Wednesday, February 18, 2015

14 Makanan Mengatasi HB Rendah Supaya Bersalin Tanpa Komplikasi

Selalu terbaca di facebook, rakan ibu mengandung yang risau HB rendah . Nurse memang confirm akan bising jika bacaan kurang dari 10. Siap la kena datang lagi dalam masa terdekat. Penting sangat ke bacaan HB ni? Macam mana nak naikkan HB dengan cepat? 

Nak tahu cara mengatasi HB rendah supaya bersalin tanpa komplikasi? Jom baca sehingga akhir ya..





HB HB HB. Apa  itu HB?


HB adalah singkatan kepada Hemoglobin. 

Hemoglobin is the protein molecule in red blood cells that carries oxygen from the lungs to the body's tissues and returns carbon dioxide from the tissues back to the lungs.

"Hemoglobin adalah molekul protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru kepada tisu badan dan membawa karbon dioksida dari tisu badan ke paru-paru."

Zat besi adalah komponen penting bagi Hemogblobin. Sekiranya badan kita kekurangan zat besi, darah tidak dapat diangkut secara efisyen ke organ-organ seluruh badan.

Kesan HB Rendah Kepada Ibu Hamil


Apabila bacaan HB rendah, ia bermakna badan kekurangan sel darah merah. Ia juga disebut sebagai Anemia. Anemia adalah keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah Hemogblobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah Hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL.

Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah diantara 10-15 gram/dL. Kebiaasaannya jumlah hemoglobin semasa hamil hamil akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin kurang dari 10, ibu berisiko menghidapi anemia.

Sekiranya bacaan HB seseorang kurang dari 8.0 gram/dL, beliau berpotensi untuk menjalani pemindahan darah. 

Proses pemindahan darah yang menyakitkan


Wanita yang mengalami anemia akan menyebabkan ketidaksuburan. Manakala bagi ibu mengandung, mereka berisiko mengalami keguguran atau kelahiran bayi pramatang yang berkemungkinan mempunyai pelbagai risiko kesihatan lain.

Ibu hamil yang yang menghidap anemia sering merasa lemah dan cepat letih. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi sebab utama berlakunya anemia.

Bagi bayi yang dapat bertahan sehingga full term, bayi berisiko untuk lahir dengan berat yang kurang sehingga mungkin menyebabkan bayi ditahan di NICU. Kebiasaannya, bayi tidak akan dibenarkan pulang sehingga mencapai berat sekurang-kurangnya 1.5 kilo.

Lebih menyedihkan apabila ibu mengalami komplikasi dan kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Namun begitu, usah risau kerana terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh menaikkan Hb.


Cara Menaikkan HB Dengan Cepat 

Bagi menaikkan HB dengan cepat, Ibu hamil perlu mengambil makanan yang tinggi dengan zat besi.
Zat besi berfungsi membentuk hemoglobin, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan ianya amat diperlukan oleh pesakit anemia. Berikut disenaraikan makanan yang mengandungi zat besi.

1. Daging Merah
Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk mengelakkan anemia semasa hamil. Kandungan zat besi dari sumber haiwan dikatakan lebih mudah diserap berbanding dari sumber lain. Namun begitu,pengambilan daging perlu dikawal kerana ianya tinggi kolesterol.

2. Brokoli
Brokoli mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Ia juga mengandungi antioksidan yang tinggi.

3. Pisang
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari baik bagi ibu mengandung. Pisang mengandungi folat yang penting bagi perkembangan janin di dalam rahim.

4. Kekacang
Kacang pistachio adalah salah satu kacang yang mempunyai zat besi yang tinggi. Ia mengandungi 24% zat besi bagi setiap 100gm pistachio. Ia juga sesuai dijadikan snek bagi ibu hamil yang sering merasa lapar diantara waktu makan dan di tengah malam.

5. Hati Ayam
Walaupun ia dipercayai boleh meningkatkan Hb, namun pengambilan organ dalaman secara kerap tidak digalakkan kerana ia tidak elok untuk otak.

6. Bayam
Bayam merah atau hijau, keduana mengandungi zat besi, folat dan vitamin C. Kawal suhu semasa masak agar vitaminnya tidak hilang.

7. Kerang
Bagi penggemar makanan laut, tentu sahaja gembira untuk memilih kerang yang terkenal bagi menambah darah. Mungkin boleh ditambah di dalam menu seminggu sekali.

8. Telur
Pilihan yang murah dan mudah. Pengambilan kuning telur atau yolk dikatakan dapat mengekalkan jumlah hemoglobin di dalam darah.

9.  Oat
Oat yang kaya dengan serat juga amat baik diambil oleh hamil. Ibu boleh menambahkan buah potong bagi menjadikan hidangan oat lebih enak.

10. Buah Delima
Buah delima dapat mengekalkan jumlah sel darah merah. Kandungan zat besi di dalam buah delima adalah antara yang tinggi.

11. Madu
Amalkan meminum sesudu madu setiap hari. Selain meningkatkan HB, ia juga memberikan tenaga kepada ibu hamil dan mempunyai khasiat untuk bayi di dalam kandungan.

12. Kurma
Kurma amat dikenali sebagai buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan. Ia termasuklah meningkatkan penghasilan sel darah merah. Amalkan 7 biji kurma sehari untuk mendapat tenaga tambahan.

13. Kismis
Kismis amat sesuai dijadikan snek bagi ibu hamil dan jugak anak kecil. Selain dari membantu melawan anemia ia jugak baik untuk perkembangan otak.

Alternatif lain, Ibu hamil juga boleh mengamalkan Vitalea Iron Formula dari Shaklee.

14.Vitalea Shaklee

Vitalea adalah  multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting termasuk zat besi



2 biji Vitalea setiap hari untuk menaikkan bacaan HB dalam seminggu


Vitamin C diperlukan bagi penyerapan optimum zat besi.  Vitalea juga mengandungi 60mg vitamin C, jumlah yang rendah namun mencukupi untuk membantu penyerapan zat besi. Jika ibu hamil telah mencuba segala jenis makanan yang tinggi zat besi namun kadar HB masih rendah, itu tandanya badan kekurangan Vitamin C.

Saya mengamalkan Vitalea sejak sebelum disahkan hamil anak kedua. Sepanjang hamil saya hanya diambil darah sekali sahaja kerana bacaan HB semasa test pertama adalah 13.6 gram/dL. Doktor pun senyum je bila tengok HB saya. Siap tanya apa yang saya makan. So dengan jujur saya beritahu yang saya dah lama amalkan suplemen dari Shaklee kerana saya menyusukan anak yang pertama. Terus saya meminta izin untuk terus makan vitamin yang sama sepanjang kehamilan dan beliau bersetuju kerana apa yang saya makan cukup untuk keperluan ibu hamil.

Anda nak naikkan HB dengan cepat? Cepat-cepat dapatkan Vitalea hari ini ya. Saya boleh hantarkan segera kepada anda. Tentu doktor tersenyum melihat bacaan HB minggu depan.

Saranan Tambahan Bagi Ibu Hamil


Saya juga menyarankan ibu hamil untuk mengambil bersama B Complex beserta Asid Folic. Vitalea dan B Complex membekalkan Asid Folic yang mencukupi bagi ibu hamil.  Pengambilan 2 produk ini sudah mencukupkan keperluan asid folic bagi ibu hamil. Asid folic merupakan nutrien penting dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan bagi mengelakkan kecacatan tiub neural bayi.

Hubungi saya di 0195537657 bagi mendapatkan nutrisi lengkap bagi ibu hamil,  anda pasti mengalami pengalaman hamil yang sihat dan sangat menggembirakan. 

Salam sayang,
Mamamyras


About Fadh Yunus

Ibu kepada 3 orang anak. Pernah bekerja di salah sebuah syarikat Oil dan Gas selama 7 tahun dan kini memilih untuk terus berimpian dan menjadi suri rumah berpendapatan dengan Shaklee.

You Might Also Like

0 comments:

Post a Comment