Thursday, May 4, 2017

Kidzoona Aeon Seremban 2 kini dibuka!

Selepas mengepos ESP untuk customer di Johor , tetiba Hanis ternampak la Kidzoona yang baru dibuka ni. Sebab beria sangat dia mengajak, so saya pun bawak la diorang.

Lama dah kitorang ternanti-nanti, akhirnya ada jugak Kidzoona yang dekat dengan rumah.

Rate agak mahal la rasanya berbanding dengan Molly Fantasy di IOI city mall. Weekdays RM15 , manakala Weekend pulak RM20

Free entrance untuk bayi bawah 12 bulan. Kalau umur dah 12 bulan 1 hari kena cas jugak. Kita perlu tunjuk mykid untuk bukti.

Disebabkan takde  bawak stokin, so kena beli la untuk 4 orang. Stokin kanak-kanak RM3, dewasa RM4.

Main la sampai lebam. Jenuh nak mengajak balik. Sampai bosan la mak ayah yang menunggu. 😂

Awal-awal pembukaan ni semua mainan elok cantik kemas tersusun. Orang pun tak ramai, so memang syok budak-budak ni main takyah berebut.

Ada sofa untuk ibu ayah berehat dan sofa bersaiz kanak-kanak beserta buku cerita. Ok la kan, boleh la mama duduk sambil menjawab mesej customer yang nak beli shaklee.. hehe

Selain dari mainan yang sedia ada, ada jugak aktiviti tambahan. Tadi masa sampai Hanis terus join aktiviti mewarna.  Lepas dah siap , dapat kupon diskaun RM2. 

So lepas ni rasanya makin kerap la diorang ni ajak main taman ball. 

Ok jom tengok apa yang ada di Kidzoona Aeon Seremban 2.

Trampoline yang besar dan covered


" Mama, Naufal berdiri! " , jerit Hanna
Tak sangka Naufal pun nak melompat sama 😂



Excited dia dapat steering . Memang ciri2 seorang budak laki


Lagi trampoline! Bersungguh dia melompat.. Sebab dah banyak kali dia mintak trampoline setiap kali lalu depan kedai jual alatan sukan 😂


Naik turun tangga di fire department


Ada fire engine, siap ada siren dan boleh padamkan api


Role play di supermarket ! Ada flower shop
Kedai aiskrim


Hanis berjaya padamkan Api


Lepas tu pakai kot, jadi doktor pulak 😆

Naufal ni cuba menendang sushi kat lantai tu.. praktis nak jadi pemain bola sepak agaknya



Hanna jual sushi pulak..

Lepas tu Hanis Hanna jual burger pada mama!


Di bahagian lain ada banyak mainan yang menguji minda..



2 minit lepas ambil gambar ni, trek tu dah terbalik dibuat Naufal 😂


Ni je yang mama buat.. hehe
Ada jugak terselit tab kat sini.. tapi sepanjang saya kat situ takde sorang budak pun sentuh. Semuanya sibuk melompat, berlari dan main segala mainan lain. Naufal ni pun sentuh2 kejap je..

Tab yang dilengkapi Apps yang bagus katanya..


Mama yang terasa nak main ni sebenarnya.. haha



Seronok Naufal mengetuk.. haha





Seating area yang sangat selesa


Slide yang besarrr!


Disebabkan playland ni betul2 bersebelahan dengan tempat bowling, so agak bising la sikit. Tapi budak-budak ni tak heran pun. Cuma bila Naufal dah penat dan mengantuk, dia tak boleh nak tidur sebab distracted dengan segala bunyi sekeliling. So dia bangun dan sambung main ...

Mujur la ada kedai serbaneka yang dekat, sebab semua pakat dahaga sampai air Naufal pun habis diorang minum. 

Lepas tu, terus balik..  Naufal je tertidur, Hanis Hanna sambung main lagi kat rumah. Dasyat betul energy diorang ni.

Kalau ibu bapa yang risau nak bawa anak-anak main di tempat awam ni, kena la bagi anak vitamin yang dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dia. Saya bagi anak-anak Vitamin C, Omegaguard dan juga Nutriferon supaya mereka sihat, dapat bermain dan belajar dengan baik. 

Kalau nak order, whatsapp la ye.. 0195537657

Anak-anak akan mudah belajar bila mereka aktif bermain. So, eloklah dibawa bermain selalu. 


About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment