Friday, September 19, 2014

Cuti Sekolah: Nak main dimana?

Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti!~

Apa aktiviti anda dan anak-anak di musim cuti ini? Tak tahu kemana nak bawa anak-anak sebab anda ada anak bawah 2 tahun?

Bagi yang di sekitar Lembah Kelang.. apa kata ke Kidz Paradise di Mines Shopping Mall di Seri Kembangan. Bagi saya ianya adalah suatu tempat yang berbeza berbanding indoor playland yang lain.

Nak tahu kenapa?

Tengok la dulu gambar-gambar ni ye

Antara kemudahan dan permainan yang terdapat di sini



Biji Kasia

Info mengenai Biji Kasia
memanjat..berlari..
Koleksi gambar lawatan terdahulu

Kali pertama saya membawa Hanis dan Hanna adalah semasa mereka  masing-masing berumur 2 tahun 9 bulan dan 9 bulan. Dan kemudian saya terus membeli voucher untuk 8 entry yang ketika itu berharga RM150. Tak lama lepas saya beli tu terus naik harga sedikit. Tetapi masih berbaloi berbanding harga tiket per entry yang mencecah RM38 bagi hujung minggu.  Jika anda sangat sukakan tempat ini, boleh juga mendaftar keahlian setahun yang berharga RM650 bagi unlimited access untuk setahun.


Unik di sini...

Anak-anak saya sangat suka bermain bahagian ala-ala pasir. Ia sebenarnya adalah biji Kasia yang rasanya sedikit pahit dan mempunyai khasiat tersendiri. Pada saya tak la risau sangat kalau Hanna masukkan biji ni dalam mulut, tak merbahaya untuk kesihatan. :)

Fasiliti di KIDZ PARADISE


Bilik baby :- ruang tertutup bagi ibu breastfeeding, changing table, katil budak, sinki, air panas untuk membancuh susu.

Loker:- loker berkunci yang dikenakan bayaran RM10 sebagai deposit, dan wang anda akan dipulangkan apabila anda memulangkan kunci loker.

Bangku panjang & meja :- Ruang bagi ibu bapa menunggu dan memerhatikan anak-anak bermain.

WIFI Percuma :- Akses WIFI percuma bagi semua pengunjung Kidz Paradise

Makanan Ringan :- Seperti tempat-tempat lain, makanan dan minuman dari luar adalah tidak dibenarkan. Namun begitu sekiranya anda membawa botol air minuman anak anda, tidak lah pula akan ditegah. Anda boleh memesan makanan ringan seperti nugget, french fries dan sebagainya sekiranya perlu. Minuman didalam tin juga dijual disini.

Bilik Aktiviti :- Sekiranya anda merancang untuk mengadakan parti hari jadi disini, Kidz Paradise mempunyai sebuah bilik yang boleh memuatkan kira-kira 40 orang budak. Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan pakej, boleh la hubungi terus Kidz Paradise ye.

Perkara paling saya tak suka..


Seronok tu memang tak terkata, untuk beberapa jam Hanis & Hanna di sana memang langsung takkan ingat untuk mintak iPad. Dari satu bahagian ke bahagian lain, seolah-olah tak penat langsung. Kalau setakat 2 jam tu memang tiada masalah bagi kanak-kanak.
Bukan setakat saya , malah saya lihat ramai ibu bapa lain mengalami kesukaran mengajak anak-anak untuk balik. Memang mencabar kebijaksaan mak ayah. Sementara saya nak pakaikan kasut Hanis, Hanna cuba untuk masuk ke dalam kawasan main 'pasir'. Sementara nak pakaikan kasut Hanna, Hanis pulak nak lari masuk dalam balik. Jadi, sila bersedia ye.. hehe

Harga Tiket Kidz Paradise


Harga tiket bagi hari biasa (weekdays) adalah RM25 bagi budak berusia 6 bulan ke atas. Manakala hujung minggu adalah RM38. Namun begitu anda boleh memilih untuk membeli vaucher untuk 8 entry (RM150) atau 15 entry (RM250). Dan vaucher tersebut valid selama 1 tahun. Oleh kerana saya beli vaucher tersebut pada bulan Mei 2014, jadi saya akan datang lagi sehingga Mei tahun depan.


Lokasi Kidz Paradise


Bagi anda yang tidak biasa ke Mines, mungkin tidak akan terjumpa Kidz Paradise ni. Saya pun tahu dari seorang member. Lokasinya agak tersorok, di tingkat 4, East Court, Mines Shopping Mall.


Tips untuk melindungi anak dari jangkitan selsema dan demam


Sekiranya anda risau anak-anak anda mudah mendapat jangkitan selsema atau demam, jom lindungi anak-anak 

1- Cuci tangan anak anda dengan sabun setelah keluar dari tempat bermain. Alternatif lain, gunakan hand sanitizer. Selalunya kuman mudah merebak melalui tangan yang menyentuh permainan yang dicemari dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung.

2- Elakkan dari membawa anak keluar sekiranya mereka tidak sihat, kerana ketika itu sistem pertahanan badan sedang lemah dan mudah mendapat penyakit lain

3- Saya memberikan minyak ikan Omegaguard sebiji kepada Hanis ( 3 tahun ) dan Hanna ( 1 tahun ) bagi membantu meningkatkan antibodi tubuh mereka. Sebagai tambahan, setengah sachet Nutriferon setiap 2 minggu untuk Hanis dan secubit Nutriferon untuk Hanna.

Selamat bermain ~




Read More

Thursday, September 18, 2014

CABARAN BLOGGING 30 HARI : Siapa saya?

Assalamualaikum wbt..

Siapa kenal saya ?

Bukan setakat nama, umur, isteri siapa, anak nama apa?

Okeh. Tak kenal maka tak cinta kan? Bukan nak suruh bercinta dengan saya, tetapi bila dah kenal.. mudah nak berkawan kan?

Meh nak cerita sikit... ala-ala autobiografi macam masa zaman sekolah dulu...

Hmm.. budak sekolah sekarang tak buat dah kot kan? ada buku cantik, mintak kawan-kawan tulis. Siap ada kata-kata hikmat lagi tu. Saya masih simpan lagi buku tu dari zaman sekolah rendah. Agaknya kalau saya cuba contact ikut alamat yang ada dalam tu, belum tentu surat tu sampai kepada kawan tu kan? hehe~

Nama: 

Nur Fadhilah Yunus

D.O.B : 

24 Nov 1984 ( saya tak sorok usia saya.. hehe.. bangga lagi ada, sebab dan nak cecah usia 30 bulan 11 ni. hehe~)

P.O.B :

 Teluk Intan ( saya dilahirkan di rumah sebab masa tu Hospital Teluk Intan banjir!)

Sekolah:

Taski Abim Teluk Intan ( 1988)
Taski Abim Parit ( 1989)
Tabika Kemas Parit (1990)

SRK Iskandar Shah, Parit ( 1 Kuning , 2 Kuning, 3 Kuning, 4 Kuning )
SRK Sultan Abdul Aziz , Teluk Intan ( 4 Hijau, 5 Merah, 6 Merah )
SK Sungai Rokam, Ipoh (6 Ungu kot )

Banyak kan tadika dan sekolah rendah saya? tuh laaa.. dulu sebab ikut Mak yang selalu kena ditukarkan ke daerah lain-lain, makanya kena la ikut. Tu tak kira lagi sekolah agama rakyat! hehe~
Kalau ada sesiapa yang pernah sekelas masa sekolah rendah dulu, contact la saya ye~

Sekolah Raja (P) Ta'ayah, Ipoh ( 1997-2001)

Universiti Tenaga Nasional ( 2002-2007 )

Pengalaman Kerja:

Multimedia Tutor di Edubox , Sunway ( Latihan Industri: 2006)
Server Analyst di ExxonMobil Business Support Centre (2007-2014)
WAHM - Shaklee Independent Distributor ( 2014 - ...)

Status:

Berkahwin ( 150510) dengan Khairul Naim Suahadah
Dikurniakan 2 orang cahaya mata Hanis Ameera (2011) dan Hanna Humaira' ( 2013)


6 Pengalaman Paling Tidak Boleh Dilupakan


Lulus 1st Dan Taekwondo (2005 tapi sampai grad Uniten pun tak dpt sijil)
Hari Pertama bekerja di KLCC
1st Business Trip ke Hong Kong pada 2008
Beli Kereta Pertama pada 2008 - tapi kena curi pada 2010 ( i Miss U Myviku~ )
Belayar dengan kapal LNG Bintulu-Jepun-Bintulu-Jepun-Bintulu selama sebulan
VBAC pada 2013



Pengalaman Jatuh Cinta dengan Shaklee:


Seperti kebanyakan ibu-ibu lain yang bekerja dan breastfeeding, saya risau susu saya merudum  ketika hampir bulan puasa. Ketika itu, hanis baru berusia 1 tahun. Demi menjayakan cita-cita mahu menyusukan Hanis sehingga 2 tahun, saya berkenalan dengan Set Ibu Menyusu. Sangat gembira dengan hasilnya.. dan terus saya menggunakannya sehingga kini dengan mencuba pelbagai lagi produk Shaklee yang lain.


Sekian, lain-lain cerita kena baca entry-entry lain ye~






Read More

Friday, September 12, 2014

Kenapa kita perlu mengambil suplemen ?

Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat

Jom tengok sekejap video berinformasi kenapa sekarang ini penting untuk kita mengambil suplemen

Tak cukup ke khasiat dari makanan yang kita ambil setiap hari?

Bagaimana pengambilan suplemen mencegah kita dari mendapat penyakit kritikal seperti kanser, diabetes, darah tinggi dan sebagainya?






Jom berikan tubuh kita nutrien yang diperlukan!
Kan lebih baik mencegah daripada merawat.

Sayangi diri demi orang tersayang~


Salam sayang,

Mamamyras
Read More

Wednesday, September 10, 2014

Dear Daddy~




Hanna 4 bulan lalu 

•Sebatang Gigi pun belum tumbuh
•merangkak je la sekeliling rumah
•Masih makan bubur nasi
•Hanya pandai ter sengih sewaktu skype
•Penat daddy main cak2 pun Hanna sengih je
•bila daddy babai, sengih je la dia tau
•keluar ke mana-mana , kena duduk dalam carrier
•tak pandai tengok TV

Hanna hari ini..

>Gigi dah ada 5
>Dah sama-sama melompat atas katil dengan Hanis
>Makan semua nak sama dengan mama dan kakak hanis
>Bunyi dial tone skype pun dia dah kenal
>Sepanjang video call dia je yang pegang fon, pastu daddy nampak dahi Hanna je
>Belum daddy habis cakap, dia dah bagi flying kiss berbunyi 'uakk' sbb dia nak main game pulak
>dah melompat-lompat taknak duduk dalam carrier sebab nak jalan sendiri
>melompat-lompat ter sengih happy nak joget sama bila tengok Hi-5!

Banyak lagi mama nak tulis.. Tapi nanti Hanna nak rebut air ESP+Collagen mama!






Daddy, please come home soooon!
Hanna nak main aci kejar dengan daddy~
Read More

Tuesday, September 9, 2014

Tingkatkan potensi hamil dengan Isoflavones

Lazimnya Set Kesuburan yang paling laris adalah kombinasi GLA dan B Complex. Ramai wanita yang berjaya hamil setelah mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. Ada yang berjaya hamil dalam masa sebulan, dan ada juga yang mengambil masa sehingga 6 bulan. Bergantung kepada tahap ketidakstabilan hormon atau masalah yang dihadapi sebelum itu.
GLA amat dikenali sebagai suplemen yang membantu menstabilkan hormon manakala B Complex mempunyai asid folik yang sangat penting bagi ibu yang cuba untuk hamil.

Namun begitu , amat digalakkan pengambilan protein soya ESP bersama GLA dan B Complex kerana ianya membantu rahim bersedia dan sihat untuk membawa janin serta beberapa kebaikan lain yang saya akan ceritakan dibawah.

Isoflavones mematangkan OVUM


ESP adalah protien soya yang mengandungi Isofavones yang bertindak sebagai hormon perempuan yang membantu  mematangkan ovum. Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen dari sumber tumbuh-tumbuhan yang berfungsi seperti ubat kesuburan. Perlu difahami bahawa sekiranya ovum tidak matang , proses persenyawaan tidak boleh berlaku kerana ia tidak terovulasi dari ovari.

Kebiasaannya bagi wanita yang mempunyai keadaan ovum tidak matang , doktor akan mencadangkan pengambilan Clomid. Ianya adalah sejenis drugs yang lazim diberikan bagi mengatasi masalah tiada ovulasi atau ovum tidak matang . 

Kesan Clomid dikatakan lebih cepat dan menepati 'sasaran' berbanding soya yang kesannya lebih perlahan namun lebih selamat kerana ia adalah semulajadi. Manakala Clomid, seperti kebiasaan ubat-ubatan dadah yang lain, mempunyai kesan sampingan namun dikatakan sangat minor. Sekiranya anda memilih Clomid untuk membantu anda hamil, apa kata google dahulu kesan sampingan Clomid?

Energizing Soy Protein adalah  soya organik yang tidak diubah secara genetik ( Non-GMO soy). Ia mengandungi 19 asid amino penting yang diperlukan tubuh bagi mengatur selia fungsi hormon dan organ kita.

Berjaya Hamil dengan Set Kesuburan Shaklee


Dengan izin Allah, baru-baru ini seorang pelanggan saya telah berjaya hamil setelah mengamalkan GLA + B Complex + ESP selama kurang sebulan. Sebelum ini beliau pernah keguguran anak dan setelah itu sukar untuk hamil semula.

Beliau sebenarnya menambah ESP adalah kerana teruja melihat perubahan kakaknya yang makin kurus dan cantik setelah mengamalkan ESP.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan konsultasi dan Set Kesuburan Shaklee, Whatsapp ke 0195537657.

Ekslusif bagi pelanggan

Panduan cara makan ESP dan Set Kesuburan 
Tips ekslusif mudah hamil

Harga Set Kesuburan Shaklee


GLA Complex (60 biji) : RM96.73
B Complex (120 biji) : RM53.75
ESP (850gm) : RM170.93
Klik untuk Beli Vitamin Secara Online

Nak beli Set Kesuburan Shaklee dengan lebih murah?

Anda boleh mendapatkan lebih penjimatan sekiranya anda mendaftar sebagai ahli. Hanya RM69 yuran keahlian, anda terus layak membeli dengan harga ahli yang lebih murah dan berbaloi


Hubungi saya di 0195537657 untuk mendaftar keahlian hari ini juga.




Read More

Sunday, September 7, 2014

Menu Sarapan Gojes

Bagi yang pernah minum Collagen dari Shaklee, tentu anda tahu bagaimana rasanya. Ada yang tiada masalah untuk minum, namun ada yang tak sanggup menelannya. Ianya rasa sedikit hanyir kerana diambil dari sisik Ikan Merah berketahanan tinggi yang premium.

Ye lah, Shaklee Collagen tidak mengandungi sebarang perisa tambahan yang membuatkannya rasa sedap.

Jadi, bagaimana cara hendak mendapatkan khasiat 4000mg kolagen yang terkandung dalam 1 sachet tu?

Mudah sangat!

Jom saya kongsikan beberapa cara mudah penyediaan collagen powder.

Kolagen amat digalakkan untuk diambil sewaktu pagi, ketika perut kosong bagi mengoptimumkan penyerapannya. Oleh itu, saya mencadangkan agar ia diambil sebagai sarapan penuh khasiat dan mengenyangkan.

Menu 1

1 sachet Shaklee Collagen Powder
Segelas Yogurt drink Strawberri
2 sudu besar Energizing Soy Protein

Menu 2 

1 sachet Shaklee Collagen Powder
1 sudu Meal Shakes
1 sudu besar Energizing Soy Protein


Cara Penyediaan

Campurkan ketiga-tiga bahan ( menu 1 atau 2)  ke dalam shaker dan goncangkan beberapa ketika sehingga ia larut.
Sedia untuk diminum.

Kenapa Meal Shakes dan Yogurt Drink?

Meal Shakes mempunyai rasa Vanilla yang sedap yang dapat mengurangkan rasa hanyir kolagen.

Yogurt drink juga mempunyai rasa yang agak kuat, jadi anda tidak akan dapat rasa langsung hanyir tersebut.

Bagaimana? Anda bersedia untuk sarapan untuk cantik dan sihat ini? Ini ada menu yang saya sendiri telah cuba dan sangat sukakan rasanya. Mungkin nanti saya akan cuba dengan menu lain dan ceritakan di sini.

Bolehlah borong Shaklee Collagen Powder yang sedang promo sekarang!

Hubungi saya ye, untuk menikmati Sarapan Enak bersama Collagen.

-Ilah-
0195537657




Read More