Is it a good choice? |
Bezanya kali ni, saya booking bilik Deluxe Twin Room. Maknanya hanya bilik dengan 2 katil super single.
Deluxe Twin Room. abaikan sepah tu ye.. |
Dahulu, kami booking 1 bedroom apartment. Ada bilik tidur dengan katil king , bilik air dengan bath tub, ruang tamu, dan ruang makan.
Entah kenapa saya tersilap, dan terbooking bilik je.. Padahal beza harga untuk 2 malam tu hanyalah RM50.
Tapi actually ok je, walaupun agak sempit nak solat dan makan, sekadar saya dan anak-anak tu kira ok lah. Bilik tu luasnya 30kaki persegi dan bilik airnya agak luas walaupun hanya ada shower. Ada bidet di tepi toilet tu pun dah sangat bagus berbanding kebanyakan hotel lain yang kita kena cebok guna cawan atau botol. hehe
Bilik air luas tau.. separate shower belah kanan. Gambar google.. |
Alhamdulillah cuaca pun ok je sepanjang 3 hari lepas, tengah hari hujan sekejap.. jadinya agak kesejukan bila berendam di swimming pool di petang hari..
Hanna dapat kawan Korea di Swimming Pool
Swimming pool dibuka dari pagi sehingga 9 malam.. so kalau yang nak berendam lepas maghrib pun ok.
Ada pool Dewasa dengan kedalaman 1.5meter, dan pool kanak-kanak dengan kedalaman 0.6meter.
Wading pool |
Petang hari pertama tu, disebabkan kami lunch koboi je hari tu.. so masa kat pool tu masing-masing kelaparan tengok orang makan kat tepi pool. Haha
Disebabkan cuma ada selit RM50 je kat belakang fon, so dapat la order Kuetiaw Goreng yang penuh dengan kerang, sotong & udang dan juga Mac & Cheese.. Licin pinggan. RM22 untuk kuetiaw, RM20 untuk Mac & Cheese. Harga tu standard la untuk hotel. Masih berbaloi kalau rasanya sedap. Sekali sekala ok la.. jangan dibuat hari-hari ye.
Hanna and her new Korean friend |
Si Hanna ni, dia la paling lambat nak keluar dari pool.. Hanis & Naufal dah menunggu kat tepi pun dia boleh lagi bergembira dengan kawan Korea dia. Kalau tak salah, namanya Hia Nu, tapi mula-mula disebut hanna sebagai Piano!
Breakfast
Hari Sabtu tu ada nasi lemak, mee sup, kuetiaw goreng, porridge , waffle, pastri, roti, salad, baked beans, hash brown, omelette, 4 jenis jus, cereal dan kopi serta teh.
Tak sempat pun nak rasa semua, so saya makan nasi lemak dengan omelette, croissant, pastu habiskan roti bakar si Naufal. Minum pink guava juice & pineapple juice.
Hari ahad, sebabkan dah terlambat nak ke Potluck Gathering, so makan laju-laju je.. haha
Hanis makan sosej , Naufal taknak makan, Hanna makan croissant je, saya makan nasi minyak & ayam. Nasinya keras, ayam masak merah pulak tak berapa.. so saya habiskan omelette, dan roti bakar Naufal sekali lagi..
Itulah si Naufal, dia suka tengok kita masukkan roti kat toaster tu, tapi makannya taknak. Sudahnya mama jugak yang kena habiskan.
Oleh sebab saya menginap di situ selama 3 hari, staf pun sampai dah kenal.. siap masa nak mintak cop tiket parking di pagi ahad tu, staf di receptionist tu dah ingat nombor bilik saya. Staf di receptionist, Akak housekeeping, staff kat cafe, pakcik housekeeping, brader maintenance, semuanya layan kita dengan baik. Takde la nampak masam muka, murah dengan senyuman, boleh sembang baik dengan kita.. so takde la rasa janggal.
Saya complaint kat receptionist sebaik keluar dari lif waktu pagi nak sarapan, lif tu ada bau rokok.. terus dia acknoledge dan minta maaf.
Tengah hari Sabtu tu saya nak pinjam cutter dari receptionist untuk potong tag pada shawl.. staf tu siap tolong potongkan.
Masa nak keluar dari pool, pintu tu tak boleh bukak.. laju je staf dari cafe sebelah tu datang tolong bukakan pintu.
Dan adalah bereberapa lagi situasi yang menyebabkan saya tak rasa terasing. Memang rasa nak datang lagi tau. Walaupun tak suka pool dewasa yang dalamnya cuma kurang 2 cm dari tinggi saya. I is tak cukup keberanian dan tak pandai lagi berenang. hahaha
Overall, memang puas hati.. parking pun free. No complain. Dengan RM412 yang dibayar untuk 2 malam tu, berbaloi la.
Pada saya ianya pilihan hotel yang agak reasonable dan berdekatan dengan KLCC.
Recommended!

0 comments:
Post a Comment