Wednesday, July 13, 2016

Cara Mudah Kekal Muda Seperti Adaline Tanpa Kena Renjatan Kilat

Tadi tengok movie The Age of Adaline. Excited plak nak share sinopsis movie ni sebab berkaitan dengan anti-aging. 

Adaline terlibat dengan kemalangan masa umur 29 tahun. Sejak tu aging process Dia terhenti sehinggalah Dia berusia 107 tahun.

Sekali lagi Adaline terlibat dengan kemalangan, officially jantung dia stop tapi hidup kembali setelah diberi renjatan menggunakan defibrillator namun tanpa kecederaan serius. Dan ketika itu barulah aging process dia kembali normal.

Selalunya movie fiksyen camni biarkan kita tercengang2 sendiri.. 
"Boleh eh aging stop camtu?"

Tapi yang ni Dia kaitkan dengan Telomeres iaitu 'cap' yang melindungi sel DNA dari Kerosakan dan  seterusnya penuaan. 

Kebetulan topik diskusi malam ni dalam group Whatsaap pasal Telomeres jugak, so lagi senang la nak paham. ✌🏻️



Awet muda dengan vivix
Vivix Terbukti Melindungi Telomeres DNA kekal sihat


Ni brief explanation kaitan Telomeres, Tali Kasut & Vivix .

Credit to Ida Chalo.
************************

Zaman sekolah rendah dulu..
Tiap2 tahun mesti dapat kasut sekolah Free.
Kasut Yayasan Sabah bagi.
.
.
Jadi, bg keluarga susah macam kami, 
Memang kasut tu sgt2 berharga.
.
.
Kasut putih bertali.
Jenis kain.
Kalau hujan, kasut basah.
Balik rumah cepat2 basuh.
Esok nak pakai balik.
.
.
Kalau kasut x sempat kering, kami jemur di belakang peti ais.
InshaaAllah kering.
Esok bole pakai. 😊
.
.
Tali kasut.
Hujungnya tu kena jaga.
Kalau hujungnya pecah atau terkoyak, 
Habis la.
Huduh la kasut.
Benang akan stat terurai.
.
.
Dulu2 kami suka main tali kasut.
Bikin libas kawan2.
Memang sakit kalau kena. 😅
Sebab tu tali kena jaga.
.
.
Ada juga tabiat suka gigit hujung tali kasut.
Sambil pasang tali kat kasut, sambil tgk tv.
Leka2.. gigit.
Ralit2 tgk tv.. gigit.
Tgk2 hujung dah pecah. 
Menyesal. 😅😅
.
.
Itu cerita Kasut Free.
Alhamdulillah.. tiap tahun parents tak perlu kluar duit nak beli kasut baru.
.
.
<<<< SEL DNA vs TALI KASUT >>>>

- lebih kurang sama.
- hujung tali / hujung sel DNA kena jaga molek. Jangan bagi rosak.
- hujung rosak, sel mati. Makin banyak sel mati. Penyakit akan start datang. Kencing manis.. darah tinggi.. strok.
.
.
.
>>>>  VIVIX LINDUNGI SEL <<<<<

♧ sebab tu kena minum vivix.
♧ dia tolong jaga hujung sel.
♧ Hujung sel (caps / Telomeres)  sihat, dia akan sentiasa jaga sel dari rosak.
♧ Sel sihat. Sel tak mati. InshaaAllah badan terlindung dari penyakit2 berbahaya.
.
.
Dah faham konsep VIVIX?
So mesti dah tahu kan macam mana VIVIX dah tolong ramai pesakit Kanser.

>>>>> VIVIX<<<<<
- tolong jaga sel
- tolong repair sel
- tolong buat sel baru

*****************************************
Boleh faham kan? 
Macam ni la Vivix membantu untuk repair / kekalkan Sel DNA jadi sihat.

Hasil kajian mendapati Cap / telomeres pengguna vivix lebih panjang / kuat utk lindungi sel dan DNA.



Jadinya kalau korang nak lindungi Telomeres dari kerosakan  macam Adaline tu, kena minum Vivix hari2 okeh. InsyaAllah kekal sihat sampai tua.

Jangan mintak kena kena lightning strike mcm Adaline okeh 😁

Cepat-cepat whatsapp 0195537657 untuk mendapatkan Vivix yang tengah promosi sekarang ni. 



#healthyaging
Read More

Tuesday, June 21, 2016

Ubat Demam Disukai Hanna & Sanggup Berdrama Untuk Dapatkannya

"Mama, Hanna amam (demam) "😔

Hampir setiap hari berdrama semata-mata nak dapatkan "ubat demam"



Dan jawapan yang akan buatkan Dia bingkas bangun adalah...

"Alaa, kesiannya Hanna.. Nak makan ubat ye?"

😅😅

*************

Actually tak demam pun... Tapi kalau nak mintak makan ubat tu pandai je dia berdrama. 😁
Bila Dia berdrama tu, kita layankan je...

Ubat yang Hanna maksudkan tu sebenarnya Nutriferon. Ubat ni special tau, bukan masa demam je boleh amek. Sebelum demam atau sebelum terkena apa2 penyakit yang mudah berjangkit pun boleh amek sebagai protection . Kira macam langkah pencegahan laaa.

Kadang-kadang tak cukup 1 sachet ( kongsi 2 orang ) ada je suara2 kesian mintak lagi 1 sachet.
Nak bagi diorang pun senang je, koyakkan sachet dan tuang serbuk tu dalam mulut. Rasa manis , ada kelat2 sikit tapi budak2 ni sukaaa sangat.

Add caption


Di musim HFMD kembali mengganas ni, elok sangat kita tolong anak-anak ni tingkatkan sistem pertahanan badan Dia. Bukan pergantungan kita pada ubat/ suplimen , namun ia adalah usaha kita untuk mengelak dari sakit dengan izin Allah jua.



Nutriferon ni campuran dari tumbuh-tumbuhan je tau...  ekstrak biji labu , bunga safflower , biji plantago &  bunga Japanese Honeysuckle. Dan ia dah terbukti membantu meningkatkan sistem imuniti badan kita. 

Dan paling saya suka, Nutriferon ni dihasilkan oleh Pakar Immunologi. Fuhhh! Kalau dah Doktor pakar tu mestilah Dia hasilkan yang terbaik kan? 




Sebagai parents, mestilah kita nak berikan yang terbaik untuk anak2... Betul tak?

Jom, berikan perlindungan terbaik untuk anak-anak kita! Dapatkan Nutriferon hari ini ye.. Whatsapp 0195537657 untuk order.

Anak sihat, mama happy 😄

Salam Sayang,

Mamamyras

#tsunamishaklee
#team6
#sindiketsukses
#ubatdemamhanna
Read More

Monday, May 9, 2016

Tips Mudah Kenal Pasti Bayi Kembung atau Tidak

Colic atau sawan tangis dalam bahasa Melayunya, sepertimana yang di fahami ramai, dan seperti yang sering di tulis dalam kebanyakkan artikel, di rujuk sebagai episod tangisan berpanjangan di kalangan bayi yang di sebabkan oleh ketidakselesaan perut, terutamanya akibat kembung. Itulah yang kita percayai selama berabad lamanya tambahan pula, colic yang berasal dari perkataan Greek iaitu Kolikos membawa maksud usus atau organ perut. 

Benarkah colic (sawan tangis)= kembung perut?. Mari kita periksa istilah ini dari sudut perubatan:

Bayi colic adalah bayi SIHAT yang kuat menangis dan di gambarkan oleh kesemua ciri berikut: banyak menangis seawal usia 3 minggu, 3 jam dalam sehari, 3 hari dalam seminggu, 3 minggu berturut-turut dan selalunya berakhir selepas usia 3 bulan . Ciri ini di formulasi buat pertama kali oleh Dr. Morris Wessel sebelum di ulang kajian oleh Dr Berry Brazelton pada 1962 ke atas 82 orang bayi. Ia merupakan perbandingan jumlah banyaknya bayi colic menangis berbanding bayi dari kategori 'mudah'  iaitu tidak melebihi 2 jam dalam sehari. Maka jelas, colic merujuk kepada corak tangisan sesetengah bayi semata-mata. SEBAHAGIAN BESAR BAYI COLIC SIHAT DAN BUKAN DALAM KESAKITAN.




Beberapa kajian ulangan membuktikan HANYA sekitar 10-15% bayi colic benar-benar banyak menangis di sebabkan oleh pelbagai masalah ketidakselesaan perut. Sains membuktikan, BUKANLAH amat mudah untuk bayi terkena kembung atau alah pada sesuatu makanan yang di ambil ibu. 

Malah, pada 1970an, Dr. Ronald Illingwood dari England pernah membuat perbandingan x-ray perut bayi colic dan bukan colic ketika kedua-duanya di puncak tangisan dan mendapati, TIADA perbezaan jumlah gas dalam perut keduanya. 

Masih ragu?. Baiklah, jika bayi anda menangis beria-ia atau resah tak sudah-sudah dan anda hampir buntu untuk memikirkan puncanya lalu mula mahu menyalahkan kembung dan mahu segera mengambil gripe water untuk disumbat ke mulut bayi bagi mententeramkannya, sila ambil masa untuk mencuba beberapa tips dibawah yang lebih selamat;

1. Pasangkan penyedut hampagas ( vacuum cleaner) dalam jarak kira-kira 4 kaki dari bayi. 

2. Mandikan bayi dalam air suam.

3. Bawa bayi menaiki kereta dalam beberapa pusingan. Melalui jalan berbonggol lebih bagus.

4. Berjalan ambil angin di luar didalam kereta sorong atau gendongan

Kesemua 4 tips diatas ADA PENJELASAN yang tersendiri bagaimana ia dapat membantu anda mengenal pasti jika benar bayi menangis dan resah sebab kembung atau tidak tetapi agak panjang untuk diterang setiap satunya.

Buat masa ini, sifirnya, jika bayi anda dapat berhenti menangis walaupun seketika, ok, tersenyum dan nampak tenang seketika, IA ADALAH BUKTI BAHAWA BAYI BUKAN SEDANG KEMBUNG. Mengapa?. Kerana kembung perut itu amat menyakitkan dan adalah tidak logik bagi mana-mana bayi yang di serang sakit perut yang teruk, boleh di tenteramkan, boleh berhenti untuk tersenyum atau diam dengan teknik-teknik 'mudah' seperti ini!. Bayi yang sedang kembung seharusnya akan terus menjerit dan kesakitan itu tidak akan hilang walau anda mencuba kesemua 4 tips diatas.

Usahlah terburu-buru menyumbat bayi kecil anda dengan gripe water tanpa sekurang-kurangnya mencuba tips diatas. Mengapa?. 

Pertama, apakah kemungkinannya bayi anda yang kuat menangis itu adalah disebabkan kembung sedangkan hanya 10-15% saja bayi yang benar-benar kuat menangis angkara hal perut?. 

Kedua, adalah menjadi larangan yang diketahui umum bahawa tidak sepatutnya ada sebarang cecair atau pepejal asing yang memasuki badan bayi selain susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama melainkan jika mendapat kebenaran doktor. Jadi, adakah anda pasti jika bayi anda memiliki sistem badan yang boleh bertoleransi dengan ramuan yang terdapat dalam gripe water tersebut?. 

Ketiga, gripe water TELAH BANYAK kali dibuktikan di makmal perubatan sebagai tidaklah lebih bagus pun dari air kosong. Kebanyakkan gripe water hanya mengalihkan kesakitan bayi melalui kesan (effect) bahan penenang seperti kandungan alkohol yang tinggi atau sodium bicarbonate sebagai ganti.

Kredit : FB Page Baby Language 

Bagi ibu menyusu yang sering mempunyai gastrik, perut cepat masuk angin jika lapar, cuba amalkan meminum Energizing Soy Protien yang bukan sahaja mengenyangkan , membantu mengatasi masalah gastrik dan memekatkan susu. Boleh juga diambil bersama Peppermint Ginger Plus yang pantas menghilangkan angin.

-Mamamyraslove-
Read More

Sunday, December 20, 2015

Yuran Brainy Bunch 2016

Mahal ke yuran tadika Brainy Bunch yang gah dengan namanya BrainyBunch International Montessory? Tahap antarabangsa dah tu namanya kan? Bagi kita golongan sederhana pastinya rasa takut dan langsung tak nak masukkan Brainy Bunch ni dalam senarai pendek tadika untuk anak-anak..

Usah risau, dulu saya fikir macam tu jugak.. siap masa kat opis dulu , bila seorang supervisor tu bagi tau anak dia masuk Brainy Bunch, kawan-kawan lain ni trus buat ayat kagum. " Wooo! Brainy Bunch.. power aahh ko! Anak aku tadika biasa-biasa dekat umah je.. "

Ehem.. jika di KL atau lembah kelang, tadika biasa-biasa tu pun kebanyakannya yuran mencecah 300 ringgit juga. So, nanti boleh buat kira-kira semula ye... 

Bagi saya, kelebihan Brainy Bunch ni ada beberapa berbanding dengan yang lain..

1. Menggunakan kaedah montessori.
2. English Medium.
3. Islamic education. 
4. Bukan franchise. Segala yuran dibayar terus kepada akaun HQ Brainy Bunch, guru-guru dilatih dan terlatih mengikut standard yang sama. Kalau ada problem atau komplen pun boleh terus direct pada HQ.
5. Sistem yang tersusun dan sistematik
5. Makanan yang disediakan halal dan disediakan sendiri oleh chef

Ada banyak tadika lain yang juga mempunyai 2-3 kelebihan yang sama, namun saya belum jumpa tadika yang mempunyai yang mempunyai kesemua kelebihan ini. Kalau ada mohon share juga ye..



Ok, untuk yuran @ Fee Structure untuk tadika Brainy Bunch di seluruh Malaysia, boleh rujuk gambar kat bawah. Basically lebih kurang sama je dengan yuran tahun lepas. Cuma ada tambahan Monthly Donation untuk Tabung Kemanusiaan Syria dan Gaza. Itu pun termasuk dalam kategori optional.

Tak kira samada anak kita tu kategori playhouse ( 2-3 tahun) atau preschool ( 4-6 tahun) , yurannya sama je tau. 

Yuran Brainy Bunch International Montessory 2016
Jom kira yuran yang wajib dulu.. untuk dibayar semasa pendaftaran

Annual Registration : RM600 
Yuran Bulanan : RM330 ( Regular Program) di Type B Campus
Material ( Term 1) : RM370
Little Scientist ( Term 1) : RM150 

Jumlah : RM1450

Kalau anak korang baru nak register BBIM, kena la beli baju kan.. Beg tu takyah la, guna je beg yang ada atau beli la ikut design yang anak-anak suka.

Gala Uniform : RM50
Sports Uniform : RM50

 Jumlah : RM1550

Untuk yuran aktiviti lain, bila nak join nanti baru bayar pun ok..Macam tahun 2015 ni, Hanis cuma join sukan, field trip dan graduation je. Hanna pulak, sebabkan dia enroll dah tengah tahun.. so dia cuma join graduation day je.. Field trip hanya untuk anak-anak 4,5 dan 6 tahun.

Dan jika korang rasa nak bagi anak-anak join taekwondo ataupun belajar Mandarin ( tak semua kampus ada ni), boleh la bayar yuran tambahan tu.

Hari tu masa saya berbincang dengan Branch Manager Kampus Seremban 2, baru saya tahu yang bagi student yang dalam program Star dan Full Day, tak perlu bayar lebih untuk taekwondo. kiranya dah include sekali la.

Apa beza Regular, Star dan Full Day Programme?


Regular : 8 pagi - 12 tengah hari ( morning snack)
Star : 8 pagi -3 petang ( morning snack, lunch)
Full Day : 8 pagi - 6.30 petang ( morning snack, lunch, tak sure ada minum ptg ke tak)

Jika korang pilih untuk program Star atau Full Day, boleh je hantar anak-anak seawal 7.30 pagi.

Untuk detail aktiviti sepanjang hari, eloklah berbincang face-to-face dengan branch manager di kampus terdekat.

Apa beza Type A dan Type B


Sejujurnya saya sendiri pun tak pasti.. haha.. asyik lupa je nak tanya apa beza 2 ni. Cuma yang pernah diberitahu, Type A ni kategori Elite. Apa maksud elite tu saya tak sure.  

Update: Type A atau B tu dikelaskan mengikut kadar sewa tempat tersebut.
Maka, sebenarnya tak betul la yang dikatakan kampus elite tu ye.  

Dulu saya ingatkan kalau type A tu lot rumah, type B tu lot kedai.. rupanya salah.. hehe

Tahun 2015, Hanis dan Hanna belajar di kampus Pandan Indah. Dari pemerhatian saya, diorang ni memang suka sangat pergi school. Banyak aktiviti kot.. tu yang best. Kawan-kawan pun ramai.

Untuk tahun depan, InsyaAllah diorang akan sambung lagi di BBIM namun di kampus Seremban 2.
Dulu kampus Seremban 2 ni kat lot kedai, dalam cuti sekolah ni baru berpindah ke Saujana Tropika, S2 Heights. Kalau korang lalu kat jalan  dari tol Seremban menghala ke Sendayan / Enstek , boleh nampak je rumah warna kuning ni kat atas bukit tepi jalan belah kiri. Lepas tu pandai-pandai la guna sense of direction untuk ke sana ye.. haha. Sori sori.. ikut je signboard Saujana Tropika, lepas tu rasanya senang je nak cari.


Lokasi baru Kampus Brainy Bunch Seremban 2


Diharapkan dengan sedikit penjelasan ni, lebih mudah untuk korang buat pertimbangan ye..
Kalau dah nekad nak pilih Brainy Bunch sebagai tadika  untuk anak korang, cepat-cepat telefon kampus terdekat tu ye. Sebab saya dengar ada yang dah full..

Ok bai!~

Feel free to share with your friends and families ya~

-Mamamyras-



Read More

Friday, October 30, 2015

Pengedar Sah Shaklee di Sendayan

Tercari-cari pengedar sah Shaklee di Sendayan yang dapat memberikan panduan lengkap cara pengambilan vitamin dan sentiasa mempunyai stok untuk keperluan terdesak? Usah risau, mulai November 2015 anda boleh mendapatkan stok vitamin Shaklee daripada saya , pengedar Shaklee Berdaftar di Sendayan.

InsyaAllah bulan November ini saya akan mula tinggal di Taman Nusari Bayu 3, betul-betul di belakang Nusari Biz yang femes kat Sendayan tu kan? Jadi, sekiranya anda tinggal di Nusari Bayu, Nusari Aman ataupun Seremban 2 bolehlah mendapatkan stok vitamin anda melalui saya.

Pengedar Shaklee Sendayan
Salam Perkenalan dari saya~ Kalau ada terjumpa tu tegur2 ye..


Almaklumlah, di Negeri Sembilan ni tiada branch Shaklee kan? Yang paling dekat pun di Sri Rampai, KL ataupun di Sunway, PJ. So, anda tak perlu bersusah payah untuk ke KL untuk mendapatkan vitamin Shaklee. Hanya hubungi saya, Fadhilah di 0195537657. InsyaAllah anda takkan perlu tunggu lama kerana saya sentiasa mempunyai ready stock dan akan anda akan dapat konsultasi & panduan lengkap yang terbaik.

Lagipun, dapatlah saya berkenalan dengan lebih ramai warga Seremban dan khasnya penduduk Sendayan kan?

Untuk info lanjut tentang promosi terkini, jom like FB Page saya Vitamagic Shoppe. Bulan November ini, Likers bertuah akan dapat menang hadiah best tau! So jom ajak kawan-kawan dan sedara mara untuk like page saya ni ye~

Shaklee Seremban
Jom Like!


Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah

Ingat semulajadi, Ingat Shaklee~

Nur Fadhilah Yunus ( ID: 889805)
SMS/Whatsapp : 0195537657
FB : Nur Fadhilah
FB Page : Vitamagic Shoppe
Read More

Mengenali saiz lori untuk pindah rumah supaya anda tak salah pilih

Awal bulan hari tu kami telah pun memindahkan sebahagian besar barang dari rumah KL ke Sendayan. Dengan confident, kami mintak lori 1 tan. sebab fikirkan yang tiada perabot-perabot besar ikut sama berpindah.

Yang paling tak tahan.. encik suami cadang nak pindah barang guna Triton bapak dia je. muahahaha~ Dan bila dia tengok lori tu penuh dengan barang, baru dia cakap.. Tak sangka banyak betul barang kita.

Ok, berbalik kepada cara nak mengenali saiz lori yang diperlukan. Sebenarnya mudah je. Punya la selama ni tak bagi perhatian pun sebab takde kaitan kan. Cuba tengok pada info yang ditulis di pintu lori. Kat situ ada tulis dah lori tu berapa tan. Tapi kalau rasa confuse jugak macam saya, saya share panduan paling senang nak tau saiz lori yang sesuai.



Selama ini saya menyangkan lori 2 tan itu adalah 1 tan. Rupanya salah. Lori ais yang kecik tu sebenarnya 1 tan okeh! Tokei yang menjawab telefon masa encik suami nak booking lori tu pon takde pulak cakap apa-apa. Dia cuma tanya, " You nak lori berapa tan? 1 tan? 2 tan atau 3 tan ? "

Panduan memilih saiz lori untuk pindah rumah


Lori 1 tan 
Sesuai untuk kegunaan memindahkan barang orang bujang. Contohnya korang dok bilik sewa, so ada katil, almari , meja dan barang-barang dalam kotak.

Lori 2 tan
Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. So macam baru ni, kami guna lori 2 tan. Perabot yang ada cuma rak buku Ikea, Meja tulis Ikea, Storage Box Kayu Ikea dan Katil Budak Ikea. Lain-lain semua barang di dalam kotak dan bungkusan plastik hitam.

Lori 3 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. So kalau korang rasa barang dalam rumah tu penuh, boleh pilih lori saiz ini.

Lori 5 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dari 1 rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang. Memang dulu setiap kali mak kena pindah, kitorang guna lori 5 tan. Percaya atau tidak, lori tu memang penuh. Punya la banyak barang. kihkih.

Cas lori sewa


Sebenarnya saya tak tau berapa cas yang berpatutan. Encik suami pon cuma call 1 nombor berdasarkan flyers di dalam mail box. Memang kami tak sempat nak survey betul-betul. Biasanya itu kerja saya. Masa encik suami call untuk booking lori 1 tan bersama 2 pekerja dan 1 driver, casnya RM350. Tapi sebenarnya orang lori tu datang dengan lori 2 tan, dan dia kata kalau lori 1 tan tak muat semua barang kami, maka kena la kami bayar untuk lori 2 tan. Pada mulanya tokei tu mintak RM700. Huk huk.. so mintak2 kurang dapat la RM550 yang ku rasa mahal jugak sebab rumah kami sekarang ni ada lif dan rumah di sendayan pulak rumah teres.  Dah la tol ke seremban baru RM7.40. Tol untuk pergi balik RM14.80. So rasanya kalau kena cas RM700 untuk lori 2 tan memang tak berbaloi.



Disebabkan kami buat keputusan untuk pindah pindah dalam masa 5 hari , so semuanya jadi tak terancang. Hari isnin petang encik suami dapat info dari opis kena sign on kapal pada hari Sabtu, so hari rabu kitorang pergi booking gril dan hari jumaat pindah barang. Walaupun rumah belum ada gril, tawakkal je la.

So pengajarannya, kalau korang nak pindah rumah.. pilih saiz lori yang betul dan survey dulu harga sewa lori. Call je beberapa syarikat lori sewa atau google je lori sewa murah. Kos untuk call tu lagi murah dari kena bayar lebih pada lori sewa.

Doakan proses perpindahan yang masih di tahap 70% ni berjalan lancar ye.

Oh ye, walaupun saya berpindah negeri..sebarang order untuk anda di KL dan sekitar masih saya terima ye. Usah risau, poslaju kan ada.. ataupun saya akan wakilkan agen lain untuk COD jika urgent.

-Mamamyras-
Read More