Saturday, April 21, 2018

Adakah Suplemen Shaklee Merosakkan Buah Pinggang & Hati?

Saya adalah seorang pengamal suplemen selama 6 TAHUN, bukan 6 bulan atau 6 hari. Entry ini adalah tentang keputusan blood test atau boleh juga disebut sebagai pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan secara am dan adakah suplemen merosakkan buah pinggang dan hati saya?

Suplemen SHAKLEE merosakkan buah pinggang ke?


Sebelum kenal Shaklee , ada jugak makan suplemen yang dibeli di farmasi tapi tak konsisten. Cuma sejak makan Shaklee , saya konsisten. Dan tak campur langsung suplemen brand lain. 

Bermula dengan Set Penyusuan , kemudian Set Hamil, set pantang , set cantik , cuba pulak antioksidan, set detox , collagen, energy booster. Boleh kira hampir semua saya dah makan. 

Tapi saya tak telan semua sekaligus, yang basic saya ambil setiap hari , yang lain-lain tu ikut keperluan semasa.

Macam ni dah nak puasa, saya fokus untuk set berpuasa dan energy booster & set cantik ( persediaan nak raya kannn 😍)

Walaupun Shaklee dah bagi jaminan suplemen2 ni Selamat diambil untuk jangka masa panjang, tapi kita ni sedikit sebanyak risau jugak kan bila Dr Pakar dok cerita ambil suplemen boleh rosak hati dan buah pinggang.

So hari ni dah dapat BUKTI yang sahih, bukan sekadar cerita dongeng. 

Saya kongsi dengan anda semua keputusan menyeluruh pemeriksaan kesihatan saya. 

Pertama sekali, kita tengok dulu keadaan darah secara general di bahagian Haematology.. Bilangan sel darah merah dan darah putih saya normal. Walaubagaimanapun, bacaan ESR &  Eosinophils sedikit tinggi kerana saya sedang mempunyai masalah alergik dan eczema. 

Gula di dalam darah juga normal. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Mukasurat pertama report


 Kidney Function Tests dan Liver Function Tests.

Ini adalah ujian yang paling saya nak tahu keputusannya. Dapat je fail keputusan ni, saya memang terus cari bahagian ni .

Alhamdulillah semuanya berada dalam julat yang normal. Suplemen yang saya amalkan selama 6 tahun ni tidak merosakkan buah pinggang dan hati saya. 

blood test pengamal shaklee
Result yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah semua ok



Kolesterol LDL tu tinggi sikit bukan salah suplemen tapi salah diri sendiri sebab lifestyle yang kurang aktif sejak kebelakangan ni. Biochemist yang saya jumpa tu, ada sarankan untuk tingkatkan pengambilan Omega 3. Insyaallah saya cuba ikut.

Sebenarnya lifestyle saya banyak berubah sejak makan suplemen. Dulu tak kisah bab buah organik ke buah GMO semua telan yang penting sedap. Ayam yang super gemuk kat kedai mamak pun saya takut nak makan tau. Tak percaya, tanya incik laki ku.

Dulu tak kisah bab chemical dalam skincare, syampu, sabun mandi, ubat gigi , losyen dan segala yang lain. Sekarang ni, sabun basuh pinggan pun saya kisah. Sampaikan pewangi dalam kereta pun tak pakai dah 😂. 

Ok la, sambung bab lifestyle ni entry lain.

Dan dimuka surat terakhir report adalah ujian untuk Tumour Markers, Thryroid , Serology ( tak ingat apa benda ni) dan ujian Air Kencing
Alhamdulillah saya sihat, boleh teruskan makan Shaklee



Thyroid Screen

Saya tak puas hati kenapa bacaan agak tinggi ( lebih dari median) walaupun masih dalam julat yang selamat.

Rupanya ia banyak dipengaruhi oleh stress.

Menurut Biochemist yang saya jumpa tu,  golongan yang ramai mendapat penyakit hyperthyroid ni adalah surirumah dan cikgu.

Sebab dua golongan ni la yang sering menghadapi stress yang dasyat. 

Fuhhh!

Tarik nafas, hembus ~

Chill bebeh...

Last but not least, Ujian Air Kencing

Takde apa unsur pelik cumanya , saya nak beri peringatan sedikit ..

JaNGAN CAMPUR AIR PAIP DALAM AiR KENCING

Walau macam mana kuning sekalipun air kencing tu, jangan sekali-kali buat tau!

Mesin sekarang ni canggih, dia boleh detect kalau air kencing tu bercampur air paip . Dari bacaan SP Gravity tu pun dah detect tau.

Kalau korang ingat warnanya dah pudar , korang akan dapat result yang bagus,  ternyata ianya salah.

Tak percaya? 

Cuba la buat dan most probably korang akan kena repeat test tu 😂

Jangan campur air naaaa!


So kesimpulannya kat sini, suplemen Shaklee tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang dan hati.

Suplemen yang lain-lain tu saya tak tau la, sebab saya memang tak ambil brand lain . Even makanan sunnah pun saya ambil yang pure dalam keadaan asal. Bukan yang dah di campur-campur macam kismis + kurma + madu + susu kambing + air zamzam + habbatussauda dan macam-macam lagi. 

Cumanya nak bagi tau, kalau nak makan suplemen , pilih suplemen yang dijamin selamat. Sebaiknya biarlah suplemen dari company yang sejak dulu memang menghasilkan suplemen seperti Shaklee.

Dan anda amat digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala sekurang-kurangnya 2 tahun sekali. Kalau dapat buat setiap tahun lagi bagus. Seriously, tak mahal pun, pemeriksaan asas ni cuma RM100 (harga promo)  di Pathlab. Cari je kat FB, mesti jumpa.

Nak dapatkan Shaklee, boleh pm atau call je saya tau ☺️
Insyaallah saya akan bagi panduan tentang suplemen Shaklee yang sesuai untuk anda.

Hubungi saya segera!

http://Fadhyunus.wasap.my/

Fadh Yunus ( SID: 889805)
Call / Whatsapp : 0195537657 
FB : Nur Fadhilah
IG: by_fadhilah 
FB Page : Vitamagic Shoppe 




About Fadh Yunus

Pellentesque penatibus, sed rutrum viverra quisque pede, mauris commodo sodales enim porttitor. Magna convallis mi mollis, neque nostra mi vel volutpat lacinia, vitae blandit est, bibendum vel ut. Congue ultricies, libero velit amet magna erat. Orci in, eleifend venenatis lacus.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment