Showing posts with label pindah rumah. Show all posts
Showing posts with label pindah rumah. Show all posts

Thursday, October 20, 2016

Dari kondo buruk ke Semi D 3 tingkat

Dari Kondo buruk teres setingkat semi D 3 tingkat

Masa beli rumah pertama tu,tahun 2009. takde bajet langsung. Tak sangka dapat rumah tu harga 130k. Basic unit langsung tak renovate. Redah jugak amek sebab KLCC view ( tak cukup keje kat KLCC , nak KLCC view lagi .. haha) owner nak cepat sebab nak rolling modal bisnes. Harga tu bawah market value dan murah dari harga dia beli tahun 1996 dulu.

Lepas 2 tahun baru ada bajet nak renovate, habis dekat 70k gak. Mmg kiranya major renovations. Seriously masa tu, dalam rumah je cantik. Luar memang menyedihkan. Nasib baik bersih je.
2014 kot baru la pihak pengurusan cat balik bangunan tu. Baru la sedap sikit mata memandang.
2011, Masa berpantang Hanis , beli rumah kat Sendayan . 265k. Zero d/p. I nak rumah double storey, husband nak single storey sebab katanya nanti dah tua tak larat nak naik atas. Typical reason sgt kan! 🙊

Isteri solehah dengar cakap suami, so setuju je la. Nasib baik dia penuhi permintaan I nak yang 4 bilik.

Bila rumah dah siap , dia menyesal bila masuk rumah member dia kat taman sebelah yang 2 tingkat. I cuma boleh kata.. too late 😬

Sebelum bersalinkan Naufal, boleh plak dia berkenan rumah 3 tingkat ni. Ni gara2 penyesalan tak sudah dia tu la. Eh, tapi ni kat Ipoh okeh! Tak sampai 10km dari rumah mak. Dah siap berangan nak ajak mak dok sekali . Mimpi apa ntah dia nak beli umah kat ipoh. Zero d/p tapi legal fees kena bayar. Rumah harga 500k+. Di jangka siap end of next year.

So kitorang guna duit hasil jualan kondo tu untuk bayar yuran tu. Kondo yang dulu buruk, sekarang dah cantik terjual dengan harga 400k.

cuba teka unit mana yang kitorang beli?


Dari KL - Sendayan - Ipoh - ?

Tak mustahil Kat mana-mana pun dengan kerja Encik suami yang begitu dan I pun flexi. Dok kat mana pun, bisnes jalan.

Setakat ni rumah Sendayan ni masih sayang nak jual walaupun locking period dah habis . Maybe lepas rumah Ipoh dah siap, pindah sana dan yang ni buat homestay.

Ok, kalau ko rasa post ni nak riak.. suka hati ko la labu! 😅

Cumanya nak bagitau, its ok to start with small house ( dan buruk ) haha. Tp location tu penting tau! Kondo dulu tu tak smpi 12 km ke KLCC. Skrg ni dah ada IKEA plak dekat2 situ. 5 minit boleh sampai.

Kenapa kitorang pilih Sendayan ni?

Sebab tengokkan plan jangka panjang tempat ni. TUDM nanti nak pindah sini , ade byk kilang2 kat kawasan industri belakang nun. Bersebelahan dengan Seremban2, jarak ke 3 toll PLuS yang tak sampai 10 minit. Eh , banyak lagi la.

Harga rumah makin hari makin naik, takde nampak bayang harga akan turun. So kalau dapat rumah rege bawah 200k di lokasi yang strategik, tangkap le cepat.

Untuk membolehkan ianya berlaku, once dah kerja.. tangguh niat beli kereta. Simpan la lebih sikit untuk tabung deposit rumah. Ni nasihat sebab ada orang tu pernah menyesal jual Myvi dan beli Lancer. Actually beli 208 ni nyesal jugak. Myvi kan laju kat hiway. Hahaha.

Kaedah beli dan jual rumah ni antara strategi yang agak mudah untuk ditiru dan dibuat . Dan ramai pun yang buat gitu.

Selamat membeli rumah!


Read More

Friday, October 30, 2015

Mengenali saiz lori untuk pindah rumah supaya anda tak salah pilih

Awal bulan hari tu kami telah pun memindahkan sebahagian besar barang dari rumah KL ke Sendayan. Dengan confident, kami mintak lori 1 tan. sebab fikirkan yang tiada perabot-perabot besar ikut sama berpindah.

Yang paling tak tahan.. encik suami cadang nak pindah barang guna Triton bapak dia je. muahahaha~ Dan bila dia tengok lori tu penuh dengan barang, baru dia cakap.. Tak sangka banyak betul barang kita.

Ok, berbalik kepada cara nak mengenali saiz lori yang diperlukan. Sebenarnya mudah je. Punya la selama ni tak bagi perhatian pun sebab takde kaitan kan. Cuba tengok pada info yang ditulis di pintu lori. Kat situ ada tulis dah lori tu berapa tan. Tapi kalau rasa confuse jugak macam saya, saya share panduan paling senang nak tau saiz lori yang sesuai.



Selama ini saya menyangkan lori 2 tan itu adalah 1 tan. Rupanya salah. Lori ais yang kecik tu sebenarnya 1 tan okeh! Tokei yang menjawab telefon masa encik suami nak booking lori tu pon takde pulak cakap apa-apa. Dia cuma tanya, " You nak lori berapa tan? 1 tan? 2 tan atau 3 tan ? "

Panduan memilih saiz lori untuk pindah rumah


Lori 1 tan 
Sesuai untuk kegunaan memindahkan barang orang bujang. Contohnya korang dok bilik sewa, so ada katil, almari , meja dan barang-barang dalam kotak.

Lori 2 tan
Sesuai untuk kegunaan untuk memindahkan barang keluarga kecil dengan perabot yang sedikit dan barang-barang lain. So macam baru ni, kami guna lori 2 tan. Perabot yang ada cuma rak buku Ikea, Meja tulis Ikea, Storage Box Kayu Ikea dan Katil Budak Ikea. Lain-lain semua barang di dalam kotak dan bungkusan plastik hitam.

Lori 3 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dan perabot dari satu apartment. So kalau korang rasa barang dalam rumah tu penuh, boleh pilih lori saiz ini.

Lori 5 tan
Sesuai untuk memindahkan barang dari 1 rumah teres 2 tingkat atau keluarga dengan anak lebih dari 3 orang. Memang dulu setiap kali mak kena pindah, kitorang guna lori 5 tan. Percaya atau tidak, lori tu memang penuh. Punya la banyak barang. kihkih.

Cas lori sewa


Sebenarnya saya tak tau berapa cas yang berpatutan. Encik suami pon cuma call 1 nombor berdasarkan flyers di dalam mail box. Memang kami tak sempat nak survey betul-betul. Biasanya itu kerja saya. Masa encik suami call untuk booking lori 1 tan bersama 2 pekerja dan 1 driver, casnya RM350. Tapi sebenarnya orang lori tu datang dengan lori 2 tan, dan dia kata kalau lori 1 tan tak muat semua barang kami, maka kena la kami bayar untuk lori 2 tan. Pada mulanya tokei tu mintak RM700. Huk huk.. so mintak2 kurang dapat la RM550 yang ku rasa mahal jugak sebab rumah kami sekarang ni ada lif dan rumah di sendayan pulak rumah teres.  Dah la tol ke seremban baru RM7.40. Tol untuk pergi balik RM14.80. So rasanya kalau kena cas RM700 untuk lori 2 tan memang tak berbaloi.



Disebabkan kami buat keputusan untuk pindah pindah dalam masa 5 hari , so semuanya jadi tak terancang. Hari isnin petang encik suami dapat info dari opis kena sign on kapal pada hari Sabtu, so hari rabu kitorang pergi booking gril dan hari jumaat pindah barang. Walaupun rumah belum ada gril, tawakkal je la.

So pengajarannya, kalau korang nak pindah rumah.. pilih saiz lori yang betul dan survey dulu harga sewa lori. Call je beberapa syarikat lori sewa atau google je lori sewa murah. Kos untuk call tu lagi murah dari kena bayar lebih pada lori sewa.

Doakan proses perpindahan yang masih di tahap 70% ni berjalan lancar ye.

Oh ye, walaupun saya berpindah negeri..sebarang order untuk anda di KL dan sekitar masih saya terima ye. Usah risau, poslaju kan ada.. ataupun saya akan wakilkan agen lain untuk COD jika urgent.

-Mamamyras-
Read More