kat husband sebab dapat yang kurang dari bajet dia. hahaha

Jom tengok rupa biliknya dan jugak paling penting untuk anak-anak adalah swimming pool...

swimming pool yang besar. Belakang seat sana tu ada jacuzzi

Antara perkara yang best adalah, swimming pool dia tak dalam sangat dan paling penting tak panas terik walaupun masa tu dah pukul 10 pagi. rasanya memang perfect location untuk swimming pool. 

kids pool at pullman KL

Naufal ni tak suka sejuk, so dia main air je
 Masa baru sampai tu tak sempat nak ambil gambar, so sebelum check out kemas-kemas kan sikit untuk ambil gambar

Bilik air pun luas..
bath tub, toilet with bidet, sink and separate shower
Blind kat belah kiri tu boleh bukak tau, so boleh dapat view Federal Hiway..

seronok diorang ni sambung berendam kat bath tub



Bilik yang luas dan selesa

swafoto dulu sebelum check out
Mesti korang tertanya-tanya kan, sedap tak breakfast kat situ? My personal opinion, sedap dan sangat variety. Malangnya saya tak dapat nak cuba banyak sebab Naufal meragam pagi tu. Dapat la makan nasi lemak dengan rendang kambing, bubur ikan, pau, smoothie, muffin, waffle, roti bakar, bread butter pudding dan beberapa lagi. Cuma tak sangka, masa kitorang turun breakfast tu, ramainya la guest hotel tu. hehehe.. full house kot cafe tu.

ni je sempat ambil gambar sebelum si Naufal meragam
So, berbaloi ke tidak bermalam disini? Bagi saya cukup berbaloi sebab bantal dia pun super comfy. Walaupun terletak betul-betul bersebelahan federal highway , namun ia tidak mengganggu kami untuk tidur lena. Sound proof dia power tu rasanya. Bunyi tren pun tak dengar tau.

Saya siap dah register untuk Le Accor Membership. Next time rasanya boleh la jadi pilihan lagi.Kena gemukkan lagi la bonus Shaklee bagi boleh masuk lebih lagi dalam tabung travel.hehe..

Nak join buat bisnes Shaklee?
Jom!

Nur Fadhilah Yunus ( SID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Thursday, May 4, 2017

Kidzoona Aeon Seremban 2 kini dibuka!

Selepas mengepos ESP untuk customer di Johor , tetiba Hanis ternampak la Kidzoona yang baru dibuka ni. Sebab beria sangat dia mengajak, so saya pun bawak la diorang.

Lama dah kitorang ternanti-nanti, akhirnya ada jugak Kidzoona yang dekat dengan rumah.

Rate agak mahal la rasanya berbanding dengan Molly Fantasy di IOI city mall. Weekdays RM15 , manakala Weekend pulak RM20

Free entrance untuk bayi bawah 12 bulan. Kalau umur dah 12 bulan 1 hari kena cas jugak. Kita perlu tunjuk mykid untuk bukti.

Disebabkan takde  bawak stokin, so kena beli la untuk 4 orang. Stokin kanak-kanak RM3, dewasa RM4.

Main la sampai lebam. Jenuh nak mengajak balik. Sampai bosan la mak ayah yang menunggu. 😂

Awal-awal pembukaan ni semua mainan elok cantik kemas tersusun. Orang pun tak ramai, so memang syok budak-budak ni main takyah berebut.

Ada sofa untuk ibu ayah berehat dan sofa bersaiz kanak-kanak beserta buku cerita. Ok la kan, boleh la mama duduk sambil menjawab mesej customer yang nak beli shaklee.. hehe

Selain dari mainan yang sedia ada, ada jugak aktiviti tambahan. Tadi masa sampai Hanis terus join aktiviti mewarna.  Lepas dah siap , dapat kupon diskaun RM2. 

So lepas ni rasanya makin kerap la diorang ni ajak main taman ball. 

Ok jom tengok apa yang ada di Kidzoona Aeon Seremban 2.

Trampoline yang besar dan covered


" Mama, Naufal berdiri! " , jerit Hanna
Tak sangka Naufal pun nak melompat sama 😂



Excited dia dapat steering . Memang ciri2 seorang budak laki


Lagi trampoline! Bersungguh dia melompat.. Sebab dah banyak kali dia mintak trampoline setiap kali lalu depan kedai jual alatan sukan 😂


Naik turun tangga di fire department


Ada fire engine, siap ada siren dan boleh padamkan api


Role play di supermarket ! Ada flower shop
Kedai aiskrim


Hanis berjaya padamkan Api


Lepas tu pakai kot, jadi doktor pulak 😆

Naufal ni cuba menendang sushi kat lantai tu.. praktis nak jadi pemain bola sepak agaknya



Hanna jual sushi pulak..

Lepas tu Hanis Hanna jual burger pada mama!


Di bahagian lain ada banyak mainan yang menguji minda..



2 minit lepas ambil gambar ni, trek tu dah terbalik dibuat Naufal 😂


Ni je yang mama buat.. hehe
Ada jugak terselit tab kat sini.. tapi sepanjang saya kat situ takde sorang budak pun sentuh. Semuanya sibuk melompat, berlari dan main segala mainan lain. Naufal ni pun sentuh2 kejap je..

Tab yang dilengkapi Apps yang bagus katanya..


Mama yang terasa nak main ni sebenarnya.. haha



Seronok Naufal mengetuk.. haha





Seating area yang sangat selesa


Slide yang besarrr!


Disebabkan playland ni betul2 bersebelahan dengan tempat bowling, so agak bising la sikit. Tapi budak-budak ni tak heran pun. Cuma bila Naufal dah penat dan mengantuk, dia tak boleh nak tidur sebab distracted dengan segala bunyi sekeliling. So dia bangun dan sambung main ...

Mujur la ada kedai serbaneka yang dekat, sebab semua pakat dahaga sampai air Naufal pun habis diorang minum. 

Lepas tu, terus balik..  Naufal je tertidur, Hanis Hanna sambung main lagi kat rumah. Dasyat betul energy diorang ni.

Kalau ibu bapa yang risau nak bawa anak-anak main di tempat awam ni, kena la bagi anak vitamin yang dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Saya bagi anak-anak Vitamin C, Omegaguard dan juga Nutriferon supaya mereka sihat, dapat bermain dan belajar dengan baik. 

Kalau nak order, whatsapp la ye.. 0195537657

Anak-anak akan mudah belajar bila mereka aktif bermain. So, eloklah dibawa bermain selalu. 


Read More

Nak Blender Ferrano dengan 50% diskaun ?


Betul ke boleh dapat blender Ferrano ni dengan diskaun 50%?

Betul uols! Ini bukan main-main tau. Shaklee punya offer ni.. special untuk peminat smoothies dan terutamanya ESP.

Bak kata Helen, setelah di pertimbangkan beberapa brand , Ferrano jadi pilihan sebab blender ni hasilkan smoothie yang betul2 smooth. Dan sebab lain yang penting jugak adalah, diorang boleh print Shaklee kat blender tu ! 😆

 

So dengan adanya blender ni, confirm jadi senang sangat nak buat segala macam smoothies dengan ESP. 

Hmm.. lepas ni makin laku keras la ESP yang kini di ranking no 2 ni kan?

Ok, macam mana nak dapatkan blender ni dengan separuh harga? 

Mudah je! Cuma beli je produk shaklee dengan 250uv iaitu lebih kurang RM850 dalam 1 resit , terus layak untuk dapatkan blender Ferrano merah menggoda ni dengan harga RM149.99. Siap boleh dapat free membership dan cash back lagi kalau belum jadi ahli.

Paling murah ni tau! Kalau beli kat Laz*d* pun paling murah boleh dapat 24% je diskaun. Ni Shaklee bagi diskaun sampai 50% 😱😱😱

Apa keistimewaan blender Ferrano?
(Sumber Lazada)

  • Blend and drink with the same bottle
  • Convenient for your busy lifestyle
  • Powerful 350W 22000RPM motor
  • Comes with 2 tough BPA-free bottles
  • Includes 2 insulating sleeves and carrying rings
  • Made by Ferrano – proudly Singaporean
  • Attractive design complements your kitchen
     

Amat sesuai sangat bagi anda yang selalu nak meal on the go tu. Pagi-pagi sebelum pergi kerja, masukkan ESP, air, ais dan buah dalam blender . Picit kejap dan terus masukkan dalam sarung dia dan terus bawa ke opis. Senang sangat uols!~

So, apa lagi! Jom dapatkan blender Ferrano ni hari ni !

Whatsapp je ke 0195537657 untuk dapatkan blender Ferrano uols 👌🏻  
Read More

HQ Shaklee yang baru di Sunway Geo

HQ Shaklee kini telah pun mula beroperasi Sunway Geo. Lebih praktikal dan mudah sangat untuk shopping . Konsep kedai retail pun menarik , pick and pay gitu.. alaaa, macam Watsons & guardian tu la..

Actually pada hari ni semasa entry ni ditulis, belum ada bisnes lain di Sunway Geo ni. Kedai lain tu masih dalam renovation rasanya.

Tapi usah risau, senang je nak ke Shaklee ni. Jika anda datang dari arah Sunway Pinnacle ( HQ lama) , terus je lagi sampai jumpa traffic light . Haa ! Masa tu dah boleh nampak Shaklee dah. Tapi untuk masuk ke parking , anda terus lagi untuk u turn di traffic light satu lagi. Kemudian belok kiri dan parking di basement. Pastikan anda parking di tower A, ambil escalator dan terus jumpa Shaklee . 

Senang je kan? 


Kalau anda nak waze , cari je Sunway Geo. Confirmed jumpa! Kalau tak jumpa jugak, masukkan alamat seperti yang tertera di bawah.

 

Terlalu busy dan anda rushing?
 
Usah risau , ada konsep baru iaitu boleh order melalui call je, berikan maklumat pembayaran dan kemudian anda boleh pickup  barang yang di order pada hari yang sama. Tak payah nak pilih di rak dah. 
 
Order mesti diambil pada hari sama tau. Kalau tak pickup, nanti shaklee akan cancel order tu .

Nak beli secara pukal @ bulk order?

Boleh terus naik ke tingkat 1, buat order dan pembayaran disitu, kemudian boleh ambil barang di kedai retail. 

Tak tahu lah mana vitamin yang sesuai , nak jumpa Nutritionist dulu..

Boleh sangat! Malah amat digalakkan. Namun hanya untuk ahli yang berdaftar sahaja. Kalau belum daftar sebagai ahli, whatsapp je saya, saya boleh tolong daftarkan. Tak sampai 5 minit boleh setel dan anda boleh jumpa Nutritionist dan terus  shopping mengikut saranan yang diterima.

 
Retail shop di Shaklee HQ di Sunway Geo

 
Carta Vitamin terunggul di Malaysia. So far Vivix mengungguli 👍🏼
 
Ada ruang untuk menunggu

 
Kaunter pembayaran pun banyak ni

 
Rangkaian Nutriwhite, Enfuselle , Prosante


 
Vitamin mengikut kategori

 
Ambil bakul dan pilih je vitamin yang nak dibeli 

 
Setiap rumah wajib ada Basic H & Sabun basuh Get Clean ni

Vivix Pilihan Ramai! 

Jangan lupa, anda perlu bawa shopping beg anda sendiri tau! 
Tapi kalau dah terlupa , boleh beli beg plastik dengan harga 20sen atau non woven bag tu je..

 
Tak perlu pening dan garu kepala macam Naufal ye.. 


Jom jadi ahli Shaklee!

Yuran pendaftaran cuma RM68.90 ( termasuk GST) dan anda terus menikmati pelbagai benefits yang shaklee tawarkan.

Whatsapp saya hari ini ye 😊
www.wassap.my/60195537657
Read More

Pelik ke cucuk vaksin di hospital swasta?

Masa tunggu giliran untuk jumpa doktor siang tadi, saje la sembang dengan patient di sebelah.. tetiba dia tanya..


"Bawak anak jumpa doktor ke ?"


" iye.. 😊"


"Nampak sihat je.. "


" dia cucuk setahun ni.. "


Lepas tu terus puan tu membisu.. kenapa agaknya ye?


Adakah pelik bawak anak jumpa pakar setiap kali cucuk vaksin? 


Adakah sebab saya tak pilih untuk ambil vaksin yang diberikan percuma di KKIA menjadikan saya orang yang membazir?


Bukan sekali, tapi dah beberapa kali conversation begini yang tetiba jadi sangat awkward. Seolah-olah saya ni yang pelik. 


Macam pelik sangat ke saya tak pernah ke KKIA? Ye, memang saya tak pernah. Dari pregnant sampai sekarang..  menjadikan saya memang tak tahu pun prosedurnya bagaimana.


Dari Hanis sampai ke Naufal memang saya bawak jumpa Paed setiap kali cucuk. Pada saya, itu juga peluang untuk saya berbincang dan bertanya tentang progress pembesaran anak-anak. 


Masa Hanis dulu , bertukar 3 tempat baru jumpa Paed yang saya selesa. Yang pertama saya tukar sebab Paed tu tak fully support BF, no 2 pulak sebab beliau pindah ke hospital yang jauh . Menemukan kami dengan Paed yang memahami dan mahu berbincang dengan telus. alhamdulillah untuk Naufal, saya masih ok dengan yang sekarang sejak lahir.


Saya tak pernah pun punyai pandangan berbeza pada ibu bapa yang bawa anak cucuk di klinik gomen . Saya yakin mereka juga mempunyai sebab tersendiri dan yakin pilihan mereka terbaik. 


So , boleh tak jangan buat saya ni macam pelik sangat ? 😅

 

Baru ni je terjumpa geng yang sama .. bila saya cerita, akak tu cakap " sama la dengan akak pun " 😁 

Masa tu baru terasa kurang pelik sikit.. hehe


Sebenarnya apa ye yang difikirkan? Musyil ni.. ke saya je banyak sangat fikir 😂


 


Btw, doktor dah bagi green light untuk start suplemen pada naufal. Saya pun dah bagi tau apa yang saya beri.. 😊


Kalau ibu-ibu mencari suplemen untuk anak, boleh la pm saya. 

Klik je link ni untuk kita sembang2 ye..

www.wassap.my/60195537657


Terima kasih sebab sudi baca bebelan saya di malam hari ni



Read More

Tuesday, April 4, 2017

Kenapa pemakanan seimbang sahaja tidak menjamin kita hidup sihat?

Cuba kita fikirkan, betul ke kita boleh dapat cukup SEMUA nutrien yang badan kita perlukan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan dengan portion saiz karbohidrat, protein, serat yang betul.

contoh pinggan pemakanan seimbang


Kita pun rajin berjoging setiap petang, tidak merokok , tidur cukup 8 jam setiap hari, kerja tanpa stress, balik rumah tengok anak-anak buat sepah, bergaduh pun kita senyum je.. kita kata takpe, dulu kita pun macam tu .

Alhamdulillah. Syukur dengan kehidupan yang selesa. Anak-anak pun jarang masuk hospital.
Namun rupanya banyak perkara yang diluar kawalan kita!

Tanah yang semakin gersang


Nutrien di dalam tanah yang semakin berkurangan

Kualiti tanah sebelum zaman perindustrian dulu, kaya dengan segala nutrien yang kemudiannya diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan kemudiannya di akan oleh haiwan. Dan seterusnya sampai ke dalam pinggan kita.Pada hari ini, nutrien yang ada semakin berkurangan. Jadi apa yang diserap oleh tumbuhan sangat berbeza dengan zaman dulu kala.

Kualiti udara yang semakin membimbangkan


Udara yang kita sedut setiap hari juga begitu. Jika dulu tak perlu pun penggunaan air purifier, udara bersih , suasana pun sejuk je. Namun hari ini, hampir setiap hari kena mengelap almari, meja dan tingkap. Kita perlu buka tingkap rumah supaya ada pengudaraan yang sihat. Tapi habuk yang dibawa angin , sangat la dasyat. Nampak je macam bersih, tapi tebal habuk kalau seminggu tak lap.
Macam-macam airborne disease sekarang ni. Dulu agak jarang nak dengar, namun sekarang amat mudah merebak.


Asap rokok tu memang tak boleh nak cerita la kan? Walaupun dalam rumah kita tiada yang merokok, itu tak menjamin kita bebas dari asap rokok. Orang yang menyedut asap rokok ni lebih teruk kesannya dari perokok itu sendiri.


Suplemen bukan lagi pilihan, namun wajob diambil oleh semua

Suplemen bukan lagi pilihan, namun kita mesti pilih yang betul-betul selamat. Punyai kajian kesan jangka panjang. Dengan lambakan segala jenis suplemen yang muncul seperti cendawan selepas hujan juga amat membimbangkan. Belum tentu ada kajian yang membuktikan ianya selamat , namun sudah beribu orang yang mengambilnya yang mana sudah pasti meletakkan mereka dalam risiko mendapat pelbagai penyakit.

Vitamin Shaklee terbukti selamat untuk kesihatan jangka panjang
 Landmark study membuktikan mereka yang mengamalkan pelbagai vitamin jenama lain lebih berisiko mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung dan stroke.

Mengapa meletakkan diri dalam risiko bila anda pilihan yang lebih selamat tanpa risiko kerosakan buang pinggang?

Jom!

Amalkan cara hidup sihat , yang mana kita tak boleh kawal tu bantu dengan suplemen.
Nak dapatkan suplemen yang terbukti selamat dan berkesan, hubungi saya ye











Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More