Setiap tengah hari saya perlu menahan hidung apabila mendaftar di post guard taman perumahan tadika anak saya, Hanna. Bau semerbak boleh dihidu disaat menghampiri tingkap post guard. Kalau saya hamil, mungkin boleh menyebabkan saya loya. Saya perhatikan ketiga-tiga pengawal berbangsa Nepal tu relaks je macam takde apa, mungkin dah sebati agaknya dengan bau tersebut..
Di waktu pagi, ok je lagi.. tiada bau. Menjelang tengah hari yang panas, dengan masing-masing yang dah berpeluh..terpaksa saya menahan nafas.
Bau badan yang tidak dikawal boleh merosakkan perhubungan |
Dah hari-hari menghadap keadaan sama, saya terpanggil untuk berkongsi tips mengawal bau badan yang mudah ni.
Apa itu bau badan?
Bau badan atau body odor boleh menjadi bau yang menyenangkan dan unik bagi individu. Ia selalu digunakan untuk mengenalpasti individu terutamanya oleh anjing dan haiwan lain. Bau badan setiap individu berbeza dan dipengaruhi oleh diet, jantina, kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan.Sebab terjadinya bau badan..
Secara ringkasnya bau badan terjadi disebabkan oleh bakteria yang membiak apabila kita berpeluh. Di mana ada kelenjar peluh yang aktif, disitulah bahagian yang akan menjadi tempat untuk berbau. Kebiasannya dia bahagian ketiak, leher, belakang telinga, pelipat lutut, celang peha dan lain-lain.
Berikut adalah 7 tips untuk mengatasi dan mengawal masalah bau badan
1- Mandi atau bersihkan diri
Mandi dengan kerap sekiranya anda cepat berpeluh. Apabila kita mandi, peluh dan bakteria pennyebab bau akan hilang.
Peluh sebenarnya tidak berbau, namun bakteria di atas kulit menjadi lebih banyak apabila kita berpeluh dan menyebabkannya berbau.
Dengan membersihkan bahagian badan yang kerap berpeluh juga, bau badan akan lebih terkawal
2. Gunakan sabun antibakteria
Sabun antibakteria mampu mengurangkan bakteria di permukaan kulit, sekaligus boleh mengawal bau badan
3. Lap badan sehingga kering
Selepas mandi, pastikan badan dilap sehingga betul-betul kering terutamanya bahagian badan yang mudah berpeluh.
Ingat, bakteria yang menjadi punca bau badan sukar merebak apabila kulit kering.
4. Gunakan deodorant untuk mengawal bau ketiak
Deodorant menjadikan kulit kita lebih berasid, jadi bakteria sukar membiak. Manakala jenis Anti-perspirant pula menghalang peluh dari keluar. Terdapat kajian yang mengatakan ant-perspirant boleh menjadi punca kanser, jadi sekiranya betul-betul perlu pilih deodorant yang diperbuat dari bahan semulajadi.
Personally, saya pilih untuk tidak menggunakan kedua-duanya kerana masih was was.
Pastikan juga ketiak bersih tanpa bulu supaya peluh cepat kering dan sekaligus menghalang pembiakan bakteria.
5. Sentiasa pakai pakaian yang bersih
Tukar baju dengan kerap apabila kita berpeluh dengan banyak. Pakaian yang bersih membantu mengawal bau badan. Pilih baju yang dapat menyerap peluh dan tidak cepat berbau hapak.
Pastikan stokin juga ditukar dengan kerap sekiranya mempunyai masalah bau kaki. Gunakan serbuk deodorant di dalam kasut, tukar insoles/ tapak dalam kasut dengan kerap, dan biarkan kaki tanpa stokin/kasut selagi boleh.
6. Elakkan makanan dan makanan punca bau badanMakanan yang kita makan mempengaruhi bau badan kita. Apabila kita makan makanan yang menyebabkan kita berpeluh, seperti cili dan makan pedas lain juga boleh menyebabkan bau badan. Bawang dan bawang putih yang mempunyai bau yang kuat juga boleh mempengaruhi bau bau kita. Bagi sesetengah orang, kopi dan alkohol membuatkan mereka lebih berpeluh.
Cuba kenal pasti makanan yang membuatkan bau badan menjadi kuat dengan mengelakkannya untuk 2-3 hari. Apabila kita sudah pasti, mudah untuk kita mengawal bau badan kita.
Anda juga boleh mencuba Alfalfa Complex untuk membantu proses detoks dan mengawal bau badan.
Hanya RM57 sebotol untuk sebulan |
7. Minum air masak dengan banyak
Apabila kita minum air masak mencukupi, badan boleh menjalankan proses detoks dan pelawasan dengan baik. Badan juga akan jadi kurang berpeluh, sekaligus dapat mengawal bau badan.
Semoga dengan 7 tips mudah ini dapat membantu Anda mengatasi masalah bau badan yang membelenggu..
Selamat tinggal bau badan~ |
Jangan lupa share entry ini kepada rakan-rakan jika anda merasakan ianya bermanfaat ya..
Terima kasih kerana sudi membaca.
Sebarang persoalan boleh whatsapp saya di link berikut.
http://Fadhyunus.wasap.my/
Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
0 comments:
Post a Comment